Khamis, 30 Jun 2011

Cara Ibu Bapa Membina Kemahiran Motor Halus Anak

Salam pagi untuk semua..


Nurani hati ditabir mata..berjurai menitis melihatnya..
tika anak-anak ligkas bergerak, petah berkata-kata rasanya itulah salah satu anugerah buat hati yang bergelar ibu dan bapa bangga melihat kejayaan anak bereksprisi pada diri sendiri.

Disini Suri berikan beberapa cara yang mudah untuk untuk ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam kemahiran motor halus anak. Berikut adalah saranan yang wajar anda membantu si kecil agar ia berupaya bermain persekitarannya dengan lebih baik lagi.

Objek jatuh
Ketika barang permainan kanak-kanak atau bayi jatuh biarkan dia sendiri mengutip objek atau alat permainan tersebut di atas lantai atau meja. Ini menunjukkan petanda bahawa dia memiliki kemahiran motor halus dan baik.

Tisu muka yang lembut atau kertas
Lihat dia akan cuba merasai kelembutan tisu itu dan cuba mengoyakkannya. Ia menandakan bahawa pergerakan otot-otot si kecil seperti jari-jemarinya, mata dan sebagainya sedang berkerja keras untuk merasi nikmat sesuatu barang tersebut apabila dipegang, di ramas dan sebagainya.

Menconteng
Takala kanak-kanak atau bayi anda sedang menulis atau menconteng ia menandakan kemahiran asas dalam perkembangan motornya amat bagus sekali. Ini kerana mereka berupaya untuk memegang, berimiginasi tinggi terhadap daya pemikirannya.

Bermain play-doh atau tepung
Manfaatnya sama seperti bermaian tisu dan kertas juga. Memahirkan jari - jemari membentuk pelbagai bentuk akan membuatkan kanak-kanak merasa seronok untuk mengulangi permainan tersebut berulang kali. Ini menandakan bahawa kemahairan motor yang digunakan sebaik mungkin. Dari memegang, menumbuk, melecek semuanya melibatkan daya motor halus.


p/s:Sepatutnya entri ini dipublishkan semalam, tapi google ada masalah semalam heee..

Rabu, 29 Jun 2011

Doa Untuk Kekuatan Jasmani,Rohani dan Emosi

Hai kawan-kawan jumpa lagi kat sini.

Lalala..aCHomm!! aaaChoM!! Alhamdulillah. Mahu juga tiga hari berturut-turut Suri berkeadaan begini.


Hurm..minggu ini membuatkan jadula kehidupan suri menjadi kelam -kabut, mambut, sambut -menyambut rasa nak tercabut dari pejabat pun ada haha. Ingat semalam nak cabut pokok bunga jam sepuluh tapi sampai rumah dah malam ar.. Apa kisah ini hee.. keadaan anak baru sahaja sembuh dari demam dan selsama kali ini Suri pula yang kurang sihat. Sob..sob..sobar.

Oh tidak..
Sungguhpun ditenggelami dengan lambakan kerja dipejabat namun tegarkan hati untuk berkerja hari ini juga dan update blogspot seperti biasa hee.. Berharap badan Suri akan dapat bertahan sehingga ke petang. Amin.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ ،وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Maksud :Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kegelisahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, kebakhilan, pengecut, bebanan hutang dan kongkongan orang.
( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

KETERANGAN :

Setiap insan yang waras dan sihat akal fikirannya tidak dapat lari daripada masalah dalam mengharungi kehidupan sama ada masalah berkaitan dengan kerjaya, harta, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Namun Rasulullah telah membekalkan kepada kita satu doa yang ringkas tetapi merangkumi kesejahteraan untuk jasmani, ruhani dan emosi. Di sini dinyatakan pendapat ulama tentang beberapa ungkapan yang berkaitan dalam doa tersebut.

Imam al-Taymi berkata : الهم ialah perkara yang membimbangkan menyibukkan hatiseseorang. Kebiasaannya ia adalah perkara yang akan berlaku atau sedang dihadapinya. Sementara الحزن berkaitan dengan perkara yang telah berlalu yang menimpanya. ( Syarah Abi Dawud : Abd Muhsin al-Abbad )

Imam al-Nawawi berkata : العجزialah ketidakmampuan untuk melakukan kebaikan dan dikatakan juga ia bermaksud meninggalkan perkara yang wajib ke atas seseorang dengan menangguh-nangguhkannya. Adapun الكسل pula ialah jiwa yang tiada kecenderungan untuk kebaikan serta kurang kegemaran untuknya pada hal dia mampu melakukannya.( Tuhfat al-Ahwaziy)

Bersama kita amalkan doa yang menjadi amalan Rasulullah saw ini agar ia memberikan kepada kita kekuatan yang luar biasa dalam menempuh ujianNya yang serba mencabar pada masa kini.


crdt:Laman google

Selasa, 28 Jun 2011

Petua Mencuci Kristal

Salam pagi untuk semua.

Catatan entri diteruskan lagi. Disebabkan sahabat Nizamghazi amat meminati slot petua dari blog cinta maka entri ini dihasilkan untuknya hee.. dari ternanti-nanti apa kata tanpa membuang masa kita ke bait ayat yang seterusnya.

http://www.crystalchess.com

Kali ini Suri ingin mengetengahkan petua bagaimana mencuci dan mengembalikan kristal agar seri dan cahayanya terpelihara. Bagi peminat-peminat dan penggemar kristal sudah pastinya menantikan petua yang ajaib ini dari Suri heee..

Uh, terperasanlah pulak diriku ini :).
Bahan-bahan yang diperlukan:-
  1. Sebiji ubi kentang


Cara-caranya:-
  1. Sebiji ubi kentang di potong sederhana besar di blande sehingga lumat.
  2. Kemudian airnya ditapis.
  3. Cuci kristal berkenaan sebelum dibersihkan dengan air sabun. Selepas itu, bilaslah ia dengan air bersih.

Isnin, 27 Jun 2011

Izinkanlah Aku Menangis..

Salam..

Keadaan agak merungsingkan selepas apa yang di buat tidak menampakkan hasil seperti yang diinginkan...

Nampaknya kali ini hati bersedih lagi. Walaubagaimanapun usaha untuk memunculkan cahayacinta.com gagal...akan tetap diusahakan tanpa jemu...

Dalam seminggu ini kita lihat apa akan terjadi..

p/s: terima kasih pada semua sahabat bloger yang sudi datang ke laman blogspot suri..yang bertanyakan tentang blog ini. Ia benar2 buat suri rasa terharu..

That me..mudah sangat menagis...

Jumaat, 24 Jun 2011

Selendang Untuk Ibu

Salam jumaat yang berbahagia..

Seorang wanita datang menghampiri Nabi s.a.w. ketika baginda sedang membahagikan-bahagikan daging di Ji'ranah. Melihat kedatangan wanita itu, Nabi s.a.w. terus membentangkan kain selendang beliau untuk wanita tersebut.

Lalu wanita tersebut pun duduk diatas hamparan kain yang disediakannya untuknya.

Seorang sahabat beliau yang bernama Abu Thufail bertanya, "Siapakh gerangan wanita tersebut?"
Sekadar gambar hiasan

Lalu para sahabat yang lain menjawabnya, "Dialah ibu yang telah menyusui baliau."

Begitulah kemuliaan yang diberikan oleh baginda s.a.w. kepada pengasuhnya Ummu Aiman, yang diibaratkan seperti ibu kandung baginda sendiri.

Susunan: Norhashimah Abd. Rahman. Ubah suai ayat: Suri

Rabu, 22 Jun 2011

Doodle Summer Solstice Part II

Sambungan Part II, terima kasih Tengkorak Emas a.k.a TE :) atas pertanyaan anda tentang entri yang lepas.

"Agama apa kak yg tunggu musim panas?"

Suri sudah pun membuat beberapa research ceh..kira
mewah dengan harta maklumat ar pulak adeh.

Pandangan dari sudut atas Stonehenge yang berbentuk bulatan.

Antara harta yang dapat Suri jumpa setakat dari permerhatian Suri apakah penganut yang sering menantian kedatangan musim panas ialah..




Hari Musim panas 2011 hari tahun ini yang merupakan hari paling lama 2011 Tahun. Sejarah ringkas Hari Solstis musim panas 2011. Sol + stice berasal dari gabungan perkataan Latin yang bermaksud "Matahari" + "untuk berdiam diri." Oleh kerana hari memanjangkan, matahari naik lebih tinggi dan lebih tinggi sehingga ia seolah-olah berdiri masih di atas langit.

Stonehenge pula merupakan salah sebuah monumen prasejarah yang terletak di daerah Inggeris Wiltshire, kira-kira 3,2 kilometer (2.0 batu) barat Amesbury dan 13 kilometer (8.1 batu) di utara Salisbur y.

Bagi pengunjung dan penganut agama neo-druid, pagan dan neo pagan disinilah tempat mereka akan berkumpul dan melihat matahari terbit sehingga kemuncak tertinggi.

Penganut agama sadhana

a)Bagi penganut agama sadhana mereka akan menyambut hari musim panas ini dengam menyajikan makan yang berupa sayur sayuran , buah buahan disamping melakukan aktivti yang berkaitan dengan kerohanian, yoga, bersyair dan bernyanyi.

Gambar pagan sedang memetik gitar & neo-druid berbaju serba putih.
Perasan tak bentuk bulatan itu?

b) Manakala bagi sesetengah penganut dan pengunju agama neo-druid, agama pagan atau neo pagan moden pula mereka menganggap hari musim panas ini adalah masa kesuburan untuk mereka berkumpul dan menyambutnya dengan menghidupkan unggun api, maypoles, menari, bersyair dan festival luar tradisional.

Sebahagian dari kostum yang wajib mereka sarungkan semasa hari tersebut

c) Gambar penganut agama pagan atau neo pagan


Mereka juga mempercayai bahawa percutian kali ini mewakili kekuasaan tertinggi ketuhanan maskulin.

Keseluruhan matahari naik ke atas

urm.. Tidak mahu berkata banyak-banyak ingin tahu apa ada pada Summer kawan-kawan boleh rujuk dilaman ini.
http://sherrysenicardesigns.blogspot.com/2011/06/lithamidsummersummer-solstice.html













Doodle Summer Solstice Part I

Harini Suri teringin benar nak selongkar google doodle. Kebetulan image yang di ketengahkan hari ini membuatkan suri tertanya-tanya siapalah yang melukis google doodle ini? Apakah maksud disebalik lukisan tersebut? Ada apa pada tema yang satu ini?

Ingin tahu ayuh beranikan diri anda membaca entri ini sampai habis nghee....


Pelukis siri google doodle summer sols
tice kali ini di lukis sepenuhnya oleh Artis dari Jepun iaitu Takashi Murakami.

Lakaran kartun yang beliau lakarkan ini mempunyai pelbagai serakkan warna - warni yang menarik. Aksi memek muka yang ternganga dari animasi Jepun serta, pecahan bunga entwines yang berserakkan benar-benar membuatkan hati ini tercuit.

Rasanya memang sesuai dengan tagnya hari pertama menyambut musim panas yang amat dinanti-nantikan oleh beberapa penganut yang amat menanti akan kehadirannya.

Ak..ak..ak..Suri tidak mahu menceritakan tentang bab aga
ma, tapi suri ingin mengetengahkan maklumat tentang bagaimanakah berlakunya musim panas ini terjadi.

Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari bulan Jun sehingga bulan September di Hemisfera Utara, dan dari Disember sehingga Mac di Hemisfera Selatan. Bagaimanapun, mengikut adat kebiasaan metereologi, ia ditakrifikan sebagai tiga bulan penuh antara bulan-bulan Jun dan Ogos di Hemisfera Utara, dan antara bulan-bulan Disember dan Februari di Hemisfera Selatan.

Permulaan musim panas tak rasmi adalah sesuatu yang mengikut kelaziman. Di Ireland, ia bermula seawal 1 Mei, tetapi di banyak negara, ia dianggap bermula pada 1 Jun, walaupun terdapat juga negara-negara yang memulakannya selewat 1 Julai . Secara am, perubahan-perubahan musim berlaku lebih awal di kawasan-kawasan pantai dan oleh itu, kawasan-kawasan yang terletak berhampiran dengan lautan akan memulakan musim panas lebih awal daripada kawasan-kawasan pedalaman.

Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang mempunyai hari yang paling panjang (dan paling panas) dalam tahun, dengan waktu siangnya lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza. Ianya berlaku apabila kecondongan paksi Bumi adalah yang paling cenderung ke arah matahari, membuat hari terpanjang di hemisfera utara.

Bagi mereka di Barat, musim dikira bermula pada ekuinoks dan solstis dari segi "astronomi". Walau bagaimanapun, oleh sebab sela musim adalah kurang daripada seperlapan tahun (kecuali berhampiran dengan kumpulan air yang besar), permulaan musim "meterologi" mendahului permulaan musim "astronomi" sebanyak kira-kira tiga minggu.

Perbezaan masa ini membuatkan takrifan "meteorologi" lebih berpusat dan simetri sekitar bahagian tahunan yang lebih panas berbanding dengan takrifan "astronomi". Kini, penggunaan takrifan "meteorologi" semakin popular, tetapi takrifan "astronomi" lebih sering digunakan dan kebanyakan orang menganggapnya sebagai "rasmi". Sebenarnya, ekuinoks and solstis bagi musim "astronomi" dikatakan secara semula jadi menjadi permulaan musim, dan masih wujud dalam kebanyakan takwim.

Di tempat-tempat yang lain, solstis dan ekuinoks menjadi tanda pertengahan, bukan permulaan musim. Umpamanya dalam astronomi Cina, musim panas bermula sekitar 6 Mei, dengan jiéqì (istilah suria) dikenali sebagai lixia (立夏), iaitu "pengasasan musim panas". Contoh penggunaan Barat adalah dalam karya William Shakespeare iaitu Mimpi Malam Panas(A Midsummer Night's Dream), sebuah drama yang berlatar malam terpendek dalam tahun tersebut, iaitu solstis musim panas.

Di bahagian-bahagian Asia Selatan dan Terengganu yang mengalami monsun, musim panas dikatakan berlaku antara Mac hingga Mei atau awal Jun, iaitu waktu terpanas dalam tahun tersebut, yang diakhiri dengan musim hujan.

Dalam kebanyakan negara, kanak-kanak bercuti sekolah ketika ini. Ada yang bermula pada pertengahan Mei, walaupun di England, sekolah kanak-kanak berusia 5-16 tamat pada pertengahan Julai.

Di Hemisfera Selatan, cuti sekolah merangkumi Krismas danTahun Baru . Cuti sekolah musim panas Australia bermula beberapa hari sebelum Krismas dan tamat pada hujung Januari hingga pertengahan Februari, iaitu tarikhnya berlainan bergantung kepada setiap negeri.

Musim panas juga adalah musim kebanyakan tumbuhan menghasilkan akan menghasilkan buah dan dan juga sayur-sayuran.



Selasa, 21 Jun 2011

Asal Usul Spaghetti

Pagi ini Suri sarapan spaghetti. Eceh dah macam orang baratlah pulak hik..hik..

Makan ala-ala simple bagus juga kawan-kawan, lebih-lebih lagi ia di hasilkan dari tepung gandum. Urm..dari kita makan-makanan yang tidak berkhasiat seperti meggie, fast food kenyangnya bukan bertahan lama cuma akan menambahkan kolestrol dan berat badan adalah huhu..


Baiklah tanpa membuang masa hari ini Suri ingin kongsikan satu cerita berkenaan dengan asal-usul spaghetti. Tahukah kawan-kawan spaghetti dalam bahasa Itali dikenali sebagai "tali kecil". Di mana ia berbentuk tali yang memanjang, bersaiz lebar, sederhana kecil serta berwarna sedikit kuning kecokelatan.

Amnya spaghetti enak di makan bersama kuahnya dengan dicampur sedikit hirisan buah tomato, bebola ikan, bebola ayam, hirisan daging, sedikit parutan keju, campuran makana laut dan sebagainya. Seperti nama spaghetti terdapat juga pelbagai jenis mi yang perlu kita ketahui seperti Fettuccine, lasagna, makaroni antara salah satu bahan yang sering dihidangkan sama ada digoreng atau di rebus.

Psstt..tapi bab untuk membuat kuahnya kawan-kawan mempunyai dua pilihan sama ada membelinya dalam tin dan masakkannya atau membuat kuahnya sendri. Pilihan terletak ditangan anda =).

Ada satu kisah mengatakan terciptnya spaghetti ini apabila terdapat seseorang dari rakyat Itali belajar membuat spaghetti dari seorang yang bernama Marco Polo. Marco Polo merupakan seorang musafir yang berasal dari Venesia. Beliau pergi merantau ke negeri China pada tahun 1271 dan mula menetap di sana sehingga beberapa belasan tahun lamanya.

Semasa baliau dalam perjalanan pulang ke negerinya, sempatlah juga beliau singgah ke beberapa buah negeri di serata sumatera untuk menurunkan segala ilmu yang ada padanya. Sehinggalah Mi Itali tersebut di panggil sebagai Spaghetti dikalangan rakyat Sumatera.

Namun begitu sebahagian dari masyarakat Italian tidak bersetuju akan kisah tersebut sebaliknya mereka mempercayai bahawa terciptanya spaghetti ini setelah kembalinya Marco Polo pada ½ abad ke tanah airnya kembali.


Isnin, 20 Jun 2011

Rezeki Bila Blog Di Hack

Syukur Alhamdulillah..

Dalam kesedihan masih ada jua terselit bibit-bibit indah kurniaan dari menjadi ahli affiliate. Mencuba rezeki dialam berblog inilah salah satu caranya. 19/6/2011 Suri menerima email dari admin kerana berjaya menjual produk mereka dengan jayanya maka hasil yang dapat amatlah berbaloi sepanjang Suri berblog ini hee.. syukur sangat..sangat..


Seingat Suri ini kali ketiga rezeki dari affiliate. Walaupun jumlahnya tidaklah selebat seperti hujan air mataku ini namun memadailah ia buat Suri mengukir senyum dalam taman hati.

Allah aku bersyukur padaMU ilahi kerna diberikan rezeki yang tidak di sangka-sangka ini.

Luka Itu Sembuh Jua Part I

Oleh: Muhammad Qayyim

Kira-kira sejam yang lalu, dia terjaga dari tidur setelah dikejutkan oleh isterinya. Mulanya dia hendak menarik selimut semula kerana kesejukan dihembus angin pagi, tapi segera pula bangkit apabila terdengar suara bacaan ayat-ayat al-Quran yang berkumandang dari surau.

Namun perkataan pertam yang diucapkan isterinya telah mengundang kemarahannya. Lalu dalam keadaan pepisat itu dia pun melafazkan cerai kepada Zainab.

Siapa pun tak akan percaya kalau diberitahu bahawa penceraian mereka hanya disebabkan oleh sebuah tilam terbuang!

Oh Tuhan, mengapa ini boleh berlaku? Aku tak pernah merancangnya. Bukan kehendak hambamu, Ya Tuhanku. Engkau pun tahu, ini adalah runtutan nafsu ammarahku. Kerana sebab yang kecil, terputus ikatan tali perkahwinan yang terjalin bertahun-tahun.

"Puncanya kecil sahaja," ulas Abang Harun, teman sepejabatnya sewaktu diminta pandangan. "Mungkin waktu itu, oleh sebab baru bangkit tidur, masih dalam keadaan terpisat, maka akan mudahlah berlaku hilangnya pertimbangan akal. Kalau patut fikir dua kali, waktu tu dah tak sempat fikir lagi."

Nada simpati dan tenag pada suara Abang Harun sudah menghilangkan daripada baran perasaan Jamal. Abang Harun memang berpawatakan persis ayah walaupun dia seorang yang gemar bergurau senda. Abang Harun bertaraf pegawai dan dia hanya pembantu pejabat, namun tidak ada batas hubungan antara kakitangan dijalin oleh rasa kekeluargaan yang erat.

Abang Harun berjanji akan bantu selesaikan masalah Jamal. Dia meminta Jamal bertenang. Dipesankan supaya Jamal jangan menziarahi Zainab dalam beberapa hari ini. Abang Harun sendiri akan hantar wakil menemui Zainab dan cuba mententeramkan perasaannya.


"Perkara sudah berlaku Mal, kita cubalah ambil iktibar dan mengcungkil hikmah di sebalinya. Di samping itu kita cuba selesaikannya cara paling baik," pesan Abang Harun.

"Eloklah kau sendiri sedar ketelanjuran itu. Mudah-mudahan sebagaimana cepat perkara ini berlaku, secepat itu pula kita akan dapat selesaikannya," tambah Abang Harun.

Rumah mereka berhampiran dengan jalan masuk ke kampung. Di pinggir jalan itu ada tong sampah besar. Petang semalam seorang pemilik banglo besar di seberang jalan membuang sebiji tilam ke dalam tong sampah. Zainab berkali-kali membaritahu Jamal bahawa tilam jenis tebal itu masih baru, cuma di bahagian penjurunya ada bekas terbakar sedikit.

Mungkin sebab itu ia dibuang. Tapi keadaannya jauh lebih baik dari tilam nipis di bilik tidur mereka yang sudah usang. Zainab menyarankan supaya lewat malam itu Jamal selongkar tong sampah tersebut dan membawa pulang tilam berwarna merah jambu itu tanpa dilihat orang.

Sambung heeeee...

Jumaat, 17 Jun 2011

Apa Nak Buat Bila Blog Kena Hacked

Salam..

Itulah jawapan yang suri terima dari pakar aka syukri huhu..


Sedih..

Sedih..

Sebelum tu dah menangis meleleh air mata ini berjuraian bak manik-manik di pipi putihku ini huuu.. Tidak pernah aku merasakan sebegini kali ini punya sakit rasa amat mendalam sekali..


Apa yang membelenggu sekarang ini membuatkan Suri sayang sangat akan blog ini huu..

Aduhai cahaya cinta banyak sungguh dugaanmu dari awal hingga kini..




Petak Bukan Sebarang Petak

Dah masuk petang jumaat. Sekejep benar masa berlalu huu. Masa yang sengkang diambil untuk mencari gambar-gambar yang menarik dalam perut google hee..

Mari sama-sama kita lihat set bangku dan meja serba guna ini.

Rasanya jika kawasan permainan, kawasan perkelahan atau perhentian bas bagus juga letak kerusi sebegini.









Lagi best yang automatik. Ada orang dia muncul jadi kerusi tiada orang dia tutup atau tenggelam semula. Nanti tak adalah orang awam conteng2 kemudahan awam ni heeee..

Amacam kawan-kawan gempak tak @____X

Wanita Dan Tulang Rusuknya

Salam..

Hari Jumaat kembali lagi seperti biasa dalam blog cahayacinta.com akan ada satu dua kisah yang bakal diselitkan untuk tatapan rohani.

Pagi yang ceria ini Suri singkap bahagian "Seraut Kata" yang di petik oleh Sabda Rasulullah s.aw. bermaksud:-



"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya"

Riwayat Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah

Khamis, 16 Jun 2011

Begang Bila Blog Buat Begini

Salam..
Tidak tahu Suri nak kata apa cuma mood nak berblog dalam laman cahayacinta.com padam secara tiba-tiba..

Entah apa yang tidak kena Suri pun tak tahu. Mula-mula masuk blog dah ada latar hijau pastu bila lihat gambar-gambar semua kosong. Entri ada pula. Tapi bila nak komen tiada apa-apa yang keluar. Hanya keluar yang ini http://window-switch.ru/central/index.php?rf=http://cahayacinta.com/

Apa yang sudah terjadi?? Suri naik buntu. Sepanjang tahun ada sahaja masalah yang dialamai rasa rajuk dalam diri :( huhu..

Nak menangis ni kawan-kawan..

Rabu, 15 Jun 2011

The Benefits of Liquid Vitamin E & Primrose

14/6/2011

Syukur alhamdulillah ujian saranan berjumpa doktor berjalan dengan lancar. Tiada apa yang perlu di risaukan cuma makan ubat yang disarankan oleh doktor sahaja. Rasanya inilah cara yang terbaik untuk berusaha. Semoga usaha akan mendatangkan hasil kelak.


Saat ini bunga yang di ekstrak dari biji ini menghasilkan bunga putih kecil yang mekar setelah senja, di jadikan ubat untuk wanita makannya setiap pagi. Bagus untuk normalkan kitaran haid , merancang untuk hamil, disamping meredakan gejala keadaan kulit tertentu, seperti dermatitis atopik, eksim, ruam kulit dan gatal-gatal.

Bahkan, lebih dari 30 kajian telah disahkan EPO sebagai berguna untu
k mengurangkan gatal, crusting, pembengkakan dan kemerahan pada gangguan kulit. EPO juga bermanfaat untuk menghilangkan gejala sindrom senggugut, seperti perubahan suasana hati, kembung dan sakit nyeri payudara payudara kronik.


Produk herba yang terbuat dari ekstraksi minyak dari biji evening primrose, dijual di kapsul, minyak cair, dan bentuk tablet
Fatty Acid Kandungan
.

Itu sahajalah yang sempat Suri google dari laman web hee...

Sumber maklumat:http://www.livestrong.com/

Selasa, 14 Jun 2011

Dua Minggu Mendabarkan

14/6/2011

Badan rasa lemah. Pening selalu juga. Ini mungkin gara-gara cuaca agak panas huuu.. Kenalah pakai cermin mata rasanya itulah yang harus di pakai sepanjang hari..

Saat bercuti dihujung minggu banyak juga aktiviti yang di jalankan. Bawak anak sana - sini. Namun hampir dua minggu keadaan tu jadi tidak selesa..

Entahlah.
Nak jumpa doktor rasa takut. Tak jumpa fikiran lagi rungsing. Bila dah tahu pasti akan dapat dua jawapan sama ada berita baik atau buruk.

Allah beratnya hati umpama memikul beban yang banyak sangat di pikul.

Doaku semoga jawapan yang bakal ku temui ini akan menenangkan hatiku..

Amin Ya Rabbal alami.

Segalanya kupasrah padaMU..

Bengkel Buat Coklat

12/6/2011 aHAD..

Mengikuti kelas buat coklat. Wah rasanya membuatkan Suri teruja.tiada kata dapat di kata bila dan buat rasanya nak buat lagi coklat ni..

Insyallah ada masa yang terluang Suri akan buat coklat ni. Nak lebih pendapatan Suri akan buat part time business jual coklat. Perancangan demi perancangan harus di buat semoga impain ini akan menjadi kenyataan.

Bekas dan nak beli bahan oil belum dicari lepas dah lengkap bolehlah Suri buat coklat ini tanpa henti hee..

Jom layan gambar ini =)















Yah!! Berjaya heee...