Rabu, 29 Jun 2011

Doa Untuk Kekuatan Jasmani,Rohani dan Emosi

Hai kawan-kawan jumpa lagi kat sini.

Lalala..aCHomm!! aaaChoM!! Alhamdulillah. Mahu juga tiga hari berturut-turut Suri berkeadaan begini.


Hurm..minggu ini membuatkan jadula kehidupan suri menjadi kelam -kabut, mambut, sambut -menyambut rasa nak tercabut dari pejabat pun ada haha. Ingat semalam nak cabut pokok bunga jam sepuluh tapi sampai rumah dah malam ar.. Apa kisah ini hee.. keadaan anak baru sahaja sembuh dari demam dan selsama kali ini Suri pula yang kurang sihat. Sob..sob..sobar.

Oh tidak..
Sungguhpun ditenggelami dengan lambakan kerja dipejabat namun tegarkan hati untuk berkerja hari ini juga dan update blogspot seperti biasa hee.. Berharap badan Suri akan dapat bertahan sehingga ke petang. Amin.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ ،وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Maksud :Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kegelisahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, kebakhilan, pengecut, bebanan hutang dan kongkongan orang.
( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

KETERANGAN :

Setiap insan yang waras dan sihat akal fikirannya tidak dapat lari daripada masalah dalam mengharungi kehidupan sama ada masalah berkaitan dengan kerjaya, harta, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Namun Rasulullah telah membekalkan kepada kita satu doa yang ringkas tetapi merangkumi kesejahteraan untuk jasmani, ruhani dan emosi. Di sini dinyatakan pendapat ulama tentang beberapa ungkapan yang berkaitan dalam doa tersebut.

Imam al-Taymi berkata : الهم ialah perkara yang membimbangkan menyibukkan hatiseseorang. Kebiasaannya ia adalah perkara yang akan berlaku atau sedang dihadapinya. Sementara الحزن berkaitan dengan perkara yang telah berlalu yang menimpanya. ( Syarah Abi Dawud : Abd Muhsin al-Abbad )

Imam al-Nawawi berkata : العجزialah ketidakmampuan untuk melakukan kebaikan dan dikatakan juga ia bermaksud meninggalkan perkara yang wajib ke atas seseorang dengan menangguh-nangguhkannya. Adapun الكسل pula ialah jiwa yang tiada kecenderungan untuk kebaikan serta kurang kegemaran untuknya pada hal dia mampu melakukannya.( Tuhfat al-Ahwaziy)

Bersama kita amalkan doa yang menjadi amalan Rasulullah saw ini agar ia memberikan kepada kita kekuatan yang luar biasa dalam menempuh ujianNya yang serba mencabar pada masa kini.


crdt:Laman google

17 ulasan:

tengkorakemas berkata...

oh doa dalam mathurat ni, insyaAllah sama2 amalkan,

tak sihat ye?rahmat tu, moga kembali sembuh kak

cahaya berkata...

TE
Demam selsama ni uhuh...ptg ni ada meeting pula sure bosan gila adeh..

harap2 akan smbuh secepatnya..

satu rahmat tu..penghapus dosa2 kecil

MDHAFiZ.NET berkata...

Alangkah bagusnya kalau hari-hari roh ini diberi makanan dengan membaca artikel keagamaan di pagi hari ini.

p/s: cahayacinta.com mcm mana?? sy x boleh akses sbb Malware Detected.

cahaya berkata...

mdhafiz
ha..dah lama dia bgtu mahu gak 3 mggu blog cinta tu d serang demam gak cma tuan dia huuu...

tunggulah 2 hari lagi kedaan camner yah..

p/s:terima kasih sb sudi dtg cni =)

Tanpa Nama berkata...

Hai suri....
Sedey aje suri ni. Ceria lah! :-)

LiFe KaMi berkata...

semoga cepat sembuh ye,
puas juga kami cari blog suri lepas kena malware mcm blog kami,
akhirnya jumpa gak..:)

hafizmd berkata...

as salam suri
moge2 diberi kekuatan dan cepat sembuh yer :p

agaknya bile blog CC akan kembali bersiaran?

Ayieblog berkata...

Doa itu senjata bagi orang Islam.

Semoga cepat sembuh

tehr berkata...

kesulitan itu selalunya memberitahu siapa kita
moga2 kita semua beroleh rahmatNya

Zik berkata...

semoga lekas CC... sob3x.. sorry lama tak datang... lupa nama url blogspot nyer... huhu

cahaya berkata...

sakura
yahs edih ni tapi campur demam haaa..

cahaya berkata...

lifi kami
ya ker huhu...

terima kasih kerna berusaha ke sini..akhirnya jumpa gak hee...

dah byak blog tak singgah...ni jadi bila blog CC ada masalah semua mood hampir mati huhu....

cahaya berkata...

hafizmd
salam bro hafiz..

um...kemungkinan besok.. tak tahulah bro sb tu dala lebih 3 hari pihak google beri jawapannya...

terima kasih atas pertanyaan ttg blog CC..

bukan bro jer menanti..suri dok tunggu heeee @______X

cahaya berkata...

ayie blog

amin.terima kasih atas doa sahabat jua..harap sahabat ayie seria dan sht sllu ye =)

doa tu senjata kita.jangan sesekali putus asa tanpa doa..org putus asa adalah org yg lemah sebelum berperang..

p/s:thnks ayie sb sudi masuk ceruk blogspot suri =)

cahaya berkata...

zik
nama web site cinta mmg jarang org tahu sb sllu guna laman wordpress jer heee...

asal blog CC ada masalah time tu guna pelung guna blogsot ekekee..

nizamghazi berkata...

Ala comel nye dia achum..hehe
Pepe pun dah copy doa tu kt notepad
TQ ;)

cahaya berkata...

nizam.
3 minggu yg penuh dg dugaan...