Isnin, 25 Mei 2015

Hamil 33 Minggu Baki Lagi 7 minggu Lagi..

As salam..

Alhamdulillah.syukur masuk 33 minggu penghujung kehamilan bulan ke tujuh..

Semalam cuba siapkan barang bayi masukkan dalam beg khasnya. Nampaknya barangkeperluan bayi untuk bawa ke hospital telah siap cuma yang tak silap bab "tuam bayi" mana nak cari "jintan hitam" atau panggil "habatu sauda". Pek bujut nak nak buat diy tuam baby kononnya hu..hu harap akan sempat jumpa rempah - ratus ni nanti sebelum due baby bakal lahirkan.  Bukan tak boleh beli tapi beli puas buat sendiri ewah...

Barang aku pula masih banyak kurang..apa barang yang masih belum ada eh..baju menyusu depan mesti ada butang dapat 3 ke 4 helai ok gak, minyak panas, holicks, biskut kering, tarmos, cawan sedang hu..aduh..pening jap...sanita huhu rasanya itu yang belum ada...kain batik huhu..

Seronok sebab semalam minta anak sulung aku sertai paking bab semalam. nak dia rasa gembira bukan sisihkan dia.kalau tak buat macam itu nanti nampak sangat aku teruja nak terima adik dia..dia pula terasa hati,yalah sebelum ni kasih sayang curahkan kat dia jer sekarag kena adil dna bagi sama rata..

lagi 7 minggu sahaja lagi sungguh pantas masa berlalu ke depan. Doakan aku dan kandungan dalam sihat hendaknya..

Khamis, 21 Mei 2015

Hamil 32 Minggu 7 Bulan, cucuk ambil darah 4 Kali

As salam..

ALHAMDULILLAH. Hamil 32 Minggu 7 Bulan, cucuk ambil darah 4 Kali huhu..Minggu sungguh mencabar kataku..Tapi dalam kepenatan rela diri juga demi bayi dalam rahimku ini..

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Ya. Kali pertama usia kandungan 4 bulan lebih aku kena minum air gula pertama kalinya. Bacaan pertama dan kedua keputusannya lepas makna clear. Happy tidak terkata hee..

Tapi untuk minum air gula kali ke dua untuk usia kandungan masuk 30 minggu ini bacaan pertama ok tapi bacaan selepas itu gagal. Sebelum kejadian berat aku naik mendadak dalam 4kg gitu huhu... Maka episod cucuk darah dekat jari 4 kali bermula..




Wajib puasa jam 10.00 malam..
Jam 8 pagi cucuk darah yang pertama klinik pasir putih keputusan normal ;)
Jam 12 tengahari cucuk darah yang kedua klinik pasir putih keputusan normal ;)
Jam 5 petang cucuk darah yang ketiga farmasi keputusannya darah aku kurang ( hb rendah )gula haaa..
Jam 9 malam cucuk darah yang keempat farmasi  keputusannya darah aku kurang ( hb rendah ke kurang gula haaa..

* HB aku rendah makna bacaan aku dalam 3.5 & 3.6 sahaja

Hamil 32 Minggu 7 Bulan, cucuk ambil darah 4 Kali ...Ok fine aku kecut perut kau haa..tapi aku ada catat kat belakang buku merah cucuk darah masa jam 8pg dan 12 tengahar memang cun, tapi aku tak pasti hb kurang pula tak der catat  pula kesan ia sebagai bahaya ke apa huhu.. cuma kat gambar rajah kata..

3.9-55. mmol  Normal
5.6-6.9 mmol Risiko untuk dapat diabetes
7.0 mmol ke atas Diabetes

Cuma kena lebih makan sumber ada darah dan sedikti gula jelah kot. budak kat farmasi kata nanti doktor mesti bising.. 

Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Aku..kata dalam hati diam..diam sudahlah haa..esok jumpa doc. Sayang kasih selamat hee..doc tak ada jadi jururawat tengok dna kata bacaan aku ok jer. tak der nak risaukan sangat erk..sikit aku tak kena marah hee..tapi aku mesti hati2.

Korang tahu tak pas habis cucuk darah dekat jari tu habis semua makanan aku tibai hee.makna dari aku makan roti gandun dengan air kosong aku balas dendam balik cari nasi, sayur, ikan dan telur malam aku makan sungguh-sungguh sebab kesian dekat baby dalam perut ni hb rendah punya pasal pastu aku minum sikit air manis.

Pakej Lengkap Cara Buat Duit Dengan Kincin Pelangi


Apa terjadi bila tahu keputusan hb aku rendah?
serius badan aku lemah sangat-sangat tak bermaya macam pagi tadi ambil darah masa masa jam 8 dan 12 tangahari sebelum tu aku cerdas jer. Dekat situ aku tahu aku tak ambil sedikit air manis dan makanan berkhasiatlah gamaknya. tapi kalau ada makan boleh tapi kenalah kawal kalau tak silapnya nanti naik hb korang dalam salah satu carta yang aku bagi kata atas tu..huhu.tak normal korang akan dapat diabetes atau Risiko utk dapat diabetes..selian tu hb rendah tu masih boleh baiki lagi deii..



Jumpa misi doc tak der apa lagi aku beri date lagi sekali untuk cucuk darah 4 kali pada 1/6 dan datang klinik desa jumpa doc pada 2/6 pula.. kata misi benda kena buat sampailah baby aku belum keluar. Yeap. akur sebab sekarang ni perjumpaan dengan doktor/ misi bukannya sebulan sekali dah...sekarang dua minggu sekali dah..

Hamil 32 Minggu 7 Bulan, cucuk ambil darah 4 Kali Pengalaman aku cucuk darah ke jari empat kali..sungguh bermakna memang ia tak sama dengan kehamilan anak pertama. Aku berharap tekanan darah aku, berat badan semua baik-baik belaka. Sungguhpun kedua ibu bapaki ada darah tinggi kencing manis jauh sudut hari harap penyakit dapat pergi jauh..jauh dari kehamilanku..kerana aku tahu setiap sakit datang akan ada kompilasi pada masa kelahiran nanti.
doakan semuanya dalam keadaan baik ya..amin.

Rabu, 13 Mei 2015

Mengeluarkan Khazanah Barang Kelengkapan Bayi Masa Anak Sulung

As salam..

Alhamdulillah.  Mengeluarkan khazanah barang kelengkapan bayi masa anak sulung. Barulah hari ini rasa rajin sedikit..sedikit sahajalah haa..sebab aku keluarkan semua barang dalam lemari a.k.a barang masa anak sulung aku masih bayi. Pagi tadi aku basuh cadar, pakaian macam biasa sambil itu keluarkan bakul bayi dekat ,pakaian bayi, selimut, kasut bayi, topi bayi, bekas bedak debu bayi, anak patung, kain lampin, kain lampin moden, kelambu, tikar alas bayi, bantal bayi, tilam bayi, beg bayi, kain buaian bayi, botol susu segala barang keperluan senarai bayi cuba keluar semua dan asingkan.
 

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Masa untuk membasuh aku plan nak buat besok..kalau ikut entri 30 minggu  ini adalah masa sesuai untuk aku berbuat demikian memandangkan aku hanya ada baki dua bulan sahaja lagi. Risau buatnya baby dalam ini mahu keluar awal macam mana eh. Sungguh itu bukan kerja kitakan....
.
Hurm..
Masih aku ingat bahan bacaan ibu dan bayi dalamnyan berkata macam ini "baby kalau dia cukup 7 bulan kalau dia keluar dari rahim atau perut ibunya jika di beri layanan istimewa maksud beri kehidupan baik insyallah bayi ini akan sihat hendaknya sebab salah satunya dia sudah boleh mampu buang air kecil dengan sendiri" apa lagi kalau "bayi usianya kandungan 38 minggu "dalam sebuah majalah pa & ma katanya jika bayi lahirkan dalam waktu tersebut bayi boleh bernafas dengan baik peluang hidup memang amat tinggi.

Mengeluarkan khazanah barang kelengkapan bayi masa anak sulung..
Besok sesi ini akan mula pada waktu pagi macam hari ini jugalah heee..Masa aku sibuk keluarkan barang asas keperluan bayi dalam almari kain itu pelbagai kenangan manis pertama kali bergelar ibu dapat aku imbas  satu persatu. 
 
 

Yang best bila tengok sepasang kasut biru comel dalam sebuah kotak. Tersentuh hati masa itu teringat dia baru berusia enam bulan haa..kasut dia asyik hilang jer sebab time tu dia tengah giat menggigit kasut..apa ada dekat dia semua nak gigit masuk mulut.tak ada kasut jari kaki pun jadi jugalah.. Kasut tinggal sebelah jer..kasut yang lain ada juga tapi sebahagian hilang kala yang ada ini kira kasut selamatlah. Comel bila tengok beberapa pasang kasut bayi..

Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Bila lihat anak membesar depan mata enam tahun kini bisa mengalirkan air mata. Malam tadi pergi makan mee rebus ramli eh tengok seluar yang dia pakai dah mula ketara sentangnya yang amat. hu...hu...



Mengeluarkan khazanah barang kelengkapan bayi masa anak sulung..Moga keesoknya Allah memberikan aku kekuatan untuk melakukan kerja ini hendaknya.Insyallah.

Isnin, 11 Mei 2015

Pakej Lengkap Cara Buat Duit Dengan Kincin Pelangi

As salam..

Terkadang orang selalu kata bosan tak ada kerja nak buat lebih -lebih lagi kalau waktu itu baru lepas habis kerja mamasak, buat kerja sekolah sahaja, jalani hidup dengan pergi kerja balik kerja. Tekanan luaran sungguh membosankan. Mahukan saya katakan dalam kebosanan itu kita masih boleh menjana duit sambil memupuk hobi baharu seperti Pakej Lengkap Cara Buat Duit Dengan Kincin Pelangi

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut



google

Apa itu kincin?
Kincin ini adalah salah satu bentuk kraftangan dengan menggunakan benang yang pelbagai warna. Ia boleh di bentuk menjadi abjad "rangkaian nama samaran", penanda buku, gelangan tangan a.k.a gelang persahabatan, membuat cincin comel dan sebagainya.



Susahkah nak buat kincin ini?
Tak susah mana pun nak membuat serta menghasilkan kincin gelang sulam benang ini sebab selepas anda membeli pakej lengap membuat kincin ini anda akan bekalkan beberapa video dari permulaan cara memegang benang sehinggalah akhir pembuatannya.

Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Kebanyakan cara-cara mudah membuat kincin pelbagai bentuk dan warna ini mudah anda akan tunjukkan juga kos pengiraan keuntungan melakukan busines kincin ini.



Permintaan pakej lengkap cara buat duit dengan kincin pelangi kraftangan seni kincin sentiasa ada ker?
  • Sudah tentu ada kerana ia berbentuk kraftangan dan boleh jadi kenang- kenangan kelak. Semestinya ia tahan lasak dan tidak luntur warna bila anda memakinya.Yang penting ada akan tahu "rahsia" jenis benang apa yang berkualiti patut gunakan nanti.

  • Bukan itu sahaja bahkan anda boleh menarik pelanggan membeli kincin ini dengan mempelbagaikan warna dalam seni mengikat kincin anda. Pelanggan bebas memilih warna apa yang mereka gemar dan huruf apa yang mereka inginkan. Menarikkan! 

Dapatkan pakej lengkap kraftangan sulaman benang pelbagai sementara stok masih ada >>>> SINI

Pakej Lengkap Cara Buat Duit Dengan Kincin Pelangi. Selalunya benda yang unik ini sukar untuk orang carikan! itulah lebih hargai lebih lagi ia melibatkan kerja seni menggunakan tangan.

Khamis, 7 Mei 2015

Kehamilan Trimester Ketiga Minggu 30 Masuk 7 Bulan

As salam..

Kehamilan Trimester Ketiga Minggu 30 Masuk 7 Bulan. Berehati seketika..baru sahaja pulang dari kampung halaman. Menjeguk mak ayah kampung kebetulan ada kenduri nak sambut kedatangan bulan ramadhan dan ada sedikat bacaan doa tahlil.


Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


4/5/2/2015 alhamdulillah usia fetus kehamilan mencapai 30 minggu masuk 7 bulan!..sungguh cepat masa berlalu sekarang tenga dok taip baby dalam ini gerak-gerak sungguh aktif. Alhamdulillah padanya panjatkan..bersyukur sungguh tidka terkata atas nikmat ini beri pelung kedua untuk mengandung.

Waktu fasa kehamilan ketiga katakan sungguh mendebarkan masa ini sungguh terasa :

  • Badan kita akan rasa berat pada bahagian perut dan hadapan sebab pemawakan baby dekat dalam..biasalah orang dalam makin tembam lagi nak penghujungnya..

  • Dapat rasakan aku tidak boleh berdiri terlalu lama kalau masak aku akan duduk sekejap dalam 5 minit pastu sambung masak balik huhu...

  • Posisi untuk aku tidur aku sukar. Elok tidur bahagian kiri utamakan tapi tapi la ni tidur mengiring kiri pun susah kanan pun susah. Sudah letak bantal atas kepala double lagi kat bahagian kaki tapi itulah nikmat dan dugaanya bila hamil..sabar selalu.

  • Aku terlalu cepat emosi kalau orang salah bergurau mudha sahaja angin aku naik tapi selalu tak lama sebab nak perhatian kot haa. ker ini part aku jer yang rasa heee..
  • Saat ini bayi dalam terlalu aktif tak kira masa tapi ada satu masa dia akan diam terlalu lama. Pernah aku risaukan sehari suntuk kau dia gerak huhu..bila baca sumber ilamu baby akan tidur ikut time selau 4 jam dia akan tidur pastu akan jaga kembali.

  • Kehamilan Trimester Ketiga Minggu 30 Masuk 7 Bulan. Bayi usia 30 minggu juga katakan alah pada cahaya dan bunyi. Anak suluh cahaya lampu dekat perutku dia berikan respon begitu juga kalau aku buka atau usik plastik, anak main lego berlaga dengan mainan yang keras dia bayi dalam akan beri respon gerakan kuat atau perlahan. Ada masa dia akan tendang dengan kuat umpama terkejut ada juga.aku ada beberapa kali terserrntak semasa tidur agaknya dia terkjut apa aku tak tahu haa..tapi sungguh aku ingat aku mimpi tapi dalam perut kuat sunggu terasa ia bergema..


  • Suka usik bayi saat ini bila minum ais sejuk dia akan cepat bagi respon bergerak haa..sungguh kejam..tapi boleh cuba. Ada baca buku pa ma kata orang hamil boleh minum ais melainkan masa pantag tak boleh le kau hadap heeee..

  • Saat ini korang akan rasa rajin teramat sangat masa fasa kehamilan kedua juga walaupun letih korangny akan lebih bersemangat. Aku baru sahaja DIY barut bayi itu masih berbaki. Jangan tak tahu sempat juga potong kain masa usia kandunganku 6 bulan waduh...
  • Mudah rasa mengantuk tapi sukar nak tidur cuma dapat bersandar dan baring atas sofa sahaja. Boleh katakan saat kehamilan tujuh bulan akan ganggu kitaran tidur kita..bila tka cukup tidur kita akan rasa mood atas awan jer..kalau cukup tidur kita jadi rajin tak bertempat tapi sayang tak boleh hadap satu kerja terlalu lama..

  • Aku makin rajin buat sarapan pagi pada penghujung kehamilan ke 6 masuk minggu kehamilan ke tujuh juga begitu siap dengan masak tengahari lagi. Apa  aku suka masak jam lapan pagi kemudian baru hadap blog,menjahit dan sebagainya. Kalau dulu sebelum ini masak jam 10 ia tidak aplikasikan lagi...

  • Mula memikirkan barang bayi dan keperluan aku masih tak cukup lagi harapkan masa ada ini masih sempat mencari dna membeli banag itu nanti.

  • Perasaan aku semakin bercampur-baur bila memikirkan saat kelahirna bayi nanti. Ini memang semua ibu tak boleh elak. Dapatkah kit abersalin noraml, baby dalam ok ker macam persaan akan menjadi satu. Kala tanya pada suami biasalah depa apa nak rungsingkan bangatkan hee.eEEE..


 Kehamilan Trimester Ketiga Minggu 30 Masuk 7 Bulan semoga semua akan berjalan dengan baik sahaja amin..