Sabtu, 26 Jun 2010

Belajar Buat Baner Sendiri

Pagi - pagi lagi Love dah bukak blog ini. Just hati ni tergerak sendiri nak belajar bagaimana nak buat baner. Hur bila tengok orang ada benner Love pun nak juga. Mula-mula kenalah belajar mengikut krfahaman diri dulu. Nanti Bila hasilnya kurang memuasakn mintalah bantuan pada kawan-kawan bloger yang lain.




kata orang tidak salah jika kita mencuba sesuatu perkara yang baik lebih-lebih lagi ilmu hehehe.. sebab bukannya kita rugi pun. Kat bawah ni percubaan Love.. hehehe saje buat untuk suka-suki..


Lihatlah kesan kotornya.. eeee..

Banner created with MyBannerMaker.com


Cikgu:
ho..ho..anda gagal.. sebab masih ada kelihatan sepucuk surat di sudut bawah gambar anda itu..

Suri:
Ok..ok..balik ni kena belajar lagi laaaaa huhu.. :(

Bola - Bola comel

Selesai solat magrib Love baca buku di bilik bacaan. Took..took..terdengar ketukan dari along. Took..took masih kedengaran ketukan pintu yang kuat dari luar.

haa..dengar suara along..pastu dia cakap apa entag Love pun tak pasti..hehe..sambil-sambil tu dia took..took pintu..huhu..cah..maca..ahh..cahh.aahha..ma, ma,ma..katanyer..

Love dengan segera membukakan pintu itu untuk dia. Love sambung baca majalah dia pulak cibuk nak menarik majalah tersebut..Hurm bila tak dapat habis semua barang dalam bilik tu dia selerakkan..adeh...

Bila Love dah selesai baca terus Love ke dapur. Along, Love bawa dia ke bilik sebelah. blik nombor 2. Sebab kat situ ada permainan dia. Dan memang tu bilik dia pun.

Masa Love kat dapur dia pok..pet dalam bilik dia sorang-sorang. Terus melulu kepada Love seakan ingin memberitahu sesuatu pada Love.

Ha, apa dia..rupanya dia hanya tunjuk alat mainan dia jer..huhu..tapi kasihan pula Love tengok dia main sorang-sorang tak ada kawan. Lalu Love temankan dia bermain untuk seketika waktu.

Kami main baling-baling bola kat dinding. Bola tu kecil, bentuk macam bola rondes. Jenis yang lembut dipegang. Love baling bola tu kat dinding..dia ketawa berdekah-dekah..begitulah mesranya kami berdua..hehehe..

Tika along senyum hati ibu turut merasa gembira. Dalam hati ibu berkata andai ada rezeki ibu nak hamil buat kesekian kalinya. Ibu dan ayah akan berusaha. Namun segala ketentuan hanya Allah yang dapat melaksanakan dengan keizinannyer. Amin.

Along doakan ibu hamil lagi ya..hehee Amin.  Ibu tetap akan sayang pada kamu hingga ke akhir hayat ibu..

Inilah Waktu Rehatku..

Malam ni lewat tidur..
Atas apa sebab Love pun tak pasti. Yang penting besok tak kerja dan saat yang paling santai untuk seketika ini adalah waktu malam-malam yang macam ni jam 12.00 malam sampi ke pagi sikit..hehehehe..

Sebab apa? sebab time ni le Love dapat rehatkan badan..rehatkan diri sambil berblogging..selalu mana nak dapat rehat time-time malam ni melainkan tugasku hanya di dapur, menguruskan anak dan suami. Dan atas sebab itulah Love katakan ini adalah masa sengkang Love untuk diri sendiri.

Sabtu, 19 Jun 2010

Seorang Kakak Yang Rajin

Hari sabtu 19.6.2010..

Dia membesar dimataku amat meggujakan sekali. Dari seikat dukung kini telah menginjak dewasa dia benar-benar seorang anak yang baik, nakal dan hormat pada orang tua. Tak lama lagi Umairah akan masuk 1 tahun 5 bulanlah..hehehe

Semalam tanggal 18.6.2010..
Si jejaka telah pergi ke Kuala Lumpur sekali lagi..for what? atas urusan kerjalah lagi.. Malam tu kami akan tinggal berdua..bersuka ria dan pastinya waktu itu Love akan tidur lewat hehehee..  Yeah! its free time :)

Pagi tu kami bangun agak lewat sedikit. Jam 9 baru sedarkan diri. Love dah makan dan mandikan along terus tidurkan dia.

Masa dia tidurlah time tu Love mengemas rumah.  Terasa pulak hati ni rajin nak susun atur sofa. So Love lakukanlah sendiri heeehee..tak sampi 30 minit Love tengok dia dah bangun..Hurm sah-sahlah tu dia nak mengganggu Love..

Love susun perabot..atur barang dia pulak sibuk pegang penyapu. Hakikatnya penyapu itu lebih tinggi dari dia. Haaahaaa.. Pastu pulak dia ada hati nak pegang tempat penyodok sampah tu pulak..hehee..lawak betullah anak ibu ni..

Haa.. bila Love ambil..mulalah dia marah-marahkan Love..pastu dia cakap bahasa apa entah Love pun tak faham.. Lalu Love cium dan peluk dia. Love cakap nanti dah besar sikit along tologlah ibu ya..

Dalam hati Love berkata..bila dah besar nanti mesti dia akan menjadi seorang anak yang rajinkan..heeheehee :)

Balasan Dari Pemberian Yang Ikhlas

Hari yang berikutnya kami jalan-jalan di the store. Tanpa anak di sisi lagi. Sebab masa tu kami baru lepas habais kerja di pejabat..

Hajat di hati nak server harga pempes untuk Along. Tapi ketemu pula pada yang lain..
Tup..tup dia sarankan Love handbag.

Love cakap nape? nak belanja ko..Love memang tak ada duit ni..hehee

Pastu tu dia cakap.Alah pilih le mana yang berkenan nanti abang akan bayarkan. Wah biar betul kata hati Love tika itu.. ha, ha, sukalah tuu.. :) Harga hangbag tu Rm 170 tapi ada potongan harga jadinya harga hangbag tu Rm 70.00 jelah..

Hee..heee.. terima kasih jejaka.. Iop U :)

nOta Hati:
sebenarnya handbag yang lama Love pakai ni dah lama pun. Bayangkan selama Love belajar kat kolej lagi Love dah mula pakai handbag ni. Ianya masih tahan lasak..dan kalis air..zip dia pun masih untuh lagi..

Dan sampai le Love bercinta dengan dia, berkahwin dan ada anak Love still pakai handbag ni.. Rasanya kalu hangbag lain mesti dah koyak dan rabak kan..hehee

Hadiah Untuk Yang Tersayang

Lepas Love habis kerja Love terus ke pusat membeli-belah.. Eh, rupanya dia memang tunggu Love kat situ lee. Dia baru balik dari kl le ni..

Kami jalan-jalan laksana seperti sepasang kekasih. walhal kami dah pun berkahwin. hehee..

Hurm, mungkin sebab anak tidak di bawa sekali tu le pasal jalan pun macam itik baru pulang lepas mandi lenggang - lenggang kangkung la gamaknyer..

Love ada duit gaji lebih. Kebetulan hati tu nak belikan si jejaka pakaian pejabat. Love tengok dia bukan main syok memilih baju. Bila baju telah di acu kat badan dan warna pula atas pilihan Love maka ia membuatkan hati love tersenyum berbunga..

Love kasihan sebab saban hari dia selalau pakai baju yang sama..warna ynag suram jer..huhu.. Love bisik dalam hati baju kemeja warna merah hati dan biru terang ini pasti akan membuatkan jejaka Love lebih tampan lagi..hehehehee..

Si jejaka terperanjat sebab Love bagi duit pada dia. Jadinya dia tersenyum dan faham akan maksud Love yang sebenar..hehee..

Harap-harap si jejaka suka akan pilihan Love tu :)

Main Tukar-Tukar Templet

Waho...
 Tak le bizi sangat. Tapi Love saja suka-suka bodek blog ni. Sungguhpun blog ini tidak dilawati tapi bagi Love ia benar-benar amat bermakna buat Love..

Pertama kali..
main tukar-tukar templet kat blogspot ni rasa cam best jer sampikan Love punya mata pun bisa jadi rambang TERANG-TANG..TANG hehehe..

Sungguh benar Love jatuh cinta pada blog ini sebab ia terlalu mudah untuk kita mempelajarinya. Jika wordpress selalunya memang lebih mesra dengan founctionnya yang pelbagai.. Yang tu lagilah meriah. Tapi kita kena guid ia betul barulah kita akan mesra pengguna pada wordpress.

Okey itu jer entry untuk kali ini...

Selasa, 8 Jun 2010

Geselan Gigi Adalah Ubatnya!

Semalam si manja selsama. Waktu malamnya pula sering batuk-batuk? Hurm adakah ia disebabkan kesejukan di malam hari.. Si manja sering  terjaga dari tidur takala batuk-batuk mula singgah di ruang tekaknya yang kurang selesa.

Petang semalam si jejaka ambil dia dari umah kakanya. Bila si jejaka sampi dipejabat Love tengok si manja duduk dikerusi depan. Tapi raut wajah si manja nampak comot sekali. Eaa..ada hingusan kuning di mukannya kesan dari  elapan sapu tangan agaknyer..huhuhu..

Dalam perjalanan nak baik rumah dia suka menggese-gesellkan gigi atas dan bawah dia. gerek..grek...

Uik! along asah gigi lagi ek. Love tengok hah, tertnyata gigi si manja nak tumbuh lagi. Kata orang, sah-sahlah tu  gusi gatal namanyer tu..hehehe..

Terus kami bawa dia ke klinik minta ubat batuk dan ubat selsama. Nampak gayanya hari ini dia ketawa gembira sahaja..hehehe..mana taknyer pagi-pagi dia mencari Love kat dapur. Memang itulah kerjanya tika terjaga dari tidurnya..akan mencariku..hehehe..

Isnin, 7 Jun 2010

Adeh!!! Pengasuh Buat Hal

Baru petang semalam sampai Ipoh. Sebab Love balik bercuti di rumah mak mertua. Malam tu semasa Love sedang sidai pakaian kat bahagain tempat kereta suami bagi tahu yang pengasuh tak dapat nak jaga anak kami. Aduh tension betul. Kata pening-peninglah , tulah nilah..ntah blh..blh...

Love begang je. Nape dia tak bagi tahu siang-siang. Love mana boleh bercuti ikut suka -suka last-last minit. Malam tu kami kebuntuan waktu untuk memberi alasan pada bos Love. Memandagkan minggu ni Love akan mintak cuti so Love kena fikirkan alasan yang benar-benar kukuh.

Hah! berjayakah Love mencari penjaga Love dalam masa yang terdekat ni..???

Jejaka cuba call kakanya yang duduk kat tawas. Mintak dia jagakan si manja. Namun hampa jua. Sebab dia pun dah ada gak tanggungjawab nak jaga anak-anak orang lain. Dalam hati Love berbisik apalah salahnya dalam 1 hari je jagakan anak Love bukan anak siapapun anak saudara dia juga. Anak adik dia juga. Aduh sungguh kesalnya hati Love pada waktui tu..

Terus Love try memujuk sekali lagi.. Love hantar melalui sms pula. Last Love tanyer dia sekali lagi lama gak Love tunggu balasan sms dari biras Love ini. Dalam setengah jamlah jugak barulah dia cakap ok hantarlah. Alhamdulillah hati love kembali tenang.

Tapi dalam hati love amat kecewa dengan pengasuh anak Love. sebab dia bagi tahu last minit. Kalu dia buat macam ni lagi rasanya habislah kerjaya love. Kata orang sesekali wujudkan masalah orang tak kisah tapi kalu dah berkali-kali tentu begang punya..huhu
Sekarang ni susah nak cari pengasuh yang betul-betul jaga budak dengan baikkan. Masuk ni dah dua pengasuh yang telah menjaga anak Love. Pertama buat hal tak bagi makan..muka anak Love lebam sana -sini. Yang kedua ni entah apalah kesudahannya pulak tak tahulah Love nak katakan.. we will see..

Anak ibu..jika ikutkan hati mahu sahaja ibu jaga dirimu selalu..tapi keadaan memaksa  ibu berkerja sayang..untuk masa depanmu jua..

Jumaat, 4 Jun 2010

aNTARA Blog DaN dAIRI hATI..

Hari ini Love mula belajar sedikit - demi sedikt tentang blogspot. Sebelum ni Love tahu posting, masukkan gambar kartun. Tapi hati ini Love belajar bagaimana nak buat shot box kat depan muka blogspot ni macam orang lain jugalah.

Sunggugpun blog ini tiada pengunjungnya namun Love suka belajar sesuatu akan perkara seperti ini. Kata orang jika kita belajar sesuatu perkara yang baik itu pasti ia tidak akan merugikan kita. 

Love suka berblog. Kenapa? mungkin sebab Love boleh luahkan apa yang terbuka di sini. Hurm lebih-lebih lagi cerita pasal si manja..tentang kehidupan bestkan :)

Dulu Love ada dairi tapi entah manalah dairi tu sekarang. So bila dah ada blog ni rasanya ia sudah menjadi lengkap sebahagaian dari kehidupan Love.

p/s: gambar dari ejen google

Khamis, 3 Jun 2010

bOToL sUSu si mANja terTINggal LaGI..

Pagi tadi Love hantar anak kat pengasuh. Tapi sebelum si anak bagun dari tidur Love akan buatkan air susu untuk dia..sambil  tukarkan pampes dia  bolehlah dia NYOT...NYOT menyusu nanti.. Bukan apa takut nanti bila Love pakaikan dia pampes nanti dia tak duduk diam.. hehehe.. 

Yelah cuba fikirkan kalu dibuatnya ragamya begitu tiba-tiba pelekat pempes tu terlekang ke..bocor dan keluar titisan air kencing kalu berak camna?? bukan ke ia  satu perkara yang boleh mendatangkan masalah nanti huhuhu..nanti lewat pulak nak masuk pejabat..huu..huuuu..

Ok..bila dah hantar anak kat pengauh macam biasa Love akan terus bergegas ke tempat kerja. Bila si jejaka dah hantar Love depan bangunan pejabat terus kami perasan botol susu si maja anda dalam kereta kami..hehehe..

Maka terpaksalah Love bawa botol susu tu kat pejabat..Love basuh botol susu tu..balik nanti kena cucilah lagi sekali. Sebab kat pejabat ni tak der pencuci pinggan..cuci tangan adalah..hooho..

Sebelum tu Love ada cakap dengan si jejaka ambillah botol ni dan simpanlah dalam peti ais kat pejabat tu..bukan apa sebab rasa sayanglah pulak nak buang..dan biarkan susu tu basi.. hurm, kalu masuk dalam peti ais bolehkan??? eh. boleh ke?? hahaha..

Bukan apa sebenarnya harga susu mahal tau..tak kiralah brand apa pun namun dia tetap menelan belanja dalam rm20 ke 30 keatsa..huhu..harap-harap anakku dapatlah menghargai setiap titisan susu tu..belajarlah hidup menghargai..erti susah dalam mencari rezeki..

Love dan jejaka terus tersenyum sendiri.. :) apa yang penting ibu dan ayah tetap sayangkan dia. Kerana dia adalah cahaya cinta kami :)

pic ini dari ejen carian GooGLE..

Rabu, 2 Jun 2010

BLoGER dAN MaKAn AnGIn

Salam setitis embun..

Hari ni rasa cam boring jer? kenapa? sebab seharian dari tadi Love asyik berjalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain..huhuuhu..

Kata orang kalu kita tak jegah ke blog orang mana mugkin orang tu akan ke blog kita kembali yer dok..huhuhu.. lainlah macam blog kawan Love pakarhowto tu bila di tinggallkan seketika berpuluh orang sedang on-line ke blog dia. Ramai juga pembaca slient reader beliau.. Hurm..cemburu gak Love..kiki..alah bukan cemburu apa pun just cemburu utk berjaya nak jadi cam blog dia jer..yeah!!

Sebenarnya Love tidak mengharapkan apa-apa dari blog cahayacinta.com  tapi kata orang alang-alang dah melangkah setapak baik kita teruskan sahaja. Mungkin dengan cara sumbangan ilmu yang cuba Love sampaikan akan dimanfaatkan oleh mereka kelak. Amin.

Love tidaklah pandai dalam bidang penulisan..dulu masa study mana ada dapat A..huhu..kira dapat posisi yang sederhana sahaja hehehe..

Apapun tika ada blog cahayacinta.com  Love masih tetap juga sukakan blog ni. Sebab dia adalah sebahagian keluh kesah Love di dunia Bloger ni.

P/S:
SAPA YANG DATANG MENINGGALKAN JEJAK DI BLOG Love, PASTI Love AKAN JEJAK ANDA KEMBALI. :)

Selasa, 1 Jun 2010

Wahooo!!! Dah Dapat Pengesahan

Salam my sweet dairi..

hurm hari ni dah pun masuk bulan Jun. Terasa cepat sungguh masa tu berlalu. Begitu jua dengan usia anakku yang sudah mencecah ke 1 tahun 4 bulan..

Semalam ibu tengok dia main kereta tolak siap kat atas tempat duduk tu dia isi teady bear lagi. Amboi bukan main seronoknya dia main sorang-sorang. Pandai pula dia bawa diri. Yang Love sibuk menyiapkan makanan di dapur untuk makan malam kami. Si jejaka pula sibuk buat kerja-kerja pejabatnya.
Hurm..
hari ni just nak bagi tahu yang Love dah pun dapat  cop pengesahan dari pegawai kerajaan untuk pengurangan pinjaman MARA tu. He.he..he..kalu ada yang perasan sebelum post yang sebelum ni memang Love ada ceritakan pasal masalah nak dapatkan cop dari mereka ni. Bisalah kerajaan ada sahaja meetingnya..khursusnya bagai..

Petang ni nak hantar borang ni kat pejabat pos. :) Patu kena tunggu proses dia selama 6 bulan berikutnya..Huhuhu..tapi macam biasa tiap-tiap memang Love akan asingkan duit MARA. Kata orang dah sedap meminjam jagan lupa nak bayar semula yer..kiki :)