Jumaat, 12 Julai 2013

Penawar Untuk Anak Degil

 Salam..

Sebagai seorang ibu bapa terkadang sering geram dan lelah dalam melayan karenah anak-anak. Sampaikan terluah kata-kata anak kita ini seorang yang degil, buas dan segala macam ayat tidak enak di dengar barangkali kita pernah terlepas kata tapi mereka faham yang mereka sedang di persalahkan.

Bukan itu sahaja malahan pernah satu tahap bila fikiran kita mula merewang mulalah kita sebagai ibu bapa akan mula membezakan anak-anak kita dengan orang lain terutama dari segi kepandaiannya, tingkahlakunya, kecekapannya cukup berbeza dan sebagainya. Sebenarnya kita silap seharusnya kitalah yang memperbaikinya dahulu kerana kita adalah kedua ibu bapa mereka mengapa tidak jika bukan sekarang kita masih belum terlewat untuk merubahnya..

Perlulah kita ingat kehadiran anak-anak itu satu anugerah dan memang sebegitulah naluri kenakalan mereka. Sabarlah wahai ibu dan bapa bagi yang cukup peka mendidik anak-anaknya pada jalan yang benar lagi baik tingkahnya moga -moga penawar yang Suri sediakan ini dari Ustaz Sharhan Shafie mampu menangani situasi anda. Insyallah.
  1.  Al Fatihah
  2. Ayat Kursi
  3. Surah Al-Isra' ( Ayat 82 ) sehingga ke ayat "lilmu'uminin"





(82) Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

 Kemudian di hembuskan bacaan itu pada makanan dan minuman anak-anak.

Tiada ulasan: