Rabu, 31 Julai 2013

Maafkan Saya..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri sedang memikirkan sesuatu..untuk masa hadapan insyallah lepas raya nanti perkara ini akan di beritahu kelak. Harap akan ada kekuatan di situ. Ada yang lama tak akan di buang tapi yang baru tetap menjadi perhatian..




Terasa sebak untuk di nyatakan di sini bila ramai yang cuba hadirkan diri di belog cinta tapi gagal...maaf untuk sahabat semua kerana suri tidak terdaya untuk pergi ke semua belog seperti hari-hari biasa..sebab mood berbaki yang ada ini agak slow..dan hanya mampu melakukan minat itu hanya di medan blogspot dan singgah 2 ke 3 buah blog sahaja.

Mohon maaflah sangat-sangat...

Selasa, 30 Julai 2013

Tertinggal vs Not Fair

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Payah pula semua perkara yang tercatat tertinggal. Apa yang tertinggal. Telefon bimbit Suri tertinggal di rumah mak mertua. Ya, Allah sabar sahajalah. Sudahlah kata laluan wordpress yang terbaru update dalam itu ini ha bila keadaan kecemasan nak login blog pun tak boleh ar...apa lagi nak buang kod-kod virus yang seangkatan di dalamnya tu.

Sakitnya jiwa..
Tiada cara lain ker untuk dapatkan kata laluan baharu untuk masuk ke dalam blog Suri tu. Padahal tanya pada otai dia pula terus offkan fb. Gerr sakitnya hati nampak sangat nak bantu kita macam tak bersungguh-sungguh padahal benda ini under mereka. Kalau kata mereka tak boleh dapatkan kata lalun dari blog Suri dan mesti dapatkan kata laluan baru ( dalam hp Suri) cakap jelah macam tu. Maaf cik saya tak boleh bantu. Ok Suri tak kisah dan faham.. Ini matikan diri macam itu jer! 


Tidak kisahlah bagaimana teruk pun perkhidmatan anda tetapi orang "sedang menggunakan khidmat" anda maka anda perlulah jaga hati pelanggan dengan sebaiknya. Ini buat hati pelanggan sakit hati dan reputasi semakin teruk lagi adalah. In kes kalau orang sudah tahu yang perkhidmatan yang di sediakan tidak bagus anda kenalah mencuba baiki dan menjaga hubungan pelanggan dengan sebaik yang boleh. Ini seakan menolak bantuan pelanggan seperti anda melepaskan tanggungjawab pada pelanggan / pengguna sebulat-bulatnya. Anda mestilah pikir kami telah membayar bukan kami tidak bayar maka kami TIDAK WAJAR mendapat layanan seteruk itu.

Ini tidak adil..tapi kami sebagai pengguna tetap bersabar...

Isnin, 29 Julai 2013

Blog Sakit Tuan Pun Sakit

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sungguh rindunya aku pada belog cahayacinta.com..Namunku teruskan mencampakkan kata-kata itu di sini. Tanggal 26.7.2013-29.7.2013 belog sana tidak dapat di buka lantas dimanakah hala tuju yang harus aku harapkan..?

Aku masih bingung mungkin saat ini aku akan terus bergoyang kaki lagi dan melupakan dunia belog untuk seketika. Keadaan kesihatan aku pun semakin agak kurang memuaskan sepulangnya dari kampung mak mertua. Sungguh tidak boleh rehat sebab memikirkan jahit baju anak dan jubah aku masih belum dapat di selesaikan lagi...




Kad raya untuk bonda dan ayah tercinta..
Tahun ini kalau tak sempat mesti beli juga kalau tak done..kalau done pikir nak buat jugalah...insyallah kalau di beri kesihatan yang baik.

Ya Allah sungguh aku rindu pada cahayacinta.com.

Jumaat, 26 Julai 2013

Aku Tidak Rela Melepaskanmu!

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Susahnya nak dapatkan kekasih hati tambahan pula si dia sudah berpunya. Dalam hati berharap dia akan jadi milikku akan tetapi ia sekadar mimpi yang tidak bisa untuk di gapai.

Mungkin aku sanggup melihat dia gembira andai jika itu pilihan hati yang dia puja..

Aku terpaksa redha dan melepaskan ia dalam keadaan rela dalam terpaksa...

Tunggu dahulu!

Apa kata anda mencuba menawan hati dia kembali..eh bukan setakat bagi bunga, mengguntum ayat yang yang terbaik akan tetapi pergunakan ayat pengasih yang ampuh lagi terkulai jiwa dan hatinya pada anda semula.

Jika anda berminat ilmu itu boleh anda dapatkannya di sini .


Kita memang tidak di galakkan merampas hak milik orang akan tetapi jika kita berusaha pada jalan yang betul dan jodoh itu sudah ketetapan ia milik kita tiada siapa yang mampu merubahnya, betul tak?

Dalam islam kita digalakkan jangan berputus asa dan mencuba mencari pasangan yang serasi serta berlandaskan pasak agama..

Moga-moga niat dalam hati kita untuk mencari jodoh yang terbaik akan temui dan di permudahkan.

Mudahnya Menjana RM Dari Internet !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Dunia arus kemodenan semakin bertambah maju. Pergerakan yang kian pantas ini turut merubah posisi pasaran yang lebih cenderung kepada perkhidmatan di jaringan maya. Tahukah anda salah satu cara untuk manjana duit melalaui  komputer ialah dengan menyertai program JomNiaga.com.


1) Untuk memulakan perniagaan dari rumah anda melalui jom JomNiaga.com. anda perlulah mendaftarkan diri sini.



2) Anda perulah mengisi butiran diri dengan lengkap dan kemudian akan menerima pengesahan dari admin  JomNiaga.com dan anda bolehlah terus memulakan program mempromosi jualan affiliate  tersebut.

3) Bahagian Marketplace/Pasaran adalah pilihan yang terbaik untuk anda memulakan proses mempromosi produk jualan affiliate berdasarkan niche dalam blog Anda.




4) Sila pilih salah satu produk yang anda minati dan klik pada tajuk tersebut untuk mendapatkan links, banners ataupun text Ads untuk di letakkan dalam setiap post ataupun di bahagian si debar anda.




5)  Pasang WordPress Plug-in JomNiaga.com biasanya ia boleh digunakan untuk self hosted domain sahaja.

Berminat ingin mulakan perniagaan internet daftarkannya di sini. Yang bestnya pendaftarannya ini adalah PERCUMA !

Khamis, 25 Julai 2013

Tak Nak Tapi Terpaksa Hadap !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Allah sedang seronok berblog tetiba jam 9 pagi blog tak boleh di masuk seperti biasa. Kenapa padahal sudah tukar kata laluan yang baharu lebih ketat pada bulan lepas..


Baik clearkan apa yang patut dalam laptop. Scan bagai dan cepat menghantar suport tiket pada mereka dengan segera. Harap respon dari aku mereka akan jawab dan baiki dengan pantas..

Mustahil kod2 nuff bisa mengganggu blog gua? aku tak rasa begitulah..

Aku berharap sangat..

Sungguh diri ini tidak berdaya..bila hari ini demam kembali menguji diri..



Rabu, 24 Julai 2013

Di Lupa Jangan . . .

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Saat pulang ke kampung halaman rumah mak mertua bakal tiba... Bila semua telah siap maka kami dnegan senang hati bakal bertolak pada petang ni nanti.

Tapi jangan di lupa sebelum pulang beraya silalah tinggalkan keadaan dalam rumah anda dalam keadaan selamat..



Kepala gas di tanggalkan.
Lampu bilik air hadapan di buka.
Tutup suiz elektrik yang sering di pakai seperti periuk nasi, pemanas air dan sebagainya. 

Ah...baru sebahagian sahaja jangan di lupa bawa baju raya, kuih raya, duit raya nanti kalau terlepas payah juga nak patah balik...mahu juga harung tarfik yang sesak nanti...

SELAMAT BERHARI RAYA !!

Isnin, 22 Julai 2013

Tabirnya Akan Tersingkap Jua..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah hari ini keadaan beransur baik. Mana tidaknya semalam hati senang sebab dia rajin mengemaskan rumah untuk saya. Padahal waktu itu saya tak rehat sangat tapi menjahit baju anak dengan kesungguhan yang jitu..

Saya masih menunggu rezeki itu akan tiba tapi sampai bila semua ada tapi yang satu cukup lambat pada masa sama semua orang meriah dengan hasilnya tapi kedaan saya amat mendukacitakan.



Entah, tak akan pernah berhenti mencuba mencari rezeki..walaupun sakit hati dengan tingakah manusia..saya akan tetap bersabar juga. Insyallah akan ada. Jika tiada saya rasa mungkin doa dan terus berdoa sahaja. Tiada senjata yang mampu saya hunuskan tapi doalah mampu Maha Kaya Mendengar..

Saat yang begitu lama saya belajar bersyukur..jangan riak dan bangga diri apa yang kita ada sebab satu ketika nanti kita akan jatuh terduduk si situ kita akan tahu mana letaknya maruh diri kita..Bersederhanalah sering saya pujuk hati..

Pasti Pencipta ada di samping saya..

Sabtu, 20 Julai 2013

Bila Sakit Itu Menguji Kita

Salam..

Ya Allah..sakit sungguh kepalaku ini..sana sini bertampal hii..Apa pun blogspot Suri hadap dulu. Kaedah kedua barulah Suri bukan blog cahayacinta.com. Sudah tentu update entri baharu perlu di pikirkan..dan diiringin dengan balas komen dalam belog..dan kemudian di akhiri dengan membalas kunjungan ke blog rakan-rakan blogger.

Oh, sungguh tidak larat handle ketiga-tiga belog dengan kerja menjahit baju kurung anak dan jubah rayaku yang masih belum sudah. Tapi mujurlah sepasang jubanh kembang payungku hampir nak siap tinggal nak buat lengan cuff. Baju anak sikit lahi nak hadap. Moga di permudahkan amin.


Hari ini rest tak mahu layan belog sangat. Insyallah kalau lengan, bahu, tarak sengal-sengal, tapak kaki tarak sakit dan mood stabill insyallah dah boleh buat kerja cam biasa heee...tapi sikarang mood down sedikit..

Selamat berpuasa dan rebutlah bulan yang indah dengan memperbanyakkan amalan. Tak kira melakukan sedekah, membaca 30 juzuk al kitab dan bertasbih padaNYA moga-moga amalan kita di terima olehnya. Untuk ingatan diri  saya yang hina moga kita akan jadi tetamu di sana nanti.

Jumaat, 19 Julai 2013

Internal Server Error Jahit 5 Baju Dengan Pantas

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ya, Allah Suri tak kisah eh blog down (Error establishing a database connection..) Pasal sudah berikan suport tiket pada Favio. Lepas selesai  update blog ini Suri plan mau lari jahit baju kuruang tradisional anak sebanyak lima pasang huhu...



Jangan membuang masa ia ibarat emas muhii.. rasa bagus kalau selak baca alq uran molek juga satu hari satu juzuk.padahal diri sendiri masih tak lepas Surah al baqarah lagi whoo..









Selamat beramal..insyallah jika diberi keizinanNYA Suri akan jejak blog korang sampai lebam, jadi sila jaga-jaga.


Berminat nak buat baju kurung ke laman ini

Panahlah Gecko !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ada seorang wanita masuk ke rumah Aisyah, dan dia melihat di suatu sudut rumah tersebut tersandar sebuah anak panah. 

Lalu wanita itu bertanya kepada Aisyah: "alat pemanah ini untuk siapa?" 

Lantas Aisyah menjawab: "Panah ini kami gunakan untuk membunuh cicak."

Selepas Aisyah menjawab pertanyaan itu dia seraya mengetengahkan hadis dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda:

"Ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api, maka semua binatang berusaha memadamkan api itu, kecuali cicak. Sesungguhnya ia meniup-niup api pembakaran Ibrahim (supaya ia tidak padam)."                                                                                                                                 (HR.Ahmad)

RM21.00 Sahaja

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Puasa..puasa juga tapi janganlah terlupa untuk membayar zakat fitrah ah. Jika anda mampu untuk membeli beberapa pasang pakaian baharu, kasut baharu mustahil untuk mengelurkan zakat merupakan tindakan yang berat untuk anda laksanakan. 

Sebelum  tahun yang sudah kami beraya di melaka, jadinya untuk tahun ini kami tidak membayar zakat pada amil iaitu ayah Suri. Sebab tahun ini kami beraya di Ipoh dahulu. Kiranya Suami tahun ni membayer zakat ni masjid negeri Ipoh..

Alhamdulillah lega hati mendengarnya..Suri pun sudah tidak risau akan hal ini lagi.


Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda dalam membayar zakat?

Khamis, 18 Julai 2013

Ovipositor !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

gambar cengkerik betina yang mempunyai organ bertelur yang panjang seperti jarum dipanggil "ovipositor"

Rabu, 17 Julai 2013

DIY Getah Rambut

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Perkara yang di nantikan telah tiba..


Toturialnya ada kt sini dah

pStt..ada sesiapa yang berminat untuk tempahan door gift sila pm sini

Isnin, 15 Julai 2013

berbuka dan plan buat diy

salam..
saya plan nak buat popia tapi barang yang di beli kelmarin tertinggal di rumah kakak ipar hua.. jadi hari plan masak char kue tiew hurm... air pula buat air tea ais..


hari ini kurang penat sebab tertidurkan anak saya terlajak tidur dari jam satu sampai jam 3 petang hihii..sebab lepas sahur tidur tak tentu arah kerana menjaga anak kurang sihat alahai..

urm..diy saya dah menjadi nghee... sempat lagi tu sambil berblogging pegang mesin jahit haa.. alala..

ok cau!

Jumaat, 12 Julai 2013

Penawar Untuk Anak Degil

 Salam..

Sebagai seorang ibu bapa terkadang sering geram dan lelah dalam melayan karenah anak-anak. Sampaikan terluah kata-kata anak kita ini seorang yang degil, buas dan segala macam ayat tidak enak di dengar barangkali kita pernah terlepas kata tapi mereka faham yang mereka sedang di persalahkan.

Bukan itu sahaja malahan pernah satu tahap bila fikiran kita mula merewang mulalah kita sebagai ibu bapa akan mula membezakan anak-anak kita dengan orang lain terutama dari segi kepandaiannya, tingkahlakunya, kecekapannya cukup berbeza dan sebagainya. Sebenarnya kita silap seharusnya kitalah yang memperbaikinya dahulu kerana kita adalah kedua ibu bapa mereka mengapa tidak jika bukan sekarang kita masih belum terlewat untuk merubahnya..

Perlulah kita ingat kehadiran anak-anak itu satu anugerah dan memang sebegitulah naluri kenakalan mereka. Sabarlah wahai ibu dan bapa bagi yang cukup peka mendidik anak-anaknya pada jalan yang benar lagi baik tingkahnya moga -moga penawar yang Suri sediakan ini dari Ustaz Sharhan Shafie mampu menangani situasi anda. Insyallah.
  1.  Al Fatihah
  2. Ayat Kursi
  3. Surah Al-Isra' ( Ayat 82 ) sehingga ke ayat "lilmu'uminin"





(82) Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

 Kemudian di hembuskan bacaan itu pada makanan dan minuman anak-anak.

Selasa, 9 Julai 2013

Homemade Baju Kurung

Salam...
Semua sedang berjalan agak perlahan-lahan. Seperrtinya ketam aku pun berjalan terkedek-kedek sebab kesihatan masih di tahap 60% lagi wahu.. Sob..sob..sobar..

Gian pada belog masih pada tahap 60% manakala untuk menjahit mood tinggal 20% jer lagi..kraf sale produk 20%


Insyallah semua akan berjalan baik. Betullah kata orang kalau badan tak sihat susah kita nak fokus pada satu-satu kerja hii..tapi mujurlah mood bangun pagi selalu ceria dan bersemangat selalu.

Akan datang..
Sedang mengerjakan baju kurung tradisional anak ini. Eh, mana gambar dia heee..


berminat nak buat baju kurung ke laman ini

Ahad, 7 Julai 2013

Kerana Sakit Yang Mencengkam..

Salam..

Allah terasa malam tadi aku seperti ingin di jemput olehNya.. Dada semakin sesak..batuk-batuk dan bila membuang lebihan batuk terkeluar pula lendir kahak berwarna kuning. Aku semakin pelik tidur pun tidak boleh terlenntang bagai hanya bisa tidur mengiring sebelah kanan.

Entah apa punya dugaan sehingga sekarang menyedut nafas dan udara semakin sesak..sakit..mungkin untuk dua ke tiga hari aku tidak mampu berjalan-jalan ke blog kawan yang lain.



Mungkin aku perlukan rehat...rahat..Insyallah lepas habis oder barang kt kl kami akan bertolak ke ipoh sekitar jam 4 petang.

Sampai jumpa lagi..

Sabtu, 6 Julai 2013

Ungu Yang Menikam Sukma

Salam,

bawah bunga apa?


adakah poko bunga seri pagi? cantik tak? rasanya mau buat peten ini kt tempat letak kereta jer heee..garaj umh cantik gak walaupun ada sekangkang kera untuk buat hiasan..

hurrm...
 

Jumaat, 5 Julai 2013

Sausage Cheese Sticks..

Salam..

Tadi dah buat resepi ini uh memang terbaik. Padahal saya dan copy entri kt sini, gambar pula tak ada heee.. Tunggulah sabar ya..

Kita cek bahan-bahan yang d perlukan:-
  • 4 keping roti digelek nipis 
  • 4 keping cheese 
  • 4 batang sosej 
  • 1 biji telur dipukul 
  • 2 sudu besar serbuk roti 
  • sedikit serbuk lada hitam
Kaedahnya:-

1. Di atas roti yang digelek nipis diletakkan sekeping cheese,kemudian taburkan serbuk lada hitam. 
2. Letakkan sosej dan gulung kejap. 
3. Celupkan ke dalam telur dan golek dengan serbuk roti...goreng!! 
4. Bila masak,toskan dan potong menyerong.Hidangkan..


Hasil kerja tangan tersebut boleh di lihat di sini Kredit tuan blog ini

Be Strong

salam..
uh sayunya hati..dalam jiwa bagai benang kait yang berselirat tak tahu mana satu ujong mana satu pangkalnya..

dilema  tidak suka pun ada tak suka puna da..eh macam mana tu aku tak tahu..Ater nampak gaya aku kena maka epo balik dah ini



take note..
  1. kata mmber mesti makan masa haid pertama pas dah bersama kita mesti stop! takut2 masa tu terlekat huhuhu..
  2. kaedah kedua makan balik epo tu semula bila haid kita dtg...
Ayuh mencuba wahai ibu2 yang sedag TEGAR makan produk EPO ni hee.. aku stop pastu makan balik memang sengal sungguhlah aku ni...btw itu rezeki masing-masing. Mood datang nak hamil balik dah kembali bila dapat tahu member hamil makan benda alah ini..ei sabar jelah..


jom cari mood balik kengkawan..ada masalah yg sama jom komen di bawah

Khamis, 4 Julai 2013

Baju Kurung Tradisional

Salam..

Baju di bawah sudah siap..rasanya tunggu tuannya pakai sepenuhnya..tapi tuannya lari keliling sofa..meja makan huhu...



 Psstt..link pola potong baju anak di sana baju raya tahun lepas sini

Gambar penuh  buat baju kurung insyallah suri akan muat naik kemudian nanti. Ini dok jenuh menunggu anak suri punya mood masih tak mari2-mari lagi huhu.. kalau ikut geram dalam hati cek mahu bedung dia pastu pakaikan dia baju kurung tradisional ini. hee..



berminat ingin membuat baju kurung sendiri bolehlah ke lama ini






Isnin, 1 Julai 2013

Daging Masak Sos Lada Hitam

  • 350 gm daging - bersih dan rebuskan hingga empuk
  • Sedikit air rebusan daging - secukupnya
  • 1 biji lada benggala hijau/merah
  • 3-5 sudu besar sos lada hitam
  • 3 sudu serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang holland dimayang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • BAHAN DIHIRIS :
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih


CARA MENYEDIAKAN :
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar,bawang putih,halia..tumiskan hingga naik bau..
  3. Kemudian,masukkan sos lada hitam,serbuk lada hitam,sos tiram,sos tomato dan kicap manis,diikuti sedikit air rebusan daging..
  4. Kemudian,masukkan daging bersama lada benggala..kacau hingga sebati..
  5. Akhir sekali,masukkan bawang holland yang dimayang …kacau sekejap dan bolehla diangkat..
  6. Siap untuk dihidang..
kredit : kongsiresepi & cara masakan Suri dan gambar ada di sini

Masuk Saku Lagilah...

Salam..

Syukur bayaran komisyen  Kerja Sambilan Di Rumah telah masuk terus ke akaun Suri.

Alhamdulillah inilah namaya rezeki bila kita berusaha.


Masa inilah kita mencari sumber kewangan untuk duit poket sendiri dengan dua pilihan ada di sini. Sekirnya  anda masih ragu-ragu bolehlah ke medan ini .

Berminat bolehlah daftarkan diri di sini



Moga Ia Akan Kekal Begini

Salam..

semalam hari suka anak kt tadika..tiada apa best memang semuanya seronok belaka.

Namun agak sedikit terkejut bila jiran lama dulu kini menegur kami. rasa amat terkejut..kami harap ia adalah tanda sebagai dia tak akan berpaling muka pada kami lagi.



kami tak ada simpan apa-apa anggap jiran,..dialah akan membatu kami susah nanti..manalah tahukan...

syukur..rasa bahagia sangat-sangat..