Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Usia makin meningkat kesihatan bertambah teruk. Sepatutnya kesihatan bertambah baik sebab ia memudahkan kita untuk menjalani kehidupan ini dengan bahagia. Cubalah anda fikirkan sekiranya kesihatan anda kurang baik maka agak sukar untuk anda bergerak ke sana sini pendek kata anda begitu sukar untuk bergerak aktif berbanding orang yang menjaga kesihatan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Manakala dalam bab makanan pula bila badan sudah jatuh sakit sudah tentunya kita hanya mampu makan makanan yang terhad sahaja. Oh, sungguh terancam keinginan kita bukan.
Jika kita mencari di medan google sekalipun kita akan bertemu dengan pelbagai petua mahupun panduan untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam badan tapi hampir kesemua kita gagal untuk laksanakannya sama sekali. Jika ada pun saya yakin ia hanya segelintir sahaja..
Tapi, sebaliknya kita akan menggunakan kaedah itu bila keadaan menjadi terdesak dan selepas itu kita akan abaikan.. Bermakna bila tiba sakit kita segera mencari penawarnya tapi apabila sudah sihat kita mudah lupa. Padahal itulah yang terbaik untuk tubuh badan manusia.
Tapi, sebaliknya kita akan menggunakan kaedah itu bila keadaan menjadi terdesak dan selepas itu kita akan abaikan.. Bermakna bila tiba sakit kita segera mencari penawarnya tapi apabila sudah sihat kita mudah lupa. Padahal itulah yang terbaik untuk tubuh badan manusia.
Satu cara yang terbaik untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam badan dengan hanya pengambilan oat dalam menu makan kita setiap hari. Ya, akui tidak semua di antara kita menyukai oat sebab rasanya yang kurang sedap. Tapi jika makanan sedap memang mudah menjadi pilihan utama kita. Sebab itulah ada antara para doktor mengatakan kamu adalah apa yang kamu makan!
Mengikut pengalam saya sepanjang mengambil oat adalah cukup mengenyangkan. Semasa di bulan ramdhan dan puasa enam syawal. Seperti biasa saya akan bangun bersaur sekitar jam 4.30 pagi. Menu saya adalah dengan mencampurkan milo (salah satu minuman kegemaran saya), air panas, sedikit gula dan diakhiri dengan lima atau enam sudu oat dalam satu sudu besar. Minum.
Alhamdulillah perut saya tidak kelaparan semasa berpuasa. Tiada pula bunyi perot keronconghii.. Mengikut apa yang saya ketahui oat umpama span yang bisa menarik kolesterol jahat supaya keluar dari tubuh badan kita.
Alhamdulillah perut saya tidak kelaparan semasa berpuasa. Tiada pula bunyi perot keroncong
Dan salah satu perkara yang amat menarik sekali sekiranya anda merancang untuk kekal sihat, cantik dalam berdiet oat merupakan salah satu menu pilihan yang terbaik buat anda. Jadi apa di tunggu lagi masa inilah kita sayang akan segala tubuh badan dalaman kita. Jika kita tidak menjaganya dari sekarang besar kemungkinan untuk masa hadapan kita akan berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.


