Rabu, 22 Jun 2011

Doodle Summer Solstice Part I

Harini Suri teringin benar nak selongkar google doodle. Kebetulan image yang di ketengahkan hari ini membuatkan suri tertanya-tanya siapalah yang melukis google doodle ini? Apakah maksud disebalik lukisan tersebut? Ada apa pada tema yang satu ini?

Ingin tahu ayuh beranikan diri anda membaca entri ini sampai habis nghee....


Pelukis siri google doodle summer sols
tice kali ini di lukis sepenuhnya oleh Artis dari Jepun iaitu Takashi Murakami.

Lakaran kartun yang beliau lakarkan ini mempunyai pelbagai serakkan warna - warni yang menarik. Aksi memek muka yang ternganga dari animasi Jepun serta, pecahan bunga entwines yang berserakkan benar-benar membuatkan hati ini tercuit.

Rasanya memang sesuai dengan tagnya hari pertama menyambut musim panas yang amat dinanti-nantikan oleh beberapa penganut yang amat menanti akan kehadirannya.

Ak..ak..ak..Suri tidak mahu menceritakan tentang bab aga
ma, tapi suri ingin mengetengahkan maklumat tentang bagaimanakah berlakunya musim panas ini terjadi.

Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari bulan Jun sehingga bulan September di Hemisfera Utara, dan dari Disember sehingga Mac di Hemisfera Selatan. Bagaimanapun, mengikut adat kebiasaan metereologi, ia ditakrifikan sebagai tiga bulan penuh antara bulan-bulan Jun dan Ogos di Hemisfera Utara, dan antara bulan-bulan Disember dan Februari di Hemisfera Selatan.

Permulaan musim panas tak rasmi adalah sesuatu yang mengikut kelaziman. Di Ireland, ia bermula seawal 1 Mei, tetapi di banyak negara, ia dianggap bermula pada 1 Jun, walaupun terdapat juga negara-negara yang memulakannya selewat 1 Julai . Secara am, perubahan-perubahan musim berlaku lebih awal di kawasan-kawasan pantai dan oleh itu, kawasan-kawasan yang terletak berhampiran dengan lautan akan memulakan musim panas lebih awal daripada kawasan-kawasan pedalaman.

Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang mempunyai hari yang paling panjang (dan paling panas) dalam tahun, dengan waktu siangnya lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza. Ianya berlaku apabila kecondongan paksi Bumi adalah yang paling cenderung ke arah matahari, membuat hari terpanjang di hemisfera utara.

Bagi mereka di Barat, musim dikira bermula pada ekuinoks dan solstis dari segi "astronomi". Walau bagaimanapun, oleh sebab sela musim adalah kurang daripada seperlapan tahun (kecuali berhampiran dengan kumpulan air yang besar), permulaan musim "meterologi" mendahului permulaan musim "astronomi" sebanyak kira-kira tiga minggu.

Perbezaan masa ini membuatkan takrifan "meteorologi" lebih berpusat dan simetri sekitar bahagian tahunan yang lebih panas berbanding dengan takrifan "astronomi". Kini, penggunaan takrifan "meteorologi" semakin popular, tetapi takrifan "astronomi" lebih sering digunakan dan kebanyakan orang menganggapnya sebagai "rasmi". Sebenarnya, ekuinoks and solstis bagi musim "astronomi" dikatakan secara semula jadi menjadi permulaan musim, dan masih wujud dalam kebanyakan takwim.

Di tempat-tempat yang lain, solstis dan ekuinoks menjadi tanda pertengahan, bukan permulaan musim. Umpamanya dalam astronomi Cina, musim panas bermula sekitar 6 Mei, dengan jiéqì (istilah suria) dikenali sebagai lixia (立夏), iaitu "pengasasan musim panas". Contoh penggunaan Barat adalah dalam karya William Shakespeare iaitu Mimpi Malam Panas(A Midsummer Night's Dream), sebuah drama yang berlatar malam terpendek dalam tahun tersebut, iaitu solstis musim panas.

Di bahagian-bahagian Asia Selatan dan Terengganu yang mengalami monsun, musim panas dikatakan berlaku antara Mac hingga Mei atau awal Jun, iaitu waktu terpanas dalam tahun tersebut, yang diakhiri dengan musim hujan.

Dalam kebanyakan negara, kanak-kanak bercuti sekolah ketika ini. Ada yang bermula pada pertengahan Mei, walaupun di England, sekolah kanak-kanak berusia 5-16 tamat pada pertengahan Julai.

Di Hemisfera Selatan, cuti sekolah merangkumi Krismas danTahun Baru . Cuti sekolah musim panas Australia bermula beberapa hari sebelum Krismas dan tamat pada hujung Januari hingga pertengahan Februari, iaitu tarikhnya berlainan bergantung kepada setiap negeri.

Musim panas juga adalah musim kebanyakan tumbuhan menghasilkan akan menghasilkan buah dan dan juga sayur-sayuran.



8 ulasan:

tengkorakemas berkata...

peminat anime mesti tercuit :)

agama apa kak yg tunggu musim panas?

cahaya berkata...

TE
rasanya kristina kut..dema sslu berkumpul kat batu bulat tu..

tehr berkata...

paling berkenan dengan buaian kat batang kelapa tu
memang cantik

cahaya berkata...

Tehr
haa..alah bro klu suri sslu gak buat lagu tu mmg mengasyikan heee..

sb umh suri dekat dg pantai heeeee

ChipCoklat berkata...

Uishh...mula2 tgk gambar google..bila bace entri sampai habis..dah mcm bace buku teks geografi la plak..hahahaha... tp info ni mmg best..

kat malaysia musim panas je memanjang..hehehe

cahaya berkata...

chip
ya saya mmg minat bab2 sejarah ni..

tak salah kita cri mklumat sb ia akan bt kita faham kenpa satu2 perkara tu berlakumesti ada sebab musabab dia..

bila dah tahu rase seronok pula

p/s:terima kasih sb dtg sini ya

nizamghazi berkata...

Suka bila suri dah start tulis mengenai info2 internet.
Mmg x sempat nak buat review pasal ni. Bgus sbb suri dah tlong hurai kan.thanks

cahaya berkata...

nizam
tulis juga nizam..ikutkan ini blog peribadi jer..

blog yang tiada rules hee..

klu blog cahaya tu mmg kena jaga sikit protokol dia sb more maklumat hee..

klu sana tulis pasal personal nnti org bosna plk sb maklumat tak der heeee.

nnti semua entri maklumat akan pindah kat sana plk =)