Jumaat, 26 Ogos 2011

Air Mata Taubat Adalah Air Mata Yang Paling Suci

Salam jumaat..

Gembira dengan hidup ini
Kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia
Sebagai hamparan untuk setiap kebaikan

Allah Subhanahu wa Ta'ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorang yang berada di padang pasir bersama tunggangannya, yang di atas punggungnya terdapat perbekalan makanan dan minumannya, tetapi kemudian tunggangannyanya itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar di sebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga ia tertidur. Selang beberapa saat ia bangun dan tiba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya, maka dengan serta-merta ia memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat, dan mengatakan: "Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu" (salah berucap kerana gembiranya).

Maha Suci Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih. Allah Subahanahu wa Ta'ala senang dengan taubat hambaNYA itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurgaNya dan mencapai keredahanNYA. Allah Yang Maha Tinggi menyeru kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk bertaubat melalui firmanNya:

............dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah An-Nur: Ayat31)


Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api penyesalan. Bertaubatlah adalah pembakaran di dalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dalam hati, dan titisan air. Yang demikian adalah yang ditempuh oleh orang-orang yang bertaubat, modal orang-orang yang berjaya, langkah awal mereka yang menghendaki Allah, dan kunci istiqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.


Seorang yang bertaubat harus berkeluh-kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain merasa tenang dari 'azab Allah, maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu dihantui oleh rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima, Bila orang lain merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu.


Bila orang lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan-bosan merintih sampai tubuhnya menggigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya makin menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran, nafasnya tersengal-sengal, dan terasa sesak kerana dadanya terasa terbakar.


Dia telah membulatkan tekad untuk berlumba-lumba menghadapi hari esok. Dia meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui titian shirath (jambatan) yang berada di atas neraka jahanam dengan secepat kilat.

Sumber Buku: Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.






Khamis, 25 Ogos 2011

Maaf Saya Tidak Sengaja Part I I

Sambungan ...

Kau suka-suka je turun dari baskan tanpa membayar sekupang dua duit kat pemandu iras-iras korea tukan 

Ceh, sapa ajar ini Suri? 
Haa..haa.. Suri mula ketawa nakal smbil menuju ke pintu lif Suri control riak tawa tu. Walaupan ia masih basi-basi lagi.. Orang dalam lif senyum kambing bila pandang Suri ketawa sendiri..sendiri sebentar tadi..
Mengucap panjang Suri bila keluar dari perut lif. Ha..haa..haaa.. Mujur tiada konduktor bus yang mengutip wang. Di buatnya ada sah-sah dia akan seru..Oit !!!!budak kau keluar bas aku langsung tak bayar duit tambang ya! hiii..Aje gila ar Suri ini..


Suri ketok pintu kawan yang sama naik dengan Suri tadi. Pejabat dia mengadap pejabat Suri. 

Member boy, Awak! pemandu bas tu ada teriak saya dalam perut bas tak tadi? Boy kata tak der. Kenapa? Sebab saya keluar bas tadi menonong jer hee..satu sen pun saya tak bayar tau. 


Boy tu gelak besar haa..haa.. tak pelah lagipun dia bukan perasan awak. Biasalah masa awak turun tadi ada gak orang turun sama. Haa..haaa..boy tu ketawa besar elok benarlah tu..yang bayarnya sorang jer, yang turun sekali dua orang ek.

Suri menjawab dengan selamba alah tak mengapalah nanti saya bayar double punya heee..

Mari kita lihat jawapan siapa yang kena .....

 .

 ..


 ....

 .........

 ................

 ...................

 .......................




 .........................








 .............................
Nurain Vivian dari blogspotnya  http://nurainvivian.blogspot.com/
 

Tahniah untuk sahabat Nurain Vivian atas kemenangan tersebut nanti bagi nama penuh, alamat dan no hp pada suri melalui email surihati_ku@yahoo.com. 

 
Pada yang sudi mencuba tanpa jemu lain kali cuba teka lagi ya. Terima kasih pada semua sahabat yang menjawab seseungguhnya anda semua memang sporting =).



Rabu, 24 Ogos 2011

Alahai Anjing..

Salam semua..

Hari sabtu minggu lepas Suri berpeluang mengemas rumah setelah hampir sebulan tiga kali Suri di serang demam dan selsema maka aktiviti supermak mengemop lantai, membuang sawang, menyusun atur perabot ke posisi berbeza, membasuh langsir baru ditukar dengan langsir lama berjaya dilaksanakan selama 2 hari.

Al-kisahnya bermula apabila Suri menyidai langsir tersebut di atas pintu pagar rumah. Urm berharap sepoi-sepoi angin dan pancaran matahari terik maka langsir-langsir Suri akan kering dengan cepat walaupun sudah dimesin kering.

Suasana pagi yang begitu indah bertukar angin takala petang itu awan biru mula berarak ke lembayung bumi Ipoh. Suri pun cepat-cepat angkat langsir lalu membawa masuk ke dalam rumah. Dalam hati berurut lembut mujur langsirku cepat kering..

Malam itu Suri menghantar cokelat kerumah jiran. Dalam butiran bicara jiran sebelah mengatakan bahawa ada anjing lalu lalang duduk di depan pintu pagar depan rumah Suri. Allah Suri terus mengurut dada. Biar betul kak. Aduh kena samaklah lagu ini huhu..Manalah tahu dia menggeselkan badan dia di langsir Suri huhu..7 kali kena samak bermacam jenis tanah..lumpur blah..blah... Kakak cakap dia tak nampak pula anjing tu menggesel cuma dia nampak anjing tu duduk situ jer mundar - mandir seolah-olah mencari tulang dibawah titi.



Tak puas hati ini. Suri pun telefon ayah.. Pok pek..erk..eh..erm..ye ke? Oh..macam tu pulak..ha, ak..Orait! Wah dah tak pasal-pasal harini belajar ilmu samak dengan ayah. Okeylah tu bab asas dah lepas kata ayah pas ni jangan lupa guna ilmu itu untuk peringatan pada masa-masa akan datang jelas sisa kata ayah dihujuang talian.



Jadinya langsir tersebut sudah di mesin kering, maka sudah pasti kering bila cepat ditiup angin. Tidak perlu disamak sebab dia bukan pula pakain kita seperti seluar, baju yang sering kita pakai dan sarungkan pada tubuh. Ia cuma langsir hanya digantungkan sahaja. Melainkan jika langsir tersebut dalam keadaan basah maka ia perlu disamak. Dikhuatiri bulu-bulu anjing itu akan melekat pada kain langsir tersebut.

Simpul ayah Samak di tempat yang terkena najis mughallazah sahaja. Cara samak iaitu basuh satu kali dengan air yang bercampur tanah dan diikuti dengan membasuhnya sebanyak enam ( 6 ) kali basuh dengan air suci lagi menyucikan (air yang digunakan terus daripada paip).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~..


Malam tadi ada jiran selang dua buah rumah dari kami menegur kami pagi tadi. Katanya ada anjing masuk dalam garaj kereta kami. Erm... ini sah -sah dia masuk di celah-celah pagar rumah kami. Jiran encik Halim kata puas dia jerit-jerit dari luar rumah kami tapi kami tak dengar. Hurm..kami tidur di bilik belakang mana nak dengar teriakan orang huhu..Kata jiran tu lagi kalu kamu jaga Umar mahu juga aku lepok-lepok dan bantai itu anjing. Kurang ajar..sekarang ini memang dia suka berkeliaran di kawasan perumahan kita.

Ini dah kes parah nampaknya lepas ini kami kena beli pagar bergulung tu dan akan dipasang pada pintu pagar rumah kami. Mujurlah malam tadi Suri tidak membasuh pakaian jika tidak sudah tentu dia akan bau or hidu pakaian kami huhu. Seolah-olah Tuhan mengatakan pada Suri jangan basuh pakaian malam tadi sebab Suri rasa gerak hati datang dalam diri heee..

Sahabat punya cerita bagaimana? Yuk kongsikannya disini.

Selasa, 23 Ogos 2011

bLOG cahayacinta.com kEna GoDaM !

Salam sahabat..

Sahabat saya search pada google..dan type nama blog saya..terus saya dapat maklumat ini.


Cuba sahabat taip cahayacinta.com kt google page


Taip google.com dulu dlm kotak tu taip cahayacinta.com
Ada org tulis mcm ni kt blog akk "Jangan Buat website yg bukan² yea...! xelok taw..!! Amaran oleh kerajaan, Katakan Tak Nak Pada BLUEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE."

Itulah maklumat  yang sedia  maklum dari cik dila aka adele pagi tadi..

Bagi Suri..

Terima kasih..
Buatlah apa kamu suka atas nama blog cahayacinta.com ingatlah setipa perbuatan yang dilakukan oleh kamu Allah s.w.t akan sentiasa memerhatikan gerak tingkahmu..

Apakah geranganmu dengki? iri hati? mungkin aku tidak tahu tapi ingatlah setiap yang dibalas tu akan lebih berat dari apa yang kamu lakukan pada blogku.

Sesungguhnya Allah Itu Maha Besar.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Luka Itu Sembuh Jua Part II

Salam jumaat semua..
Masihkah sahabatku ingat akan kisah Luka Itu Sembuh Jua Part I pada entri Suri yang lepas hasil tulisan sahabat Muhammad Qayyim. Seperti yang dijanjikan ikuti sambungan kisah suami isteri ini selanjutnya.

Apakah kesudahannya..bersama atau membawa haluan masing-masing sama-sama kita menyorotinya bersama-sama.

Bukan tidak mampu..

Zainab begitu beriya-iya tetapi Jamal tidak begitu. Bukan dia tidak mampu untuk membeli tilam seumpama itu, cuma keadaan kewangan belum mengizinkan dan masih ada hutang yang perlu diselesaikan segera.Malam itu dia tidur lebih awal dari biasa kerana keletihan selepas menolong membaiki kereta seorang kawan pada petangnya.

Berkali-kali Zainab mengejutkan sambil mengingatkan bahawa kalau tilam itu tidak dikutip hingga pagi esok, ia akan diangkut oleh pekerja-pekerja pengangkut sampah Dewan Bandaraya. Setiap kali digerakkan, setiap  kali itu pula Jamal merungut dan marah-marah dalam keadaan antara tidur dan jaga.

Keesokannya apabila dikejutkan oleh Zainab untuk bangkit sembahyang Subuh, dia terjaga dalam keadaan hati yang masih mendongkol. Sebaik-baik sahaja diberitahu oleh Zainab bahawa dia telah keluar rumah dan mengambil sendiri tilam merah jambu itu dari tong sampah, Jamal serta-merta naik darah. Dia rasa benar-benar tercabar.

Terdetik dihati Jamal, tak patut Zainab keluar rumah tanpa izin darinya. Bukankah dia suaminya? Zainab telah membelakangkannya! Tidak terfikir pula di benaknya untuk bertanya lebih lanjut, lebih-lebih lagi untuj berlapang dada dan memberi peluang kepada Zainab untuk bercakap sepatah dua kata.

Atas pertimbangan akal bawah sedar yang dipengaruhi nafsu, Jamal terus sahaja melafazkan talak. Serta-merta itu juga darah menyirap naik kemukanya. Dia tahu dia telah terlanjur. Tapi kata-kata yang telah dilafazkan itu tidak boleh ditarik balik.

Talak sudah jatuh!

Keesokan malamnya, Jamal bersama Abang Harun dan Sabri keluar dengan kereta Proton Wira milik Sabri. Abang Harun memandu, Jamal duduk di sebelah pemandu dan Sabri di bahagian belakang, Mereka pusing-pusing bandar Kuala Lumpur tanpa destinasi yang pasti. Agenda pentingnya adalah untuk menyelesaikan masalah Jamal dan bekas isterinya. Perbincangan dalam kenderaan membuatkan fikiran dan jiwa jadi hidup, tidak tegang dan kaku.

Sabri mengingatkan bahawa masalah yang menimpa Jamal ada rangkaian-ramgkaiannya. Kisah sebuah tilam terbuang yang membawa kepada perpisahannya dengan Zainab, cuma sebab-musabab sahaja. Umpama putung bara api yang telah lama bernyala, bila dicucuh minyak tanah terus menyemarak.


"Saya dah bertemu Zainab. Dari cakap-cakapnya tadi, ternyata Zainab masih tidak berubah hati terhadap kau. Hatinya masih pada kau," beritahu Sabri.

Cuma, pesan Sabri, masalah itu biarlah selesai sampai ke akar umbinya supaya tak berulang. Katanya, hidup sebagai suami isteri memang tak lepas dari salah dan silap. Tapi kesalahan dan kesilapan itu bukannya kita sengaja menempah. Sebab itu, katanya, kita perlu berhati-hati dalam sikap, tindak-tanduk dan kata-kata. Kena saling manjaga perasaan dan hormat-menghormati. Paling penting, mesti ada rasa kasih-mengasihi. Kalau kita mahu orang kasih pada kita, Kita mesti pandai memberi kasih kepada orang lain juga.Kasih sayang tidak cukup sekadar disimpan di hati tapi sekali-sekala perlu ditunjukkan juga dalam sikap dan kata-kata.

"Hari ini krisisi rumahtangga banyak terjadi kerana suami isteri hanya mahu disayangi tapi tidak cuba menyanyangi. Masing-masing hanya tahu menerima dan tak tahu memberi. Hanya mahu orang jaga perasaannya, diri sendiri tidak mahu cuba jaga perasaan orang lain," ujar Sabri.

Marah macam mana pun kita pada isteri, jangan sampau terkeluar perkataan yang tak sepatutnya," Sabri memgingatkan lagi. "Lebih-lebih lagi jangan mudah-mudah mengancam untuk bercerai."

Entah berapa kali berjauh hati...

Entah sudah berapa kali Zainab berjauh hati dengan Jamal kerana sikap dan kata-katanya. Rumahtanggan mereka sentiasa berkocak dan tegang. Kesilapan kecil yang dilakukan Zainab sudah cukup untuk membuatkan Jamal naik darah dan tersinggung. Dia akan menengking dan mengherdik malah mengancam.

Rupa-rupanya ancaman yang telalu kerap itu membuatkan Zainab jadi lali. Mungkin sebab itu dia boleh bersikap cekal dengan kejadian pagi semalam. Seolah-olah jiwanya sudah bersedia menghadapi kemungkinan itu.

Bahagia dan derita, susah dan senang, mesra dan tegang, semuanya itu ibarat 'iklim' dalam kehidupan berumahtangga," ujar Sabri lagi.

Cuaca tak selalunya cerah, langit tak selalunya indah, tidak pula hujan memanjang atau kemarau selau. Begitu juga dalam rumahtangga, tak selalunya senang dan bahagia. Sekali-sekala tiba saat susah, saat derita, saat tegang, kenalah kita terima dengan berlapang dada. Itulah perubahan iklim dalam rumahtangga yang tidak dapat kita elak."

Lampu di ruang tamu masih menyala ketika Jamak tiba dirumahnya hampir pukul 12 malam itu. 

Nab, boleh izinkan abang masuk?" Jamal bersuara separuh berbisik setelah memberi salam.
"Masuklah," balas Zainab dari dalam. Lembut.


Jamal berasa lega kerana penerimaan Zainab terhadap lafaz rujuk yang dituturkannya dalam pertemuan di hadapan Ustaz Lukman petang tadi, benar-benar dari hati yang rela. Ustaz Lukman, penceramah bertauliah yang sering dijemput mentampaikan kuliah di pejabat tempat Jamal berkerja, telah menjadi saksi ketika Jamal menuturkan lafaz rujuk ke atas Zainab untuk mengesahkan semula hubungan mereka sebagai suami isteri.

"Nab, maafkan abang atas kekasaran abang selama ini."

"Nab juga bersalah. Belum dapat taat sepenuhnya pada abang. Maafkan Nab..."

"Abang maafkan. Sama-samalah kita baiki diri."

Jamal merapati kedua-duanya anaknya yang masih kecil. Dicium dahi kedua-duanya/ Selepas itu  matanya mencari tilam berwarna merah jambu.

"Tilam yang Nab kutip tu Nab sorok dibawah rumah. Nab tak bawa masuk, takut abang tak setuju."

Jamal tersenyum, kemudian mengeluarkan bungkusan kecil dari poket seluarnya.

"Ini hadiah untuk Nab"

"Hadiah apa pulak?" Zainab menyambut bungkusan itu lalu mengucapkan sebagai tanda menghargai pemberian Jamal.

"Hadiah kasih sayang!" sahut Jamal.
Malam itu, Jamal dan Zainab mengisi perbualan dengan mengimbau pengalaman manis waktu mereka mula-mula disatukan dahulu. Mengingati pengalaman awal itu manjadikan hati mereka terhibur. Pengalaman-pengalaman itu menjadi penawar kepada luka yang baru sahaja sembuh. Sedar-sedar pukul 2 pagi ketika masing-masing bersedia untuk tidur.
Susah nak lena, bang. Kenapa ya? soal Zainab sambil memandang Jamal dalam kesuraman lampu bilik tidur mereka.

"Nab masih ingat tilam itu lagi ke?" usik Jamal.
"Taklah..."

"Lupakanlah tilam itu. Dapat gaji hujung bulan ini, Insyallah abang beli tilam baru. Lagipun barang dari hasil titik peluh sendiri lebih puas memakainya," janji Jamal sambil tersenyum.


P/S:Hari Khamis 25/8/2011 teka-teki akan di tutup.Bagi sesiapa yang belum meneka masih ada masa lagi untuk mencuba.


















Khamis, 18 Ogos 2011

Syukur Alhamdulillah Contest “Diari Sang Bidadari” Ana Menang !

Salam semua..

Pada entri yang lepas sempat Suri selitkan beberapa contest yang sempat Suri joint. Jika kawan-kawan ingin tahu lebih lanjut apa soalan dan jawapan Suri ayuh kita baca ciretera selanjutnya dibawah:-

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah, syukur ku padaNya atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda, tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana rasa, mungkin la kot..hee~ ada beberapa orang yang asyik bukak diari Kembara Sufi Di Bumi Tuhan untuk mengetahui siapa pemenang Contest “Diari Sang Bidadari”…huu~

Ana mohon jutaan kemaafan sebab buat kalian ternanti-nanti siapakah pemenangnya. Penantian itu bukan suatu penyeksaan tapi ia adalah proses tarbiyah untuk lebih sabar….(“,)

Internet di rumah masih buat hal, kejap dapat dan kejap terputus. Blog pula ada masalah untuk memaparkan catatan artikel baru. Kerna itu ana mengambil insiatif untuk mengumumkan dalam facebook terlebih dahulu. Maaf juga kerna sudah kelelewatan satu hari dari tarikh sebenar.

Baiklah…di bawah ini merupakan artikel pemenang Contest “Diari Sang Bidadari”, dan dengan lafaz “Bismillahhirrohmanirrahim…” ana mengumumkan pemenangnya, semoga peroleh manfaatnya…[^_^]

**************************************
Bismillahirrahmanirrahim

Salam buat sahabat bidadari..

1) Sila nyatakan bahagian atau artikel yang berbentuk apa dan macam mana yang kalian paling suka baca dan memberi inspirasi serta nyatakan sekali ulasan kenapa.
Contoh: slot motivasi, tazkirah, coretan family, perjuangan hidup & lain-lain.

Suri menyukai "Cerpen Tutup Itu Indah" dan ia mengingatkan Suri pada blog suri cahayacinta.com dalam pembahagian slot "bertutup itu tetap indah"  tapi sayang blog itu tidak boleh dibuka akibat diserang virus malaware beberapa bulan yang lalu dan sehingga ke saat ini.

Setiap yang bertutup itu indah sebenarnya dari apa yang terpamir di depan mata. Kerana yang bertutup tidak berupaya dijamah oleh pandangan mata yang jahat, berbanding dengan  yang terbuka telah disapa dosa dan terbuka pintu neraka.
Setiap orang perlu ada penghijrahannya pilihan ada ditangan sendiri selagi di beri ruang untuk mentafsir dengan segala kudrat yang ada maka pergunakanlah segala peluru-peluru yang ada pada kita sampai kehujung nyawa nescaya kita tidak akan rugi walau sekelumit pun..
 
2) Sila nyatakan komen, cadangan, penambahbaikan atau apa-apa sahaja untuk meningkatkan lagi mutu penulisan ana dan cara ana menulis.

Suri cadangkan agar Bidadari  menambahkan satu coading "pembaca setia" di blog tersebut. Dengan cara ini Insyallah kita akan tahu berapa orang yang berminat pada penulisan kita. Bukan itu sahaja malahan ia juga menunjukkan bahawa blog bidadari juga ada pengikut yang setia dimana mereka tidak mahu ketinggalan di setiap entri dalam blog bidadari.

 Sekiranya "pembaca setia" diwujudkan maka secara automatik artikel bidadari yang terbaru akan dapat mereka baca menerusi email pembaca setia. Bukan itu sahaja malahan entri yang lepas-lepas pun mereka boleh membaca. Menarik bukan ;). 

3) Kongsikan kisah, pengalaman atau diari hidup sahabat yang dapat beri pengajaran dan pedoman kepada pembaca. Sekiranya ada kata-kata semangat, dorongan atau sokongan, kalian juga boleh nyatakan sekali.

Ia bermula saat blog cahayacinta menyelitakn entri bertutup itu tetap indah. Pada mulanya banyak komen-komen yang dicadangkan untuk mewujudkan slot itu namun ia mengambil sedikit masa untuk wujud sebab dikhuatiri sebahagian pembaca blog cahayacinta.com tidak menyenanginya. Ialah sudah tentu pembaca setia blog suri ada yang bertudung, yang tidak bertudung..perempuan persis lelaki dan sebagainya tutut suri kenali. Namun hakikatnya takut juga jika diketengahkan slot tersbut akan menyebabkan blog cahayacinta kurang pembaca setia or visitor yang tetap. 

Langhkah diambil setelah mendapat respon yang terbaik dari rakan-rakan bloger dan facebook. Entri permulaan memanglah agak janggal tapi lama kelamaan ia mula diterima setelah menyatakan bahawa setiap enti yang dihasilkan bukan untuk mengherdik, dan menunjukkan diri suri adalah yang terbaik..atau suri ini ustazah tapi niat suri ingin menarik rakan-rakan bloger bertudung sahaja. 

 Bertudung tu cantik dan indah di pandang mata. Itu sahaja niat suri untuk berdakwah melalui ruang maya. Moga-moga semua pembaca akan mendapat memahami apa yang ingin Suri sampaikan pada mereka. 

Lama juga untuk mengambil masa menyelesekan diri dalam slot tersebut sebab banyak respon yang diperolihi banyak tentangan, sokongan terhadap slot "bertutup tetap indah. Namun Suri kuatkan hati dan Suri ambil jalan istaqamah setiap teguran Suri terima dengan hati yang terbuka. Lama Suri mendiamkan diri sampai ada pembaca bloger kata cara Suri tu salah.

 Apa yang salah? Suri cuba selongkar, cuba mencari makna apa itu "bertutup tetap indah" Oh malunya Suri setelah 4 entri dihasilkan barulah Suri sedar cara Suri salah. Hajat dihati ingin menbetulkan semula posting-posting yang lepas namun saat ini tidak kesampaian akibat blog bermasalah agak kritikal.

 Ya, memanglah salah cara Suri ambil gambar google. memanglah gambar itu bertutup tapi sayang sekadar bertutup. Bila dikaji suri sebenarnya lupa bahawa pakaian muslimah yang terbaik adalah memakai tudung labuh, longgar, berstokin, lebih manis berpurdah. Subahanallah mujur Suri ingat maka Suri berniat jika blog cahayacinta sudah pulih suri berjanji untuk membuang gambar-gambar tersebut. 

Namun niat dihati memang nak mengajak orang bertundung pun. Sebab suri tahu, suri sendri takutkan apai neraka tu. Jika sebut dosa lagilah gerun dan kaki menggeletar keseluruhannya..

Saat blog cahayacinta diam dan sepi dalam hati bermacam rasa tertipu pada diri sendir. masih suri ingat semasa hamilkan anak sulong memang terdetik hati suri untuk memakai tudung labuh dan jubah. Namun hasrat terhenti disitu. Satu pagi yang indah entah dimana cahaya itu datang Suri search lama google tentang burqah. Cara-cara pakai burqah. Lama Suri meneliti caranya nyata ia membuatkan suri jatuh hati. Memang minat tapi Suri pendam dahulu dalam hati.

Agak lama bertelekuk di medan google suri cari pula perihal tudung labuh. Lalu suri terjumpa laman web sahabat nur ain. Sungguh indah cerita dia sehingga membutakan hampir keseluruhan entri dia suri membaca. Dalam diam hati turut kagum dengan seorang sahabat ini. Syukur dalam mengenali dia dalam masa 2 hari suri berjalan kaki mencari tudung labuh. Walaupun baki duit simpanan kian menyusut namun suri tegarkan hati untuk membeli. Sebab suri yakin kalu dah niat mengapa kita terus lengahkan sahaja.

Sahabat ain pun mudah bertukar cerita dengan suri. syukur suri pula di kenalkan oleh sahabat bidadari dimaya. Saat itu boleh kata nak borong semua tudung bidadari namun sikit-sikit dahulu kata orang pakailah dengan apa yang ada lama-kelamaan bila dikumpul banykalah ia. Terima kasih cik bidadari atas hasil jahitanmu memag amat mengagumkanku.

Blog beautiful love terus tenggelam sejak Suri mula asyik dengan tudung labuh. Khayal dengan dunia labuhnya sehingga teman -teman bloger kata suri merajuk dengan blog cinta maka blog love is beautiful tidak di update seperti biasa. Syukur dalam masa yang lama ada juga perubahan yang suri bawa pada diri sendiri.

mungkin inilah yang dikatan hikmah disebalik rentetan blog cahayacinta kena serang virus..hikmah jua mugkin keikhlasan mengajak orang bertudung menutup aurat maka itu Tuhan permudahkan Suri berubah kepada sebegini sekarang. Bertutup dengan sebaik-baiknya.

Kisah memakai tudung labuh satu cabaran yang kuat malah suri takutkan pada hukum Tuhan. Pakai tudung tapi tak ikut lunas islam kelak dosa kita akan ditanggung oleh suami, ayah ..abang kita. Suri sayangkan mereka maka itu suri bertindak sekarang. suri tidak tergamak melihat keadaan suri begini lalu disebabkan daifnya suri bab-bab pakaian menyebabkan mereka tersangkut di akhirat kelak. Suri tidak mahu. 

Cukuplah ia sampai saat ini suri berhenti. Suri malu pada diri sediri. Ayah suri iman, mandikan jenazah, mengajar mengaji tapi anak alpa dengan pakaian. Subahanallah ia benar-benar buat suri menangis tidak berlagu. Ayah ibu jenuh nasihat suri tetap bertudung cara wardina, bila pakai tudung selit bunga sana -sini. Pakai kebaya, skirt labuh namun nampak susuk tubuh.Allah malunya bila diimabs bak membuka pekung didada sendiri. Hati sebak menahan malu seolah-olah Tuhan berada didepanku..

Tanggal 8/8/2011 Suri menghantar ayah dan emak ke kila untuk mengerjakan umrah. Dalam hati berdegup kencang entah apa yang berirama sendu atau gembira hati tidak pasti membaca rentaknya.Manakan tidakknya seorang pun tidak tahu akan perubahan suri. Mana umie ..mana ummu? haaa...semua orang kenal sapa suri. Saat sampai ketemu ayah ada riak senyum dilekuk bibir mereka. Mungkin syukur melihat perubahan suri.

Saat ayah dan mak pergi suri memeluk mereka bagai nongoi anak kecil tidak mahu melepaskan mereka pergi. Mohon maaf atas segala dosa-dosa yang lalu. Saat melepasi pemeriksaan ada nada sendu di tabir hati.

Bagi suri inilah hadiah ramadhan buat mereka. Adakah ini pertemuaan yang terakhir dengan mereka suri tidak pasti. Yang suri yakin suri telah mencapai hajat mereka sebab mereka mengginkan suri begini.

Terima kasih Tuhan kerana memberika diriku cahaya hidayah. 

Terima kasih Ya Rabbi keran pertemukanku dengan insan-insan yang benar-benar sayang akan islam dan cintakan dakwah-dakwah dan ajaran Rasulnya..

Terima kasih Yang Maha Kaya kerna mempertemukan jiwa-jiwa sebaik sifat-sifat serikandi islam kerna kehadiran mereka membawakan daku agar selalu dekat padaMu selalu.

Kerana aku tahu aku tidak bersendirian di dunia ini..

**************************************
Alhamdulillah…akhirnya persoalan sudah terjawab siapa pemenangnya dan pasti ada dalam kalangan kalian yang bertanya mengapa dia yang ana pilih sebagai pemenangkan?

Pertama, sudah pastinya beliau memenuhi segala syarat yang telah ana tetapkan. Komen dan cadangan untuk penambahbaikan blog ini juga adalah yang terbaik antara semua.

Kedua, pengalaman hidupnya yang dilaluinya sendiri. Hatinya tulus berbicara dan menyusun kata bukan sekadar untuk menang sebaliknya untuk menyampaikan kepada orang lain supaya tidak membuat kesilapan yang sama sepertinya.

Ana membaca kesemua artikel yang dihantar oleh peserta dan artikel inilah yang paling terkesan di hati ana hingga ana hampir mengalirkan air mata. Bukanlah ana mengatakan artikel peserta lain tidak bagus, namun inilah yang terbaik antara semua.

kerna apa? kerna beliau menulis dengan hati yang tulus ikhlas. Dengan itu, beliau layak untuk menerima hadiah misteri…(“,)

Beliau akan menerima 3 helai tudung labuh bidang 60 dan 2 pasang sarung lengan jejari mengikut warna yang beliau suka serta satu kotak coklat yang direka khas oleh ana iaitu Kotak coklat rama-rama cinta…[^_^]

 Hadiah Sarung lengan panjang, tudung labuh dan homemade box berserta cokelat.

Dan kepada 7 lagi peserta, kalian semua juga akan menerima kotak yang direka khas oleh ana dan coklat hasil tangan ana sendiri. Kesemua hadiah ini bakal dipos selewat-lewatnya hari selasa minggu depan.

Ana berharap lebih ramai perserta yang akan turut serta dalam contest yang mungkin akan diadakan lagi seterusnya…wallahua’lam…

Selasa, 16 Ogos 2011

Hai Kawan..

Hari ini mood kembali rajin pula setelah lama tak update blog akibat dimarahi oleh kakak Norasyikin a.k.a Kak Nora chef masakan kita tu huuu.. Tak pasal-pasal mengamuk rupanya-rupanya. Dia datang nak ada bahan masakan. Ini sekali datang tinggal bekas tapak -tapak kaki ayam sebab ibu-ibu dan bapak-bapak ayam telah berupaya mencuri telur mereka dari simpanan kak Nora heee..

Janganlah marah-marah sesekali diamkan diri tidak mengapakan heee. Sedar dengan tidak kita telah berada dipertengahan bulan Ogos iaitu bulan kemerdekan merangkap bulan ramadhan. Sungguh pantas masa berlalu pasti telah banyak kenangan sebuku benang jahitan yang telah tercipta di dairy rakan-rakan semua baik yang pahit mahupun manis, mahupun yang ranum..Suri mengharapkan agar kalian semua cekal dalam menghadapi ujian itu dengan terus tabah dan mendekatkan diri padaNYA lagi..dan lagi. Tak mo sedih..sedih tau!

Terbaru Suri masih menyiapkan tempahan cokelat dari kenalan rapat Suri. Yang menempah bukannya dari Ipoh tapi rata-ratanya dari Melaka da huhu.. Okey bagi rakan -rakan yang menyukai cokelat apa kata LIKE Suri di laman page ini  Search facebook "Saya Suka Cokelat"

 (sori ini gambar anak Suri tiada kaitan dengan entri cuma nak bagi kamu semua hapy lalalaa. :)

Bab joint contest pun ada juga Suri mencuba nasib hee..itupun sekadar suka-suka.

Ahak..
Jangan lupa sertai teka teki teka lekok, 
Sapa menang pastilah seronok. 

Tarikh tutup telah sedia maklum harap siapa yang sudi tolonglah jawab.

Erm..keempat tangan Suri gatal-gatal menyebabkan background bloger ini di tukar sekali lagi. Korang suka tak? 

Bila pandang laut rasa nak terjun, tapi takut tak der sapa pulak nak tolong nghee...

Harapkan padi menghijau lagi..
Ada masa datanglah sini..

p/s:Apa cerita terbaru rakan-rakan bloger? kongsikanlah diteratak Suri. Manalah tahu ada contes yang sedang berjalan bolehlah Suri joint menyerikannya lagi .. Apa-apa pun maklumkan Suri diruang komen ye.





Isnin, 15 Ogos 2011

Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?

Salam..
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:
 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh ALLAH taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'
 
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minit ini.

BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Maaf Saya Tidak Sengaja Part I

Salam jumaat semua..

Pagi tadi Suri naik bas seperti biasa untuk ke pejabat. Sayangnya Suri tidak berhenti di hadapan bangunan tempat Suri bekerja tetapi Suri turun ke maybank untuk urusan pemindahan wang. Sambil mengeluarkan kad maybank Suri rasakan ada sesuatu yang tak kena. Suri teruskan usaha mencari dimanalah Suri simpan kad maybank ini..Jari dok mencogak dagu..

Selang beberapa minit Suri pun telefon suami bertanyakan kalau-kalau dia ada memegang kad bank Suri. Dua kali call dia tidak mengaku dia tidak menyimpannya. Its okey. 


Suri jalan -jalan dan berhenti sambil memikirkan dalam hati apa yanga ku buat ini? Rasa macam sesuatu je yang tak kena. ? ? ?

Sambil tu sempat lagi berhenti di balik tiang bangunan Suri selongkar beg duit Suri hampir lusuh..Jangan tak tahu butang pun dah tercaBot..Suri buat semakan terakhir sebelum meneruskan perjalana kaki ke tempat kerja.

Sebelum sampai ke muka lif Suri berhenti. Dan Suri tergelak sendri ha..haa..haaa..apalah aku ni betul ke tidak?

Bersambung...

Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part II

Salam..
Berhubung dengan entri semalam "Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part 1 kini perjumpaan tersebut telah berakhir semalam. Si isteri telah menjumpai suaminya kembali.
Subhanallah, Walhamdulillah,suami sahabat ku Siti Al'Izzah dah selamat ditemui.Syukran buat do'a dari semua.
 
Siti Al'Izzah:
 Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa.suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru(keliru dari sudut masa)...terima kasih kalian.saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir..

Khamis, 4 Ogos 2011

Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part I

Salam sejahtera,
Dukacita dimaklumkan, salah seorang Peer Counselor Mbfpc kita yang baru dilatih di Kedah baru-baru ini dilaporkan hilang sejak semalam.

Nama beliau adalah Encik Ithnin bin Ngadiman (gambar di bawah), suami kepada Puan Salwa. Kali terakhir dilihat di rumah beliau di Taman Desa Damai, Alam Damai, Cheras, Selangor pada Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi.

Pada waktu itu, beliau keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir alQuran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, isteri beliau mendapati pintu kereta terbuka dan suaminya masih tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, suaminya masih tidak ditemui hingga ke hari ini.


Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan kepada Encik Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Puan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.

Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) - 0126059997
Salwa (Isteri) - 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)
Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.
Sekian, harap maklum.

PM

Jadual Berbuka Puasa 2011

Salam semua..




Bersempena bulan ramadhan yang mubarak ini seperti biasa Suri akan kongsikan jadual waktu berbuka puasa 2011 sebagai panduan semua.



Kali ini Suri tidak akan melampirkan zon -zon bagi setiap negeri untuk berbuka puasa tapi suri akan berikan link http://www.e-solat.gov.my/ tersebut untuk sahabat semua membuat rujukan atau print out.
Lihat contoh pilihan Suri:-
  1. Laman utama berupa rajah peta semenanjung Malaysia- Pilih negeri Perak
  2. Paparan Waktu Solat Untuk Tempoh- Pilih Sebulan
  3. Pilih Lokasi Anda- Ipoh, Batu Gajah,Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar.
  4. Dan terus klik papar.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa untuk semua dari Suri.

Pstt!! Yang menariknya laman web ini ia menyediakan arah kiblat solat :)

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan 2011 Tanpa Cahaya Cinta & Rindu

Salam ramadhan untuk semua..

Awal ramadhan rasanya pasti banyak dugaan yang bakal menjelma pada kita. Hanya kesabaran wajar menjadi banteng takala amarah mula menguasai diri..


Ramadhan kali ini terasa sedikit sepi tanpa blog cahayacinta.com namun bait-bait penulisan harus di teruskan walaupun hampir padam sedikit demi sedikit..

Pagi tadi bangun sahur seawal jam 4.30 pagi terasa mamai seketika.Selalu Suri akan bangun dari pembaringan paling tidak pun sekadar minum seteguk dua air bagi membasahkan anak tekak ataupun membancuhkan susu untuk anak. Alhamdulillah setelah pasang niat maka makanlah apa sahaja yang terhidang atas meja.


Takala isi perut sudah kekeyangan Suri berehat seketika..Tiba-tiba terkenangkan orang yang jauh di dasar mata hee. Teringat masa Suri kecik-kecik mak selalu banguna awal-awal siapkan menu bersahur. Cerek didapur menjerit meminta tolong..yang Suri pula duduk depan makanan sambil bawak bantal busuk nolongnya tidak hee..

Alahai..
Rindunya masakan mak..Boleh tak mak duduk kat sini sebulan heee. Rindu pula..tak lama lagi mak dan ayah nak ke tanah suci pasti hatiku akan mencengkan rindu di kalbu..

Erk.kat sini ada siapa2 yang sedang dilamun rindu ker? jom share..

Suara Yang Didengar Oleh Mayat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Yang Akan Ikut Mayat Itu Adalah Tiga, iaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya



Dua Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya, iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.



Ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'



Ketika Mayat Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'



Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
· Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'



Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'


 Gambar Hiasan



Ketika Mayat Siap Disolatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'



Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini



Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'



Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku



Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'


Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita?


Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Ramli Joned dalam FB..