Isnin, 29 April 2013

Tiba Masa Boring Update Blog

Salam..

Ya, Allah..

Ha.. berani sangat hitung hari akhirnya baki cuma tinggal 1 hari lagi untuk berkerja di sini. Syukur semua telah dirangka namunku tunggu TM sihat sebab modem ada prob aa..Kurang mood untuk update blog biarkanlah si alex ranking turun heee sementara menikmati hari2 akhir gini kita selam dengan penuh kesenyuman..ahaks..

2 hari isnin dan selasa bersama untuk capai target top komen secepat mana yang boleh di kejar. Kedua bila tm MODEM dah dapat baharu barulah pikir nak balas komen2 kat blog. Dekat pejabat mamang tak done nak balas huhu..

  • Produk barang tinggal 70% sudah di beli tinggal aksesori lain belum lengkap di beli. Insyallah lepas hari pekerja produk akan di lancarkan. Cewah! di lancarkan cam le nak keluarkan album baru pulak hik..hik..


  • Produk untuk kanak-kanak juga ada hee.. untuk anak-anak yang bersekolahlah..harap akan ada tersangkut jualan nanti. Ia comel dan mudah di bawa kemana-mana.

Teruju untuk bangun sekitar 5 pagi ! siapkan sarapan, atrukan semua untuk suami dan anak. Pasti tugas bakal di piku penat dan berat harap aku akan gembira melaksanakannya.

Buat Baju Kurung Sendiri

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Lepas habis sekolah terus tidak tahu apa itu kerja perempuan. Yang Suri tahu mesti pandai bab masak-memasak, mengemas, menghias, menyulam, mengait dan sebagainya antara yang perlu ada pada seorang gadis sebelum berumahtangga.

Padahal waktu itu tidak terlintas ingin belajar menjahit baju kurung sedangkan mak sudah mulai bising seperti ketukan burung tukang kalau kau tak tahu menjahit asas sekalipun buat malu mak jer. Asal lepas buat baju kurung untuk anak-anak jadilah.



Puas jugalah terkedek-kedek ikut kelas jahitan itupun main-main sahaja. Sekarang tidak lagi dengan adanya kaedah cara-cara memotong pola baju sehinggalah ke teknik kemasan terakhir kita bukan sahaja tambah ilmu + tambah kemahiran= tapi saya juga berjaya menambah pendapatan keluarga

kain kapas

Tahun lepas saya memilih kain kapas bentuk kartun untuk anak yang tersayang. Jadinya kali ini saya inginkan dia tampil lebih meriah dengan corak kapas ala-ala gula -gula gitu. Yang terbaik bentuk love-love hitam itu ala polkdot memang menikan sukmaku. Cup kek ada heee murah-murah sebab jualan Kamdar masih berlangsung lagi. Ingin tambahkan pendapatan sampingan ataupun mengambil upah dari adik beradik mahupun jiran tertangga bila-bila masa pun boleh yang penting kita mesti berani mencuba!

pstt..kelmarin dengar gosip-gosip panas kat Kamdar katanya ramai tukang jahit menolak tempahan membuat baju kurung hari raya rasa sebab tak cukup tangan katanya!

Selasa, 23 April 2013

Memikirkan Tentang itu..

Salam..
Minggu lepas sempat pulang ke kampung halaman. Seronok bersama dengan mak dan ayah lebih-lebih lagi dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama memang terbaiklah .Banyak nak di kisahkan untuk blog CC tapi keadaan TM di rumah benar2 tak izinkan alahai...

Eh,
tak lama lagi hari mengundi akan tiba korang semua buang undi di mana? Semalam Suri telah beli tiket bas insyallah Suri akan turun Melaka sehari sebelum hari undi nanti. Agak-agak ada sesiapa nak jumpa Suri tak?



Urm..
sedang menghitung hari terakhir berkerja di sini. Rasa sayang tapi terpaksalah hee.. Insyallah ada rezki kita cari kerja lain pula.

Doakan saya semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

Rabu, 17 April 2013

Blog, No. 2 dan TM

Salam..

Ya.. Allah..

12/4/2013 Jumaat_menghadiri bacaan tahlil di tawas, untuk arwah Sahidan.

13/4/2013 Sabtu _barang kali blog cc di muat naik entri masih pada situasi yang sama blog tidak boleh di muat naik gambar. Aku tetap bersabar..

14/4/2013 Ahad_kami rancang nak tidur di rumah kakak ipar. Tidak menyangka hari itu mata ini sakit kedua-duanya baik belah kiri mahupun kanan. Sampaikan terasa kepala ini panas mencengkam.

Malam kami sampai di ipoh..aku on laptop dan internet berkali-kali sehingg aaku naik bosan melakukan aktiviti itu. Aku semakin pelik padahal bayaran tm telah pun di langsinkan tanpa miss.

15/4/2013 Isnin_ cuba call TM katanya line aka ok dalam masa 24jam!

16/4/2013 Selasa_sama keadaan line masih agak menghampakan. Aku tiada daya untuk call tm datang sebab kesihatan kurang baik"

2 Hari tanpa internet, 2 hari mataku sakit, 1 hari juga aku mohon akhir aku dpt mc 2 hari..."

17/4/2013 9.20 pagi _Aku mula berkerja di meja kerja sedang melepas gian untuk berblog tapi agak mengecawakan bila mana blogku tidak boleh di buka sama sekali!!

Aku ingin minta maaf sama blogger jika ada tersinggah sini sebab aku tak mampu nak balas jejak korang kembali. Mana mampu aku akan buat..


urm. rasanya aku tak dpt berblog dri rumah dalam masa terdekat ini sebab si dia kerja di kl jawabnya mungkin 20 @ 21/4/2013 depan warga TM akan datang ke rumah kami.

Alahai..

Khamis, 11 April 2013

Peritnya Bersama Kamu

Salam...

Sudah cukup sudah Suri kecewa sangat-sangat. Beginilah cara bila kesabaran itu semakin memuncak. Nampak gayanya kali ini Admin bertekad  ingin menukar rumah baru. Kata jiran seangkatan rumah baru nampak cantik dan lebih selesa. Insyallah jika ada sebarang masalah akan dapat di selesaiakn dengan segara.

Rentetan dari gambar-gmbar gagal dimuat naik selama seminggu kali ini berlaku pula admin tidak boleh log in blog cahayacinta.com seperti biasa. Paling sakit hati. blog jadi tunggang langgang!..Kesemua suport tiket yang di hantar gagal sama sekali mereka menjawab sungguhpun tempoh untuk reply itu admin tidak menetapkan beberapa hari sebab berfikir mungkin mereka ada masalah yang lebih berat di pihak sana.

Untuk maklumat blogspot akan Suri gunakan sementara menunggu proses perpindah ruamh baru siap sepenuhnya..

Insyallah ada masa Suri akan update entri ini lagi.

Rabu, 10 April 2013

Hydrangea

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pokok bunga tiga bulan atau nama yang sering dikenali dengan hydrangea ini adalah berasal dari Jepun. Antara nama-nama lain yang popular seperti Bigleaf Hydrangea, French Hydrangea, Lacecap Hydrangea, Mophead Hydrangea, Penny Mac dan Hortensia. Menariknya pokok bunga ini sering di taman dikebanyakakan negara dunia dalam pelbagai iklim.
Ha.. satu lagi jangan pula anda tidak tahu di Malaysia pokok bunga hydrangea di kenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah.
Pokok bunga tiga bulan ini mempunyai paras yang agak renek serta memiliki jenis daun yang luruh. Biasanya akan tumbuh setinggi 1-3 m. Daunnya pula berlawanan, ovoid-tirus ringkas, 7-20 cm panjang, dengan tepinya bergigi berbentuk kasar.
Tahukah kawan-kawan setiap bunga yang dikeluarkan sebenarnya menpunyai kadar kandungan yang berbeza bagi setiap nilai PH tanahnya. Misalanya bunga berwarna putih atau dalam julat biru ke ungu ke merah muda ia sebenarnya boleh mempangaruhi paras pH tanah menjadikan bertukar warna yang berbeza dari julat warna yang asal.

Sekiranya dalam tanah tersebut mempunyai lebih asid ia akan mengeluarkan bunganya seakan berwarna biru-kebiruan. Manakala jika tanahnya mengandungi paras alkali tinggi ia akan mula menghasilkan bunga berwarna merah muda.

Sepatutnya entri ini di medan ini tapi blog pula ada masalah huhuhu..

Isnin, 8 April 2013

Titi Gelung Air

salam..

duduk dalam gelung best hee.. skrg gelung ada kt taman permainan sekoalh rendah lagi..



Ahad, 7 April 2013

Tempahan Di Buka !

Salam ..

Produk terbaru dari saya tisu penggantin.. 





Tisu nama dalam proses ...


..berminat sila tinggalkan komen dibawah atau pm di sini

Bakul cinta

Bakul cinta..


Jumaat, 5 April 2013

Al-quran digital

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Masa kecil-kecil dahulu ada juga membaca al-quran tapi itu zaman dahulu kala punya ceritalah. Sekarang rasa keinginan belajar membaca al-quran semakin menjadi -jadi bukan kerana tidak tahu langsung malah jika di panggil guru mengaji ataupun menghadiri kelas bacaan al-quran sendri mahu juga rasa malu itu akan bertandang dalam diri. Bila umur sudah meningkat mulah bacaan tuggang langgan huhu...
Percaya atau tidak hampir dari kita akan tegar memilih untuk mengaji sendiri -sendiri untuk mengelakkan situasi seperti ini berlaku.:-
  • Ah, malu tapi tak tahu? buat apa.
  • Belilah buku Iqra mungkin boleh belajar sikit-sikit.
  • Tiada masa untuk belajar kerana sibuk mencari rezeki.
Apa Yang Akan Anda Miliki?
Apa Yang Akan Anda Miliki?
Tapi sedar atau tidak sebenarnya kita bakal mengudang dosa sekiranya bacaan yang kita baca selama ini adalah salah. Sudahlah tiada guru yang mengajar tapi kita pula memadai membaca ikut rentak kita sendiri. Pendek kata bukan dapat pahala kerana membaca quran tapi mendapat dosa atas kesalahan membaca tersebut.
Bagi anda yang sedang tercari-cari produk al-quran digital Suri ada rahsianya. Insyallah ia akan membantu anda di sini. Jangan tunggu lama-lama kerana produk ini sedang hangat dipasaran!

untuk daftar sebagai ahli affiliate al-quran digital sini

Selasa, 2 April 2013

Aku PCOS

salam..
masa itu makin hampir..dah kerna 4 tahun juga aku menanti untuk menggedong anak lagi dan lagi..
biarkan nukilan itu aku bukukan di sini semoga ada yang memahami mengenal erti apa itu usaha, tawakal dan berdoa..
penghujung tahun sudah aku ada berjumpa doc perempuan swasta. Setelah berbincang aku di beri ubat clomid iaitu ubat untuk suburkan rahim. Aku tidak memilih ubat perancang kerana doc kata clomid cpt merangsang telur a.k.a ovum dan dlm masa sama doc kata ku alami PCOS ciri-ciri ada kt aku :( :(. Dan aku google ..terus akur mmg YA!
Dan bulan berikutnya aku mkn ubt clomid sampailah habis. aku lupa berapa biji huhu. tahu tak mengapa aku stop makan ubat tu lagi walaupun kitaran haid kedua dah sepatutya aku kena makan..
 
aku semakin pelik..
bila aku makan doc sepatutnya kena buat pemeriksaan utk aku sebelum ambil ubat clomid tu. ini tidak dia tak ckp apa2 pun cuma suruh aku makan je ubat tu sampai 3 kali kitaran hiad. nd jika aku tak hamil lagi  maka doc ckp aku kena makn ubat metafomin sori lupa sebutan englishnya huhu..tpi cam tu le bunyi dia. Menurtut kata doc ubat itu ada sedikit campuran dadah dia tak byk tapi tujuannyan utk maintainkan hormon kita supaya kesuburan mudah hamil.  itulah yg aku dpt aku tangkap/faham masa aku jumpa doc kelmarin.
 
sepatutnya begini... aku berani cakap sebab rata-ratanya blogger yang tulis bila seseorang ambil ubat itu doc akan pantau. baik sebelum atau selepas kita makna ubt tu. seharusnya doc akn cek kondisi tubuh kita kt bahagia dalam utk sahkan kita tak ada sakit2 lain. bila done baru doc akan bg kita ubt clomid. and bila kita makn ubat clomid antara beberapa hari hari kita haid , kita  kena pi jumpa doc le. kt situ doc akan pantu kita punya ovum besar mana, apa2 yg berkaitan dg masalah suburlah..pastu baru ada beberapa susulan ujian suntikan ker apa2 lanjutan lagi ujian...
TAPI CERITA AKU..aku tetap terus sambung makan ubat epo dan gla complex. Sebab dalamnya terkandung vitamin e,untuk masalh haid yang tak normal dan sbgya.. Hurm..aku berusaha ke arah makn suplemt sebab doc kata dia tak mendatagkan kesan pada masalah kesuburan tu.. dan untuk simpulannya aku nak jumpa doc klinik no 2 yg lain...
Apa itu PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik?
adalah satu penyakit yang telah lama diketahui oleh pakar-pakar sakitpuan. Namun, hanya dalam seabad yang lepas, penyelidikan berkaitan PCOS makin bertambah dan mula mungungkit minat pelbagai pihak.
 
European Society for Human Reproduction and Embryology (ESHRE) dan the American Society for Reproductive Medicine (ASRM) adalah antara organisasi yang telah lama cuba menyeragamkan diagnosa dan cuba mewujudkan garispanduan dalam perawatan wanita yang menghidap sindrom ini. Usaha mereka akhirnya berhasil di satu sidang kemuncak PCOS di Rotterdam pada tahun 2004.
 
Menurut 'kriteria Rotterdam' tersebut, seseorang wanita harus memiliki sekurang-kurangnya DUA dari TIGA ciri-ciri am PCOS iaitu:
1. Haid tidak teratur atau haid sering lewat (absent)
2. Hiperandrogenisma (keadaan di mana berlaku peningkatan hormon androgen, sejenis hormon kaum lelaki)
3. Ovari polisistik, iaitu, sekurang-kurangnya satu ovari mempunyai minima 12 telur (follikel) atau saiz ovari telah membesar
 
Namun, PCOS masih merupakan satu sindrom dan dengan itu, diagnosa PCOS tidak TERIKAT semata-mata kepada tiga kriteria yang disebut di atas.
 
Berikut adalah antara masalah lazim yang saya kenalpasti di kalangan wanita yang disyakki menghidap PCOS:
1. Pertambahan berat badan yang mendadak (sekurang-kurangnya 5%) .... sering berlaku walaupun wanita-wanita ini tidak mengalami pertambahan nafsu makan
2. Ahli keluarga atau diri sendiri menghidap penyakit Diabetes (kencing manis)
3. Peningkatan pertumbuhan bulu roma yang tidak menyenangkan - roma makin menebal, hitam dan menjadi kerinting. Mula tumbuh di bahagian-bahagian 'sensitif' seolah-olah ada pertumbuhan misai halus atau janggut
4. Central obesity - kaki dan tangan tampak 'slim' tetapi lemak berkumpul di kawasan dada, abdomen dan punggung maenyebabkan wanita tersebut hilang 'shape' (maaf, saya bukan menghina kaum wanita...)
5. Kurang subur. Mengandung pun, mudah gugur.

 
Rawatan PCOS biasanya merangkumi strategi-strategi seperti berikut:
1. Mengurangkan berat badan
2. Ubatan seperti metformin (yang sebenarnya adalah ubat kencing manis) dan pil perancang. Pelbagai jenis pil perancang boleh diguna. Ada diantaranya yang mengandungi ubat anti-androgen (anti hormon lelaki) iaitu 'cyperoterone acetate'. Contohnya adalah Diane 35 (dipasarkan oleh syarikat farmaseutikal Schering) dan Estelle (maaf, saya tidak tahu nama syarikat)
3. Rawatan kesuburan bagi wanita yang mengingingkannya
4. Rawatan jangka panjang, terutamanya dari segi risiko kencing manis, kolestrol tinggi, darah tinggi, penyakit jantung & barah rahim
5. Rawatan kosmetik - juga untuk golongan wanita yang menginginkannya
 
Jenis dan cara rawatan adalah bergantung kepada kehendak pesakit, indikasi perubatan dan pendapat doktor yang merawat.
 
Dari segi rawatan kesuburan, tidak semua wanita yang perlu rawatan secara ubat. Ada wanita yang bijak mengurus berat badan dan ini dengan sendirinya merangsang kesuburan. Dari segi perubatan, bantuan boleh diberi dari segi:
1. Ubat metformin
2. Pil subur (clomiphene citrate) atau Suntikan harian hormon (FSH)
3. Suntikan hCG untuk menggalakkan ovulasi
4. Kaedah laparoskopik (ovarian drilling) - untuk memperbetul ketidakseimbangan hormon di dalam ovari
 
Ada juga doktor yang menggunakan kaedah tambahan seperti pemanian beradas (IUI) atau persenyawaan tabung uji (IVF).
 
Namun, kejayaan rawatan tidak boleh diukur dari segi kadar kehamilan sahaja. Ini adalah kerana kadar KELAHIRAN adalah kurang dari kadar KEHAMILAN. Bukan semua janin dapat bertahan sehingga tempoh matang. Ada yang gugur. Ada yang lahir terlalu pramatang. Ini adalah suatu kelemahan semulajadi dalam kes-kes rawatan kesuburan, apakan lagi kes PCOS di mana telur (ovum) yang terhasil kadangkala tidak sihat dan tidak stabil.
 
Semasa menjalan rawatan kesuburan, doktor biasanya akan memanggil wanita itu untuk datang pada hari ke 9 atau ke 10 untuk 'follicle tracking'. Ini adalah satu proses pengesanan tumbesaran telur (ovum) dengan bantuan alat skan melalui faraj. Skan ini terpaksa dilakukan berulang-kali (biasanya 3 hingga 4 kali) untuk memahami kadar tumbesaran ovum. Apabila ovum telah mencapai peringkat matang, satu suntikan penggalak ovulasi (hCG) akan diberi.
 
Tidak semua wanita yang memerlukan skan sehingga 3 atau 4 kali. Ada kes di mana telur matang dengan cepat.
 
Begitu juga dengan suntikan hCG: doktor kadangkala membuat keputusan untuk tidak memberi suntikan ini, terutamanya dalam kes respons terlalu lemah ATAU respons terlalu kuat (terlalu banyak telur yang matang sekaligus)
 
Kemaskini Sept 2009: Suatu kertas kerja jawatankuasa saintifik RCOG telah menyarankan bahawa metformin BUKANlah suatu rawatan 'first-line' yang disyorkan untuk PCOS. Sila ambil perhatian dan jangan ambil ubat ini tanpa arahan doktor.

Perjalanan aku..

12/2012 jumpa doc girl klinik no 1, aku bg ubat clomind

29-03-2013 jumpa doc girl klinik ni 2, apply  AL_pergi klik yang lain, dia sarankan aku pi jumpa doc pakar sakit puan

12-04-2013jumpa doc girl klinik no 3. apply  AL_aku akn bawa surat ini ke hospital permaisuri bainun ipoh.
 
doakan aku dlm keadaan sabar dan tenang selalu ya. Aku tak kisah sangat jika lambat dpt anak yang kedua ni tapi aku akan berusaha juga. kata orang biar lambat tapi ada hasil. Serius aku tak mampu nak pergi klik berbayar huhu..
moga segla urusan ini akan d permudahkan..

korang yang ada pengalaman jom shere kt sini