Khamis, 4 Ogos 2011

Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part I

Salam sejahtera,
Dukacita dimaklumkan, salah seorang Peer Counselor Mbfpc kita yang baru dilatih di Kedah baru-baru ini dilaporkan hilang sejak semalam.

Nama beliau adalah Encik Ithnin bin Ngadiman (gambar di bawah), suami kepada Puan Salwa. Kali terakhir dilihat di rumah beliau di Taman Desa Damai, Alam Damai, Cheras, Selangor pada Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi.

Pada waktu itu, beliau keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir alQuran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, isteri beliau mendapati pintu kereta terbuka dan suaminya masih tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, suaminya masih tidak ditemui hingga ke hari ini.


Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan kepada Encik Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Puan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.

Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) - 0126059997
Salwa (Isteri) - 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)
Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.
Sekian, harap maklum.

PM

8 ulasan:

bEe berkata...

Ada terbaca cerita ni
Kesian kan!!!
Sedih pulak rasanya

Pelangi cinta berkata...

bee
kehidupan tanpa insan y d cinta mmg sedih.mohon kak bee sebarkan ya.

Yastro berkata...

Semoga beliau selamat sejahtera hendaknya...

adele berkata...

moga cepat isteri dan anak2nya bertemu dgnnya...

maza berkata...

Uiks... siapa lak yg menyorokan beliau ya?. huhuhuhu..

Pelangi cinta berkata...

yas
ha mohon baik2 semuanya huu

Pelangi cinta berkata...

dila
dugaan tidak mengira waktu huhu...semua org di duganya..

Pelangi cinta berkata...

maza
bunia? urm hanya Tuhan sahaja yg mengetahuinya...