Jumaat, 5 Oktober 2012

Pin Comel Untuk Hari Lahir Adik

saalam bertemu kembali..

Kali ini Suri memenuhi permintaan dari cik Eka Dahiyah. Dia ada oder lima pin comel reben polkt dot untuk adiknya. Satu Suri bagi free gift jadi semua ada 6 pin/ kerongsang tudung.

Katanya hadiah pin untuk di beli untuk di hadiahkan kepada adik perempuannya. Bukan adik lelaki ya heee..
Mari kita sekodeng apakah pin yang menjadi pilihan beliau.


Isnin, 14 Mei 2012

Aku Bisa Mengukir Senyum

Salam.

Jalan-jalan cari makan hee..bukan cari makan. Hakikatnya Suri sudah pun makan sarapan pagi hanya menjamu bihun goreng bersama hotdog hee..sesekali di hadap menu yang ring syoklah pula..

Sekitar jam lapan pagi blog http://cahayacinta.com tidak dapat dibuka. Ini semua gara-gara masalah hosting di sana. Agak lama menunggu blog cahayacinta.com boleh di buka. Adalah juga dalam masa sejam. Namun sehingga detik jam 9.56 pagi keadaan yang sama masih berlaku. Harap suport tiket kedua akan mereka jawab kelak.



Permintaan pertama dari beberapa orang sahabat meminta resepi dari Suri, Insyallah akan Suri muat naik dalam blog di sana. Buat masa ini Suri fokuskan pada blogsport ya huhuhu.. Tidak di sangka ada pula saudara ingin membuat tempahan dari Suri ekoran muat naik gambar kuih tempoh hari...Rezeki tu..rezeki..

Nantikan entri yang setersnya ke layar cahayacinta.com. Doa Suri semoga blog itu akan kembali on seperti biasa. Walau dalam hati ada sedu namun aku bisa mengukir senyum

Rabu, 9 Mei 2012

Salam..

Banyak berfikir sampai tidak tahu mana satu nak cerita hee..

Haii..suri oiiiii !


Pendapat koraglahkan..ok ke tidak jika blog ini suri buat khas untuk kraftangan sahaja..ataupun still nak blog ini kelihatan rojak. 


Maka dalan blog ini ada cerita pasal aktiviti suri, buat cokelat  dan  bukak tempahan cokelat di blog ini ..dan ada juga di selitkan tentang kisah masakan, ada kisah pasal anak2 ker atau camner?



Berilah pandangan..

Isnin, 7 Mei 2012

Bila Kakiku Melangkah..

Salam sayang...

..Syukur Alhamdulillah bisa aku menatap wajah blog ini buat kali yang seterusnya.

..Aku masih berjalan walau langkah terhenti masih ada juga yang sudi mendegar bait-bait gersang ini..

..Bila langkah terhenti..hati rasa wajarkah di teruskan langkah ini?

..Kaki berkata berjalan jangan berhanti..kerana kudrat yang di beri bukan untuk tanpa hala tapi ada satu tujuan..

..Langkah terhenti walau kaki penat tidak terkata.. Tangan menekup tempurung lutut..

Jalanlah..

Walau penat kemudi langkah harus di teruskan..
Selagi tidak rentung mengatakan minat itu masih ada...
Permintaan itu masih menjemput..
Kala rindu bertandang di biras hati...
Sebenarnya kita bisa mengungkapkan walau sebaris ayat..


Ya..Aku melangkah demi itu..
Kerana kamu yang selalu ke sini..
Kerana kamu sering sana..
Terima kasih teman..terima kaish Tuhan atas kurnian tidak ternilai ini....

Isnin, 23 April 2012

Suka Sama Dia

Salam .. Laman menjeguk di sini pula. Petang yang amat suram. Dari pagi sampai sekarang tiada apa yang di buat melainkan update blog dan jalan-jalan ke medan blog kawan. Hari ini kerja di cari tapi dah jumpa kerja theme untuk blogspot ini. tapi masalanya dah muat turun dari blog tu kemudian cari di bahagian dowload tiada pula adui.. apa yang silap ya.. suri suka theme ini http://www.allblogtools.com/blogger-templates/3-columns/flower-girl/

Rabu, 18 April 2012

Masa Yang Di Curi

Salam..
masa yang ada suri curik skit...lari sana ke blog cinta..lari ke sini ke medan blogspot..

lari ke fb sb teman kwn sekolej mencari huhu..



waktu ini sempat membalas komen di blog..tiada aral malam ini atau pgi besok baru suri terjah blog member..

rindu tak berblog ke laman kawan2.. semua gara-gara kerja di pejabat dan satu sebab mak dah ayah ada tu yang fokus pada keluarga dan kerja hee...

Jumaat, 13 April 2012

Mesti Rindu Masakan Emak

Salam...

Sekejap sudah hari jumaat.. Saat ini hati rasa sedih sebab petang ini akan menghantar mak dan ayah ke kampung halaman. Wah mesti rindu masakan emak bila jam 4 pagi dia akan masak di dapur rumah suri hee...

Dah hampir seminggu Suri bawa bekal mangkuk tingkak masakan emak hee.. Hurm..next wee surilah yang kena masak sendiri haa...




Okey kawan. masakan mak atau ayah mmg sedap. Korang suka mak atau ayah korang masak apa? kalau tanyar suri suri suka masak lemak ikan parang heeee

Khamis, 12 April 2012

Masih Ada..

Salam..

Agak sibuk..sakit dan banyak habiskan masa bersama-sama keluarga. Seminggu ini Suri pulang ke kampung halaman justeru itu membawa mak dan ayah datang bertandang di Ipoh. Maka kalian pun haruslah faham bila kedua ibu bapa bertandang di rumah maka kita haruslah melayan mereka sebaiknya.

Begitulah Suri cuba menjauhkan diri dari dunia blog seketika. Masa cuti semalam Suri pun membawa mak ayah ke ruamh mak mertua di Kuala Kangsar maka itulah semalam Suri tidak sempat update blog walau hanya beberapa minit..



Terima kasih teman sebab sudi ke blog2 suri. Amat suri hargai dari hati kecil ini. Ya, sekarang pun sedang berusaha menjejak kalian dengan entri2 yang lama heee..

Dan..mahu seminggu lebih juga betis kedua kaki suri sakit. Gara-gara bersenam pakai tali skeping heee.. Mujur mak ada dia yang urutkan hee dapatlah manja2 sekejap hee.. Ayah pula beri penawar air dengan menggunakan ayat suci Al-Quran. Hari ini syukur Alhamdulillah sudah sihat sepenuhnya.. Jika tidak Suri akan rasa badan sejuk seram selama 3 hari berturut-turut. Kata mak "demam urat"

Ok jumpa di lain cerita lagi daa..

Selasa, 3 April 2012

Rindu Kereta Lama

Salam..

hampir sepuluh tahun juga kami menggunakan kereta proton keluaran pertama Malaysia. Baru hari ini ia di jual pada pembeli dengan harga rm1,800.00..

Pagi tadi sempat snap gambar dalam kereta tapi muka depan kereta hadapan tak sempat nak ambil. Kenangan manis dan pahit banyak di harung bersama proton saga saat tenat saban waktu di usung ke bengkel kereta. Mujur kami tidak berhenti di tepi jalan besar sewaktu mahu pulang ke Melaka, kuala kangsar, ke johor mahupun bercuti kemana-mana ia tidak meragam.

Kata orang kereta proton lama memang bagus kualitinya tahan lasak berbanding kereta sekarang. Tidak tahu mengapa sebab kata orang tengok juga pada pemanduannya hee..

Tunggulah akan muat naik pic nnti hee...

Isnin, 2 April 2012

Cuaca Panas

Salam petang..

Hari ini keadaan kurang baik sangat-sangat. Usai tengahari terik pas masuk pejabat kepala rasa huyung hayang...saat ini rasa pikir masa makan bihun tadi mungkin makannya sedikit di tambah pula bila keluar tadi cuaca memang agak terasa bahangnya..

Agak lama menyelesaikan urusan luar maka suri pun ambil keputusan selepas rehat makan tengahari nanti barulah makan ubat dan tidur sebentar.



Setelah bangun....
Jam tiga petang barulah badan rasa sedikit bertenagan. Mujur semalam sempat taip draf untuk blog jadinya majukan sahaja di blog cinta. Tapi hari ini memang tak semua blog suri mampu berjalan-jalan..need to rest lagi.

selamat berblogging semua moga ceria dan sht sllu.

Sabtu, 31 Mac 2012

Rancang Masa Depan Anak

Salam hujung minggu.

hai aku tak tidur lagi... degil anak mata dari tadi tak mahu pejam..Ada satu perkara yang masih belum selesai dan hari ini baru dapat jejak dan rasa gembira itu berbunga..

Saat itu ia berlaku semasa suri masuk ke pejabat suami. Suri membaca helaian harakah. Dan jatuh hati pada satu iklan pendidikan hafiz dah hafizah ini. Allah detik hati ingin menghantar anak di situ. Pertama Suri cuba mengingati nama website tu. Agak lama mencari-cari keluar masuk laman blog syukur akhirnya jumpa.



Ini link dia http://pendidikanhafiz.blogspot.com/ ada kemasukan taska, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej sehinggalah belajar ke luar negara. Tapi memang niat dihati nak hantar anak di sana masalahnya jauh huhu.. Tengoklah bagaimana nanti. Rasanya mahu hantar anak masa umur dia tujuh tahun.. entah jadi atau tidak tak tahulah tengoklah dengan izinNYA nanti..

Ia cuma perancangan Suri sahaja heee..apa2 pun suri serahkan padaNYA. Asal le dia tak buat kt Ipoh heee ni buat kt Kelang..CAWANGAN PUN BYK KT SANA JER HUHU....

aduii....

Ahad, 25 Mac 2012

Ada Yang Baharu Yang Lama Tetap Bergetah

Salam..

Agak lama ingin menontonkan telefon tangan Suri kepada umum hee.. Bukan apa sebab saban tahun dalam kotak komen blogger Suri ada mangatakan saya ada telefon tangan. Tapi pakai yang lama punya brand Nokia huhu..

Adalah dalam 3 minggu Suri beli telefon tangan baru. Yang lama pun ingin di semat dalam blog sebagai kenangan sedia berkhidmat untuk Suri bertahun lamanya.. Mari sini tengok huhu walau tak kacak tapi tetap di perlukan juga. Saat dah terus mati maka terpaksalah Suri beli telefon tangan yang baharu.



Aku ada telefon kau ada hee.. tapi sederhana sahajalah nak yang mahal-mahal rasanya setakat ini tidak perlu asal bleh keluar masuk panggilan itu sudah memadai Horeyyy!!

Pstt!! Telefon lama kawan-kawan apa sebelum dapat membeli sebuah telefon tangan baharu?

Suri punya telefon lama jenis Nokia siri ke berapa tak tahulah pula hee tapi tahap gaban telefon ini di ikat tali getah...yang terbaru jenama samsung Y

Ibu Tutuplah Cepat

Salam..

Saat ini Suri dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Sepanjang perjalanan menelan karenah anak satu-persatu. Tidurnya tidak mahu.



Baiklah sempena segmen bertutup tetap indah ini apa kata kita mencuba diri berpurdah cara ini. Toturial ini mengajak anda bertutup. Walaupun kita dalam islam tidak digalakkan berniqab atau berpurdah itu lebih baik seperti mengikut sunah isteri-isteri Rasulullah dalam mencintai isterinya dengan berniqab jauh dari pandangan mata-mata tidak sepatutnya tapi bertutup dengan sebaiknya pun itu sudah memadai. =]




Ayuh bertutup. Anak Suri minta Suri tutup ini gambar dia, pastu di suruh ayah dia pulak bertutup huhu..Gambar-gambar ini semua dia yang ambil.

Khamis, 22 Mac 2012

Bicara Result SPM

Salam..
Agak lewat update blogspot heee 12.19am hua...apa kes.. Gara-gara kesibukan melanda di pejabat dengan meeting, persiapan afidavit yang harus dimajukan pada court membuatkan Suri lupa seketika tugas sebagai part time blogger huhu..

Ini pun teringat blogspot tak update maka usai membuang toksid di dalam perut sebentar tadi baru plan nak hadap blog. Harap pasni perutku tidak meragam lagi..

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah pun masing-masing dapat. Ada yang cermerlang dalam keputusan masing-masing ada juga agak sedih, terkilan, kecewa bila result yang di impikan menjadi sebaliknya atau ada yang buat tak kisah?

Apa pun pandangan masing-masing selepas mendapat keputusan ini sebenarnya itu bukan sebuah pengakhiran kehidupan. Bagi kurang cantik keputusannya tidak seharusnya anda berduka sambil mengenangkan kisah lalu tapi bangkit dengan dairy baharu.

Jika ada ingin belajar pintu masih terbuka luas. Bagi yang minat akan bidang kemahiran Mara ada menyediakan beberapa kursus yang boleh dikatakan mendatangkan kerjaya baik pada masa hadapan.

Sekiranya kursus Mara agak keberatan nak masuk gara-gara tersekat dengan pinjaman dan sebagainya Suri cadangkan anda masuk ILP. Institut Latihan Perindustrian. Yang ini mana-mana cawangan ada di setiap negeri tak silap Surilah. ILP sama lavel dengan Adtec. In case yang ini memang belajar pun free kalau nak bayar tu cuma masa pendaftaran jer kot berapa rm Suri tak ingat hee. Tapi bab-bab asrama pihak pentadbiran di sana ada sediakan penginapan untuk pelajar-pelajarnya. Begitu juga dengan wang saraan diri tiap-tiap bulan anda akan dapat hee..



Bagi yang berkemampuan tu korang bolehlah pilih kursus under swasta yang boleh tahan gak bayaran untuk permulaan kursus dan sampai ke pangajian diploma melarat ke ijazah. Tapi yang sakitnya bila swasta ni perit bab pinjaman huhu.. Pas habis pengajian kenalah bayar balik pinjaman tersebut. Haa yang ini memang adat le sebagai seorang pelajar dengan pinjaman memang tidak dapat di pisahkan melainkan jika anda lepas habis spm terus berkerja itu lain cerita.

Bagi dapat best result jangan lepaskan peluang untuk sambung belajar ke mana-mana Universiti tempatan dalam atau luar negara hee.. Pokok pangkalnya ada minat anda boleh sahaja joit kursus yang di inginkan sesuai dengan kehendak pasaran kerja sekarang atau masa akan datang. Bijak pilih kurusu bijaklah masa depan anda dam cerahlah peluang pekerjaan tu nanti.

Ada pula kes dapat keputusan baik tapi sayang tajaan tiada salah satu sebab keluarga kurang berkemampuan untuk hantar anak ke Universiti lebih-lebih lagi yang mintak bahagian kejuruteraan yang memang minat nak sambung pengajian nanti di Jepun, contonyalah ye huhu.. Bab ni korang kena rajin google..cari laman wab jpa ke apa ker untuk mohon pinjama tu. Insyallah kalau ada rezeki akan di panggil temuduga sebagainya. Beberapa tahun belajar di Malaysia pastu terus sambung blajar ke luar negara.

Yang tidak minat belajar jangan pula merasa hampa..Korang still boleh cari pengalaman. Yang minat bahagian pejabat korang boleh apply kerani mana-mana syarikat perlukan pekerja begini. Saat ini belajar asas dulu dalam bahagian pejabat menulis memo, surat jual beli, fax dan sebagainya. Timba ilmu sebanyak mungkin dan kalau boleh cuba kekalkan jawatan ini dalam 3 ke 4 tahun. Sekiranya anda bosan cuba cari persekitaran kerja di tempat lain dan pastikan anda minat jawatan kerani juga.



Sebenarnya tidak kisah jawatan mana yang anda minat. Katakan minat kerja bahagia akaun maka kekalkan potensi dan minat kerja tu satu bidang sahaja. Tahu tak mengapa Suri katakan demikian. Sebab katakan tadi anda berkerja di syarikat lama selama 3 ke 4 tahun dan bila pindah kerja ke tempat yang baru peluang anda untuk kenaikan gaji akan cerah sebab ekoran dari pengalaman anda berkerja beberapa tahun di syarikat pertama tempoh berkerja agak lama dan kemungkinan peratus anda untuk gaji itu naik mungkin tinggi.

Hampir mengikut pengalaman Suri berkerja lebih dari 7 buah syarikat kebanyakan mereka akan mencari pengalaman anda berkerja dahulu selain menitikberatkan bahasa english, soal result pmr, spm. diploma dan sebagainya. Cuba anda fikirkan selepas beberapa tahun anda berkeja dan fokus satu kerja sambil menimba ilmu dalam bahagian pejabat baik kerja kerani,qa kilang, akaun akan tiba saat nanti gaji anda akan lebih tinggi dari pekerja yang berkerja selepas keluar dari pengajian kolej swasta yang terkadang belum tentu ada pengalam kerja seperti anda. Biasanya lepasan kolej swasta gaji bermula pada tangga permulaan sebab baru dalam bahagian bidang kerjayanya paling sikit pun mereka tiada pengalaman langsung jusy asas sahaja. Jika di bandingkan dengan anda yang mula berkerja saat tamat sekolah tingkatan 5!


Pada minat bahagian kerjaya seperti polis bantuan ker apa2lah pun boleh mencuba nasib mengisi borang dalam suratkhbar. Ada masa2 iklan permohonan kerja ini akan keluar untuk mengambil pengambilan baru. So try grab! heee mana tahu dapat kerja ini gaji pun bileh tahan juga geee..

Kesimpulanya banyak cara untuk berjaya dan mencari duit atau pengalaman jika kena pada kehendak dan keinginan dari diri sendiri. Tepuk hati, soal otak dan fikir baik-baik mana satu pilihan anda. Pastikan anda tidak tersalah pilih jalan yang mati sudahlah. Penulis hanya berkongsi idea dan pandangan sendiri dalam blog ini mengikut pengalaman dan pengamatan. Tiada apa2 ingin katakan itu ini tidak elok di sebalik keputusan anda.



Di sini hanya ingin memberikan anda ruang, peluang yang tersedia terbuka luas untuk anda. Kata orang pintu dah terbuka tinggal lagi pilihan di tangan anda.

okis nak tdo hee... camat malaem

Rabu, 21 Mac 2012

Aku Terasa Hampa

Salam untuk semua...

Seperti telah di ketahui semalam status cahayacinta.com masih di takuk yang sama. Amat menyedihkan sangat-sangat bagi pihak admin. In case Suri minta maaf sangat-sangat pada semua bila saat ini Suri tidak dapat membalas kunjungan anda atau sebaliknya.

Insyallah jika blog sudah kembali pulih Suri akan on seperti biasa ya. Korang jangan ikut rentak cam Suri down sahaja bila blog sudah takat beku ini huhu..

Berbalik pada kekesalan yang amat menerkam jiwa saat di layan bagai orang yang tiada pangkat memang amat terasa hati. Ceritanya begini.

Sekitar 2 minggu yang lepas Suri membeli sebuah tekefon Samsung Y. Sekitar seminggu Suri menghadapi masalah di mana Suri tidak dapat menjawab panggilan telefon apabila ada orang menelefon Suri. Dan beberapa kes yang Suri rasa Suri perlu rujuk pada jurujual kedai tersebut. Syukur respon penjual kedai itu berstatus amoi dia memberikan kerjasama yang baik akan permasalah Suri.

Semalam kira-kira dah masuk dua minggu Suri datang ke kedai itu dan bertanyakan hal lain pula.




Suri cakap mengapa bila gambar yang ada dalam hp ini bila saya ingin pindahkan gambar2 tersebut ke dalam laptop tidak ada, walaupun saya telah menggunakan pen drive penyambung yang telah disediakan.

Semasa kami datang tu gadis amoi hari itu sedang melayan warga indonesia untuk membeli hp baharu. Jadi lelaki cina ini dengan riak yang malas malah macam tak mau melayan karenah kami semacam naik angin. Suri pun still diam jer. Dan melihat bagaimana cara dia buat. Dia tunjuk sambil lalu sambil cakap blh..blh.. Itu pun bila Suri cakap lebih sikit dia cepat-cepat bagi hp kat tangan Suri semula.

Begang tak boleh cakaplah.. Rasa nak sound jer tapi sabarlah dalam hati. Ada ke layang begitu??

Selasa, 20 Mac 2012

Kenapa Begini

Salam..

Sedari jam lapan pagi Suri membuka blog.. Seperti biasa keterujaan membuka lamaran post terbaru mula terpamir senyum saat bait-bait ayat mula rancak menyusun kata dalam kotak fikiran.



Oh sayang..
segalanya berubah bila ucapan keramat ini muncul sehingga jam 10.38 pagi.

"Apache is functioning normally"

I need to stop bloggig or what? hurm.. support tiket again? gerrrrr...

Khamis, 15 Mac 2012

Pening Sibuk Suka

Salam petang..

Ah hari ini tidak dapat berjalan-jalan ke blog kawan-kawan amat saya kasihi heee kawan-kawan walau tak kenal tapi dekat di hati. Sungguhpun tak pernah bersua tapi rasa sduah cam kawan rapat lagaknya...

Semalam rancak menyusun langkah di blog kawan-kawan..Akan tetapi petang ini kerja pejabat mengasak kembali..




Sementara mesin printer 2 dalam 1 tu hok copy peaper Suri ambil masa update blogspot. Kepala pula sakit berharap balik dari rumah lepas masak, mandi, solat dan makan malam bolehlah rehat lama sikit huhuhu..


Sok jumaat terasa masa begitu sekejap sahaja meninggalkan kita. Malam ini juga tak sabar nak tonton semanis kurma siaran tv 9 hee Suka bangat sih... Tapi bukan nak tengok cerita hantu huuu...

Sabtu, 10 Mac 2012

Semua Tidak Menjadi

Salam sabtu..

Baru selesai masak dan menonton tv bersama anak. Saat ini badan dia agak sejuk sikit bila di mandikan dengan air kolah. Malam tadi hujan lebat maka sejuk air disimpanan tangki air masih paras suhu yang menyejukan badan jika di mandi buat basahan berendam anak dalam besen mandi baby heee..



Cerita telefon tangan baru Y masih blur untuk digunakan. Suri masih mencuba menjawab panggilan telefon dari suami tapi gagal keberapa kali tak tahu. Sudah puas di tekan skrin touch angkat, tekan itu ini pelbagai sudut tapi tak boleh juga.



Hurm..ada di berikan no 14 digit topup tapi gagal pula untuk di terima handphone ini. Euuu.. sudah semalam hok test ambil gambar kemudian nak muat naik dalam blog tapi tak boleh pula. Jenuh teman cari kot2 masuk dalam fail e f ke apa2lah rasakan akan jumpa image atau picture tapi tak derlah huaa....

Oklay nak jam 1 tengahari, mau makan dan rest sekejap. Korang jangan lupa solat zohor kEy

Jumaat, 9 Mac 2012

Rest Dari Berblog

Salam..

Tidak sampai hati melihat di sendiri. Nampak gayanya terpaksa menjaga dia.

Susahnya hati..




Maaf kawan-kawan Suri sempat berjalan-jalan sekejap sahaja di maya. Insyallah Suri akan jejak kawan2 semula..

Doakan semua baik-baik sahaja..

Rabu, 7 Mac 2012

Sedetik Sedih.. AdA Jua Ceria

Salam

Selalu klu anuar nnyi sedetik lebih. Itu kalau tak silap Surilah haaa..Sedetik sedih ini bila mana perkara yang ada sedih untuk di kongsikan hua..sedilah sangat..

Tak der maknanya sedih cuma sedetik sikit sahaja. Bila menjalankan busines mula orang mula buat lambat pembayaran memang menyakitkan hati tapi ni la minta bayaran deposit melaju pula..pelik.. Suri mencuba buat secepat boleh tapi sudah minta last minute tetap berusaha hantar secepat sebelum minggu itu. Akhirnya berjaya. Namun inikah balasan orang kita mula berniaga nak membeli bukan main nak membayar sikit punya liat.

Dalam hati cuba mencipta taman mengganggap itu asam garam dlm menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan..



Kedua..
Hari ini teman rehat sorang2 jer. Teman pejabat tak tahu pi mana. Dah tunggu seawal jam 1.45 tengahari tapi dia tak keluar pun..sampi saat jam 1.05 minit. Sebab kawan dia cakap cam dia ada dalam pejabat itu. Suri tekan butang 3 kali lebih tak mahu sebab pikir mana taahu bos dia ada. Dan mula Suri mengcongak baik-baik mungkin dia sakit perut kot..atau pening2.. aeii.. Tunggu punya tunggu Suri pun berlalu..

Tapi bila Suri naik atas tengok pintu pejabat dia cam ada org keluar. Aha..Suri abaikan jelah heee..



Hurm..
Bila sudah dapat surat MARA akhirnya berjaya juga Suri mohon pengurangan pinjaman balik. Walau bulan-bulan bayar rm150 berharap baki itu akan cepat susut nilainya.. Memang satu berita yang menggembirakan setelah lama menunggu..

Dari 27 ribu kena bayar rm13 ribu heee senyum simpullah teman. Memang berbaloi mendapat result 3.59 erm...

Selasa, 6 Mac 2012

Hai kAWAn

Semalam ada banyak berita gembira yang ingin d kongsikan..

Pertama tama...sebab ada dapat hadiah dari sahabat akubiomed heee gara-gara top komen tu syukur Alhamdulillah rezki. Terima kasin bro Akubiomed atas pemberian dan penghargaan yg di beri. Tapi masalahnya balik ini teman akan buka buku akaun untuk dapatkan no mbb huhu. Maaf sebab lambat bertindak balas hua...




Kedua..
Setelah pertapaan wang dalm bank BSN dalam bank sejak setahun yang lalu akhirnya Suri dapat hadiah jua. Walaupun tidak besar tapi amat-amat di hargai.. Alahai nak kereta memang tiadalah tapi cukuplah lepas bayar belanja makan 2 ke 3 bulan hee..




Ketiga..
Bos belanja air white coffee old town haaa..terus segar bijik mata gua. thks mr jim heeee.. memang terbaiklah.

Yang keempat hurm ada nada sedih ni kawan..tapi akan sambung esok punya cerita heee...

Sabtu, 3 Mac 2012

I NEED ALONE

Salam..

Huk.huk..huk..rasa sedih menghimpit jiwa..

Elok sahaja pagi semalam update blog dan berblogging beberapa laman teman namun langit tak selalunya indah pabila apa yang di impikan menjadi siaran ulangan kembali semula.



Mintak maaf pada teman-teman sebab blog cahayacinta.com tidak boleh di buka seperti biasa. Malas melayan tapi suport tiket menjadi balasan. Katanya still ada masalah di sana. Insyallah Suri akan jejak teman kembali ya..

I NEED ALONE

Jumaat, 2 Mac 2012

Bila Marah Bertandang

Salam jumaat semua..

Moga-moga dilimpahi nikmat rezeki dan kesihatan yang baik hari ini untuk kita mengucap syukur padaNYA..

Kesedaran menitip kesyukuran di panjatkan padaNYA agar kita bisa menjadi insan yang sebaik dari yang di kehendakiNya. Insyallah.

Pernahkah sahabat membentak rasa amarah dalam diri? Walau hanya sekali atau pun paling tidak marah itu di sadurkan dengan rasa kekesalan bermukim di tapak hati. Kita sering kali mencuba untuk mengawal amarah sebaik boleh tapi ada masa kita juga sering tewas dengan melepaskan marah itu pada waktu kita di himpit kesukaran.



Ingatlah sahabatku amarah yang tidak dikawal sebenarnya mampu menghakis rasa indah dalam hati kita.

Seperti sebuAh taman yang bersih nan indah. Jika kita sendiri tidak menjaga taman itu akan acapkali di sirami dengan lantunan air dan belaian pasti tanaman bunga akan mati dan lebih pedih lagi jika taman itu tidak di jaga rapi apalagi untuk di huni oleh pendatang untuk bertandang..

Begitulah hati yang tidak terjaga pasti hati kita seperti taman nan kosong..lebih parah akan menjadi usang. Mahukah kita menjadi begitu?


Jangan marah pada amarah kerana amarah itu satu anugerah dari Allah s.w.t jua.

Khamis, 1 Mac 2012

Tidak Pernah Lupa

Salam pagi..

Pagi tadi semasa nak membuka pintu gelongsor untuk melangkah ke luar rumah atas sofa hijau bernada kuning menarik perhatian Suri. Eh, buku apa ini..ah biarkan sahajalah. Mungkin sebab hati fikir majalah atau buku berkisar tentang bola sepak luar negara agaknya..

Bila anak sudah menyusu, suami selesai bersarapan mereka terus menuju ke dalam perut kereta. Suri orang terakhir mengunci pintu rumah. Sekali lagi sempat menilik loh majalah pa & ma rupanya. dalam banyak-banyak buku yang Suri suka inilah bukunya.



Erm..
Masa hamil beberapa tahun yang lepas memang Suri suka membaca buku ini sebagai rujukan dan bacaan di dalam bilik perpustakaan mini Suri. Tapi sekarang agak jarang membeli sebab jarang ikut suami ke KLIA atau LCT. Jadi doklah mintak dia belikan SUri buku itu ini untuk di belikan.



E. tak sangka dia masih membeli lagi dan lagi. Btw selalu dia cakap ada sesuatu dalam bonet kereta ke, di belakang tempat duduk ada hadiah ker heee..Ini tahu-tahu buku atas sofa eish...


...Suri tak sempat cakap banyak sebab hari ini kira lewat masuk pejabat sebab dia maintanance kereta dia tadi huu.. Bagi Suri buku pa & ma kalau nak beli selang 3 ke 4 kali okey. Tapi jika nak beli tiap-tiap bulan rasanya tidak perlu. Kalau jenis anda jatuh hati pada setiap muka depan majalah tu jangan salahnkan Suri tu memang model- meodel terhangat di majalah pa & ma.

...Suri..tak perlu beli setiap bulan sebab kebanyakannya isi yang di sampaikan berulang-ulang. Cuma yang membezakannya kupasan mereka dalam penyampaian bahasa.
Tapi, jika korang memang ada masuk kuiz, peraduan bagai dalam beberapa segmen tajaan

..Wajiblah beli nak tahu terpilih jadi pemenag ke tidak.

Bukan apa sebab Suri dah nak hampir 4 tahun membelek majalah ini. Sama sahaja dan cuma ada beberapa ruang yang terbaru rasakan bagus itu tu lebih bayak menyusur pada peraduanlah, bergambarlah, sponser bagai, iklan sudah pasti heee..

Bila isi yang sama memang membaca nampak bosan dan ada beberapa ketika Suri cuma sentuh bahagian tanyalah pakar atau dokor sahaja itu lebih mendalam pengisiannya.

Btw bila dia dah membeli suri bacalah juga tapi jika rasa benar-benar bosan laaaa.. Majalah yang bagus untuk ibu sedang meniti saat bahagaian bersama si kecil dalam perut dan panduan bagus untuk para bapa dalam membantu isteri dalam meengurusan anak-anak.

p/s:ini adalah pandangan dari sudut Suri sahaja.. ;P

terima kasih buat kekasihku heee..kerna tidak pernah lupa akan hal ini.

Sabtu, 25 Februari 2012

Cinta Mula Rindu..

Salam petam..
Jam 6.20 ptg barulah dapat mneguk air milo kesukaan suri ngheeeee.. setelah update dua entri di blog cahayacinta.com hati rasa senyum dan lega.. Jalan sana sini selesai. Hai mujurlah blog tak banyak target untuk sasaran lebih dari 20 orang untuk membalas balik. Dapatlah rehat selepas tu heee..

Usai mengemas barulah lepak kat blogspot..sambil main games..dengar muzik nasyid anak tidur jua akhirnya dengan sendiri. Hati di balink pintu gelongsor sedang menunggu kepulangan dia..



Hari rasa peant tapi rindu..

Rindu pada teman dulu satu bilik dengan Suri.. Satu kuliah..teman gaduh2..kemudian berbaik semula. Itulah memori bila dah kwin semua akan bawa haluan masing-masing..

Semoga sahabatku berbahagia selalu.amin.

Jumaat, 24 Februari 2012

Semoga Bahagia Selau

Salam..

Ucapan buat sahabat seperjuangan Suri semasa menuntut di kolej satu ketika dulu.. Haoo..tak sangka akan mengakhiri zaman bujang hari sabtu ini.



Saat di ijab kabul harap dia dapat menggals tanggungjwab dengan sebaik-baiknya. Maaf sebab tidak dapat hadir hanya hadiah sebagai pengganti diri..

Selamat pegantin baru sahabatku..

Rabu, 22 Februari 2012

Diam Lebih Baik

Salam petang..

Benar kata orang kalau diam lebih baik. Tak puas hati nak cakap terus boleh tapi tengok keadaan.

Bila lepas cakap ingatlah sebelum berucap pada pasangan anda kena set apa yang di cakap tu bukan terapi menegangkan keadaan contoh jatuhkan talak pada pasangan anda.

Fikir baik-baik..Bicara biar kena pada tempat dan permasalahnya jangan sesekAli sebut akan hal satu itu..




Diam boleh tapi lihat pada sebab. Jika di lawan makin berapi jadinya.

Banyak kes bergaduh..perang mulut sebab salah cakap. Jadi berhati-hati dengan setiap kata-kata anda..

..tak tahu nak nulis apa cuma apa yang tersemat dalam kepala sekali lalu nak tulis entri ini. Selalu begitu hee...terus taip idea datang menderas..

Selasa, 21 Februari 2012

Jadi Blogger Kena Tahan Sabar

Salam..

Sedang rancak menulis entri dalam blog cahayacinta.com tapi bila nak tulis tajuk posting dan save terus "problem loading page". Argh!! begang sungguh dalam hati sambil gerutu jemari bermain keyboard.

Enak menakluk satu ayat dalam layar catatan tetiba dia pulak buat masalah..

Haisy..
Memang kacau daun betullah hosting ini. Nak marah dah tak boleh sebab selalu jer begini..



Buat hilang mood kala otak sedang mencurah-curah idea. Ibarat air terjun memuntahkan air dari atas menjunam kebawah lagaknya. Time ini dia sengal ..

Nampaknya aktiviti berblog terhenti seketika.. Tarik nafas dalam-dalam..

Jumaat, 17 Februari 2012

Buah Pinggang

Salam..

hari tidak sesibuk sangat. Kerja boleh di siapkan dalam masa 30 minit sahaja hee. Maka ruang untuk berjalan2 ke medan kawan di gunakan sebaiknya..

Petang tadi ada dapat panggilan dari ayah di kampung. Katanya tentang penyakit buah pinggang. Oh tidak! ada sedara masuk wad di sana. Sebelum ini kakak dia yang tua masuk ni adik pula huhu..



Teman tak tahu nak pergi ke tidak sebab jauh kalau suami ada ambil pekerja kt KL boleh sekali jeguk.

Doaku semoga dik atikah akan sembuh dan kembali berkerja semula.Amin.

pstt..adakah penyakit ini keturunan.. sebab mak ayah dia ok jer..tapi 3 org adik beradik dia menghidap sakit ini....

Khamis, 16 Februari 2012

Surat Jemputan..

Salam..

Akhirnya surat kami dapat. Apa lagi dia pun dah masak2 untuk ambil cuti semalam. Memang menggujakan saat dapat surat itu..

Penantian berakhir juga. Dan kami di minta pergi ke sana jam 3 petang ini. Walhal saya pelik kenapa dia tidak tulis pagi huhu...



Saat dia call cakap sebab surat tu dha tulis jam sekian2 huhu.. Alamatnya tunggu lama beratur panjanglah..


.
.
.
.
.
.
.
.
.






Ada wang rm500 memang suri akan masukkan terus ke akaun anak. Untuk masa depan dia juga heee..

Isnin, 13 Februari 2012

No Mood

Salam..

Tiada mood tapi kuatkan hati jalan2 ke blog kawan sementara masih larat. Sepi juga klu biar tak buat apa2 blog bisa sunyi..



Keadaan bertambah teruk..buat kerja saban tak kena. Nak solat lagilah menyeksakan. Inilah ujian yang paling kena banyakkan sabar..


Baru ketika ini bersin tiga kali berturut-turut. Masa rehat tadi pekena ai Peel Fresh oren mula-mula sahaja ok pastu bersin hidung berair...Petang semalam lepas berseman diri kira dah sembuh tapi tak jugalah huhu..

Khamis, 9 Februari 2012

problem loading page

Salam..

blog tak blh di publish seperti biasa sekitar jam 11.00 tengahari tadi. Rasa menyampah..rasa geram bermukim di hati.

sob..sob..sobar..



Tunggulah lepas rehat baru nak call support tket dgn net kl. Banyak masa terbuang nak berblog tak blh nak balas komen lagilah tak boleh.

Hurm..

Rabu, 8 Februari 2012

Berkerja

Salam..

Hari ini Suri berkerja seperti biasa. Tidaklah sesibuk mana tapi penat juga. Malam tadi baru sampai ipoh. Asal ar Melaka ni jauh bangat..?

Nampak gaya malam ni malem wajib basuh baju heee banyak gila.. semalam badan letih tak der tenaga nak basuh baju. Anak pula demam.. :(



tapi kalau balik dr rumah mak mertua still ada kudrat lagi nak mmbasuh..emm mungkin sebab dekat heee.

wish selamat berkerja untuk member yang masuk kerja hari ini he..

Jumaat, 3 Februari 2012

Bila Anak Buat Sepah

Salam..

Bosan..hari ini makan sorang2..


Besok cuti tidak perlu makan sorang-sorang lagi hee..

Tak aci bos balik dulu huhu...


Urm..besok bergerak untuk mengemas bilik anak. Semua barang2 dalam almari dia punggah. Dari mainan bayi, baju bayi, botol susu, semua dia lemparkan kat ruangtamu, atas katil tingkat..ceruk dapor.

Oh tidak!



Serabut.. rumah bagai tongkah pecah..


Lego dah dapat di selamatkan minggu kelmarin..ni lego bongkah kayu pulak jadi mangsa entah mana dia dapat capai..

Apa lagi besok pagi2 kena susun atur bilik dan almari perlu di terbalikan mukanya mengadap dinding.Jika tidak potensi untuk dia bukak zip almari dan kumbah semua barang persent dia agak tinggi.

Gambar dari google. Nanti suri akan ambil gamabr ye tunggu!!!

Khamis, 2 Februari 2012

Salam..
Petang ini baru kerja pejabat agak surut. . .

Berhempas pulas menyiapkan kerja pejabat maklumlah dua ahri bercuti menjaga anak gara-gara pengasuh membuat rawatan ke IJN, Kuala Lumpur.

Dua hari yang berlaku tiada apa yang ingin d kongsikan cuma menjaga anak dan mengikut suami atas urusan pekeja asing sahaja. Malam tadi sampai rumah jam 11.00 malam. Badan agak lesu anak terlena tidur. Usik pipinya sedikit tidak bergerak ..



Kepala agak sakit sedikit bila kerja yang diinginkan perlu di siapkan segera. Mujur sempat siap itu yang hadap blogspot.

Dengar2 dari kotak komen ada blogger kurang sihat yer ke? huu..

apalagi jom rest klu blh tidur sejam dua pun boleh juga geee..

Isnin, 30 Januari 2012

Cuti vs Rehat

Salam..


Semakin dekat penghujung bulan januari. Akan datang menginjak bulan februari. Minggu ke minggu berkerja di selang dengan cuti menyebabkan hari yang dilalui sepanjang detik berlalu begitu sahaja..

Usia semakin meningkat..anak-anak mula membesar dengan sebaiknya.. Di rujuk pada kalender cuti bulan februari masa ada lagi bulan yang istimewa kalau bukan bulan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.




Malaysia antara negara yang paling banyak menerima cuti. Baik cuti peristiwa, cuti sekolah, hari buruh, hari lahir dan semua cuti-cuti dicatat pada kalender.

Apa yang peting cuti biasanya di ambil bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama anak-anak dan ibu bapa, merehatkan badan setelah berhimpun kerja yang berlambak di pajabat dan sebagainya.

Rasanya boleh di simpulkan tanpa cuti kita akan jemu pada satu-satu kerja. Ada cuti diharap dapat memberi semangat dan pemangkin pada kualiti kerja kita kelak.

Jumaat, 27 Januari 2012

cuti masa terbaik untuk bermain dengan anak..

salam,
akhirnya suri mmbuat keputusan untuk bercuti hari jumaat ini. selepas puas update blog balas kujungan suri nak bermain dengan anak. Masa yang di peruntukan mesti lama2 hee baru malam rasa seronok.. Jika berkeja rindu kat dia heee..



pada kawan2 selamat bercuti untuk besok hee..kalu ada kering idea apa kata jenjalan sekejap atau bersenam di sekitar taman mana tahu pas ni semua kembali fresh semula.

urm..satu lagi klu mandu kereta tu hati2 jalan raya..tali pinggang keledar jangan lupa di pasang ya.

Khamis, 26 Januari 2012

Masa Mengaut Untung Di Biar Begitu Sahaja

Salam petang..

Update entri dan kemudian balas komen..jalan ke blog kawan-kawan membuatkan anak mata semakin mengecil hi..hihi..setakat inilah yang mampu di gerkan jemari. Insyallah besok boleh sambung lagi.

Rabu kawan depan pejabat Suri tidak membawa bekal. Suri bawa bekal habisnya pagi tadi tak sempat di bawa ke belah tengahari huhuhu..



Lihat peniaga melayu berniaga di bawah sana masih tutup gerai jualan mereka. Hari ini hari khamis keadaan yang sama berlaku lagi. Kata Suri rugi orang melayu tidak berniaga sebab dah tentu jika mereka berniaga mereka dapat kaut untung lebih sebab peniaga cina sah-sah tutup kedai sampai hari jumaat ini. Dan ramai juga pekerja cina yang masih berkerja waktu bercuti ini.

Orang melayu punya cuti berniaga mengalahkan orang cina sambut tahun baru..

Rabu, 25 Januari 2012

Ada Di Sini..

Salam..

Setelah lama bercuti kini masa untuk beraksi di medan blogspot keh..keh..keh.. Lama bercuti sampai membawa diri ke ibu kota. Setelah behempas pulas memgembirakan hati anak serasa mahu sahaja menjaga mereka selalu dan sampai bila-bila. Tapi apakan daya jika tidak berkerja payah juga ingin menyimpan wang ataupun menjana eknomi keluarga huuu..



....Selamat kembali pada bloger yang baru masuk berkerja hari ini.

...And masa untuk Suri balas komen di blog cahayacinta.com pula setelah letih membaca dan meninggalkan sisa komen di beberapa laman sensawang kawan.

Blog dah macam tidak bertuan hee..sori bukan tak mo balas tapi need rest je lebih

Ahad, 22 Januari 2012

Kerjanya Keluar Masuk Dapur

Salam..

hee pagi2 bangun agak lewat pekena cerita yang di baca memang menarik hee..

Tengahari ada nota kt peti ais apa lagi selepas membuat mee kari Suri masak masakan yang diingini. Setelah selesai berehat di ruang tamu sambil2 layan blog sekejap. Hujan mula rintik2 perut mulai lapar detik jam 5 petang.



Apa lagi selongkar punya selongkar ada sisa jagung kering. Hari tu buat sikit perisa karmel, kali ini suri ubah sikit perisa cokelat yumieee..

Adeh..letih skit...

Jumaat, 20 Januari 2012

HoreYYY!!

Salam..

Jumaat hari last berkerja. Minggu depan hari rabu 25/1/2012 baru mula berkeja semula. Tapi.. bos bagi cuti katanya you ambil annual leavel boleh je.

Suri nantilah akan di pertimbangkan. kalau mahu cuti pun tidaklah seminggu tapi kira-kira kemungkinan hari jumaat 27/1/2012 mungkin cuti heee..



Walaupun bos jim cuti lama sesekali mood terasa best bila berkerja gi pejabat datang tak buat apa-apa hee.. Kalau duduk rumah bosan pula asyik pas masak, makan, solat.. tidurnya aja hee.

Selamat berhujung minggu semua untuk besok heee

Khamis, 19 Januari 2012

TIdak Seperti Biasa

Salam..

Semalam tak sempat update kat sini heee.. Pulang dari kerja sampai rumah terus je ceruk dapur untuk masak menu makan malam anak. Memang tidak plan apa-apa cuma malam tu kena tidur awal sebab besok kena bangun pagi hantar anak ke rumah pengasuh menaiki basikal heeee...



Pas makan rasa kepala jadi megong jap huhu..terus tido bila semua tugas2 sudah selesai alahai.. Besok kerja..kerja jadinya lama2 mata terlelap dan tak sempat naK berjalan2 ke blog mmber huhu..

SoRRY..