Jumaat, 29 Januari 2016

Resepi Makanan Bayi Dan Hari Kedua Cara Gemukkan Bayi

Salam..

Resepi Makanan Bayi Dan Hari Kedua Cara Gemukkan Bayi .Alhamdulillah hari jumaat sungguh barakah..Moga segala beri kekuatan untuk menjalankan tanggungjwab kepada Pencipta, suami, anak dan kedua ibu pada sekaliling umah muka bumi ini..Amin.

Pagi siap ke dapur buat apa itu?

Sarapan pagi- Kurma dua biji masih kisar lagi dengan campur sedikit air masak. Bagi bayi makan untuk sarpan paginya..

Makan tengahari- Isi ayam,lobak dan nasi kisar jadi menu kegemaran anak..

Makan petang kemungkinan makan tengahari akan beri untuk petang ini nanti. Kalau masih lapar masih ada baki puri kurma yang kisar itu. Hurm..puri mesti habiskan sebab banyak lagi bakinya huaaa..

Makan malam- puri kurma kalau puri masih ada lagilah...atau isi ayam,lobak dan nasi kisar sebab ada buat lebih.

Resepi Makanan Bayi Dan Hari Kedua Cara Gemukkan Bayi..Menu aku..pulak siap semalam buat kurma dua biji kisar dengan susu tepung...

Pagi-buat air milo sahaja sarapan lagsana.

Tengahari-minum kurma dua biji kisar dengan susu tepung itu sejuk sedap jer simpan dalam peti ais semalaman. Petang ini nak buat lagi.

Kata orang susu dan kurma bagus untuk banyakkan air susu badan kita..and baby akan mudah hadam serap apa kita minum apa lagi kalu kita minum tu susu. Banyaklah kalsium dan zat besi yang baby dapat nanti.

Petang selalu holicks panas. Kalau ada kudap panaskan lagsana ok juga..sempat buat sandwich sadin boelh gak sentap tu hee..

Malam - minum air susu segelas..menu malam tak sure lagi apa2 air kosong aku kena minum lebih..

Resepi Makanan Bayi Dan Hari Kedua Cara Gemukkan BayiMoga apa aku makan minum ada khasiat untuk bayiku nanti. Semoga berat badan anakku akan naik hendaknya. Ya Tuhanku permudahkan urusan kami berdua...murahkan rezeki suami dan anak-anakku. Amin



Khamis, 28 Januari 2016

Resepi Makanan Bayi Dan Hari Pertama Cara Gemukkan Bayi

As salam..

Ya. Mahu aku coretkan lagi entri disini. Paling tidak untuk aku demi masa anak-anak aku juga..manalah tahu mereka akan cari kisah ini baca satu persatu betapa aku jaga mereka sadaya kudrat aku mampu..maka harap mereka adik-beradik akan menghargainya...

Sekarang ini baby tengah bangunlah pula jap..

Resepi Makanan Bayi Dan  Hari Pertama Cara Gemukkan Bayi

Khamis 28 Januari 2016..

Bermula berat bayi saya menyusut gara demam dua kali untuk entri yang lepas maka saya nekad nak naikkan berat badannya dan catat mana yang termampu di sini..

Jom lihat hasil uji kaji saya..moga saya akan terus beri kekuatan..amin..

Buah kurma dua biji saya kisar jadi bentuk puri yang halus. Kurma besar 2 kali ganda ibu jari tau ho..hoo...bagi bayi makan untuk menu pagi. Kenapa buat kisar. Ya, saya ada buat kisar jadikan air tapi bayis aya menolaknya. Jadi kisar pekat bagi halus tengok dia makan tadi suka. Maka saya akan kekalkan menu pagi.. Menurut kawan saya nak berat badan baik naik cepat kurma ini elok kisar dapatkan air bagi pada bayi dua sudu besar beri pada bayi sebanyak 5 kali sehari.

Peha ayam saya kisar bersama dengan 3 sudu besar nasi. Jadikan bentuk puri juga. Boleh buat makan tengahari, petang dan malam.

Untuk saya buat susu satu gelas sarapan pagi.. saya dok fikir malam segelas ok juga. Untuk petang saya buat minum holicks campur milo. Dalam pemerhatian saya holicks cokelat saya ambil bayi cam cepat lapar sahaja berat badan dia pun tak naik. Kaedahnya saya kekal holicks perasa biasa itu..berat badan bayi naik cantik jer. Yang demam memang demam kans...

Bukan apa sebab apa ibu minum khasiat itu akan terkadang dalam susu ibu sepenuhnya.

Pengalaman Berat Badan Bayi Susut Dan Demam Berbalik-Balik

Salam..

Pengalaman Berat Badan Bayi Susut Dan Demam Berbalik-Balik..Lama gak sepi sejak balik dari kampung dan awal tahun aku diamkan diri sahaja. Pada hakikatnya anak no 2 itu demam..

Demam..batuk..selsema semua ada. Sehingga kena pakai nebulizer katanya sebanyak dua kali.Sedih lihat wap keluar dia pula sedut ubat pakai neb itu. Ubat yang doktor bekalkan ubat batuk. demam, selsema, ada dalam lima jenis ubat gitu..baru tambah ubat demam dan antibiotik..

Rupanya sungguh mencabar membesarkan anak kedua ini. Anak yang pertama demamnya sekejap tak sampai berat badan turun mendadak..

Pengalaman Berat Badan Bayi Susut Dan Demam Berbalik-Balik ..sedih, kecewa..risau bukan kepalang kenapa berat jadi susut begitu dari 6.7kg ...kerana ubat doktor bagi itu bila makan akan keluarkan kahak dan lendir dalam dada bayi...sebab bayi batuk ..selsema..

Masa berat bayi tiga bulan 5.8kg semalam timbang berta bayi saya enam bulan beratnya sama dengan berat badan masa dia usia tiga bulan. Apa lagi dapatlah surat doktor kenalah pi ke hq hospital permaisuri bainun untuk dapatkan date sahaja and kemudian wajib datang pada tarikh berikan itu sekali dengan bawa bayi..

Baru nak masuk enam bulan sudah demam selama empat hari juga..tapi sykur aku habiskan ubat itu sebaliknya redakan selsema aku pakai wap bawang puting nd minyak zaitun sahaja..Sykur permudahkan tapi makan masa untuk selsema itu hilang btw batuk demam beransur pergi. Tapi tak boleh nak tahan bayi aku demam dua kali. 

Baby sudah sihat jadi bagi susu badan macma biasa tak sangka selang esoknya demam balik makan ubat demam sahaja tak surut masuk dua hari baru demam kali kedua itu surut. dugaankan...mujurlah baby tak menolak bila bagi ubat . Jadinya kerjaku mudahkan.

Samapi sahaja dari rumah aku termenung sejenak sambil cakap pada bayi...malam bincang pada suami juga..kami risau sungguh-sungguh. Kini aku kembali kemas kini menu makanan bayi...

Pengalaman Berat Badan Bayi Susut Dan Demam Berbalik-Balik. Aku harap segala urusan aku di permudahkan..