Rabu, 30 April 2014

bias binding foot/tapak selimut baby/Bias Binder Foot baru sambungan tapak Presser Foot Adaptor

Salam

Perutku lapar heee...jom minum ephyra heee... Ewah hari mengadap mesin jahit barang yang di pesan sudah sampai cma ada satu tapak je yang aku gila bagai sebab tak tahu guna aduh. Ni masalah kalau pi beli on line.
tapi owner kata boleh jer guna untuk mesin jahit singer aku tu a.k.a miss white..

harapanku ia boleh di lakukan kalau tak sesal dik non mahal tapak mesin jahit tu bukan rm5.00 uh..

UPDATE..

Google dan up masalah pada bro tu kata pulak kene beli yang ini a.k.a penyambung pulak dah.. nama dia



 Presser Foot Adaptor ini

Berapa harga Presser Foot Adaptor dia? aku tak tahu dok servey jugalah ni uh...

Misi mencari laGi adUH...

Selasa, 29 April 2014

Oh Lolita !

Salam

Dalam dua ke tiga hari ini aku rancak mencari perkataan lolita. Baik dari lolita dress up, sehingglah ke diy skirt lolita yang sungguh oh sem!



Gara-gara aku sudah dapat beli tapak kedutlah punya pasal ar..


Ya lolita aku cukup suka baju lolita. Tapi bab dema dengan amalan kristian bagai itu biarlah mereka dengan urusan mereka ya. Itu hak mereka. Depa tak tutup aurat korang janganlah ikut kalau ikut baju mereka lengan panjang yang bertutup, jenis corak bunga bagai taklah yer.


Kata orang pandai2lah bawa diri jangan dok terjebak bukan2 uh..

Oh LOLITA..

  • Dia punya renda buat aku gila-gila suka. 


  • Setiap perincian dan potongan menarik kain yang di gunakan tentulah lolita dari kain kapas, renda dan lace


  • Tak salah aku minat lolita sebab aku sedang berkira untuk buat skirt or baju sendiri dalam masa yang terdekat ini.

  • Setiap rekaan diy lolita mempunyai kelainan yang berbeza

  • Warna baju lolita selunya di mainkan dengan warna lembut
 

  • Gambar selalu kaitkan dengan bunga, cup cake yang sungguh sweet
Credit from here


Rabu, 23 April 2014

adam dan fiza ellite tentang rumah tangga : MH370 Hilang

Salam...
Adam dan Fiza ellite tentang rumah tangga : MH370 Hilang itulah dua perkara yang ingin di kongsikan.

Apa nak kata ya ah...sedihlah baca berita dari beberapa blog cerita pasal adam dan fiza ellite tentang rumah tangga mereka. Dugaan bila popular dan di kenali semua orang akan ambil tahu katanya sebab dia sayangkan artis itu.




Pasal MH370 Misteri kehilangan masih belum di ketahui sehingga entri ini di tulis.


Marilah bersama-sama kita berdoa adam dan fiza ellite tentang rumah tangga : MH370 Hilang semoga mereka ini sabar dalam ujian Allah dan ingatlah qadak dan qadar itu semua ketentuan dariNYA.

Selasa, 22 April 2014

Swiss Roll Zirafah

Salam 

Swiss Roll Zirafah aku tak pernah membuatnya. Kiranya aku beli bahan ini kut item sahaja. Sekarang baki untuk menyiapakn  kek swiss roll zirafah ini hanya tinggal 20% sahaja lagi..

Resepi Swiss Roll Zirafah aku banyak cedok sana sini. Ikut mana yang mudah aku faham lastnya resepi aku tulis kurang detail ahaks..pendek kata aku kurnaf faham.

,,,akhirnya aku ikut resepi ini  terima kasih admin masam manis kalau tak kerana panduan dari admin sahlah jangan-jangan aku dah give up uh...

SWISS ROLL ZIRAFAH
Sumber : Everybody Eats Well in Flanders
Di alih bahasa oleh : Citarasawan

Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc
Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak
Sapukan atau griskan loyang dengan butter
Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di dalam loyang
Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak apabila kertas minyak di tanggalkan
Setelah siap ketepikan

Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek
Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.

Peringkat pertama

Adunan Coklat

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla



  1. Satukan gula dan telur
  2. Pukul sehingga adunan berkrim
  3. Tambahkan esen vanilla
  4. Air dan 
  5. Minyak
  6. Pukul adunan hingga sebati
  7. Tambahkan tepung
  8. Kaup balik adunan hingga rata
  9. Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

  1. Pukul putih telur hingga berbuih
  2. Kemudian tambahkan cream of tartar dan
  3. Gula kaster
  4. Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
  5. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
  6. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
  7. Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
  8. Tambahkan juga coklat emulco
  9. Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan
Selesailah proses pringkat pertama.
Sekarang kita  beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah

Peringkat ke dua

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi


  1. Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak)
  2. Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
  3. Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
  4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag
Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Ita letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah.

  1. Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi
  2. Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
  3. Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi
  4. Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang
  5. Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek kita di masak dengan sempurna.
  6. Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.
Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.

Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka

Macam mana jadi tak heee...Aku punya tunggu sejuk baru kasi gulung2 cinta. Kalau korang rasa kurang faham boleh ke blog masam manis yang ya. Sah bab backing ini kureng dalam atas sebab keinginan tu ada tak pemalas ah...tidak aku usahakanlah juga. demi anak dan suami gitu.

Btw sapa yang tak cemburukan bila datang jer umh abang  suami pangkat kakak dia tu adeh ..anak aku asyik makan kek, cup kek dia jer.itulah aku usahakan sesuatu. Kata orang kalau tak mencuba yang pertama bila lagi kita nak mulakan langkah ke dua dan seterusnya ya tak ;)

Swiss Roll Zirafah tak salah kalau kita mencubakan. Tak faham tanya guru yang pakar atau minta salin resepi ini dari blog mereka aku yakin mereka tak lokek ilmu. heee ;)

Sabtu, 19 April 2014

kertas minyak a.k.a backing paper

Salam..

oh tak hari aku mencari barang untuk membaking swiss roll tapi sayang ada sebahagian barang aku tak dapat temui. Bahan utama kertas minyak a.k.a backing paper. Bukan kertas minyak yang warna cokelat itu yer hu... kalau yang itu boleh guna dah lama aku remabat dekat tesco tadi.

Lepas sarapan pagi kami ke pekan untuk wah seng tapi sayang tutup sebab dia ambil cuti hari lahir sultan perok. jadi terus teman si dia ke kedaigunting rambut pastu baru ke tesco.dalam hati bertawakal harap barang yang nak di cari ada.


gambar dari sumber google.

Rupanya ada tapi semua saiz produk kecil tapi mahal ko ciss...tapi beli jugalah sebab nak belajar dan teringin nak buat swiss roll yang di katakan cantik bagai zirafah tu.

Item tak jumpa/tak beli tadi kertas minyak dan berus. Wah punya berbokar nak buat tapi sabau jelah.

Harap besok semua akan jalan lancar. Lepas masak lemak makan tengahari boleh pi. Amin

jom ke link ini mcm best je heee ini

Jumaat, 18 April 2014

mood ke laut menjadi ketara

Salam..

Wah apa sudah jadi mood ke laut menjadi ketara. Apa nak di lakukan cuma boleh katakan aku mengantuk tahan gaban heee..

Sebenarnya bukan apa aku dah nak seminggu idok keluar rumah itu bosan semacam.Ingatkan petang ini aku ke pekan beli bahan nak buat kek swiss roll tengok google macam sedap jer.


Rumah sudah ada oven dan kelengkapan membaking tapi sloweh je gamaknya. Sebab yang tukang makan suka makan tapi depa kurnag bagi semangat.anak rajin juga makan heee..

Tadi tunggu anak bali aku abut rumput sedih bila rumput tu dah botak dari kerikel yang bersegi.kalau tak buaang nanti nampak smeak pula garag rumah aku uh.

Selamat hari jumaat.

Khamis, 17 April 2014

Jomlah buat baju kurung untuk sendiri, baju kurung bayi, baju kurung kanak-kanak dengan mudah

Salam..

Hai apa khbar. Sepikan rasa beli jadi suri rumah bila anak ke sekolah dan suami mencari rezeki heee..tapi syukur kehidupan yang di lalui sekarang membahagiankan dan bersyukur dengan apa yang ada. Jomlah belajar membuat sepasang baju melayu dan seluar, baju kurung untuk sendiri, baju kurung bayi, baju kurung kanak-kanak dengan mudah

Hujung minggu yang lepas aku telah selesai membuat quilling dan selepas itu sempat memotong empat pasang kain untuk di jadikan baju kurung pada hari raya tahun ini. Tahun lepas agak terkejar-kejar membuat empat helai jubah kembang payung sendiri. Lepas itu serentak buat baju kurung anak 5 pasang!


Semua perkara yang dilakukan pada masa itu adalah hari umat islam sedang berpuasa. Serius amat meletihkan walaupun terasa masa begitu pantas berjalan tapi masa untuk siang beramal terpaksa di kurangkan. Sungguh tak bestkan. Jomlah buat sepasang baju melayu dan seluar, baju kurung untuk sendiri, baju kurung bayi, baju kurung kanak-kanak dengan mudah


Panduan Jomlah buat sepasang baju melayu dan seluar, buat baju kurung untuk sendiri, baju kurung bayi, baju kurung kanak-kanak dengan mudah serius terbaik kerana teknik untuk membuat sepasang baju kurung dewasa, memotong baju kurung baby, memotong kain sehinggalah kemasan terakhir akan ajarkan pada anda sehingga anda berjaya menyiapkannya sendiri. Hebatkan!


Ingat ini semua dalam bentuk modul bergambar langkah demi langkah. Yang paling best kalau tidak faham kita boleh pm owner yang mengeluarkan ebook ini. Serius bila korang dapat korang ia dalam bentuk pdf  semua ilmu tersebut korang dah boleh print dan belek-belek sorang-sroang. jadikan buka untuk di baca berjuta kali pun tak mengapa asal anda buat latihan ini tanpa kenal erti jemu.





Rabu, 16 April 2014

cinta jangan kau pergi

Salam..

cinta jangan kau pergi kau pergi hati ini akan kontang...

cinta jangan jauh kelak aku akan tersasar jauh..



cinta usah biar aku tersisij merintih aku tanpamu..

cinta pada wujud dan itulah cinta sedalam-dalamnya


Selasa, 15 April 2014

Quilling Aku Akan Tersebar Di Maya

Salam..

Quilling Aku Akan Tersebar Di Maya. Hari ini aku akan publishkan quilling di salah satu blog. aku harap sangat akan ada sale.tapi kalau tak ada pasrahlah jawabnya.

credit here

Quilling Aku Akan Tersebar Di Maya. Tapi aku benar yakin kalau orang boleh buat dan jana duit dari sumber kad quilling jadi agak mustahil aku tak boleh lakukan perkara yang sama seperti mereka.

Quilling Aku Akan Tersebar Di Maya. Moga segala urusan berjalan dengan baik. Amin

Sabtu, 12 April 2014

mesin jahit tepi halus dan biasa

Salam..

Amcam cantik tak produk mesin jahit tepi halus dan biasa ini ?


Sedang giat menggumpulkan duit untuk membeli mesin jahit tepi halus dan biasa itu. Dua dalam satu ye hee susah nak dapat ni selalu dia jual satu mesin untuk satu kegunaan sahaja.

Lepas ini kalau dapat membeli serius syok berganda-ganda tidak perlulah hamba pergi naik motor pi pekan semata-mata nak jahit biasa dan jahit klim tudung kansss..

Mesin jahit tepi halus dan biasa mesti capai sebelum masuk bulan 5!

Khamis, 10 April 2014

Projek DIY Mom & Baby

Salam..

Cuaca makin panas kalau hujan pun hanya seketika..


Usah di harap masa akan berubah kalau kita sendiri tak pernah nak berubah ke arah itu. Saya sedang sibuk melakukan diy harap ia akan menjadi satu kenyataan.

Doakan ya

Khamis, 3 April 2014

Duitku Di Telan ?

Salam..
hari ini ada kes untuk ke mbb rasa tak puas hati sebab rm banyak di tolak. Pasal apa baru hari ini aku perasa ...sakit jiwa. lepas tahu akan jadi lebih reda.kalau do tolak tak bersebab memamg tak patut.tapi kemana perginya rm itu?



sebab bulan satu dan bulan tiga di tolak isyh...penat jer aku berblog dapat duit bukan mudah semua peragah otak, masa dan idea untuk jana ayat. Isyh.isyh..isyh....