Khamis, 29 Julai 2010

Kawan Baru..

Hai Blogku..

Semalam 28/7/2010 teman selari dengan pejabat Love ada menegur Love. Sungguh manis orangnya. Dia ajak Love beli makanan kat bawah. Tapi Love dah bawa makanan dari rumah hehehe.. Love nak temankan dia tapi dia tak mahu pula.

Rehat tu di makan di pejabat Love. Rasa seperti meriahlah pula di pejabat Love dengan kedatangan dia bersahaja tu. Rupanya dia dalam relung pratikal. Selama ni Love hanya tegur gitu-gitu jer kat dia. Tapi tengok dia pun sikit lebih mesra dengan Love. 1 kepala leh nie.



Dia belanja Love air tea ais limau. Hurm.. petang tu Love asyik keluar masuk tandas jelah. Manakan tidak air nescafa pagi tadi punya masih berbaki lagi dah di beri air tea ais adehhh... Apapun thnks sahabat baruku sebab sudi datang menjegah ke pejabatku.

Kawan-kawan dia yang lain..pekerja tetap di situ pun tak semesra dia. Bagus betullah budak ni sebab tak sombong. Semoga murah rezeki selalu. Amin.



Selasa, 27 Julai 2010

Petang Yang Suram.

Matakau letih dan mengantuk sahaja. Keja semakin surut.

Rasanya tak ada orang kot hehee.. Apapun  kalu ada orang kat opis ni gamatlah sikit suasan pejabat ni. Meriah bagai tak terkata..

Love dah terlalu bosan berkerja. Terlalu jemu dan boring sangat-sangat bila sorang je kt sini. Bos selalu masuk lewat..

Okeylah balik ni ingat nak mintak si dia belikan Love punya asid folik. Untuk kebaiakn diri dan pada masa akan datang jua hehehe.. Kita sekadar mencuba mana tahu rezeki berpihak di belah kami hihi. Amin.

Isnin, 26 Julai 2010

Bulan Syaaban

Selamat menyambut bulan syaaban untuk semua umat islam..

Semoga kita akan sentiasa berada di dalam lindunganya. Amin.

Beratnya Menurun

Salam Maya..

Pagi tu bangun macam biasa. Lepas siapkan sarapan, bubur Along, mandikan dia kami segera ke Hospital Pegoh untuk menghadiri temu janji dengan doktor disana.

Love dapat angka giliran nombor 7. Hurm baik;ah tak tunggu lama sangat tapu Along memang dah resah dari jan 8 pagi tadi. Bukak baju dia, pampes dan bogelkan dia letak atas timbang.


Eh,
Berat dia 8 kg sahaja.. Love diam jer.

Masuk dalam bilik tu jumpa nurse terus nurse tu membebel. Eh, suka-suka dia jer cakap Love tak bagi si keci makan. Tak patot hohoho..

Budak bukannya makan sangat. Dua tiga suap dia maulah makan pastu dia kemam lama terus dikelrkan balik semua makanan tu huuhuu.. Along semakin lincah kekadang tak menang tangan nak pantau dia. Dia bukan nak pegang sangat. Lebih pada lepas jer nak.. rimas kot..ehehe..

Pas habis enjit bahu kiri dia terus nurse bagi Love ubat. Dan..dia melalak seperti biasa hahahaa.. tengok melelih air mata dia hehee..ian anak ibu..

Sebelum nak hantar dia ke umh pengasuh. Terus Love mintak Abang belikan roti dangan planta. Supaya along akan ada serela nak mankan dan beratnya akan naik semula. Amin. Sebagai ibu saya yang tak risau huhuhu..

Ahad, 25 Julai 2010

1 Tahun 7 Bulan

Dia dah pandai memerintah rumah.

Habis semua almari di bukak tutup. Termasuk di bilikku..

Segala apa yang ada dalam almari di keluarkan. Termasuklah benda-benda yang besar hinggalah benda yang kecil seperti buku-buku, majalah, kertas habis di selongkarnya.

Selagi ada laci kat umah ni selagi itu di bukak, di kemas segala bagai hehee..

Kemas..bersepah lagi adehhh..

Habis pinggan mangkuk, senduk, kuali kecik, sudu didapur dibawa ke ruang tamu.

Alahai.. anak cerdasnya kamu tak duduk diam huhu.. bikin umah jadi cam meriam..
time di atidur barulah Love mulakan sesi majlis perbandaran pengkalan harmoni ipoh. huhuhu..

Rabu, 21 Julai 2010

Bersendirian Itu Amat Menyuramkan Keadaanku

Love tidak marah..

Tidak pula sedih...

Tapi hati tetap suram dan membisu macam patung.. yang tidak bernyawa
Bos!!!
 Napeleh tak amik sorang pekerja lagi..

Sesunggunya hatiku terlalu sunyi huaaa..

Hari demi hari kerja semkin banyak..

Tanpa sedar dah satu tahun empat bulan Lover berkerja disini..

Jika ada seorang kawan yang boleh di ajak berbual kans bagus huhu...

Alahai..

bilalah agaknyer perkara ini akan terjadi huhu..

Jumaat, 16 Julai 2010

Adeh..




Sebab rindukan zaman sekolah dulu..huhhu..


selalu kena marah..hu..wawa....

Khamis, 15 Julai 2010

Kerja Bagai Di Tambah - Tambah

Seperti yang di janjikan hari ini Love berpuasa. Kenapa? saja suka-suka yelah asyil makan jer terasa sungguh menjemukan.

Harini keje agak banyak. Rasa sesemk kepalaku ini. Argh!!! tension sungguh lee.
Sekarang ni kena buat keje yang terbaru.

Mana draf yang telah mendapat kelulusan dari court Love kena gak  key inkan data ni dalam server untuk semakan di KL.

Aduh rasa macam malas je nak buat. Tapi still kuatkan semangat gak huhuhu.

Selasa, 13 Julai 2010

Baca Surat Khabar English

Love leka baca surat kabar dia pun mulahlah datang. Puas Love mengelak Along tetap nak juga helaian surat khabar ni. Hiysh, ganggu orang jer. Gigit karang baru tahu! desisi hati Love.

Agak lama juga Along duduk melihat Love membaca. Akhirya dia dok termagu melihat galagat ibunya leka membaca.

Love pun tak sampi hati lalu memberikan dia beberapa helai surat khbar pada dia. Wah! dia punya suka bukan main hehehe...

Lepas Love dah habis baca along masih leka bermain surat khabar. Di remukkan kertas tu, di buat main masak-masak..golek dan baring sambil membaca entah apa entah dengan surat khbar tu.

Hurm habis di kerjakan. Lama - kelamaan dia tidur sendiri :)

Nak Puasalah Pulak

Terasa sungguh masa itu seketika. Pejam celik dah masuk pertengahan bulan 7 Julai. Hurm..apa yang kuharapkan semoga segalanya berjalan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.


Tak lama lagi dah nak puasa. Nak ganti?
Oh tidak. Sebab tahun lepas Love puasa penuh hehehe. Jadi Love dah minta keizinan dia untuk pose dalam masa terdekat ni. Ikutkan pla pose minggu depan. Tapi gerak hati kata nak pose hari khamis nie le. Eh, besoklah kirayanyer kan..hehehe..




















Isnin, 12 Julai 2010

Bila Kau Jauh Daku Rindu Raut Wajahmu

Salam..
Hati memang rindu kat dia hehee..hehee bila dekat asyik gaduh jer. Bila jauh gheti pulak sebut rindu..kuang..kuang..kuang..lawaklah dia nie hehehe..


Mana tak nyer pegi kl pagi jumaat lani isnin baru nampak muka. Ceh Love yang ego akhirnya dia yang cakap rindu..walah..

I Love u TOw :)

Ahad, 11 Julai 2010

Seukir Kerinduan

Love rindu nak balik Melaka. Maka sebab itulah entri di cahaya cinta berkisar lumat tentang perkemahan hehehe..

Rindu masakan mak lemak mak berlaukkan ikan pari.
Rindu pada ayamg golek ayam yang bersalut rempah.
Rindu nak turun ke pantai main air laut..




jOM tERJUN Laut mesti syiok punya hehee

Waktu sengkanglah waktu yang terbaik untuk kita bermesara degan anak-anak, kawan kita sebab waktu ini kita akan lebih rapat lagi dengan mereka :)

Thnks pada yang sudi berkunjug. Love YoU

Sabtu, 10 Julai 2010

Hari SabtU Lagi..

dia ke kl lagi atas urusan kerja. Hurm rasa bosan pun ada juga. Sebab dok jer umah degan anak. Ingat nak keluar tapi rasa macam malaslah pulak. Tapi rasanya kalu keluar nanti nak cakap apa? just borak kosong jer hehehe..lagipun petang tadi tak der sapa pun dok borak kat sana baik dok umah baca buku dengan anak sambil tu boleh le layari internet layan blog hehehe..

Hai kalu le ada kawan kt ipoh ni macam kat Melaka kat kl besh gak hik..hik..tak le bosan. Rasanya dah tentu akan Love bawa anak kesana kemari. Love banyak baca buku. Nak-nak buku pa& ma. Memang tiap-tiap bulan tak pernah miss. Si dialah yang rajin membeli sejak dapat tahu Love hamil sampi skg tak lupa.

Buku tu cakap anak-anak yang selalu keluar bersiar-siar contoh di taman bunga akan membawa fikiran mereka lebih luas lagi untuk meneroka alam di sekelilingnya :)

Tunggu jelah Along minggu depan kita balik umh opah. Kita jalan jelah kat sana hehehe..

Ulat Buku 1 tahun 4 bulan

Tengahari tadi lepas makan Along dah dok baca buku abc dia :) nice pose. Dari baca buku secara duduk dia baca baring pulak kat atas bantal bucuk dia hehee..

Love tengok dia bukan main asyik lagi membelek buku, memerhati gambar itu dan ini. Ternyata dia memang anak yang pandai bawak diri. Jumpa buku habis di kerjakan. Belum bagi buku warna tu pun dah habis dia kala entah apa-apa ntah hehehe..

Pakal le hp nie tak blh masuk pic dlm komputer kalu blh dah lama Love masukkan pic-pic dia kat blog nie. Sure akan berlambak punya. Tapi tak pelah mungkin ada rezeki nanti Love akan masukkan.

Yang penting asalkan setiap memori dibukukan disini hati Love dah berbunga ceria. Kelak dia dewasa dia dah boleh bukak blog ni dan baca sendiri. Maka itulah tujuan BLOG LOVE IS SHEARING tu dibina.

Biasalah inikan blog cap ibu dan anak hehee..

Jumaat, 9 Julai 2010

sEJAMbak Bunga Untuk Love

Salam jumaat.
Harini kerja macam biasa jugak. Kerja dah beransur reda rasa camnak melonjak keriagan sahaja wehooho..

Hokey sebagai tanda kegembiraan tu nah amik ni bunga untuk diri sendiri..


Rasanya inilah keriangan hati sorakan jiwa cam bunga tak kala segalanya ok dalam posisi yang menenangkan. Dan yang pastinya minggu depan ada banayak kerja yang menantiku huhu..



Semerbak hati.

Sekuat warna yang memikat. kamu adalah bunga kasih yang amat Love sukai :)

Khamis, 8 Julai 2010

Subang Baru

Salam kawanku..

Terima kasih sebab anda sudi menjegah kesini. Sememangnya anda yang sudi singgah di sini memang sporting orangnya hehee..

Hari Selasa Love ada belikan Along subang telinga. Tapi sebelum tu memang Love dah belikan dia subang seawal usianya 1 tahun. Terus di tindik ke telinga anak. Alah ini subang telinga bukannya mahal pun, emas pun bukan.


Ini subang telinga yang jenis biasa-biasa punya ada jual kat kedai emas tu. Kos subang telinga dengan tindik rm10.00 sahaja. Kala dia jer emas. Tapi asalkan ia boleh di pakai Love tak kisah Love main belasah jer hehe. Love bukannya memilih sangat pun.

Namun tak sampi 5 bulan sebelah subang kanan hilang. Adeh jenuhlah juga mencarinya. Sebab subang tu jenis halus jer huhu.. Oklah dah puas mencari tapi tak jumpa tak perlah. Mungkin bukan rezeki Love untuk mendapatkannya kembali.



Jadi bila hati dah tergerak and teringat akan subang Along yang dah lama hilang tu terus Love rembat sepasang kt kedai aunti tu beli subang siliver punyer hehehe. Harap- harap dia tahan lasak le gamaknyer.

Rabu, 7 Julai 2010

Minggu Yang Paling Sibuk

Hari isnin kerja macam biasa. Terus terfikir kat dalam kepala eh ada auctin hari selasa dan rabu. Tapi tub..tip nah amik ko selonggok sampi kerja ko kat atas meja. hUhu..tak berhenti di situ sahaja malahan konrtak gak banyak yang sampai dari peguam.

Arghhh!!! tensionlah wey!!
ingatkan dapat rest minggu ni tapi tak sangka sebizi ni.. Sah2 dema tak bagi chan untuk Love rehat. Bukan ke best klu satu hari nanti aku dapat jadi bos?? hehehe..bertuahlah rezeki tu woooo..kalu betul apa salahnya ek..hehehee ;)

takpelah..Love akan buat perlahan-lahan. Ikutkan malas nak buat tapi Love try kuatkan semangat hua sebab dah tanggungjawab berkerja disini. Demi anak Love kuatkan hati untuk menyelesaikan kerja ini dengan seberapa segera yang mungkin :)

Along Dapat Kawan Baru

Wah bila kawan lama dah berjumpa pasti banyak hal yang nak dikongsikan bersama-sama..kawan Love ada bawa anak dia sekali. Nama samaran anak di mya. Comel sungguh anak dia. Jom tengok pic tu.. Layan..


Yang tengah duduk tu anak Love hee..hee..yang di depan nilah mya :) Menurut kawan Love katanya tua along  3 bulan jerk..wah sukanya along bila dapat kawan. Tapi orang nak pinjam barang dia kedekut..hehe.. dan satu lagi pic yang nie ;)


Rasanya ni mungkin kes dia dah tak sabar nak balik Melaka huhu.. Tengok along relaks and stady jer. Love tak sedar yang si rahmat ada amik pic ni. Mungkin Love tengah sibuk kat dapur tu yang dema tsnap pic ni sebagai kenang kenangan :) . Ada rezeki kita jumpa di Melaka ya :)

Ahad, 4 Julai 2010

Sahabat Lama


Salam untuk sahabat..
Wah tak sangka hari ahad tu dapat jumpa kawan.  Walaupun sebab dema bukan khusus sama dengan Love tapi dulu isteri dia memang satu rumah sewa degan Love. Suami dia pula satu inteke dengan Love cuma kos kami jer yang berbeza-beza.


Sesekali dapat bersua terubat juga rasa rindu zaman kolej dulu. Rasa nak je ulang waktu-waktu tersebut.. bestkan hidup kembali seperti remaja huhu..

Thanks fiza dan rahmat sebab sudi datang ke rumah Love. Kehadiran kalian benar-benar menggembirakan hatiku. Walaupun sejenak namun ia tetap menghiburkan taman hatiku. Bukan apa sebab kt Ipoh ni love memang tak der kawan huhu...





Khamis, 1 Julai 2010

No MooD !

Mood pagi tadi nampak gayanya okey jerk. Cuma mataku ni yang mengantuk. Hee..hee mungkin kegilaan membaca novel membuatkan Love malas.

Sebenarnya kerja kat pejabat tak delah banyak mana tapi rasa tak der aura jer harini. Hurm alagkah bagusnya kalau ada sorang pekerja kat kempat Love kerja ni. Mesti syiok punya..hehehee..

Pagi tadi Love call kak ema. Jiran sebelah umah Love dia dah bersalin. Tetiba hati ni teringat masa lahirkan si along masa kecik dulu-dulu..hehehe..

Bilalah Love nak hamil lagi..

Tuhan kau izinkanlah daku hamil lagi...Amin

dah tu jek nukilan untuk hari ni sebagai pembuka tirai bulan Julai