Isnin, 30 Januari 2012

Cuti vs Rehat

Salam..


Semakin dekat penghujung bulan januari. Akan datang menginjak bulan februari. Minggu ke minggu berkerja di selang dengan cuti menyebabkan hari yang dilalui sepanjang detik berlalu begitu sahaja..

Usia semakin meningkat..anak-anak mula membesar dengan sebaiknya.. Di rujuk pada kalender cuti bulan februari masa ada lagi bulan yang istimewa kalau bukan bulan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.




Malaysia antara negara yang paling banyak menerima cuti. Baik cuti peristiwa, cuti sekolah, hari buruh, hari lahir dan semua cuti-cuti dicatat pada kalender.

Apa yang peting cuti biasanya di ambil bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama anak-anak dan ibu bapa, merehatkan badan setelah berhimpun kerja yang berlambak di pajabat dan sebagainya.

Rasanya boleh di simpulkan tanpa cuti kita akan jemu pada satu-satu kerja. Ada cuti diharap dapat memberi semangat dan pemangkin pada kualiti kerja kita kelak.

Jumaat, 27 Januari 2012

cuti masa terbaik untuk bermain dengan anak..

salam,
akhirnya suri mmbuat keputusan untuk bercuti hari jumaat ini. selepas puas update blog balas kujungan suri nak bermain dengan anak. Masa yang di peruntukan mesti lama2 hee baru malam rasa seronok.. Jika berkeja rindu kat dia heee..



pada kawan2 selamat bercuti untuk besok hee..kalu ada kering idea apa kata jenjalan sekejap atau bersenam di sekitar taman mana tahu pas ni semua kembali fresh semula.

urm..satu lagi klu mandu kereta tu hati2 jalan raya..tali pinggang keledar jangan lupa di pasang ya.

Khamis, 26 Januari 2012

Masa Mengaut Untung Di Biar Begitu Sahaja

Salam petang..

Update entri dan kemudian balas komen..jalan ke blog kawan-kawan membuatkan anak mata semakin mengecil hi..hihi..setakat inilah yang mampu di gerkan jemari. Insyallah besok boleh sambung lagi.

Rabu kawan depan pejabat Suri tidak membawa bekal. Suri bawa bekal habisnya pagi tadi tak sempat di bawa ke belah tengahari huhuhu..



Lihat peniaga melayu berniaga di bawah sana masih tutup gerai jualan mereka. Hari ini hari khamis keadaan yang sama berlaku lagi. Kata Suri rugi orang melayu tidak berniaga sebab dah tentu jika mereka berniaga mereka dapat kaut untung lebih sebab peniaga cina sah-sah tutup kedai sampai hari jumaat ini. Dan ramai juga pekerja cina yang masih berkerja waktu bercuti ini.

Orang melayu punya cuti berniaga mengalahkan orang cina sambut tahun baru..

Rabu, 25 Januari 2012

Ada Di Sini..

Salam..

Setelah lama bercuti kini masa untuk beraksi di medan blogspot keh..keh..keh.. Lama bercuti sampai membawa diri ke ibu kota. Setelah behempas pulas memgembirakan hati anak serasa mahu sahaja menjaga mereka selalu dan sampai bila-bila. Tapi apakan daya jika tidak berkerja payah juga ingin menyimpan wang ataupun menjana eknomi keluarga huuu..



....Selamat kembali pada bloger yang baru masuk berkerja hari ini.

...And masa untuk Suri balas komen di blog cahayacinta.com pula setelah letih membaca dan meninggalkan sisa komen di beberapa laman sensawang kawan.

Blog dah macam tidak bertuan hee..sori bukan tak mo balas tapi need rest je lebih

Ahad, 22 Januari 2012

Kerjanya Keluar Masuk Dapur

Salam..

hee pagi2 bangun agak lewat pekena cerita yang di baca memang menarik hee..

Tengahari ada nota kt peti ais apa lagi selepas membuat mee kari Suri masak masakan yang diingini. Setelah selesai berehat di ruang tamu sambil2 layan blog sekejap. Hujan mula rintik2 perut mulai lapar detik jam 5 petang.



Apa lagi selongkar punya selongkar ada sisa jagung kering. Hari tu buat sikit perisa karmel, kali ini suri ubah sikit perisa cokelat yumieee..

Adeh..letih skit...

Jumaat, 20 Januari 2012

HoreYYY!!

Salam..

Jumaat hari last berkerja. Minggu depan hari rabu 25/1/2012 baru mula berkeja semula. Tapi.. bos bagi cuti katanya you ambil annual leavel boleh je.

Suri nantilah akan di pertimbangkan. kalau mahu cuti pun tidaklah seminggu tapi kira-kira kemungkinan hari jumaat 27/1/2012 mungkin cuti heee..



Walaupun bos jim cuti lama sesekali mood terasa best bila berkerja gi pejabat datang tak buat apa-apa hee.. Kalau duduk rumah bosan pula asyik pas masak, makan, solat.. tidurnya aja hee.

Selamat berhujung minggu semua untuk besok heee

Khamis, 19 Januari 2012

TIdak Seperti Biasa

Salam..

Semalam tak sempat update kat sini heee.. Pulang dari kerja sampai rumah terus je ceruk dapur untuk masak menu makan malam anak. Memang tidak plan apa-apa cuma malam tu kena tidur awal sebab besok kena bangun pagi hantar anak ke rumah pengasuh menaiki basikal heeee...



Pas makan rasa kepala jadi megong jap huhu..terus tido bila semua tugas2 sudah selesai alahai.. Besok kerja..kerja jadinya lama2 mata terlelap dan tak sempat naK berjalan2 ke blog mmber huhu..

SoRRY..

Selasa, 17 Januari 2012

Selamat Hari Lahir Sayang 17/1/2009

Salam..

Dia penyejuk..dia manis...dia juga sinar cahaya..






Semoga menjadi anak yang patuh pada perintah agama dan taat pada kedua ibu bapa.Amin.

Jumaat, 13 Januari 2012

Syok Tido Time Bos Tiada..

Salam..

Hari ini Suri kurang sihat. Cam tidak seronok jer nak jalan2 Kesana-sini. Tapi setakat ini jalan je mana yang mampu di jejaki heee. Tapi pas makan tengahari sempat gak tidur seketika. Bila reda makan ubat baru ada motivasi nak bangun dan solat zohor huhuhu..



Mujur bosnya masuk jam 11 pagi tadi kira masih ada ruang dalam fikiran boleh tidur lama sedikit hee.. Tidak mengapa sebab besok cuti maka bolehlah jalan2 ke blog kawan-kawan kata Suri dalan hati.

Selamat berhujung minggu semua.

Khamis, 12 Januari 2012

Bila Hujan..

Salam..

Sejak dari pagi Suri minum air kosong yang dibawa dari rumah. Rasanya tekak dahaga sangat. Sudah menjadi kebiasaan bila minum air mesti akan masuk keluar tandas hiii. Tapi harini lain kisah. Bila turun bawah teman kawan beli mee goreng baru sedar hujan turun rupanya hiiii..

Teruk! hujan turun tidak sedar kata suri dalam hati. Tapi kalu petirnya berdomtom kuat barulah rasa bunyinya menebusi lobang telingku.




..Bila hujan para peniaga akan merungut nampaknya rezeki hari ini sedikit kencang.

..Bila tukang kebun menguruskan kebunya berekar, yang mengusahakan tanaman dalam skala yang kecil mengutip syukur. Katanya "molek benar hujan jadi tidak perlulah aku keluar rumah untuk menyiram pokok dan tumbuhan di luar sana tu. Air pun dapat di jimatkan."

..Bila anak kesekolah. Anak pula rengek nak bangun sikit punya susah heee.. Katanya alah ayah hari ini datang lambat tidak mengapa sebab cikgu tahu asal hujan boleh masuk kelas dah lambat sikit. Cit! Ini adalah petanda anak-anak banyak cipta alasan or malas nak datang sekolah? hiii..

..Bila golongan sederhana berkata hujan. Itu bermakna atap mereka sudah bocor di limpahi denai air bertitik-titik membasahi lantai rumah..

..Bila hujan meneggelamkan sebahagian rumah setinggan..kedai-kedia runcit semua orang mulai susah hati tika memikirkan ganti rugi yang bakal di ganti..baiki mana yang rosak di congak sudahlah pasti.



Kehadiran hujan sering kali di persalahkan. Ada juga kedatangan ia tidak di sukai. Malahan paling kurang merasai nikmat ini yang harus dilitupi dengan perasaan kasih padaNYA hatta syukur di dasar hati jauh sekali.


Setiap yang turun ada rezekinya, begitu juga setiap yang kemarau ada sebabnya. Begitulah kehidupan terkadang apa yang kita inginkan tidak semuanya menjadi tapi apa yang kita buat haruslah berlandaskan hati yang bersih..tanpa banyak bicara tapi melakukannya dengan penuh tawaduk. Insyallah segala bakal kita harung akan di permudahkan olehNYA. Amin.

Rabu, 11 Januari 2012

Jemu..Mengapa Engkau Jemu

Salam..

Terima kasih sangat-sangat pada yang sudi menjegah blog yang tidak seberapa ini. Hurm.. hari ini Suri tidak membawa bekal. Tapi hajat anak tekak nak makan masakan orang lain pula. Apa deh beli lauk dan kemudian tapau makan kat pejabatlah maknanya tu heee...

Bila terbiasa beli lauk kat mak cik ni tetiba pula anak tekak mintak di hidang dengan menu yang lain pula. Suri mulalah membuat pesanan nasi goreng cina satu!

Kawan sebelah pejabat ini cakap hai..asal pulak makan tengahari dengan menu bernasi goereng ni? Suri gelak2 malu..


Alah dah selalu makan benda yang sama rasa jemulah pulak.. Dia menoleh Suri katanya ye juga hari-hari lauk yang sama menu yg sama memanglah serasa bosan. Sesekali tukar citarasa makanan or minuman tak salah hee...





Suri bisik2 jangan tukar macam2 sudahlah ye hik..hik...(tawa 2 mak dara cuba mengawal riak)


TAPI..
klu hang yang dah kwin tu rasa jemu pada pasangan dan nak cari nahas memanglah Suri tak galakkan sama sekali hee.. Bagi pandanga suri jika jemu baik kita tukar pada revolusi yang baru.

Jika masakan sama apa kata kita tukar sesekali menu yang lain dari yang lain.

Begitu juga cara penampilan kita kalau kita selalu sama je sepanjang tahu orang yang memandang pun jemu hee..silap hari kita nak poteng keje orang pun kenal yang berbaju merah belang tu seluar hitam tu mesti si Ahmad!

Jemu memang boleh kata cepat bosan ada masa buat keadaan tambah suram terutama dari segi kerjaya, jati diri..rumahtangga. Jadi carilah cara yang terbaik untuk atasi jemu anda sebelum perasaan jemu makan diri heee..

Selasa, 10 Januari 2012

Rindu..Pada Blogspot..

Salam..
Masa sengkang banyak sangat hari ni hee. Maka update blog blh rempit di sini.. Cuma blog anak tak sempat nak mengomel hee..

Tunggu punya tunggu banyak dairy dia yang terlepas nak update aduh...



Minggu lepas balik ke melaka. Alahai pi urut badan kejap sebab tahun lepas ada jatuh kat bilik air. Itupun dah lama jatuh baru nak pi urut. Bila dah pi berurut rasa badan lega pula hahaia....Tak tahu kenapa nak rasa urut sebab rasanya takut badan terseliuh kot hee...

Erk.mujur murah sekli urut di cas rm 20.oo hee oklah tu. Kalu hari-hari urut aku mau haaaa..

Korang pernah berurut? urut kaki lain cerita ini urut satu badan time jatuh ke..heee..

Selasa, 3 Januari 2012

Gara-gara minyak wangi

Salam..
hari sempat update blog walau sibuk tapi dapat curi masa sikt jadilah kat blog cinta. Pagi rasa ok tapi waktu tengahari pening2 rasa pitam heee..

Gara-gara semburan minyak wangi agak bau terllu kuat, terus pening kepala sampai ke petang.
*Kerana hal itu suri tidak dapat berjalan ke rumah blog kawan2.

*Kerja pejabat tidak dapat disiapkan. Mujur ada satu je tak banyak. Urm..nampaknya besok pagi pas sarapan kena buat cam lipas kudung haaaa

*Dua kali suri tertidur di pejabat tengahari dan lepas solat zohor huhu...


Wah memang frust sekali tapi tak mengapalah esok masih ada.

pst..mmg dari dulu tak blh pakai myk wangi nak pakai setitik dua blh jer. Tapi deodart tinggal paras sesak tu yg pakai myk sembur huhu..

Isnin, 2 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam..
Tahun baru malam itu Suri dan keluarga tidak kemana-mana sebab memikirkan pasti jalan sesak dengan orang ramai huhu. Bawa anak lagi lecehkan heeee..

Bukan Suri jenis tidak suka bawak anak ke sana sini tapi Suri pening tengok orang ramai-ramai panas, kerumun eii..



Tapi esokkan suri bawak anak ke gunung lang tapi sayangnya bot nak ke taman seberang sana rosak huhu..Ikutkan kami sudah datang ke sini sebanyak 2 kali tapi kedatangan yang pertama tu kami cuma pusing-pusing sekitar parking jer..tapi tulah tak sangka kedua kali datang jadi begini.

Dan balik kami terus pulang rumah huhu..

Tahun baru sahabat pergi kemana?