Sabtu, 31 Ogos 2013

Negaraku

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah malaysia yang ku naung selama ini tetap untuh seperti dahulu.. bersyukur atas nikmat yang di beri semua dapat di jalani dengan penuh mencabar dan tetap bertahan..
Saat membilang angka 10, 9. 8... aku tidak berbuat begitu sebaliknya melontarkan terus kata syukur alhamdulillah..

Mungkin aku sudah jemu dengan nyanyian pelbagai rentak yang di bawakan pelbagai bait, suka-kata, variasi tapi daku lebih tegar nyanyikan lagu "Negaraku" juga.

Selamat menyambut hari kemerdekaan "tanah tumpah negaraku".. dan selamat berhujung minggu untuk semua.



Jumaat, 30 Ogos 2013

Disc Up To 70% !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

16 Ramadhan kami berbuka di luar. Terima kasih awak sebab memahami keadaan kesihatan saya yang serba tidak menentu ini. Mungkin atas dasar kasihkan saya dan meminta saya untuk berekat lebih dia mengajak saya dan anak apabila selesai menjamu makana berbuka nanti pergi membeli-belah di Aeon Super, Kinta Ipoh.

Semalam 25/7/2013 Suri ada mendapat asms dari Aeon Super, Kinta Ipoh katanya ada Disc Up To 70% !. Hari ini pula 26/7/2013 Suri mendapat sms dari Aeon Section 18, Ipoh katanya ada Disc Up To 70% ! lagi !

Di lampirna gambar ini adalah keadaan di dalam bangunan Aeon Super, Kinta Ipoh.Uh..betapa ramainya umat manusia yang berkunjung ke sini. Tidak mengira pelbagai kaum semuanya ada. Itu belum kira yang mak bapa bawa anak dalam kereta sorong, gelagat menggumbah baju dengan potongan harga 70%. Gelagat menunggu orang keluar dari bilik persalinan, dengan anak-anak menagis.. Semuanya tampak memeriahkan suasana. Di tambah lagi pihak Aeon mamasang lagu raya makin rancaklah pembeli yang berkunjung di sana.


Hello jangan lupa di Tesco, Giant dan The store pun sedang rancak mengadakan potongan harga pakaian dan kelengkapan hari raya. Selalunya pada hari-hari raya yang sebelum ini kami leboh selesa ke Aeon Section 18,Ipoh terkadang bila pakaian tidak berapa memenuhi cita rasa last choice kami akan pergi The Store selalunya pakaian anak- anak di sana agak murah.

Kami akan bandingkan harga Aeon dan The Store rasanay mana yang berbaloi kami rembatlah awal sikit hee.. Apa lagi ayuh berbelanja dengan bijak dan berhemah.

Sudahkah anda membeli kelengkapan persiapan hari raya?

Wanita Bidadari

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aku berkata" Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?"

Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."



Aku berkata, "Wahai Rasulullah bagaimanakah itu?"

Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)"

(riwayat al-Tabrani)

Khamis, 29 Ogos 2013

Tutorial Sampul Hadiah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini Suri gatal tangan untuk mencuba sesuatu yang baharu..

Teringat sewaktu memberi hadiah saguhati untuk blogger bagi hadiah top komen dan giveaway beberapa bulan...tahun yang lalu asyik bentuk kotak empat segi sahajakan huhuhu..paling tidak bentuk bungkusan rapau MD pandu lalu itu ha..a..a..a..

Tanpa membuang masa kita sediakan bahan berikut:-
  1. Kertas warna 
  2. Gunting
  3. Bekas bentuk bulat
  4. Gam
  5. Hiasan

Buat tiga bulatan yang comel. Lipat kertas itu kepada dua bahagian.



Apitkan erm..susunkan kertas yang di guntingkan tadi seperti gambar di atas. Lipatkan ia membentuk membentuk tiga segi. (Nampak tak bekas segi tiga itu)



Bila selesai lipat ia akan jadi seperti ini..


Letakkan hadiah itu di tengah-tengah sudut.



Bersedia untuk akhiri langkah ini dengan melipat dengan kemas dan hiaskan ia dengan butang bear warna pink !

Semoga berjaya awak!

Rabu, 28 Ogos 2013

Mana Satu Sayang..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kita tidak hampir terjelupuk sekiranya tidak pernah mencuba dan pandang ke hadapan. Kata-kata seperti itu membuat hati teruju untuk mencuba sesuatu yang baharu..tapi sampai bila hendak be serius.

Jawapan itu agak mati dalam seribu bahasa..

Bila cungkil banyak juga kemahiran yang Suri ada walaupun tidaklah sehebat sifu kraftangan, membuat kek, masakan, menjahit dan sebagainya..

Bila di tanya "mana satu yang"?
Hati ini mula tidak keruan..

# Bila pengasuh lama kata boleh sahaja buka kedai maya dengan kemahiran jahitan yang ada..cuba kembangkan mesti boleh punya.

  • Sebelum hari raya kelmarin Suri sudah bikin langsir untuk satu rumah..
  • Baju kurung anak enam pasang
  • Jubah kembang payung empat pasang


# Kakak suami kata sudah boleh buat kek pelangi apa lagi masa inilah permulaannya.. insyallah buat cup kek mesti boleh punya..

# Dalam proses membikin bunga tangan penggantin..

# Mak, keluarga dan jiran terdekat ada beli kain kapas untuk hari hari raya  aidifitri dan sambutan hari raya haji.. Sebelum pulang ke ipoh mak ada kata kenapa tidak teruskan perniagaan jual kain pasang boleh sekali jalankan perniagaan tudung labuh dan barang muslimah tu..Bersyukur kain pasang yang di borong kelamrin laku macam pisang panas hee.. berkat mulut tidak duduk diam..Kata-kata itu Suri cuma senyum dan sepanjang perjalanan Suri menung jauh..

# Hari ini ikutkan plan nak cari kerja memang semalam sudah gosok baju, document salinan untuk pihak penemuduga tapi petang semalam sedang asyik copy sijil print buat hal. Jadinya naluri hendak mencari kerja semua terbantut..sakit perut pula mula menyerang sakan segala isi di dalamnya..

Suri masih berfikir...
Dan mengharapkan pandangan dari sahabat andai semua...




Selasa, 27 Ogos 2013

113.210.139.135

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Nombor di atas itu mewakili Transaction ID komisyen yang baru di jana oleh Suri melalui job dari rumah

Alhamdulillah syukur nikamt yang di berikan atasNYA kerana rezeki job dari rumah masih masyuk lagi. Nampaknya ramai orang memerlukan kerja separuh masa ini sebab ia dapat menampung kita paling gembira pun untuk duit poket sendiri. Jika anda ingin dapatkan kerja hanya duduk di depan komputer dan berserta sedikit pemahaman bahasa english itu sudah cukup baik untuk anda mencuba program jobdarirumah ini.

 

Tiada usaha kita tidak akan mendapat apa-apa hasil pun. Percayalah dunia sekarang memerlukan wang tanpa wang mungkin kita TIDAK bisa memiliki sesuatu sungguhpun kasih sayang, perhatian dan amalan itu perlulah seiring.

Untuk sedikit penceraha tentang jobdarirumh anda boleh rujuk entri ini. Berkenaan bayaran yang sebelumnya anda bolehlah ke ini, ini, ini dan sini . Yang lain ada di sana tapi sayang blognya down huhuhu..

Jika anda berminat untuk sertai program ini bolehlah ke laman ini.

Isnin, 26 Ogos 2013

Bicara Yang Seterusnya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.


Hai !!

Saya ada di sana.. jumpa kat sana ya..terima kasih.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Permintaan Dari Hati

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bila kita rindu apa yang kita akan buat pada pasangan kita? Kita akan berteriak melalui khidmat pesanan ringkas dengan memajukan kata -kata seperti...

salam, tengah buat apa itu?

salam, kita hantar masage pada pasangan kita dengan mengatakan anak kita tengah buat apa itu?

salam, dah makan ker belum?


Oh tidak, sebaliknya pasangan anda ingin sekali anda bertanyakan akan kesihantannya apa lagi tika itu anda dan dia dalam jarak yang jauh. Kalau kata dekat apatah lagikan...


Kemudian bertanyakan pula bagaimana hari-hari yang di laluinya. Ia mungkin pasangan anda seorang suri rumah tangga anda berfikir hari yang di lalui tetap sama tapi adakah anda tahu dia ada sebarang masalah yang masih belum dia mampu luahkan pada anda...

Seandainya dia berkerjaya pula bagaimana? Sudah semestinya ada sesuatu perkara yang amat merumitkan kehidupan. Mungkin suasana persekitaran perjabatnya, situasi tegang dia dengan pelanggang barangkali siapa tahukan. Pendek kata segala kemungkinan boleh berlaku..


Sekiranya anda pulang dari jauh belikanlah sesuatu yang di sukainya. Andai kata anda tidak cukup memenuhi apa yang di harapkan memadai anda memeluk pasangan anda seerat yang boleh. Kucuplah dia dan cuba tenteramkan hati dia. Barangkali dakapan anda sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan yang dia alami.


Cukup!
Inginkan lebih lagi panduan untuk mengelakkan perceraian berlaku dalam mahligai anda dan ketahui sebagainya bolehlah ke laman ini cinta pautlah padaku kembali


Khamis, 22 Ogos 2013

Pesan Atok !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Saya masih cepat lupa..tapi untuk mengingatkan kembali apa yang telah saya pernah belajar sewaktu hingusan dulu dengan cara saya imbas menonton slot "Pesan Atok".

Siapakah pesonaliti yang mengacara kalau bukan Dato' Abu Hassan Din sebagai Atok. Siri ini banyak menyampaikan pesanan-pesanan yang berunsur agama serta tajuk-tajuk yang berbeza serta di ceritakan dalam keadaan santai. Bukan sahaja sesuai untuk tontonan kanak-kanak tapi untuk orang dewasa pun boleh juga.


Pastikan anda melekat TV pada Setiap Isnin-Khamis, 8.30pagi Hanya di RAUDHAH TV9, Di Hatiku. Saluran 119 aha.. ingin Tonton Online boleh :)

Hari ini kisah tentang hormon seksual lah.. agaknay besok cerita tentang apa pula ya..?

Rabu, 21 Ogos 2013

Menu Pantas Diet

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Usia makin meningkat kesihatan bertambah teruk. Sepatutnya kesihatan bertambah baik sebab ia memudahkan kita untuk menjalani kehidupan ini dengan bahagia. Cubalah anda fikirkan sekiranya kesihatan anda kurang baik maka agak sukar untuk anda bergerak ke sana sini pendek kata anda begitu sukar untuk bergerak aktif berbanding orang yang menjaga kesihatan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Manakala dalam bab makanan pula bila badan sudah jatuh sakit sudah tentunya kita hanya mampu makan makanan yang terhad sahaja. Oh,  sungguh terancam keinginan kita bukan.

Jika kita mencari di medan google sekalipun kita akan bertemu dengan pelbagai petua mahupun panduan untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam badan tapi hampir kesemua kita gagal untuk laksanakannya sama sekali. Jika ada pun saya yakin ia hanya segelintir sahaja..

Tapi, sebaliknya kita akan menggunakan kaedah itu bila keadaan menjadi terdesak dan selepas itu kita akan abaikan.. Bermakna bila tiba sakit kita segera mencari penawarnya tapi apabila sudah sihat kita mudah lupa. Padahal itulah yang terbaik untuk tubuh badan manusia.



Satu cara yang terbaik untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam badan dengan hanya pengambilan oat dalam menu makan kita setiap hari. Ya, akui tidak semua di antara kita menyukai oat sebab rasanya yang kurang sedap. Tapi jika makanan sedap memang mudah menjadi pilihan utama kita. Sebab itulah ada antara para doktor mengatakan kamu adalah apa yang kamu makan!
Mengikut pengalam saya sepanjang mengambil oat adalah cukup mengenyangkan. Semasa di bulan ramdhan dan puasa enam syawal. Seperti biasa saya akan bangun bersaur sekitar jam 4.30 pagi. Menu saya adalah dengan mencampurkan milo (salah satu minuman kegemaran saya), air panas, sedikit gula dan diakhiri dengan lima atau enam sudu oat dalam satu sudu besar. Minum.

Alhamdulillah perut saya tidak kelaparan semasa berpuasa. Tiada pula bunyi perot keroncong hii.. Mengikut apa yang saya ketahui oat umpama span yang bisa menarik kolesterol jahat supaya keluar dari tubuh badan kita.


Dan salah satu perkara yang amat menarik sekali sekiranya anda merancang untuk kekal sihat, cantik dalam berdiet oat merupakan salah satu menu pilihan yang terbaik buat anda. Jadi apa di tunggu lagi masa inilah kita sayang akan segala tubuh badan dalaman kita. Jika kita tidak menjaganya dari sekarang besar kemungkinan untuk masa hadapan kita akan berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Selasa, 20 Ogos 2013

Chelsea vs MU

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aku tunggu dia dari jam 9 malam sehingga jam 4 pagi. Padahal dalam hati aku tahu dia tgok bola. Usai jam 4.30 pagi aku bangit dari tidur untuk bangun sahur..

Kerik..pintu gelongsor di buka.. maklumlah pintu gelongsor rumah kami sudah rosak..bunyi nyeri besi bergesel mula memecah kesunyian pagi..

DIA:  Awak buat apa? esok awak puasa eh?

AKU: Saya tengah tengok bola abang  chelsea lawan MU. (dalam hati geram dia tengok bola pulangnya lewat malem huhu)

Bukan saya tak bagitahu ke semalam (yang aku sedang puasa 6 syawal)..aku mematikan kunyahan gandum oat dalam mulut..

DIA: Awak marahkan abang eh?

AKU: Eh taklah.. saya cuma ada berita baik sahaja..menyambung minum air milo campur oat sambil mata menjeling respon ayat yang seterusnya dari dia..




DIA: Apa dia ?

AKU: Haa..akhirnya dia membalas dengan jawapan ingin tahu..(padahal dalam hati nak kenakan dia..) masa saya tengok bola tadi chelsea kalah, team MU menang!

DIA: Terkejut dan membulatkan 2 bebola matanya. (tahu aku sedang perli dia)

AKU: Tahu pasukan kesukaan dia  chelsea aku MU..memang di rumah kami tak ada piring kelabu astro tu..jadi agak mustahil aku tonton bola kt dalam rumah kami. Andai aku marah pasti aku akan kenakan dia balik. yang pasti marah pastu dia akan gila2 tengok bola balik argh...




T Y

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.



Thank you ,thank you,thank you
May u're blessed today!

aKu yakin bahawa diri ini tidak keseorangan..kerana kamu sering kemari..

Sabtu, 17 Ogos 2013

Hello Kity Untuk Penawar CC

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Selamat berhujung minggu untuk semua. Kemeriahan hari raya masih amat di rasai lagi.. Haa.. sudahkah kalian membuat jelajah tour dari rumah ke rumah jiran dan sanak-saudara terdekat. Masa inilah waktu yang terbaik untuk berkumpul saling bertukar cerita masing-masingkan.

Erk..
Syukur puasa enam aku masih berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Cuma kadar keadaan keaktifan aku dalam maya perlu di kurangkan memandangkan anak aku demam. Dari semalam lagi badan dia masih panas dan suam-suam kuku. Bila bagi ubat oklah..lepas itu suhu badan dia akan naik semula. Aku bercadang hari ini ingin membawa dia ke klinik. Ubat demam memang sentiasalah ada di rumah.. Itulah anak-anak makin nak menginjak dewasa makin banyak akalnya heee.. 


Sesuatu perkara sedang aku lakukan..erk tempoh masa cuma ada 3 bulan dari sekarang...sempat atau tidak aku tak berapa pasti hee..Ikutkan aku ingin publiskan kerja-kerja itu di sini tapi banyak benda belum lengkap lagi. Sekali baru separuh jalan dah..haaa...

Jika kamu orang cukup bersabar silalah tunggu ya..

Terima kasih untuk korang selalu singgah di sini berikan kata semangat dan usikan pada aku.

Oklah..asal aku dapat lepaskan gian disini alhamdulillah.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Sejauh Mana..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pagi aku berguling-guling di atas sofa sambil memikirkan blog yang satu.. Nampak gaya tiada kesudahan..apa akan jadi selepas ini aku masih merenung ia jauh-jauh...

Makin hari makin suram..hampir sedekit masa akan menginjak ke bulan..pasti lama kelamaan blog itu akan mula padam dan mulai di lupakan...



Mungkinkah aku akan membuka satu blog baharu lagi..atau mengharapkan blog itu akan pulih sepenuhnya. Yang pasti kehadiran blog baru aku perlu berikan fokus lebih..bijak bahagikan masa yang pasti semua bermula dari bawah..kosong..kosong...

Aku amat akui lebih dari 2 ke 3 minggu aku tidak jejak blog rakan sebab sebak dalam hati bila pihak hosting ambil perkara ini sambil lewa...Apakah salah aku? makin buntu..namun jauh di sudut hati aku bermohon agar blogku itu akan pulih kembali..

Simpulannya sekarang aku redha...

Khamis, 15 Ogos 2013

Job Dari Rumah Makin Menjadi-Jadi

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah blog di sana down. Namun ia sempat berbakti kepada tuannya yanng baik hati ini. Bersyukur semua berjalan dengan baik tapi tidak sangka selepas itu ia berkesudahan dengan blogspot ini..

Ikutkan entri sudah publish di sana tapi tak sempat nak update sebab blog meragam. Kiranya ini adalah bayaran penutup bagi bulan Julai 2013.


Bayaran yang pertama boleh lihat di sini dan seterunya di laman sana .untuk lebih lanjut daftar jobdirumah.com

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh pm saya di mycahayacinta@gmail.com ataupun tinggalkan jejak anda di sini.

Duit tidak mencari kita tapi kita yang Cari DUIT..

Istana Negara lama Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

14/8/2013
Kami pergi ke Muzium Negara Diraja Kuala Lumpur. Masa ke sana kami tidak bercadang pun ini namanya plan secara spontan. Ikutkan kami ingin membawa anak ke Zoo Negara tapi pasti keadaan waktu itu tidak mengizinkan sebab cuaca ketika itu sekitar jam 10.00 tengahari..so niat nak ke sana di batalkan..sebab kami pun sebelum ini pernah ke sana sekitar tiga tahun yang lepas hii..

Ayuh kiat cuci mata dahulu...


Untuk butiran lanjut kita akan berjumpa di part II nanti :P

Ahad, 4 Ogos 2013

Adakah Kau Tahu..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.


Tanggal 26.7.2013 sehingga hari ini 4/8/2013, 12:20 am

Andaikata aku boleh merintih aku akan rintih tapi aku tak bisa...

Barangkali aku penat dengan karenah blog, hosting dan kerana manusia itu sendiri..

Apa yang ingin aku siratkan melainkan istifar..lelah hati bertali-tali..




Andai kau tahu betapa duka hati pasti kau akan bersama berada di tempatku..

Mungkin saat ini aku akan merjauk lebih lama dari yang sebelum ini..

Salam ramadhan untuk semua ampun maaf di pinta maaf zahir & batin tulus iklhas dari 

Suri

Khamis, 1 Ogos 2013

Mungkin Sehelai RM1.00 lah..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Uh, baru pulang dari kedai mesin jahit hee.. amik ko 4 pasang kain baju kurung anak dan satu pasang jubah kembang payung di cas rm5.00. Terkejut sebab rasa mahal sangat. Hari itu pi kedai kraftangan kt area MD cuma hantar baju baju kurung anak 4 pasang dok sampai cecah rm5.00 selalu bawah rm5.00 heee...



Oh tidak! 
Semua dalam keadaan terdesaklah..sampai rata2 area kedai situ tak mahu ambil jahit tepi. Cuma kedai india ni yang nak amik tempahan jahit tepi aku huhu.. Dia siap cadangkan Suri beli satu mesin jahit tepi heee..katanya dia beli saiz kecil meisn jahit tepi rm800.00 tu pu second hand heee..

Baiklah..
Sedang pertimbangkan..bahkan memang dah lama pendam nak dapat satu jadilah heee..