Jumaat, 19 Julai 2013

Panahlah Gecko !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ada seorang wanita masuk ke rumah Aisyah, dan dia melihat di suatu sudut rumah tersebut tersandar sebuah anak panah. 

Lalu wanita itu bertanya kepada Aisyah: "alat pemanah ini untuk siapa?" 

Lantas Aisyah menjawab: "Panah ini kami gunakan untuk membunuh cicak."

Selepas Aisyah menjawab pertanyaan itu dia seraya mengetengahkan hadis dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda:

"Ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api, maka semua binatang berusaha memadamkan api itu, kecuali cicak. Sesungguhnya ia meniup-niup api pembakaran Ibrahim (supaya ia tidak padam)."                                                                                                                                 (HR.Ahmad)

2 ulasan:

akubiomed berkata...

Cicak tidak boleh dipercayai. Selain najis selalu bersepah merata-rata.

cahaya berkata...

tak elok di jadikan ia sbg haiwan teladan. sikap pengotor dah satu hal huhu..