Rabu, 25 September 2013

Mampu Merancang..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Semua perkara yang di susun 60% sahaja yang menjadi. Terpaksa melupkan kerja yang di rancang dari awal sebab anak demam dan selsema. Hari ini pula hari jadiku..demam pula dan batuk semakin menghantui diri. Anak tekak sakit.. minum air banyak lagi banyak yang keluara adalah..

Tak laratlah sangat-sangat..

Isnin, 23 September 2013

Job Dari Rumah Membatu Saat Terdesak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Minyak naik, tambang bas naik, susu anak pun naik harga tunggu kurang beberapa sen sedikit barulah borong tiga ke empat pekat itu baru sorang, jika single wang tampungan untuk sendiri pun mahu juga. Teringin nak bergaya juga bukan nak harapkan duit wang saku dari keluarga ataupun wang pinjaman pelajaran. Boleh dikatakan hampir semua barang telah naik harga. Sekiranya kita golongan yang sederhana sedikit sebanyak masalah ini akan terhimpi.

Jika kita pergi ke kedai membawa wang bernilai  RM50.00 ataupun RM100.00 Suri rasa barang yang kita dapat jumlahnya terlalu sedikit. Ini disebabkan nilai harga barang makin tinggi di pasaran. Jika di bandingkan dengan dahulu note yang di bawa ke kedai terasa lumayan kini barang yang di bungkuskan untuk kelengkapan dapur bagi isteri, jajan untuk anak-anak, kelengkapan untuk menyiapkan tugasan terasa lumyan  saat sekarang ia umpama mimpi di siang hari..

Pengharapan terhadap nilai barang dapur, pakaian, penyediaan tempat tinggal, kemudahan asas kini bukan satu omongan kosong yang kita akan hidup mewah sentiasa. Perlu di ingatkan kebergantungan pada "wang" simpanan akan habis juga sekiranya kita tidak bijak menyimpan, mencari sumber yang kekal berpanjangan pasti kita akan kehabisan bekalan lama kelamaan kelak.






Detik inilah kita harus berkerja keras. Bukan bermaksud keluar mencari kerja tetapi melakukan kerja di mana-mana sahaja di mana ada capai internet sekarang juga anda boleh bermula. Job dari rumah tidak memerlukan anda untuk pergi berjumpa dengan orang awam tetapi ia memerlukan kerajinan anda untuk berkerja. Bagaimanapun ia bergantung kepada diri anda juga.

Alhamdulillah sumber kewangan yang masuk ke dalam akaun Suri semakin menggembirakan hati. Jadi inilah salah satu sumber pendapat saya secara berterusan. Untuk sedikit pencerahan tentang jobdarirumah anda boleh rujuk entri ini. Berkenaan bayaran yang sebelumnya anda bolehlah ke ini, ini, ini dan sini 


Jika anda berminat ayuh daftarkan di sini.


Jumaat, 20 September 2013

Menghantar Lahar Gunung Berapi Ke Lubang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku. 

Punyalah semangat berkobar-kobar nak buat entri sekali hamik ko "Internet Server Error". Sambil tidak puas hati mencuba buka window satu satu lagi untuk terjun ke laman ini namun semuanya gagal. Jadi Suri melepaskan gian di sana.

Jika anda peminat, penggumpul cerita-cerita islam masa inilah yang terbaik untuk Suri kongsikan dua buku hasil tulisan dari Khairy Tajudin  terbitan dari Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Apa yang menariknya setiap isi di dalam buku ini mempunyai dua buah siri tauladan yang berbeza. Yang menceritakan kisah-kisah para Nabi dahulu mempertahankan agama, berjuang maruah, wang, keluarga kerana islam semata-mata. Sebahagian kisah yang terbaik adalah Safwan Bin Umayyah R.A,  Urwah Bin Mas'ud R.A dan banyak lagi.

Dan satu lagi buku ini pula mengandungi dua puluh buah Kisah -Kisah Pelik dan ajaib serta bantuan ghaib daripada Allah SWT kepada para Sahabat Nabi SAW. Pembaca akan menemui di dalamnya seperti kisah Jenazah Yang Di Mandikan Oleh Malaikat, Periuk Yang Berzikir, Jenazah Yang Tidak Reput, Cahaya Dari Kubur, Menghantar Lahar Gunung Berapi Ke Lubang dan sebagainya.



Kisah di dalam buku ini di pelbagaikan bagi mendidik anak-anak mahupun golongan dewasa berfikir akan kehadiran Maha Esa itu wujud. Malahan ia juga mampu membenamkan dalam diri dan jiwa anak-anak kecil supaya takutkan Allah melebih dari segalanya dan sekaligus menakluk pembaca untuk mengenali dan sayang akan Nabi-Nabi kita.

Bacaan yang dapat saya simpulkan di sini sungguh santai. Bahasa yang amat mudah di fahami di sampaing harganya juga berpatutan. Penggolahan jalan cerita yang baik memudahkan ibu bapa bercerita sebelum menidurkan anak. Tahukah anda inilah buku-buku ilmiah islam yang yang sebenarnya molek di jadikan sebahagian koleksi perpustakaan mini di rumah anda. Yang terbaik adalah jika anda hadiahkan ia untuk anak-anak supaya minat mereka membaca terus subur dalam diri masing-masing.

Dapatkan dan selamat membaca :) Jika berminat sila pm saya

Selasa, 10 September 2013

Rindu dan PR1

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Rindu sekejap itun yang masuk blogspot dan rest otak kat sini. Sakit kepala menguruskan dua blog secara serenatak.

Mahu terbalik hidup di buatnya. Syukurlah Tuhan bagi kita keupayaan untuk solat lima waktu sudah pastinya sedikit ketegangan akan beransur..

Oh tak..

Masalah perpindahan entri dari blog lama http://cahayacinta ke http://www.cahayacinta.com masih belum selsesai. Iklan nuff dah di tarik menjadi non geli2.. berusaha untuk dapatkan status itu.

Mungkim sehari dua aku berehat seketika. Memandangkan anak pun sudah tiga hari tidak sihat.. Tapi.. Cukup bersyukur kerana belog ini sudah mencapai PR1 Terima kasih atas sokongan blogger semua

Rabu, 4 September 2013

Bihun Sardin Mudah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kelmarin Suri ada buat sandwich untuk anak-anak semasa kami bersiar-siar ke taman botani, Ipoh. Jadinya lebihan baki sardin yang ada itu ikutkan Suri rancang nak masak sambal sardin tapi..fikiran mula berimiginasi untuk mencipta menu baru pula.

Apakah menu sardin yang Suri berjaya buat ini. Ayuh sediakan bahan - bahan seperti di bawah:-
  1. Bihun
  2. Clili kisar
  3. Sardin 
  4. Bawang merah
  5. Bawang putih
  6. Sos cili
  7. Sos kicap
  8. Sos tiram 
  9. Kicap pekat 
  10. Sebiji telur
  11. Sayur sawi





 

 Cara-caranya:-

  • Panaskan kuali dan leburkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Selepas itu leburkan pula cili kisar, dan sardin sehigga ia garing.
  • Masukkan semua bahan yang berasaskan sos dan kicap pekat.
  • Masukkan pula sayur sawi dan sebiji telur ke dalam kuali dan akhir sekali masukkan bihun dan balikknya beberapa kali sehingga bihunnya mesra alam gitu.


Tidak semestinya memasak kita perlu terikat dengan satu-satu bahan sahaja. Ia boleh di pelbagaikan. Mengikut citarasa yang tersendiri terkadang itu lebih menjimatkan tembahan lagi waktu tersebut adalah terdesak.

Tapek Jangan Tak Tampal

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri amat menyukai bila anak mewarna. Padahal dalam hati punyalah geram sebab sekitar dinding ruang tamu, ceruk empat buah bilik kami, pintu bilik air, kepal katil, botol minuman, bantal busuk, alas meja bergambar, buku - buku, kertas kerja ayahnya, lantai mamar, beg sekolah, conteng tangan sendiri, baju sekolah berbekas warna merah dan biru, kasut sekolah, tingkap kereta telah selamat dia kerjakan.

Baiklah bagi menghargai jasa baik anak yang manja ini Suri tapekkan hasil lukisanya di peti ais. Di bawah ini adalah lukisan pertama di sekolah anak. Suri dapat sebelum hari raya kelmarin.



No. dua ini pula dia baru bagi pada Suri dalam hari isnin ini .. Mestilah Suri tampalkan juga. Tapi petang selasa dia bising dia kata dia tak dapat bagi lukisan itu pada cikgu. Jadinya dia salahlahkan pula si ibu.

Gerr...
hakikatnya Suri sudah ingatkan padanya lukisan ini perlu di bawa pada cikgu..aduh ada sahaja alasannya..



Sebelum dia masuk sekolah ada juga Suri tapekkan lukisan di peti ais tapi ia sekadar gambar warna mickey mouse sahaja hee,,,

Inilah salah satu cara untuk memuji dan memberikan semangat untuk dia belajar. Semoga dengan cara ini anak-anak akan rasa lebih di hargai dengan apa yang dia lakukan.

Selasa, 3 September 2013

Latihan Kejam Untuk Anak !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sudah lima hari pinggulku sakit entah apa silap pusingnya.? tidak pasti. Tapi kuatkan semangat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu kepada seorang anak yang comel serta kekasih gelapnya iaitu blog..Bila badan sakit waktu rehat dari ruang maya pun turut suram. Kecewa dengan ini, pi blog sana  pun rasa down padahal blog itu perlu di berikan tumpuan.

Waktu pulang ke rumah mak mertua Suri sempat mengajar anak cara-cara membuka pintu lock dari dalam kereta. Ini ekoran daripada beberapa kes yang kita sendiri tidak jangkakan di mana:-

  • Apabila anak-anak tertinggal di dalam kereta ini adalah kes ibu bapa yang cuai ataupun tidak perasan kehadiran anak di dalam kenderaan tersebut. Wahualam.
  • Biasanya anak-anak berumur 3 ke 4 tahun ke atas apabila dia mula belajar dan melihat persekitaran di sekelilingnya. Contoh situasi ini berlaku apabila ayah keluar membeli barang di kedai, si ibu segera menekan/membenam lock pintu kereta dari dalam. Ini menyebabkan anak sibuk belajar menekan lock kereta tanpa dia mengetahui tindakannya itu merbahayakan dirinya sendiri. Kejadian ini agak tegang apabila anak-anak tersebut berada dalam kenderaan secara berseorangan.
  • Apabila anak-anak terterkan lock pintu kereta dari dalam secara suka-suka.

 # LATIHAN TUBI 1

Sekiranya anak anda dalam kereta yang di dalamnya terpasang penghawa dingin ajarkan dia cara menekan hon kereta. Biasanya anak-anak berumur 2 tahun keatas amat gemar bermain stereng kereta :) . Jadi masa inilah peluang untuk anda melatih mereka.

Sesekali berikan dia latihan sehingga dia berjaya melakukan bunyi hon itu beberapa kali.

(Latihan tubi ini boleh di lakukan untuk anak-anak yang bawah umur 2 tahun ke atas)



# LATIHAN TUBI 2

Terlebih dahulu biarkan lock kunci kereta penekannya "terbenam" ke bawah.



Anak mencuba latihan "menekan ke atas" pintu lock kereta



Ya, dia berjaya melakukannya!

Ia semudah 1, 2 dan 3 :)

  • Tunjukan kepadanya ibu jari kanan anda kepada anak anda. (Sila ikut keselesaan ibu jari mana yang dia rasakan selesa dan kuat) 
  • Lakukan penolakan ibu jari kanan anda pada butang lock sedia "terbenam" itu di naikkan ke atas.
  • Ulangi langkah ini kepada dia beberapa kali dan beikan dia latihan sekerap yang boleh sehingga dia berjaya membukanya dengan sendiri. 

Berikan dia sokongan dan pujian semoga latihan ini akan memberikan manfaat, keyakinan dalam dirinya sendiri suapaya dia tidak gentar untuk menghadapi situasi yang genting.

Selamat mencuba!

Admin mempunyai pengalaman yang pahit sekitar sebulan yang lalu..insyallah akan di kongsikan pada entri yang akan datang. Jika anda mempuyai latihan tubi yang benar-benar manfaat sila share ke lama facebook dan kongsikannya di laman ini. Terima kasih.