Khamis, 22 Oktober 2015

4 Teknik Belajar Pola Jahit Baju Melayu Seluar Budak Bayi Orang Dewasa Pantas Mudah Seronok

Salam 
4 Teknik Belajar Pola Jahit Baju Melayu Seluar Budak Bayi Orang Dewasa  Pantas Mudah Seronok belajar menjahit baju melayu seluar ini kalau kita buat dari tangan sendiri usahanya memang sungguh berbaloi. Jimat! itu baru satu point!



1. Baru-baru ini ada dapat tempahan baju melayu dari biras maklumlah dapat anak lelaki siapa tidak bangga bila anak lelaki bakal menyarung sepasang baju melayu seluar. Tapi bukan bagus kalau maknya sendiri yang buatkan huhu.. Di mana untungnya kita sebagai penjahit yang ada kemahiran menjahit ini mestilah dari kos upahnya..ingat kos upah jahit baju baby lagi mahal tau berbanding jahit baju orang dewasa.


2. Syahdunya bila kerja menjahit ini kita buat kemudian hadiahkan pada suami katanya nak sambut hari ulangtahun perkahwinan. Tidak semestinya hadiah perkahwinan itu mahal atau bentuk benda tapi jahitan tangan hasil yang sungguh menyentuh naluri seorang lelaki bernama suami percayalah. Siapa tak suka bila suami puji tak banyak sikit pasti hati kita akan tercuit malu dan gembira. 
 


3. Indah bukan kalau ia dapat pakai semasa majlis hari raya, majlis cukur jambu, sambut menantu akan datang sebab permulaan cara mudah mengambil  ukuran baju melayu seluar,cara mudah memotong kain baju melayu, potong seluar baju melayu, pola buat poket baju melayu, menjahitnya hingga ke kemasan akhir kita buat bila siap detiknya kita tak akan yakin jahit baju melayu baby boy atau jahit baju melayu budak mudah sebenarnya. Jangan terkejut jika ada menegur cantik baju melayu ini. Buat ke beli? Sure dengan pantas kita akan jawab homemade baju melayu seluar sendirilah mana lagi.
 
 
Malas untuk kata panjang layan baju hari raya edisi tahun ini yeah!!
 

4. Sekarang orang sibuk men DIY  baju melayu dan seluar katanyalah apa kata diy baju adik - beradik sendiri itu lebih puas. terbaik bila tahun depan pakai warna baju sama seronok bukan..Silap ada yang beratur menempah baju untuk majils tertentu akan datang..ewah !


Yeah!! 4 Teknik belajar pola jahit baju melayu seluar budak bayi orang dewasa  pantas mudah seronok. Janglah terlalu mengharapkan sesuatu ilmu melalui google tanpa kita tahu ilmu secara detail. Baiklah kita mencari ilmu benar dan terperinci tanpa ada rasa selindung  itu lebih terbaik dan jamin keberkesanannya. Bukan ilmu maya tidak bagus tapi saranan saya cari satu ilmu boleh yakini berbaloi dan percayai.



Macam kita nak berniaga mesti kita cari mentor percayai taklah bila kita sudah labur wang beribu riban kita mahu cari mentor yang boleh meranapkan impian kita bukan. Mesti  kita akan cari orang yang boleh menjamin masa depan kita dengan baik masa susah sesak mereka ada bukan jenis susah kita huru hara mereka pula lepas tangan.

Dapatkah edisi terhad jahit pelbagai baju melayu dan wanita >>>>>>>>>>>>>>>> SINI

4 Teknik belajar pola jahit baju melayu seluar budak bayi orang dewasa  pantas mudah seronok. rugi kalau tak belajar! Tahun depan buat kala biru yeah!!haaaa ;)

Selasa, 20 Oktober 2015

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II

Salam..

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II.. Syukur Tuhan berikan aku kekuatan untuk buat sambungan lagi.. Ini pun entri terperam sudah lebih tiga hari...




Selepas cerita bacaan hb rendah sebab kurang gula gara-gara risau makan manis amiklah rasakan diriku waktu itu puasa ramadhan di batalkan terus sebab fikir kesihatan baby dalam kandungan dan suami takut aku pengsan..  sungguh itu kali kedua ramadhan aku tak puasa. haaa.haaaa..



Kes pertama sebab sakit kepala ni sebab makan minum tak jaga suami bising tak ambil gula lebih itu mabuk semacam huhu...biasalah mom kalau terlebih makan gula risau baby dalam makin besar bila makin besar dok pikir macam mana aku nak teran nanti ada ke kudrat aku tu kuat kelak hee... 

Kes kedua pula ada baca baby kalau besar bahaya depa boleh mati dalam kandungan sebab paras gula tinggi akan beri kesan baby kat dalam huaa...kau rasa camner nak terputus tak urat leher or nyawa masa pikir itu semua..btw ia normal..

Pakej Lengkap Cara Buat Duit Dengan Kincin Pelangi



Oh lupa apa menu dan tips yang aku amik sepanjang hb aku hamil ni.. ambil daging dan telur sahaja. Mengikut pengalam aku sendiri hb nak cantik korang mesti makan makanan dari sumber haiwan macam daging merah tu sebab ia cepat di serap oleh tubuh jika bandingkan kalau kita mengambil makanan yang bersumberkan sayur-sayuran.Kalau tak caya boleh buat ler heee..


Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II .. kehamilan dan sakit gigi berlubang

Part gigi berlubang semasa mengandung berapa kali aku pi klinik kerajaan. Due pergi klinik dah banyak kali tertangguh. Pertama masa pergi misi kata nama aku tak ada dalam senarai. Ok fine. Padahal dia siap bagi tarikah datang klinik gigi sekian...sekian hari jam berapa bagai...

Kemudian dia bagi date baharu kali kedua pergi doktor meeting katanya. Hari jumaat memang meeting..Sengal sungguh..Pas tu depa minta no hp aku. Katanya nanti dia  nak call kalau..kalau  temujanji ini dibatalkan secara tiba-tiba nanti. 

Kali ketiga datang meeting lagi..Depa bagi date baru aku tahan sabar.. depa dah catat no hp aku tapi tak tahu mana letak..aku datang pagi itu marah dan kesal..



Akhir  ini kali temu janji tak boleh batalkan kata misi dan doktor sebab stage sekarang ini kalau nak tampal lepas ni akan bahayakan baby dan ibu.

Aku akur.. aku pula yang tak boleh pergi klinik sebab balik kg. La ni 20.10.2015 gigi aku masih belum di tampal. mengadap jugalah sakit gigi masa berpatang..nanti aku cerita kemudian kali..tapi aku dah call klinik tu aku akan tampal insyallah pada 27.10.2015 ini huaaa...Doakan ya ;)

Pesanan untuk korang yang mampu kalau ada wang lebih pergilah sahaja klinik kerajaan kalau tak macam aku ler nunggu gomen ginilah jadinya. Apa pun jururawat itu ada mohon maaf pada aku..jadi aku ok jer kata orang marah je bukan main pastu aku dha boleh terima hee..nghe.ee.. 



Pengalaman puasa semasa hamil sungguh mencabar..
Sukar untuk aku nak gambarkan. Cuma aku sering berdoa dan berkata baby dalam perot "baby kalau nak keluar ..keluar pada hari selasa masa tu aku tak tahu pun hari selasa tu angka dia no yang cantik 7.7.2015 heee.. sebab ayah ada dekat rumah. Hari ..hari aku cakap sama baby kalau nak keluar tunggu ayah ada rumah tau!

Puasa semasa hamil bukan mudah nak makan manis pun masih berfikir berkali-kali kalau makan manis banyak mesti cepat minum air banyak-banyak. Tapi syukur tekanan darah aku normal sahaja kecuali masa nak masuk bilik bersalin itu tekanan darah aku tinggi sikit sebab dok risau nak keluarkan baby je heee..

Petua aku mudah rajin minum air selasih sebab mampu redakan panas dalam badan kita, tekanan darah kita cantik dan hb akan sentiasa normal tak naik tinggi dan mampu bersihkan darah dalam badan kita. Sykur itulah yang aku amalkan masa anak no satu dan dua


Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Apa lagi nak cerita Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II Rasa cukup sampai situ heee kalau cerita panjang sangat ada pula yang bosan heee..Mungkin saat ini aku telah kehabisan idea apa nak kongsikan kalau ada berilah mungkin aku boleh ceritakan nanti..


Tunggulah entri pengalaman dan tanda-tanda bersalin lepas ni eh...


Sabtu, 17 Oktober 2015

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1

As salam..

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1..sudah 2 kali rasanya aku buka ini blog dan nak taip asyik tertangguh haaa..kali ini aman sikit sebab semua diam..diam..sapa diam tu hee anak-anaklah..





Syukur kehamilan kedua selamat lahirkan seorang bayi lelaki normal pada tanggal 7.7.2015 pada bulan puasa hari selasa jam 1.48 tengahari dengan berat 2.8kg.

Sukar untuk gambarkan manakan tidak mendapat anak bagaikan terjumpa permata intan bernilai. Sampaikan satu setangah hari daku tidak tidur lena.

Bila imbas masa ketahui dahulu aku hamil saat menggujakan manakan tidak telah 6 tahun kami menanti. Alihnya berita itu dapat tahu semasa pemeriksaan doktor sebab keputihan dari situ aku tahu aku hamil empat bulan lebih!

Kehamilan yang sama seperti mengadungkan kakaknya dahulu. Tapi masa si kakak aku tahu hamil tiga bulan. Sampai rumah esok pagi mula mual dua ke tiga hari. Lain aku jalani macam biasa.

Tapi kehamilaan kedua ini aku waktu itu sedang giat kuruskan badan nak dapat berat badan ideal syukur ini salah satu cara kata buku yang aku bacalah nak hamil kena perhatikan berat badan kita baik menu makanan sentiasa seimbang terutama usia dalam lingkungan 30an..

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Kalau rajin baca ini sebahagian dari entri aku AKU PCOS PART I dan AKU PCOS PART II ..

apa juga alasan aku ia tetap rezeki. Untuk hamil kedua sungguh mencabar pada kehamilan masuk ke enam bulan. Aku minum air gula pertama kedua clear sahaja. Kemudian ada lagi minum air gula tak sikap aku masa usia kandungan masuk 7 ke 8 bulan. Minum lagi dah...Masa itulah kantoi aku punya perit terima kenyataan bahawa bacaan gula aku tinggi gila adei...

Bermulalah saat cucuk jarum dekat jari empat kali sehari!

Sungguh dugaan aku pergi klinik kerajaan lama pula menunggu nak bali rumah jauh. Last aku berteduh dekat klinik tu dengan perot memboyot dari jam 8 pagi sampai 1.20 tengahari. Klinik yang aku cek tu klInik desa tak der pula menawarkan khidmat amik darah 4 kali tu huhu..

Ada buat entri tu korang ada masa googlelah..

Last bila aku jenis mulut ramah haaaa..aku tanya kawan hamil sama dengan aku kata boleh cucuk darah dekat jari dekat klinik berbayar dan juga farmasi. Cuma siapkan duit sahaja. Jadi pagi 8.00 pagi aku keluar cucuk darah dekat klinik Medik dekat section 18 ipoh belakang tesco, 12.00 tengahari, 5.00 petang dan 9.00 malam aku ambil dekat farmasi hidayah cas rm5.00 sahaja.

Al- kisahnya berlarutan sehinggalah nak dekat bersalin rasanya ikutkan lagi 2x jer aku kena cucuk darah dekat jari tapi baby dah nak keluar  aduh betapa bahagiannya daku sambil urut dada  waktu tu..


Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1
Penat tahu naik moto sorang-sorang jalan kaki menapak ke klinik tu adalah dalam 30 minit jalan kaki pergi dan balik hua..mujur klinik hidayah tu tak jauh tempat aku paking motosikal heee cuma lintas jalan besar jelah..tu bahaya gak suami pun selalu risau dan beri nasihat. yalah anak no 2 katakan hii..kekadanag tu anak yang sulong pi temankan sesekali belanja dia makan sedap.

Cucuk jarum 4 kali sakit hoo..nak kalu tertusuk pada jari yang sama. Lama-kelamaan jadi lali juga tapi rasa sakit tetap ada. Yang tak menahan tu kena puasa pula itu yang tak syok. Puasa cucuk darah 4 kali katanya..Bila nak buka puasa jam 12.00 mula pikir nak makan menu apa. bila makan risau pula makan minum kita hadap tu tadi manis ke huhu..begitulah rasanya perasaan bercampur-baur ketika itu sampai menginjak waktu jam 9 malam.Mujurlah cucuk darah empat kali ini bukan setiap minggu kalau cucuk setiap minggu gilalah namaya. Ia biasa ambil 2 minggu sekali tau!

Hb cucuk darah tinggi ke cucuk darah hb rendah..?
Masa pertama kali puasa untuk amik darah dekat jari ini pernah aku rasa pening pada hal aku dah makan minum. Rupa bila ingat balik sah aku kurang gula dalam darah patut hb aku rendah walaupun aku ada makan nasi, minum air kosong, air buah, makan roti bagai..



Hb aku tak pernah tinggi masa cucuk darah dekat jari syukurlah..cuma bacaan kadang rendah kadang  normal bacaannya..menurut kata doktor dan pekerja farmasi hidayah ipoh katanya normal. Menurut kata doktor klinik desa kalau bacaan terlalu tinggi pesakit ibu hamil kena ambik insulin. Itu para ibu risaukan. Lega sebab aku tak lalui saat getir itu cuma aku kena jumpa pakar pemakanan diet sahaja sahaja. Masa itu mula alert tentang manu sihat, mana menu perlu lebih dan kurangkan ambil.

Serius kehamilan kedua sedih bukan sedih tak suka hamil atau lalui benda semua tak. bukan itu maksud aku..kiranya kehamilan kedua ini aku kena pantau apa aku makan baik minum atau makan itu sahaja.
Jika bandingkan dengan kehamilan yang pertama aku boleh belasah apa juga menu makanan tak kira manis ke apa ke aku sentap.Itu jer bezanya hiii.
Lastnya aku nak bersalin tu haru juga heee..Tunggu part kedua Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1I okey!

Insyallah aku ceritakan apa yang aku lalui sepanjang hamil dan melahirkan bayi.. Korang ada cerita nak kongsi nak tanya boleh komen bawah atau boleh email ke cahayacintakita@gmail.com insyallah ada kelapangan aku akan bantu atau share..




Pelik ada kata kenapa tak story benda kat lama web satu lagi heee..ya..memang sengaja aku hadkan sebab blog di sana aku cuma masukkan entri maklumat sahaja. Tapi blog ini more pada perkongsian aku lalui dan apa aku suka buat. That is!

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1

Jumpa lagi ok!