Isnin, 23 April 2012

Suka Sama Dia

Salam .. Laman menjeguk di sini pula. Petang yang amat suram. Dari pagi sampai sekarang tiada apa yang di buat melainkan update blog dan jalan-jalan ke medan blog kawan. Hari ini kerja di cari tapi dah jumpa kerja theme untuk blogspot ini. tapi masalanya dah muat turun dari blog tu kemudian cari di bahagian dowload tiada pula adui.. apa yang silap ya.. suri suka theme ini http://www.allblogtools.com/blogger-templates/3-columns/flower-girl/

Rabu, 18 April 2012

Masa Yang Di Curi

Salam..
masa yang ada suri curik skit...lari sana ke blog cinta..lari ke sini ke medan blogspot..

lari ke fb sb teman kwn sekolej mencari huhu..



waktu ini sempat membalas komen di blog..tiada aral malam ini atau pgi besok baru suri terjah blog member..

rindu tak berblog ke laman kawan2.. semua gara-gara kerja di pejabat dan satu sebab mak dah ayah ada tu yang fokus pada keluarga dan kerja hee...

Jumaat, 13 April 2012

Mesti Rindu Masakan Emak

Salam...

Sekejap sudah hari jumaat.. Saat ini hati rasa sedih sebab petang ini akan menghantar mak dan ayah ke kampung halaman. Wah mesti rindu masakan emak bila jam 4 pagi dia akan masak di dapur rumah suri hee...

Dah hampir seminggu Suri bawa bekal mangkuk tingkak masakan emak hee.. Hurm..next wee surilah yang kena masak sendiri haa...




Okey kawan. masakan mak atau ayah mmg sedap. Korang suka mak atau ayah korang masak apa? kalau tanyar suri suri suka masak lemak ikan parang heeee

Khamis, 12 April 2012

Masih Ada..

Salam..

Agak sibuk..sakit dan banyak habiskan masa bersama-sama keluarga. Seminggu ini Suri pulang ke kampung halaman justeru itu membawa mak dan ayah datang bertandang di Ipoh. Maka kalian pun haruslah faham bila kedua ibu bapa bertandang di rumah maka kita haruslah melayan mereka sebaiknya.

Begitulah Suri cuba menjauhkan diri dari dunia blog seketika. Masa cuti semalam Suri pun membawa mak ayah ke ruamh mak mertua di Kuala Kangsar maka itulah semalam Suri tidak sempat update blog walau hanya beberapa minit..



Terima kasih teman sebab sudi ke blog2 suri. Amat suri hargai dari hati kecil ini. Ya, sekarang pun sedang berusaha menjejak kalian dengan entri2 yang lama heee..

Dan..mahu seminggu lebih juga betis kedua kaki suri sakit. Gara-gara bersenam pakai tali skeping heee.. Mujur mak ada dia yang urutkan hee dapatlah manja2 sekejap hee.. Ayah pula beri penawar air dengan menggunakan ayat suci Al-Quran. Hari ini syukur Alhamdulillah sudah sihat sepenuhnya.. Jika tidak Suri akan rasa badan sejuk seram selama 3 hari berturut-turut. Kata mak "demam urat"

Ok jumpa di lain cerita lagi daa..

Selasa, 3 April 2012

Rindu Kereta Lama

Salam..

hampir sepuluh tahun juga kami menggunakan kereta proton keluaran pertama Malaysia. Baru hari ini ia di jual pada pembeli dengan harga rm1,800.00..

Pagi tadi sempat snap gambar dalam kereta tapi muka depan kereta hadapan tak sempat nak ambil. Kenangan manis dan pahit banyak di harung bersama proton saga saat tenat saban waktu di usung ke bengkel kereta. Mujur kami tidak berhenti di tepi jalan besar sewaktu mahu pulang ke Melaka, kuala kangsar, ke johor mahupun bercuti kemana-mana ia tidak meragam.

Kata orang kereta proton lama memang bagus kualitinya tahan lasak berbanding kereta sekarang. Tidak tahu mengapa sebab kata orang tengok juga pada pemanduannya hee..

Tunggulah akan muat naik pic nnti hee...

Isnin, 2 April 2012

Cuaca Panas

Salam petang..

Hari ini keadaan kurang baik sangat-sangat. Usai tengahari terik pas masuk pejabat kepala rasa huyung hayang...saat ini rasa pikir masa makan bihun tadi mungkin makannya sedikit di tambah pula bila keluar tadi cuaca memang agak terasa bahangnya..

Agak lama menyelesaikan urusan luar maka suri pun ambil keputusan selepas rehat makan tengahari nanti barulah makan ubat dan tidur sebentar.



Setelah bangun....
Jam tiga petang barulah badan rasa sedikit bertenagan. Mujur semalam sempat taip draf untuk blog jadinya majukan sahaja di blog cinta. Tapi hari ini memang tak semua blog suri mampu berjalan-jalan..need to rest lagi.

selamat berblogging semua moga ceria dan sht sllu.