Selasa, 31 Mac 2015

Obimin!! Najis Hitam Semasa Hamil

As salam...

Obimin!! Najis Hitam Semasa Hamil..Kenapa semasa hamil najis kita hitam uh..sungguh tak lawa sudahlah namanya seru najis haaa...Ia salah satu sebab apabila kita berjumpa dengan doktor atau pemeriksaan berkala kehamilan kita bekalkan dengan sejeinis ubat beri nama "Obimin"

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut


Apa ada pada obimin?
Dalamnya terkandung  besi (ferum, iron, fe) untuk tambah hemoglobin dalam sel darah merah.


Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


 Obimin!! Najis Hitam Semasa Hamil..



Bagaimana obimin bertukar menjadi hitam?
Ia berlaku apabila ibu mengambil obimin lebihan serapan tidak serap dalam tubuh ini akan mengeluarkan sisa najis bertukar warna hitam. Memberikan makna bahawa tubuh anda bertindak dengan berkesan dengan ubat obimin.


Adakah najis hitam semasa hamil membahayakan kesihatan ibu mengandung?
Tidak ia adalah normal. Jika pengambilan anda seperti sarankan doktor makan sehari sebiji maka najis anda akan tetap berwarna hitam. Sekiranya anda kurang mengambilnya maka najis anda akan beransur-anur kurang hitam tetapi akan bertukar warna cokelat semula.
Apa yang di berikan oleh doktor anda mahupun jururawat klinik kesihatan anda maka makanlah janganlah cuba abaikan ia untuk kebaikan janin, fetus..bayi dalam kandungan anda juga. Bersyukurlah sekiranya anda antara insan yang terpilih untuk hamil jagalah ia sebaiknya seperti anda sayangkan nyawa anda sendiri kerana dia berhak mendapat apa yang anda dapat sama seperti semasa ibu anda mengandung dan melahirkan anda.

Khamis, 26 Mac 2015

Sebab kita rasa malas semasa hamil?

As salam..

Sebab kita rasa malas semasa hamil?..Baru perasan atau dah lama aku perasan heee.malas nak masak terutama membuat sarapan pagi untuk keluarga suami dan anak tercinta..
 

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Pasal apa dah...dulu untuk pertama kehamilan aku rajin sangat siap buat sarapan pagi untuk suami dan makan tengahari untuk diri sendiri lagi hua..hua..kes berat sungguh ini..

Jadi semalam aku ada buat sup boleh makan bersama bihun. Kebetulan bihun aku lama rendah hari rabu asalnya anak sedara nak datang akhir tak jadi. Aku pikir nak buat bihun tpai rasa jemu pula tu buat sup semalam heee tanbah dengan kicap dan racik cili api baru sentap mak ni makan heee..

Tadi aku pi rempit pasar kejap aku rajin berfikir esok insallah buat nasi lemak..dah lama benar tak makan nasi lemak buatan tangan sendiri. Apa lagi pagi tadi keluarkna ayam aku terus je buat sambal ayam huhu...Sekali dengan petang ni menu yang aku siapkan pagi tadi bahan untuk makan mee sup. Tinggallagi nak kupas ayam sahaja nie haaa..balik ni bolehlah en suami makan malam ya tak?

Esok pagia ku cuma perlu kerjakan nasi lemak, hiris timun dan dadar telur rebus untuk anak dan goreng telung mata untuk suami jer...

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Sebab kita rasa malas semasa hamil?
  • Sebab badan kita cepat rasa mengah dan tak larat tambah pula berat bayi dan badan makin bertambah.
  • Fasa kehamilan pertama dan fasa kehamilan ketiga buat kita rasa tak ada semangat nak buat kerja rumah, mamasak melakukan aktiviti patut lakukan tapi tergendala gara-gara bawa budak katanya heee..
  • Kita tidak mendapat rehat cukup maka kita akan kata tak sempat nak lakukan tugasan memasak, membasuh kerana tidak cukup tidur, tekanan tempat kerja atau mungkin ada masalah peribadi atau mungkin risau tentang bayi ada dalam kandungan.
  • Ada pendapat katakan bila badan kita kekurangan air maka tubuh kita akan berasa letih ia salah satu punca kita rasa malas lemas dan tidak selesa untuk mengerjakan sesuatu kerja.

Ada banyak sebab menagapa seseorang wanita itu hilang minat untuk lakukan sesuatu semasa hamil. Apa ia normal tapi jangan terlalu layan sangat sehingga ke penghujung kehamilan ia amat parah hu..sesekali paksakan juga badan anda berkerja dan bergerak. Bukan rehat sahaja melanikan anda ada simptom keguguran yang berkaitan dengan janin menyebabkan doktor tidak membenarkan anda lakukan kerja sedemikian maka anda harus tangguhkanlah ya.


Sebab kita rasa malas semasa hamil?Apa pun setiap kehamilan itu indah dan berbeza sama sekali. Yang saya kongsikan ini hanyalah sedikit pengalaman dari catatan kehidupan saya sahaja.

Rabu, 25 Mac 2015

emergency couple tak tinggal solat punya..

As salam.

emergency couple drama korea yang ada dekat tv9. Masa ingat cerita kore her legend tu adoi aku dapat tengok jugalah dekat tv2 kalau tak silap. Alih..alih tak dapat date tetap kejap hari khamis pastu tunda..tunda lama..sangat aku tunggu agaknya ceritnya itu dah tamat kot..Seingat aku cerita best tayangkan pada pertengahan tahun lepas 2014 huhu..Lepas itukan baru aku tengok eh cerita tu tayang balik. Aku tak pasti itu episod sambungan ke atau dia ulang tayang balik..
 

sekarnag tengah gila pula tengok cerita emergency couple kebetulan masa cerita ini tengah run tv3 ada dram best. Yang tak syoknya bab azan aku akan mula leka dengan tv3. jika aku tengok certa korea tv9 ni mula awal sikit.selalunya pas habis cerita korea ni azan magrib akan masuk jadi aku tak miss tengok cerita ni dan waktu xolat akau jamin cepat tanpa berlengah-lengah maka atas sebab itu aku pilih tv9.



Jangan tanya pelakon itu lawa tidak aku kenal tidak haaa..aku tak minta gila sampai kemaruk degar lagu korea cukup layan cerita sementara tunggu azan ke tunggu suami balik dari rumah bolehlah layan.


tak suka tv3 sangat sebab utama banyak iklan heee...

Selalunya sebelum cerita emergency couple layan ada cerita endon...kebetulan cerita endon best gak dak le gadis pakai seksi macma cerita tahun lepas cerita cinta 7 susun tu aduh pening aku buka tv...tapi tak layan sangat cerita huru hara gitu heee..

sapa ada tengok cerita emergency couple sila angkat tangan!

Selasa, 17 Mac 2015

Kebas Dan Cara Atasinya Ketika Mengandung

As salam..

Kebas dan cara atasinya ketika mengandung. Dua ke tiga hari ini tangan asyik mudah sangat rasa kebas..Padahal bukanlah tangan tak bergerak selama 20 minit huhu...bahagian kaki terasa juga kalau kata duduk lama tapi sekejap sahaja. Part tangan kebas aduh..


Apa nak buat kalau tangan kebas?
Katakan kita perlu menggerakkan anggota itu lebih kerap. Misalnya tangan kanan kita kebas maka gerak -gerakkan tangan kita ke kiri ke kanan dengan cara membengkokkanya ke, melentikkan jemari dan sebagainya.

 

Kebas dan cara atasinya ketika mengandung..Kalau bahagian kaki kebas bagi ibu yang sedang hamil ini harus luruskan kakinya bila berbaring dan letakkan kakinya lebih tinggi dari paras badan. Kalau mak aku akan kata sapu minyak pada pada kaki sahaja heeee..

Kebas dan cara atasinya ketika mengandung..terkadang bila kita banyak berdiri darah tak banyak berjalan ia bergerak pada suatu tempat maka itu terjadinya kebas anggota badan pada bahagian tertentu.



Oklah..kaki dah rasa nak kebas heee..lain catatan kita bertemu lagi ya..

Sabtu, 14 Mac 2015

Ragam Semasa Hamil..

As salam..

Ragam Semasa Hamil..Sabtu.Seronoknya hari ini plan nak bawa anak pi makan kedai roti canai dan nasi lemak daun pisang akhirnya tak jadi sebab kemalasan hadap blog kerja rumah heee.. Dengan alasan nak pergi makan rumah orang kawin sahaja anak tekak ni. Tak kisah apa menu hidangkan asal tuan rumah memag ada menjemput dan dapat makan nasi minyak orang kawin jadilah heee..
Alhamdulillah..
Ragam Semasa Hamil..
Suami izinkan walaupun agak keberatan sebab risau aku jalan jauh dan tak ada jiran kawan sebagai peneman di sana. Itu dia risaukan. Mujur ada motosikal aku rempit je..tak jauh rasanya kalau berjalan jenuh gak bawa perut tambah lagi cuaca agak panas. Adoi..majlis mula jam 12 tengahari ke 4 petang akau ambil masa untuks siap jam 1.20 tengahari.. Tapi tak nampak pula jiran tertanggan taman perumahanku ini..



Lepas selesai makan aku senyum sahaja tanda rezeki kami tiga beranak. Terus meleju ke pasar beli barang sikit teringin nak makan mee rebus pula heee.. Pertama kali buat syukur menjadi alhamdulillah. Nak makan kedia jauh rasa buat menjadi rasa nikmat pula. Insyallah boleh hidangkan untuk suami yang cintai..

Masak..
Sejak rezeki Tuhan berikan dalam ini semkin malas nak memasak. Tapi harni kuatkan hati. Kalau dulu petang sahaja ada menu aku bikin tak kira cucur udaang, cucur milo heeee, apam, mee goreng, kueh tiew, mee hailam semua aku buat sekarang rasa makin pemalas. Jadi masa inilah ambil waktu untuk biasakan balik agaknyalah heee..
Apa lagi ya..
Ragam Semasa Hamil..Aku sudah semakin sukar untuk tidurnya waktu petang. Kalau dulu pagi dapat lelap 20 minit atau lepas masak tengahari atau lepas makan tengahari sementara tunggu azan zohor sekarang tak lagi.. Aku tak pasti kenapa.. Malam sujar katakan tidur lelap sekejap dapat. Bila bagun tidur susahnya nak jaga..terus jaga..Kecuali semalam aku menjahit quilt baby mudah pula tidur..Hari pula amat sukar..Tak mengapalah mungkin pembawa budak agaknya ;) syukur..

Pengalaman Suntikan Anti Tetanus Atau Kancing Gigi

As salam..
Suntikan Anti Tetanus Atau Kancing Gigi ini adalah bahagian yang seterusnya ingin ceritakan pada entri yangdi janjikan beberapa hari yang lepas..



Aku beri vaksin anti-tetanus. Kenapa ya perkara ini perlu ia bagi mengelakkan para ibu dan janin dalamnya terkena penyakit tetanus. 

Al-kisahnya suatu masa dahulu penyakit ini cukup popular dan mudah terkena pada wanita yang hamil. Penyakit amat bahaya ini boleh menyebabkan kematian pada ibu atau bayi lahir mati atau bayi lahir pra matang.


Bukan itu sahaja khuatiri juga jika si ibu tidak mengambil suntikan pelindung anti tetatanus/ suntikan ini mengikut apa sarankan oleh klinik desa atau para doktor kemungkinan akan ada bakteri panggil kuman akan masuk dalam badan ibu hamil. Bahkan bakteri jahat "kuman" ini walaupun terkadang ia telah nyah basmi kuman di klinik, hospital sekalipun ia tetap ada tapi langkah suntikan ini perlu ambil bagi mengelakkan sebarang kemungkinan sekiranya ada hamil di dalam tempat awam, lif, dalam kereta dan sebagainya tanpa duga. 

Sekiranya suntikan kancing gigi/ suntikan anti tetanus tidak ambil kemungkinan besar anda bayi dalam bahaya sebab tiada perlindungan khas untuk anda dan bayi.
         Tetanus disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani


Aku dah kena Suntikan Anti Tetanus Atau Kancing Gigi mahu jugalah sakit dua ke tiga hari aduh..lenguh sangat..padahal bukan bisa cuma masih terasa sakit sahaja bahagian yang di suntik. Tapi kata orang demi kebaikan diri dan kandungan itu sememangnya perlu dan wajibkan ;)

Ada pengalaman suntik kancing gigi? kongsikan


Rabu, 11 Mac 2015

fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal

As salam..

alhamdulillah. Mula dengan tajuk fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal. semalam pada 10.3.2014 genaplah fetusku berusia 22 minggu. Sungguh rasakan perkataan minggu itu cukuo jauh lagi perjalanan yang harus aku dan fetus ini berjalan. Jika ikutkan 22 minggu kehamilan ini aku telah mencapai usia kandungan 5 bulan! Syukur.


Semalam jugalah aku dapat bacaan gula dalam darah itu syukurlah bacaanku normal. Aku harap ini adalah yang pertama kali sahaja aku minum. Macam kehamilan anak pertama aku kena minum air gula dalam mug besar gila. Syukur keputusan ok celar ;). Mana tidaknya mak dan ayah aku ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Jadi risiko untuk aku dan bakal bayi untuk mendapatkan penyakit itu adalah tinggi. Memang tak boleh elaklah katakan kalau kata "keturunan" kenalah alert dengan apa kita makan.

 
Fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal..

"Selalunya aku kalau rasa banyak makan manis minum manis aku bilas dengan air suam balik cukup-cukup. Paksa jugalah tapi walaupun malas kena juga ambil menu pahit ke atau banyakkan lakukan aktiviti untuk keluarkan sedikit peluh hu..."

http://www.babycenter.com.my/a1044279/perkembangan-fetus---hamil-22-minggu

"Satu lagi kalau tahu besok nak puasa ke kena minum air gula itu sehari sebelum itu cuba kawal pemakanan korang eh.. Tahanlah sikit dari ambil yang manis yang terlebih masin ker heee..banyak minum air suam dan makanan berkhasiat ok. "

Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum

Apa lagi nak cerita tentang fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal harapkan semua akan berjalan dengan baik amin...doakan aku dan kehamilan ini berlansung dengan selamat ya.Insyallah esok kalau ada masa aku akan sambung pasal aku kena suntik..enjit kancing gigi ibu hamil pulak hooo...aduh..duh..duh.duh...