Sabtu, 28 Jun 2014

oh gigi gerham...gigi bongsu wajib cabut

as salam...

Oh gigi gerham...gigi bongsu wajib cabut...puas jugalah aku cari pada hal tiada apa nak cari sebab ini pengalaman pertama aku lalui..


oh gigi gerham...gigi bongsu wajib cabut..serius kena cabut kalau ko kata tak cabut tap aku tak kisah tapi kesan kebarangkalian gigi bongsu korang akan menjadi seperti gambar bawah ini. atau terus terbaring..


Gambar atas yang aku google tapi ikut apa aku baca gigi bongsu wajib buang sebab dia tak mendatangkan apa-apa manfaat pun sebab duduk dekat bahagian belakang.



Sebab?
 Allah ciptakan gigi yang lambat tumbuh mungkin Allah nak duga atau nak hapuskan dosa-dosa kecil kita dekat dunilalah heee...


Tapi semala aku benar kecewa...dan tahap dewa  plus tertekan menusuk  jiwa sebab aku tak dapat cabut gigi lagi ceeeeh..

Doc kata gusi aku still bengkak lagi kau nak cakap apa adoi...

Balik aku bekalkan ubat untuk 3 hari bagi redakan bengkak..nanti selasa depan aku kena pi cabut.. oh gigi gerham...gigi bongsu wajib cabut mengikut kata kawan-kawan aku yang ada pengalaman dan bacaan dari mat google ar hee..

Khamis, 26 Jun 2014

sold out! Mesin jahit tepi biasa dan mesin jahit tepi halus

As salam semua...

Mana nak cari  mesin jahit tepi biasa dan mesin jahit tepi halus yang paling murah tahap gaban..?
Semalam aku tak hadap belog..eh yer ker eh mesti sebab aku hadap kerja lain ekekeke..Aku masih leka servey mesin jahit tepi a.k.a boleh jahit tudung, mesin jahit boleh jahit langsir dan boleh jahit tepi jeans atau jenis biasa itu hiii.

Aku servey mesin jahit tepi biasa dan mesin jahit tepi halus sebelum ini tapi puas cari mana entri itu terjelupok heee..btw harga dia rm900 jugalah heee..tak silap aku dia pakai tiga benang. Tapi seribu kali sayang mesin jahit tepi biasa itu dan mesin jahit tepi tudung itu telah sold out!


Cuba bayangkan mesin jahit besar nd tinggi dari tuannya heeee...

Tak apalah aku masih ada lagi budget bawah seribu.

Aku servey mesin jahit tepi biasa dan mesin jahit tepi halus baharu tapi guna empat benang dah... bagusnya dia punya ciri lebih banyak kerja boleh bikin loh.. power pula berganda-ganda heeee.

Oklah..nanti aku up entri lagi eh..gigi aku still sakit whooo...

Isnin, 23 Jun 2014

Mari belajar menjahit a.k.a Teknik Melukis Pola Mudah

As salam..

Mari belajar menjahit a.k.a Teknik melukis pola dengan mudah satu kerja amat aku gemari tapi kalau buat ia satu kerja yang mudahkan. Nak dapat upah jahit lagilah berdouble kali mudah. hii.

Isnin merupakan hari yang lemau untuk aku berkerja seperti biasa heee..sebab aku berpuasalah alahai..badan pun lemah gemalai bila nak solat cepat-cepat aku mandi dan terusnya badan menjadi segar. Itupun mandi setakat basahkan badan mana boleh orang puasa mandi berlama-lama yer tak?

Tiga hari aku ke kl. Mencuci mata melihat design abaya sekitar pusat membeli-belah. Rasanya idea untuk deco sudah ada dalam fikiran cuma sekarang ini tinggal nak luahkan sahaja..biasalah bila kerja -kerja mari belajar menjahit a.k.a teknik melukis pola dengan mudah itu secara automatik aku off selama beberapa hari. 

Biasanya kalau aku outstation aku akan abaikan melukis pola baju kurung, abaya or sepasang baju melayu lelaki terkini sebab kalau kata cuti aku lupakan semua kerja dan fokus pada hari itu dengan sebaik yang boleh.


Sepanjang aku berjalan-jalan di kota raya antara perkara yang selalu menjadi perincian di mataku dalam pemilihan busana dalam setiap jubah,baju kurung moden mahupun baju kurung tradisional hampir semuanya mengetengahkan manik, lace ataupun boder berbunga/kerawangkan.


Alamak! aku rasa terlalu jemu dengan penggunaan deco lace bagai itu sebab sah-salahlah aku ini seorang yang jenis cepat boring a.k.a bosan. kenalah pula kalau boder lace, kerawang, manik itu lebih kurang sama dengan apa yang terhiasa/terletak di jubah or baju kurung anak aku aha..sungguh tak ada cita rasa langsung ngheee...

Tips saya jika anda inginkan perbezaan pada pakaian anda nanti cuba menojolkan kelainan lain dari lain. Maksud saya design. Itulah akan membuatkan anda lebih berbeza pakaian pada hari raya nanti.

  1. Baju kurung tradisional bersama kain susun tepi, 
  2. Baju kurung moden bersama kain kipas belakang, 
  3. Baju kurung riau/pahang bersama kain lipat batik 
  4. Baju melayu bersama seluar  

aH..
jangan lupa DIY jubah sendiri pun boleh dengan mempelajari teknik melukis pola jubah A Cut, Jubah Princess Cut, Empire Cut Jubah Pelum Cut

Itu gunaya kita mempelajari teknik membuat baju kurung moden, cara membuat jubah princess cut or baju melayu di sinilah kita harus bijak bermain dengan lukisan pola design yang pelik tapi menarik. Bukan setakat deco manik or lace jer yer heee..

Mari belajar menjahit a.k.a teknik melukis pola dengan mudah. Kalau korang sependapat dengan aku baguslah heee..patut belajar menjahit dan anda adalah penjahit itu sendiri. bak kata orang citarasa anda tak ada orang yang sama dengan anda. Biar pelik tapi puas hati jimat berkali-kali heee..

Oklah geng ada masa kita bersua lagi ya. Ingat tambah ilmu tak rugi sebab masa akan datang kalau sesak benda inilah yang akan mampu tolong kita nanti.

Khamis, 19 Jun 2014

Hati Mesti Kental Kalau Mahu Menjahit Baju

Salam..

Hati mesti kental kalau mahu menjahit baju uh...seindah biasa apa kita harapkan tak semudah apa yang kita garapkan dalam hati. Ini baru bikin hati sendiri belum lagi kita nak mampu membahagiakan hati orang lainkan.

Begitulah manusia jangkauan yang terlalu tinggi terlalu bahaya takut bila tercapai kita akan lupa diri, lupa Tuhan ibarat kacang melupakan kulit. Itu antara bidalan yang amat mudah di tafsirkan..


Begitu jugalah sekiranya jika kita tidak terlalu berharap sampai bilahkah agaknya kita tiada harapan untuk berjaya nampak gaya ketuk paku pada dasar dan lekat di situ sahaja. Tidak berganjak tidak pula di benamkan paku itu ke arah yang lain.

Kehidupan bukan sahaja memerlukan penggorbanan atau harapan tapi untuk di nikmati dan hirup sedaya yang mampu. Bukan pada setakat ala kadar.

Hati mesti kental kalau mahu menjahit baju..kemampuan itu jugalah saya rela berkhidmat menjadi Suri rumah dan bersedia menjahit sebagai salah satu sumber pendapat keluarga saya. Tidak mudah untuk saya melawan api kemalasan hamburan kata-kata mereka. Bagi saya demi anak dan suami asal tahu apa niat saya mereka akan sokong sepenuhnya kehendak saya dari belakang. Pun begitu masih tetap orang katakan Suri rumah seperti saya ini tidak mendatangkan manfaat langsung. Saya akan pandang sepi kalau geram itu tahulah saya nak gorengkan A.K.A nak menjawabnya macam mana. Setakat ini sahaja saya cuma kata pada mereka saya ada perniagaan online muslimah melalui blog.


Orang agak terkejut..
Tapi saya senyum terkadang naik letih jugalah mahu menjawab jawapan yang sama. Biarlah mereka pandang dengan sinis. Saya tahu saya tak mampu nak berjawatan tinggi macam mereka tapi sedikit sebanyak saya bangga juga bila mereka kata dan nampak pakaian saya macam kerjaya di opis jer. Padahal saya duduk rumah sahaja. Hebat tak saya. Maaf hebat bukan kerana berlagak maksud saya pakaian yang saya buat sendiri masa majlis makan malam jubah itu buat orang renung dua tiga kali.


jubah yang saya paling suka sebab manik bunga-bungaan di kelilingnya

Saat itulah saya bangkit buat jubah sendiri, jahit baju kurung kanak-kanak untuk kegunaan sendiri ataupun keluarga. Saya rela pekak telinga walaupun pada mula agak sukar untuk mulakan langkah berkerja cari rezeki depan blog, menjahit tudung dan sebagainya tapi kerana yakin usaha itu ada dan nampak hasil syukur saya mampu tersenyum.

Maka sebab itulah saya suka mengajak kaum hawa tak kira anda berkerjaya hebat, suri rumah jaga anak orang, nak buat part time job atau juga menguruskan anak sendiri anda rasa anda tak mampu? Anda mampu sebenarnya seperti saya mungkilah cuma anda rasa malas sahaja itu yang menyebabkan anda terlalu banyak alasan..
..dekat rumah tak ada mesin jahitlah..
..tak ada asas langsung nak belajar
..tunggu masuk kelas jumpa guru baru bolehlah
..tak ada masa untuk belajar, hadap rumah, anak..suami..

Hati mesti kental kalau mahu menjahit baju tak salah jadikan jahitan pakaian lelaki seperti menjahit baju melayu dan seluar ataupun menjahit baju pakaian perempuan permulaan seperti baju kurung moden, jubah princess cut atau baju pesak betawi sebagai salah satu cabang untuk berjaya walau kita tak ada ilmu. Asal kemahuan itu ada pasti jalan kita akan di permudahkan.

Kita wajib tuntut ilmu. Maka inilah pengerasnya yang bakal menjadi sebahagian dari rezeki anda jika anda seorang yang benar-benar rajin berusaha dan tak kenal erti putus asa. 

Saya yakin hari yang kemudiaanya jika ada tempahan barulah anda sedar yang sumber jahitan ini sebenarnya boleh menghasilkan wang. Yeap. Sungguhpun wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tapi itu yang harus kita teruskan kehidupan untuk membesarkan anak, membeli barang untuk keinginan sendiri ataupun memberi pada kedua ibu atau bapa atau paling tidak pun membantu suami or untuk simpanan sendiri.

Ruang yang ada terbuka luas cuma kita sahaja harus bijak memilihnya. Saya telah mencuba membuat jubah kembang seperti atas anda janganlah buang masa lagi!







Rabu, 18 Jun 2014

lapar sahaja

Hai..

Hari ini perut aku laparlah. Asal petang ini rasa perut dalam ini kosong sahaja pada hakikatnya aku dah makan tengahari bersama anak sekitar jam satu tengahari tadi.


Isyh tak patut..
Apa kata cuba resepi cakoi hee atau buat kek minyak alah yang semalam punya entri ini heee..asyik hadap itu jer bosan gak..

Selasa, 17 Jun 2014

Resepi Kek Minyak.

Hai...

ambil di laman ini 

By: Resepi Keluarga Ahmad ,

Resepi Kek Minyak.
Bahan-Bahan:
5 biji telur
1 sb ovalette
1/2 cawan gula kastor/halus
1 cawan susu pekat
1 st esen vanilla
2 cawan tepung gandum*
1 st baking powder*
3 jenis pewarna cth: Biru, oren, purple
Tanda * diayak bersama




Cara-cara
1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 170C
2. Gris Loyang bersaiz 9x9 inch dengan mentega dan alas dengan kertas minyak
3. Pukul tekur, ovalette dan gula hingga kembang dan gebu. Dengan kelajuan tinggi.
4. Masukan susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
5. Masukan minyak dan pukul hingga sebati.
6. Masukan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit. Pukul perlahan hingga adunan sebati.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Colorkan dengan warna biru, oren dan purple.
8. Masukan adunan warna biru sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah Loyang diikuti color oren dan purple.
9. Bakar dalam oven selama 45 minit - 1 jam pada suhu 170C.
10.Lepas kek masak, terbalikan kek ke atas rak kek untuk memastikan kek tak kempis.

Sahaja aku tepek resepi sini kalau aku free aku nak bikin heeee..terima kasih pd sudi berkongsi moga kalian murah rezeki selalu ;)


kek gulung ini cma best jer ini http://www.sitidelima.net/2011/04/kek-gulung-kasih.html

jom buat!

Isnin, 16 Jun 2014

Aku pola dan kain lipat belakang jadi suri rumah

Salam..




Aku masih di sini bersama hamparan pola baju kurung moden dan jubah pelum...

Aku..
Cuma memerlukan dan menggorbankan 3 minggu cuti sekolah demi mereka.

Menjadi suri rumah tangga sepenuh masa,  menjahit, quilling nd menguruskan blog untuk detik begitu lama.tak pernah aku off blog sebelum ini. kira ini adalah dalam sejarah aku tak layan up entri berbloglah


Aku pola dan kain lipat belakang jadi suri rumah
Bukan tak ada masa langsung pada mereka sebab itu kehendak aku sendiri. perkara ini sudah aku rangka sebelum cuti sekolah bermula. 100% tak akan update blog. 




 Aku pola dan kain lipat belakang jadi suri rumah
Sesekali kita buat begitu tak salahkan dan tak rugi pun. begitu juga kalau kita nak sesuatu ilmu perlu korbankan masa untuk mempelajari sampailah kita mahir rasa puas memiliki dan berjaya menyiapkannya. itu yang dapat aku rasa.

 Aku pola dan kain lipat belakang jadi suri rumah..
Aku selamat potong kain untuk buat baju hari raya yang tersayang...best pula lepas ini bila selesai jahit tepi hee ..makin rancaklah aku  jahit baju kurung moden kain lipat belakang dan jubah kanak-kanak tanpa henti ni sebelum ramadan menjelang nanti heee...

sekarang ini jubahyang dah siap memeh cantik tapi harga wajib poket tebal baik buat sendiri.baju kurung anak dan suami lagu tu juga diy sendiri jer ;)

Ahad, 8 Jun 2014

Sabar dan sabar

Salam..
Wah sis aku dah balik hari sabtu sah aku tak dapat nak ikut. Anak pula demam kalau tak aku dah sampai melaka mari..

Anak aku demam semalam lepas sis aku ke kedah hantar anak dia belajar dekat perlis aku cepat-cepat kemas rumah, basuh baju bagai. Selesai semua kerja aku hantar anak ke klinik..

Urm..
Urusan cabut gigi or tampal gigi aku dapat date pada hari ahad. Aduh sabarlah hati..

Khamis, 5 Jun 2014

diy jubah sendiri vs tampal gigi berlubang bagi simen kekal

Salam..
Gigi sakit..tampal gigi simen kekal.. gerun nak jumpa doc untuk tampal gigi uh... itulah yang bermain di fikiranku bila hari makin hampir tiba...

up lagi cerita hari ini. Semakin hari mood ada untuk berblog. Tapi untuk fokus itu tidaklah sangat-sangat. Diy jubah sendiri sedang rancak aku bikin hee nak jimat katakan.


Hari ini aku lapar sangat pasal apa eh. Padahal malam tadi aku bantai nasi goreng 2x aha...lepas tu pagi ini aku belasah mee tiaw sarapan pagi.still perut macam rasa kosong.senak pun ada juga.

Macam mana nak jahit jubah sendiri kala perut kosong padahal lepas ni set nak makan sambal sadin yang dah aku siap masaK sebelum hadap belog ini lagi hee.. :)




Sesekali membebel merapu best  berganda - ganda best sambil pasang radio tanganku berjalan memotong menjahit kain jubah beralaun itu heee..boleh tiru design terbaru yer tak hee.. jimat bertingkat-tingkat lagi :)

Note: Besok aku nak pi cabut gigi eh tak nak tampal gigi. kata orang tampal gigi kasi simen kekal idak le tampal hari ni 3 tahun akan datang simen tu tertanggal hee..

Doakan untuk esok yer..

Selasa, 3 Jun 2014

gembiran vs Sunyi Tidak Terkira

Salam..
Cuti sekolah mak ayah serta kakak.anak sedara abang ipar datang ke rumahku.Indah walaupun cuma tiga hari sahaja terasa bahagian dan kemerian terisi di dalam rumahku.

Kata orang bila tetamu laur nertandang ke rumah kita rezeki akan datang menyinggah tanpa mengira masakan..

Bermula hari 30/5/2014 jumaat..
Keluarga dari Melaka tiba. Hari nanti penuh ceria. Aku sempat juga menyediakan nasi ayam untuk mereka.

31/5/2014 sabtu
7.00 pagi itu kami pekena menu roti canai kampung..
Lepas itu barulah aku gerak ke rumah mak mertua kuala kangsar ada majlis bercukur itu habis jam tiga petang. Memang seronok sikit sebab mak dan ayah ada tak aku rasa sunyi dan terlalu merasa bosan.

kakak dan suami ke laketown ada kursus ikan katanya...

1/6/2014 ahad 
8.00 pagi berikutnya kami bergegas ke cameron highlands gitu heee.seronok.Rasanya ini kali kedua aku pergi. Sebelum ini aku pergi masa anak usia dua tahun itu kalau tak silaplah heee...

Pergi bersama mak ayah kakak rasa seronok sebab ramaikan rasa meriahlah gitu. Sempatlah juga memborong berry dan sayur selonggog rm10.00 gitu heee...

Tapi hiba bala ayah tak dapat jalan jauh. Ayah cuma duduk di batu dan mak menunggu ayah di sisi. Kerana sakit jantung mula perit di dada. Tapi syukur perjalanan semua menggembirakan heee..Last kami singgah ke ladnag teh.



2/6/2014 isnin
Mak ayah dan kakak bersiap untuk pulang semua ke Melaka. Sedialah bangat sebab tak lama mereka duduk di rumah aku. Waktu yang paling lama bila kami keluar itulah masa yang dapat kami mengusik, berkata-kata. Sampai di rumah masing-maisng letih asyik jalan sana sini al maklumlah cuti sekolah katakan...

Pagi jugalah si dia memulakan tugas berkerja seperti biasa ;)

Nota hati. mak tinggalkan kain batik dan baju kedah di rumah aku.sebagai pengubat rindu.ayah pula meninggalkan kain pelekat dalam bilik solat.sedih..sayang nak basuh kain pelekat ayah..

Isnin, 2 Jun 2014

Cara Membuat Jubah Kaften

Salam..

Wah lama tak update ini belog. Bagaimana dengan percubaan aku membuat baju kaften a.k.a baju kelawar. Heee..entri masih tertangguh sebab keluarga baru sahaja pulang ke Melaka kembali.

berdasarkan entri ini  telah done di lakukan dengan jayanya tapi masalah sekarang aku tak dapat nak up entri dalam masa terdekat sebab hp cas dalam bilik jahitan hii...

cara membuat baju kaften baju kelawar memang mudah dan simple. Okelah kalau nak tahu akan cerita benda ini secara rawak sahaja. Baju kelawar kalau nak buat beter untuk anak-anak usia 5 tahun ke bawah sesuai guna kain bidang 60 sebab korang tak perlu nak tambah kain untuk bahagian kiri dan kanak untuk membuat tangan. Untuk kain 6o bidang juga boleh bikin sepasang baju.



Erm..maksudnya cukuplah korang dapat baju dan kainnya sekali heee. Lepas itu kalau korang rasa nak lebih cute bolehlah letak apa-apa hiasan dekat baju kaften itu. Pendek kata ikut kreatif korang sendiri.

Kalau korang rasa korang boleh buat jubah ini daku rasa baju kaften baju kelawar korang serius boleh buat punya hii....

Okleah..apa persoalan korang boleh tinggalkan komen di bawah yer.