Sabtu, 5 Disember 2015

Tak Datang Kenduri Kawin Kawan atau Jiran Tertangga Janganlah Kecil Hati..

Salam..
Tak Datang Kenduri Kawin Kawan atau Jiran Tertangga Janganlah Kecil Hati..Ayat kali ini tidak menahan pedihnya kalau ada sahabat yang membacanya heee..Saat ini sedih juga sebab aku tak dapat nak pergi ke rumah jiran depan deret lorong pertama taman perumahan kami kerana..

Ikutkan aku nak pergi bersama suami tapi suami masih ada kerja kuala lumpur ingat dapat kejar masa tapi dia kena hantar pasport ke tempat lain pula..Aku nak pergi tapi suami tak bagi nak juga pergi sama dengan aku tak benarkan aku pi sorang macam mana?

Tak Datang Kenduri Kawin Kawan atau Jiran Tertangga Janganlah Kecil Hati.Ya. Ada anak. Mestilah bila anak kita besar nanti kita juga akan lalui perkara yang sama macam tuan rumah lalaui juga jemputan majlis anak nak kawin. Tapi aku tak ada pilihan duduk sahaja rumah. Suami tak ada cakap apa-apa. Kalau dia benarkan pun mestikah aku pergi dukung baby bawa anak sulong tu..nanti orang tanya suami mana aik....apa nak jawab...

Keadaan gigi aku bertampal sebulan lalu masih sakit..bila nak jumpa doktor untuk buang tampal itu dan cabut. Sudah dua malam aku mengerang sakit..tadi telan ubat penadol tu mampu berani. Bahu urat leher rasa sakit sangat.Macam mana nak pi kenduri ni sorong kereta baby anak tak selesa hua..

Tak Datang Kenduri Kawin Kawan atau Jiran Tertangga Janganlah Kecil Hati. Ada banyak alasan kalau nak cipta tapi harap kami akan datang bila ada anak kawin lagi..nak call tak tapi mungkin kami akan jumpa tuan rumah cakap tak dapat dtg hal suami masih kerja lagi di kl ..serta mohon maaf tu perlu susurkan sekali..

Pernah alami tak?

p/s:suka pi kenduri kawin sebab lauk sedap bangat!



Petua Redakan Bayi Sakit Kuning a.k.a Jaundis Sebulan

Petua Redakan Bayi Sakit Kuning a.k.a Jaundis Sebulan ..

Ya. Anak perempuan sakit kuningnya dalam masa seminggu sahaja. Untuk anak kedua sakit kuning makan masa selama sebulan! dari hospital permaisuri bainun ke hospital kuala kangsar hingga ke melaka jugalah kuningnya huhu.. Hospital kuala kangsar aku sempat bermalam di sana dua kali. Bila bacaan lebih 15 sure kena tahan wad melor namanya. Lagi sekali malam raya masuk wad lagi tido lagi dalam 3 hari tido sana heeee..

Yang best wad melor hospital kuala kangsar nak bali k kita hantar naik kerusi roda sampai kita sampai naik kereta weh...macam pangkat orang besar pula heeee...

Melaka klinik desa kena ambil darah baby tiap selang sehari ada dalam 3 hari seminggu. Menangis takut rasa bila darah baby picit bawah kaki setiap kali datang ke klinik huhuh..Masa takut sangat bila keadaan teruk kena tukar darah pula harap jauhkan. Syukur genap sahaja sebulan kuning anak terus stop. Risau aku akau sakit kuning anak ada lagi sebab menurut kakak aku wad di hospital besar melaka baby tak bersama katil dengan baby. Baby dudk dalam ibu nak susukan jer boleh masuk dalam hu..tak macam hospital kuala kangsar baby dan anak satu kati sebelah ..sebelah gitu heee...

Petua bayi sakit kuning..
Ya dalam banyak petua ini yang sempat aku rakamkan...moga ada gunanya untuk sahabat yang memerlukannya...

Petua bayi sakit kuning daun dukung anak airnya rebus sehingga mendidih bagi sejuk dan kemudian boleh buat mandian bayi

Petua bayi sakit kuning daun kucai sama air rebus biarkan sejuk dan mandikan bayi macam mandi air biasa




Petua bayi sakit kuning susu kambing bagi bayi hujung sudu sehari bagi duaa kali sahaja.

Petua bayi sakit kuning buah anggur hitam dia punya air sahaja bagi dekat bayi.

Petua bayi sakit kuning gula buah kundur atau oang selalu buat makan panggi gula kundur selau masak bagi menggelegak dan baki air sikit bagi pada bayi letak dalam mulutnya sikit-sikit.

Petua redakan bayi sakit kuning a.k.a Jaundis sebulan
Akir sekali puas aku mencuba ini yang last aku tawakal padaNYA ini kawan masa duduk dalam wad melor hospital kuala kangsae bagi petua

Petua bayi sakit kuning bedak sejuk dan air cap badak. Lepas mandikan bayi bedak sejuk campur dengan air cap badak kemudian lumur satu badan bayi tu. Buat dalam tiga kali sehari pagi petang.

Eii..kalau si kakak air susu kambing sehari dua bagi dah ok tapi adik mahu bedak sejuk dan air cap badak barulahkuning turun secara berperingkat-peringkat..Sah kata doktor ada sesetangah bayi keuning cepat surut ada lama. Jenis lama jenis kuning yang berpanjangaan macam anak aku ya memang kata doktor kuning sebulan memang wujud hu...sah genap sebulan terus kuningnya turun junam kebawah 7. Alhamdulillah siapaku bernazar bagi duit dekat masjid masa tu heee...Allah duga ada sebab sendiri.



Petua redakan bayi sakit kuning a.k.a Jaundis sebulan ini satu pengalaman tak akan lupakan untuk cahaya mata kedua..Agaknya yang ketiga tidak tahu bagaimana pula ragamnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.. Kadang jaga makan minum sangat tak boleh juga jadi juga alahai..semua Tuhan baru uji awal sahajakan..

Moga para ibu bapa akan terus berusaha untuk menurunkan bacaan kuning anak dengan segera..perkara anak kuning normal cuma beza kuat dengan tak sahaja. Benarlah kata doktor baby boy mudah terkena sakit kuning lama jika bandingkan baby girl heee.



Selasa, 1 Disember 2015

Eh..Disember

As salam.
Penghujung bulan dua belas. Sekejap sahaja. Banyak perkara yang alku nak kongsi dalam belong ini tapi keadaan tak izinkan berbuat demikian macam dulu sejak ada anak kedua ini. Syukur..

Apa pun kalau orang baca blog aku seketika cukup ok dapat info penting sikit jadilah..kedua belog tuju untuk kedua anak aku. Tak tahu pula tiga tahun lepas ini akan ada ketiga pula hee..amin. Harap ini sebagai kenangan untuk depa bila besar kelak. Aku taip macam orang kena kejar dek harimau heee...harap ada yang faham akan keadaan aku ni haaa...susah kalau ada banyak blog ni jelah belog yang bisa aku tulis sedikit carca marba yang lain belog tak boleh buat begitu uh..

Alahai..
Anak sulong tengah solat si adik terlentang pok pek masih gila meniarap lagi ni ei...

Apa harapkan sale dan juga kehidupan akan lalui lepas ini akan datang hadap penuh sabar dan tenang selalu. Untuk pembaca kot ada dalam diam tu hee.moga korang sukses selalu. Amin.

Pengalaman dan tanda kelahiran anak pertama kedua. Part III

Pengalaman dan petanda kelahiran anak pertama kedua

Ini pengalaman melahirkan anak pertama..
Masa pagi itu aku sakit perut aku buang air besar rasa macam sakit haid sahaja tapi aku tak layan sangat aku terus solat subuh pas habis solat subuh tu baru aku terasa ada keluar sedikit ketulan darah sedikit ..demi sedikit. Masa itu aku duduk dekat kampung memang aku plan nak bersalin dekat Melaka.

Banyangkan dari kampung nak ke bandar Melaka mahu tempuh lebih dari sepuluh lampu trafik light. Gilalah time itu masa lima minit..lima minit sakitnya sungguh terasa. Masa sakit tu dah berlangsung dekat rumah. Ingat lagi kata Mak dia marah dalam tegas dia kata jangan gatal nak duduk pi jalan mundar-mandir biar cepat baby itu keluar. Btw aku redha nak duduk tak boleh kecuali aku dapat duduk dalam kereta sahaja hii. bayangkan aku tahan sakit lima minit tu mengerang bagai nak rak meramas baju kain sedia ada sambil tawakal padaNYA. Suami pula tak ada. Pada masa itu sedang menjalankan tugas di Ipoh .



Sampai Hospital besar melaka dah buka 7 . Cepatlah sorong ke bilik bersalin. Semua benda depa sumbat dalam kemaluan kita ada pula ambil darah cucuk itu ini dekat tangan dan badan kita pasang macam-macam. Last sekali kaki aku kena pakai besi untuk bukaan kangkang katanya heeee..Syukur tak lama tak sampai dalam jam 9 pagi  aku lahirkan seorang baby girl sekitar jam 10.00 pagi. Yang peliknya aku keluar bilik bersalin jam 12.00 tengahari. Kenapa? sebab sister cina berumur tu dia nampak jururawat melayu perempuan biasa lalu depan dia sedang ambil barang..lalu dia menyuruh jururawat perempuan itu menyambung kerja jahitan bahagian bawah luka premium aku..hadoi punya cerewat sister cina itu mengajar bukan cara jahit itu begini, bukan cara dia macam ini .ha..jahitan macam ini baru kemas kata sister cina itu mengajar jururawat melayu perempuan.hurm..macam-macamlah..dia pikir aku ni anak patung ke gape?

Apa pun keadaan aku serahkan pada Allah yang penting aku set dalam otak asla baby aku selamat tinggal nak jahit sahaja rasa dalam perut tak ada rasa sakit just rasa nyilut dan nyut..nyut tu adalah perkara yang normal. Aku hanya tahan nafas dalam -dalam masa luka jahit aku di jahit. katanya 3 jahit..mungkin maksidnya 3 jahit luar 3 jahit dalam ke apa haaa...


Pengalaman dan petanda kelahiran anak pertama kedua

Masa sehari sebelum kejadian aku sudah pening sah lah hari sama berulang malam itu juga..Perut mengeras tak usah cerita makin kerap jugalah. Tapi sakit kepala lebih dari sakit jugalah. Malam aku tak dapat tidur dengan lena. Mujur lepas sahur aku dapat tidur seketika itu rasa cukup bertenaga sikit. Tidur sisi suami dekat sofa sebab terlalu lelah semalaman.

Nasib baik sebab hari tu suami bercuti. Hari itu cakap dan selalu kata pada baby dalam perut kala adik nak keluar lahirlah masa ayah ada tak lah ibu terkontang-kanting dekat rumah sensorang huhu..Pagi kebilik air wah ada darah keluar. Cepat bersiap mujur date pergi ke klinik desa buat rawatan perot katanya hari ini. Mula ingat nak terus ke hospital permaisuri bainun sebab jururawat ada cakap kalau ada tanda segera ke sana. Tapi bila bincang dengan suami kata pergi klinik desa dulu buat cek macam biasa kalau jururawat kata boleh pergi hospital kita siap barang dalam bonet kereta. Jadi aku setuju.

Jururawat tak cek aku cuma sister baju biru kata mungkin awak bersalin hari ini paling tidak malam ini. Ada juga kes sama macam aku keluar darah tapi bila ke hospitaldoktor minta mereka pulang ke rumah semula. Aku punya hati banyak susah tapi kalau kata kalau Tuhan keluarkan baby hari ini aku cukup syukur kala itu  reda lagi cepat lagi bagus heee..




Sebelum nak gerak memang aku siap masa sahur minum banyak air. Tapi bila sudah puasa batal sebab keluar darah aku segera ke dapur bancur milo dan makan kurma banyak-banyak. Kata orang sebelum nak bersalin mesti ada tenaga yang cukup untuk meneran nanti. Dayafirasay aku mengatakan aku akan bersalin hari itu juga. Itu bancuh milo pekat saiz mug besar dan makan kurma dalam tiga ulas itu sahaja yang larat aku makan dan minum. Padahal puasa dah batal keluar darah patut banyak le aku mencekiki ini tidak aduh..duh...

Lepas jumpa sister aku terus ke hospital. Bukan terus masuk bilik dewasan bersalin tak aku kena masuk bilik pemeriksaan bersalin. Makna aku kena cek perut dan kandungan dulu masa makan masa jugalah ada dalam sejam lebih. Masuk pertama kena daftar. Habis daftar tanya aku kanungan berapa bulan apa terjadi pagi tadi dan semalam serta apa rasa dalam perut. Masuk bilik kedua depa cek pula latar belakanga aku dna sejarah keluarga termasuk anak yang pertama dulu. Masa aku selang sekali pi tandas buang air kecil heeeee..kemudian suruh aku baring cek perut dna keduduka baby. Lama juga pastu depa masuk tangan dalam nak tengok bukaan berapa cm. Setiap kali masuk bilik tiap itulah doktor masuk tangan jenuh aku tarik nafas. Aku rasa sungguh sesak bila di buat begitu dalam cek kena baring lama untuk mereka tahu kedudukan baby ujian apa nama aku tak pasti siap ada kertas berjalan masa aku dengar denyut jantung baby tu.

Dalam doc cek aku baring pesakit atas katil sebelah silih berganti pas sorang-sorang ikut giliran aku rasa masa makin hampir tapi tak berani nak cakap dekat doktor diam jer nanti kalau bising depa kata aku memandai. Datang sorang dotor lagi selok dalam kata dah 6 bukannya! Terus depa sorang ke bilik bersalin yang sebenar..benarnya..

Rasa sakit ok lagi..cuma datang sakit 5 minit itu sekitar jam 10.30 pagi tak silap aku uhu..jam 11.00 pagi aku rasa nak tercabut batang tubungku dari jasadnya uh... bila doktor kata nak "rasa nak berak" cepat teran ! tme tu aku ingat oh cam tu eh baby nak keluar haaa..lawak pula aku rasa time tu ye dah lupa hamil naka yang pertama dulu le katakan.. jam 1 aku selamatkan lahirkan baby boy. itu dalam 2 kali teran yang benar teran. yang teran main ada juga masa tu ada ramai jururawat masuk tu main-main teran baby tak keluar. bila depa gertak aku baru nuat betul sebab teran pertama baby keluar kepala sampi ke badannya. tang badan tak lepas teran berkali-kali tak jalan doktor kata cuba buat betul-betul la tu tarik nafas dalam baru baby selamat adoi...bayanngkan enam tahun jarak baby kedua ni dari yang pertama memamg aku lupa sungguh heee..time tu pulaotak blur ting tong..

Masa sakit lima minit..lima minit doktor nak bagi aku suntikan tapi aku kata tak apa doktor saya boleh tahan.Dalam kata tak payah tu doktor beria pula nak suntik cis..done masa tu juga baby rasa nak keluar terus aku pekik doktor baby saya nak keluar ni heee.

Waktu itu baby keluar aku rasa lega..saat air ketubah di pecahkan dapat rasa hangatnya membasahi punggung..segala uri dapat rasa keluar tarik satu persatu..dan sehinggalah baby muncul atas dada aku sungguh rasa nikmat syukur padaNYA... Hadiah dari Tuhan sungguh kami tunggu lama ia ucap syukur tidak henti..henti..

Masa bawa jahit baby masih ada dekat atas dada aku. baby pula menangis. Tapi misi pula bising kata baby ni bising jer nak buat kerja pun susah. Lalu suruh misi lain amaik baby aku bawa ke tempat lain.Sedih ko..ada patut jururawat cakap lagu tu?? Jahitan bawah teruskan. Aku ada tanya doktor berapa jahitan aku dok kata tak ada..aik bila tengok buku merah tak ada pula butiran jahitan berapa banyak aku kena. Kalau anak pertama kata 3 jahitan. Menurut kata misi 3 jahitan katanya 3 jahit luar 3 jahit dalam. Entah aku tak sure betul ek idak heee..

Luka jahitan cepat atau lambat sembuh

Luka jahitan bawah aku anak pertama cepat sahaja keringnya dalam seminggu dah rasa berani nak jalan sikit. Berbanding dengan anak kedua hampir sebulan juga aku tension memikirkannya. Setipa kali buang air besar lihat luka jahit ada lagi..Still ada benang gerrr..hari tengok naik benci geram semua ada heeee..sebab nak teran buang air besar takut..takut sungguhpun ada ubatyang boleh cairkan najis masa tu tapirasa takut bila dengar kawan , kakak aku sendiri yang jahit terbuka semula ia buatkan aku rasa nyeri dan seram memikirkannya.. Tambah lagi anak aku kena sakit kuning yang berpanjangan..sure jalan macam takut..takut jer..pijak tanah.

Genap sebulan aku seriau..aku ajak kakak pergi klinik berbayar swasta le tu namaya. Tengok jahit katanya jahitan kemas dan cantik. Ada terasa dia pegang jahit rasa sakit. Elok cakap dah terbuka jahitan aku.. gerr..lalu masa baring dia bagi aku benang jahit bawah tu sebagai buktinya. Nyeri pula...

Ia tak henti situ sahaja masih ada lagi jahitan itu..sehari makan sehari baru ia longkah semuayan..Oh tidak..satu pengalaman luka jahitan yang tak akan aku lupakan. Aku sampai sekarang rasa pelik kenapa masa anak pertama luka jahitan aku cepat sahaja longkah/tertanggal?  padahal yang kedua makan masa sangat?.. mungkin masa anak pertama aku di bekalkan ubat kuning di hospital melaka tapi masa keluar wad hospital permaisuri bainun untuk anak kedua aku tak bekalkan ubat sapu langsung. Cuma pil jer tu pun pil sekali jer aku telan heee..lain buang heeee...

Berani atau takut buang air besar semasa berpantang.
Masa nak buang air besar punya takut mujur zaman 2015 ada ubat mudahkan najis keluar dengan mudah hanya makan ubat sahaja. najis lembik jer. kalau anak pertama susah nak buang air besar kena beli ubat picit baru boleh keluar najis. Sekali keluar sebensar penumbuk ko ye lah dah lama simpan tahi dalam badan hee..tahun 2009 le masa lahirkan si kakaknya heee..

 oHH..anak sakit kuning dan petua sakit kuning..? Tunggu post akan datang ya..
Pengalaman dan petanda kelahiran anak pertama kedua..Alhamdulillah..
Saat ini baby saya sudah 4 bulan lebih dengan berat 6.4kg. Doakan anak ini berjaya dunia dan akhirat hendaknya. Amin.