Sabtu, 30 Mac 2013

Sarung Tangan Yang Sweet Bangat

Salam,,
ini paten Cik Suri..

Selalu orang buat satu layer jer tapi idea suri nak buat 2 layer gitu hee..

mari cuci mata >___<





Ini di homemade 90% guna tangan. Cuma part klim jer pakai mesin jahit tepi heee...


Sarung Tangan Muslimah

salam..

Ini adalah design terbaru produk Suri. Baru dapat tempahan dari kelantan. Ini oderny last minute huhu...mai kita tengok hasil sarung tangan tersebut.


biru tqus..

Khamis, 28 Mac 2013

Merenung Aku Dari Jauh...

Salam..
kehidupan akan terus berjalan..berjalan tanpa henti atau lelah sekalipun..

benarlah kata org bila orang tak suka dia tak akan mampu untuk memandang kita.. ya.aku benar2 terasa..selalu bos nk klr dari pejabat dia akn ckp kat pekerja bahagian lukisan pelan ada 3 org staff kat situ see you tomorwo.., manakala aku bahgian depan skli mmg agak sedikit berpecah dgn department lukisan pelan.. kali ini dia tak ckp kat aku see you tomoroh huhuu..



sedikit kecil hati aku lemparkan jauh-jauh... yakin sebab itulah dia ada kata masa aku bgi surat letak jawatan company dah tak perlukan you bt apa you duduk sni lagi..hati dah tak ada nak berkerja kat pejabat ini lagi. peh sungguh lantang kata2 nista itu. ikutkan aku tak keje tau tak sb ko kata tak cukup sebulan nnti aku pulak kena byr rm kt majikan a.k.a denda..klu tak kerna gaji ni tak der makna aku nak dtg opis hadap muka bos pagi2...

kwn2 kurang bagi keja...cuma layanan sdkit berbeda dr sblumnya.. 

aku rasa terpencil..

kau org tahu kan bagaimana rasa itu..?


Rabu, 27 Mac 2013

aku berhenti di tolak mentah2..ker dia ugut?

salam..
aku berani letak jawatan. aku letak surat  atas meja bos.sb tak tahu nak letak mana lagi ,jadi aku letak antara surat2 yang byk di atas mejanya...

sekitar jam 4 petang dia masuk.aku baru selesai solat. dia pula ada intercom aku tpi masa tu aku pray. Lama skit dia call suruh aku masuk bilik dia. Dia tanyer sb apa aku nk berhenti kerja. dia sangka aku nk buat jualan langsung. aku kata tak sb berniaga sahaja atau duduk rumah.

dia blh kata aku blh klr, lagi pula buat apa katanya orang macam aku nak berkerja lama opis tak perlukan sudah kalau hati tiada nak berkerja di pejabat ini lagi. serius aku terserentak. tpi aku kawal air muka sangat2 ketat..

dia kata asal aku bg notis?
aku jwb sb sy nak berhenti lagipun sy blum di sahkan kompen bekerja di syrikat ini.

bos..sy minta ic no kamu tu tanda kamu dah kompom le..kataya blh.blh.. utk butir2 peribadi hospital kecemasan. blh,,blh,,

aku jwp tapi saya tidak tanda tangan sbrg document klu betul sy kompon berkerja di sini.klu kompom keje sykt ini sah2 sy htr notis 1 bulan barangkali. Aku jawab dalam hati ceh wah bila pula tiba2 aku kompon sabau jelah..

pastu aku blas lagi sy cuma tdag surat terima jawatan tu jer. (balik umah aku cri surta tu mmg betullah klu kita l bhti kena ada surt notis..klu sah2 kompem mesti ada klu tak gaji di potong. klu tak kompen bila2 blh bhti..)


jadi dia ugut aku,,, kononnya aku bg ic detail aku kompon lah.tu bgi pihak dia ckplah.klu aku nak berhenti gak aku blh klr dan gaji ni bulan aku tak dpt melainkan klu aku nak gaji tu aku kena kerja 1 bulan lagi.

pehh..beganng tahap gaban. mengikut pemerhatian aku berkerja klu kita kompom kita mesti bgi notis tu sbg syarat. sb aku tak kompom aku bgi surat jelah so bila2 blh bhti kan..lain le kalu kompom tpi tka bgi notis satu bulan tu mmg wajib pihak majikan tak payah bayar gaji kat pekerjanya. sb syrt notis kita tak folwo kita yg rugi,

aku dlm dilema. aku pikir aku akan kerja.. pastu dpt gaji aku cabut..aku bt elok2 nk berhenti keje aku bt surat tapi begini layanan majikan cawangan ipoh.. ..tak pun klu aku di pihak salah aku akan kerja gak tpi aku minta cuti anual leave seminggu sekali sb baki cuti aku tinggal 13 hari jer.

tgok camner...tpi kesal sgt2.. apalah nak simpan aku dh sah2 aku belum jadi pekerja tetap blh jer aku amik gaji aku..cara dia halau tu pun bt aku skit hti..teringat smpi harni..

Selasa, 26 Mac 2013

Aku Yang Biasa Mencari Setitis Ilmu..

Salam..
aku suka hari rabu khmis..sebab jumaat bercadang utk bercuti. ikutkan aku nak pi klinik tpi tgok bagaimana mood nnti. risau usia makin meningkat sebab itulah tergerak nak ubat medical chekup.


secara seriusnya aku ingin berhenti berkerja sebab benar2 tidak serasi berkerja di pajabat itu. Pekerja bolehlah layan tpi tak berapalah sangat tapi sebab kerja aku lalui juga. Aku tak blh fokus pada kerja mereka bagi pastu mereka harap aku buat kerja itu lepas itu aku mesti pick up cepat. Maka apa mereka ajarkan pada aku, aku kena cepat belajar mesti cepat dapat tahu apa mereka cakap aku faham. 

Secara telusnya aku kurang faham dan aku ada bertanyakan beberapa kali tapi mungkin 1 ke 3 kali mereka aku bertaya kalu2 ada kurg jelas..tp bila mereka bz dg lukisan submit bagai jgn mereka nak tanyer last2 bila urgent baru bertanya pada aku itu ini salah. Bekerja denga sykt A ni buat otak aku serabut! bayak form, byk benda harus aku cepat bljar tapi bila aku tak tahu aku buat muka tak malu bertanya and catat mana mampu utk note sndri. tapi aku agak kesal bila aku luahkan sesuatu mereka menjawab 

"kerja kena cepat. dulu aku keje smua surat2 dokumen, kontrak bagai aku yang buat walaupun itu kerja kerani.pastu masa buat drwaing bayk lagi page surat2 aku buka utk surat projek a, surat projek b, projek c,borang g1-g21 blah..balh pekerja itu membabel...



aku agak terserentak! mana blh dia bezakan aku dg dia. aku kerja kerani bahagian arkitek ni pertama kali. sebelum mana aku ada pengalaman kerja macam ni. lagi pula kerja kerani arkitek semua admin aku control, form2 bukan ada 10 jenis, tak termasuk surat bagai itu pun aku nak amik masa utk fahamkan satu2..bagi mereka mmg mereka dah biasa buat itu semua, sb mmg itu bidang mereka nd pekerjaan mrka mmg mesti tahu form2 mesti htr pd majlis, surat2 lebih dari 10 helai lain surat lain tujuan..blh,,blh..blh.. 

aku mula terfikir kalu aku dulu kerja akaun kepala aku pun tak serabut begini sungguhpun aku tak minat math. tpi aku stiil blh faham.buat akaun dg puas hati. Itu baru satu kes..aku tak tergamak nak buka pekung di dada byk2 tpi aku luahkan apa terbuku di hati supaya org tahu setiap bidang kerja yg ada kt mana2 syarikat ragamnya lain, skop kerja berbeza..tpi syarat kita mesti belajar walau dlm skil kura2..baru lahir.setuju?

tpi bg aku if kita lama keje situ mmg arif bab itu maka jgn cuba2 kita berlagak kita mmg pandai tapi sebaliknya berikan kata sokongan jangalah "memperli" org tu bt keje sb slow pick up. ko dulu cma tu gak masa mula2 nak faham situasi kerja, borang2 bagai.. mmg semua org secara keseluruhannya mengambil masa lama utk suaikan keadaan kerja, duty kerja dn sbgnya cuma beza lamabt dg cpt.


byk lagi katakan alahai...sabarlah hati..

Ahad, 24 Mac 2013

PTS One

Salam..

Baru jatuh cinta buku PTS One. Itu sebelum ini jenama nuku keluaran lain selau di beli kaki novel. fajar dan alaf baru. Dula rajin juga membaca dan membeli novel alaf baru tpi  skrg tak berapa kenan sebab tak mampu jalan ceritanya menarik jiwa hee..
\
Apa ada PTS One. Entalah tetiba nak jadi penulis.

syarat2 PTS One Mahu menjadi Penulis Novel Remaja PTS ONE? Syarat-syarat terbaru bagi menjadi penulis kami, Saudara dan Saudari yang sangat berbakat perlu mengikuti Kursus Penulisan Novel Remaja PTS ONE yang akan diadakan pada setiap hari Isnin, bermula 12 September 2011, dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di Jabatan Editorial, PTS. Kursus ini akan diadakan setiap minggu. Berminat? Hantarkan penyertaan kepada haryani@pts.com.my.




syarat-syaratnya penerbitan buka prima.. kemas, betul ejaan erta ayat-ayatnya di samping ceritanya mempunyai mesej. Itu baru saha google hee..

seje2 di fikirkan.. entah jadi atau angan2 kosong sb kraf dah lama sebati dalam jiwa.. aHAI.. apa orang nak buat semuanya kau nak buat suri hee..

segala mungkin berlaku untuk tahun 2013 sapa tahukan heee



Sabtu, 23 Mac 2013

Resepi Kueh Tiew Goreng cahayacinta.com

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Oh, Yes!!! nd..Yes!! sabaujelah :(

Belog aku meragam sekali lagi dan lagi... Maka seperti biasa aku lepak kat sini. Jom layan al kisah anak dan ibu di suatu malem..

..Anak teriak dari ruang tamu katanya "ibu umairah laparlah" Ibu pun melihat jam di sudut penjuru laptop.. aik sekarang sudah jam 11.30 malamlah sayang, huhuhu.. Ibu merasakan si anak bergurau senda seperti kekasih yang baru berkenalan selama dua minggu..

Ibu tetap leka kerana snagkaan mungkin anak itu melihat televisyen maka apa yang dilihatnya akan di stru lapar..

Dia datang kali ini membawa sebiji telur dan masuk ke dalam bilik ibunya. Ibu Umairah lapar boleh tak ibu gorengkan telur satu bijik untuk ayong pastu letak kicap sekali.kalau tak kicap dia akan oder keuh tiew!
Permintaan anak di langsungkan juga..


Bahan-bahannya:
  1. Kueh Tiew
  2. Cili Kisar
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Sos tomato
  6. Sos tiram
  7. Sos kicap manis & kicap
  8. Tepung jagung + Air (bancuhan kuah)
  9. Sebiji telur
  10. Tauge
  11. Kerang rebus
  12. Sayur sawi
  13. Fish ball- tambahan
  14. Cili potong

Cara-caranya:-
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan cili kisar, selepas itu masukkan bawang merah, bawang putih sehingga garing.

Ikuti bahan sos tiram, sos tomato, sos kicap, kicap manis dan sawi. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih.
Masukkan sedikit air dan bancuhkan tepung jagung bagi tujuan untuk memekatkan kuah kueh tiew.
Pecahkan sebiji telur biarkan seketika. Kemudian balikkan kueh tiew beberapa kali dan masukkan taugeh dan juga kerang. Sedia untuk dihidang.   

Sos cili- Selalu suami minta cili tu di potong-potong nd letak kicap. ;) Selamat Mencuba >_<

Seribu Unik Untuk Satu Hari

Salam,
wah baru ada masa untk hadap blogspot. Sungguhpun ia tak ramai yang hadir ke sini tapi Suri tetap bebas memperkatakan sesuatu untuk hari ini.




Sekarang ini Suri sedang berusaha untuk tingkatkan unik vistor masuk ke blog. Itu pun terasa susah sangat untuk mencapainya dalam masa sehari. Tapi jika beralih pada paparan ia lebih dari seribu yang masuk huhu..

harap2 angka 800-900 akan kekal dan berjaya menaik secara sedikit-demi sedikit. Puas aku berjalan2 rasanya cukup berjalan waktu siang. Manakala waktu malamadalah untuk keluarga. Jika bercuti sah2 byk perkara yang nak beri perhatian lgi.

Aku ada blog jadi aku syg sama blog. nOKTAH.

Rabu, 20 Mac 2013

Bukan Tak Sudi

Salam..

Malas tahap gaban, aku kini fokus pada gubahan bunga pegang dan dot..dot..dush. Ini baru sebahagian sahaja. Ti jap aku muat naik heee..sini line umah tak kacak sungguh. huhu..

Pagi tadi memang tidak dapat fokus pada blog apa lagi untuk jalan-jalan ke blog kawan-kawan malahan jauh sungguh untuk aku mambalas komen. Serius dari sudut hati aku nak sangat membalas komen-komen itu semua kalau boleh tidak mahu blogger lain mengganggap aku ini berlagak ker sombong bila org tinggalkan jejak admin tak balas dengan segera.



Serius bukan tak nak membalas tapi ia akan di buat pada masa lapang itu pun jika bos tiada di pejabat. Selalunya hari isnin memang dia tak akan masuk punya. Tapi untuk hari selasa hingga jumaat dia ada, Jumaat pun setengah harilah dia masuk. Itupun tidak tentu. Apa daya suri buat setakat mampu hanyalah update blog sambil lalu tiap2 pagi di pejabat.itu pun sorok2 mujur idea yang ada mencurah bagai air jatuh ke daun keladi.

Korang janganlah bimbang insyalalh Suri akan balas sama ada cepat ataupun lambat dan akan jejak korang kembali. Itupun jika Suri sihat dg izinNya..

Isnin, 18 Mac 2013

Status Glitterati Di Tarik

Salam..
Sepanjang berblogging inilah pertama kali . Amat terkejut dan begitu kecewa. Lalu di selidik kembali dan menerjah engoogle baru Suri faham sebab blog ini tiada mampu menjana trafik. Itu yang di tarik status glitterati Suri dalam akaun nuff.



Caranya..
dengan membuang satu blog yang kita add utk masukkan iklan nuff tu. Jadi suri pun membuang. Sebab ada kata dia memberi kesana kuat. Suri harap sehari dua nanti status glitterati akan dapat di sandang balik.

Sungguh beri pelajaran pada Suri.

Ahad, 17 Mac 2013

Apache is functioning normally

salam..
whoo.sakit hati dia buat hal lagi. Bikin geram tahap ketap gigi!

Petang semalam Suri naik kl dan hari ini baru sampai ipoh. Setahu Suri sebelum meninggalkan blog cinta ok jer. Ni hari bukak dah mula dia buat hal ngok ngek lagi..dna lagi..


buka je blog dapat masage "Apache is functioning normall " serius buat mood itu hilang nak berbalas komen dalam blog dan hasilkan entri pun tersekat!

Amat sedoh dna kecewa dengan favio..

Sabtu, 16 Mac 2013

aku nak berhenti kerja

Salam...
hari aku terpikir nak berhenti kerja. Nak duduk rumah masak, kemas rumah, ambil anak dari taska, makan tangahari bersama anak dan tidurkan anak. Lepas dari itu aku nak buat kerja part time aku. Dan aku mesti cari satu mesin jahit untuk jana pendapatan!

aku cukup jemu berkerja. Kerja yang paling best aku kerja kt property auction house. itu antara kerja yang aku rasa mula-mula nak hadap aku tak reti tapi bila hampir 3 tahun aku berkerja aku mula sayang..

Tapi itu dulu skrg dapat kerja juga tapi benar-benar tidak berapa serasi dgn jiwa aku.. :(

  • ada sorang pekerja di sana mulut bising2 tahap gaban. dia cakap memag kuat hoo..sampai luar pintu opis blh degar huu..
  • bos suka sgt cri kesalahan pekerja. aku ni duduk depan lagi selalu di marahi..sikit punya silap nak tegur.ada tak buat silap cara betul aku buat pun dia kata salah.so ada pelik kat situ...
  • pekerja ada ok tapi ada juga pentingkan diri sendiri malah jawatan biasa2 pula lagak seperti bos..sedihkan..
  • bukanlah nak burukkan kawan ataupun bos tapi ini hasil dari pemerhatian yang dapat sepanjang berkerja di sana.
sabarlah hati..

Khamis, 14 Mac 2013

Muka Surat 1050 & 738

Salam..
Mulai besok ini adalah buku-buku yang Suri akan bawa. mungkin akan selang -seli buku-buku agama. Nanti tunggu hati reda baru suri kisahkan di sini.



alahai byk dugaan hari ini...

Tapi hati geram sebab susahnya blog itu nak capai target seribu unik sehari !! argh!!! btw suri tengah mencuba!!

pernah baca buku ini tak?

Sila Ketuk-Ketuk Saya Sampai Lebam !

Salam..

Telah sekian lama blog ini di didirikan maka barulah dengan langkah berani Suri memasang iklan nuff di sini. Sedih jika blog ini di pinggirkan saat susah datang saat senang dilupakan. Memang tidak adil bukan.

Malam ini done meletakkan ikan di bahagian atas dan di bahagian si debar. Cuma masih gagal meletakkan satu pacak iklan di tengah-tengah atau di bawah posting adoiii..

Al-maklumlah cik jarang godek-godek blogspot heee..



Ada sesiapa boleh bantu?

Terima kasih ;) Komen anda amat Suri hargai ;)

Isnin, 11 Mac 2013

Tempahan Dari, Mukah Sarawak

Salam..
Alhamdulillah oder lima helai tudung labuh dari muslimah yang bernama Nursufrina.

Beliau berasal dari Muakah, Sarawak.


Sebelum ini ambil tempahan dari Suri juga kiranya ini adalah tempahan kedua darinya.

terima kasih dik Nur. Harao happy dengan free gift dari Suri ;)

Janganlah Begini

salam.
hari isnin agak lesu tapi best walaupun ada kerja saki baki hari jumaat kelmarin sempat juga touch apa2 patut. Bos Tiada memangklah best hee..

Sekitar jam 2.00 petang blog cinta mengalami masalah sengal sangat-sangat. Boleh dikatakan blog itu jadi carca marba.. sudah buat suport tiket tapi lewat respon dari mereka.mood nak balas kunjugan..balas komen menjadi malas jadi Suri fokus pada blog yang boleh mendatangkan rezeki hee..

nanti suri ingin bincang dg sahabat nak tukar hosting tapi risau nanti keadaan lbih teruk.dan seingt suri kami share hosting dg blog pakawhowto argh..pening2..bila pikir hal ini.

..seminggu 2 kali hanyar suport tiket hti naik muak!

..sabar..sabar..

Ahad, 10 Mac 2013

Keychain Love

Salam..
Sungguh dingin di pagi hari. Rasa yang di sambut bersulan senyum.. Hari minggu yang di lewati begitu indah sekali dalam menunaikan tanggungjawab maka ia perlu bangun berserta dengan keazaman yang kental.

Minggu ini update keychain love insert picture. Tempahan berjalan lancar kali ini suri ketengahkan 4 variasi love yang comel. Dan pasti bolehlah masukkan gambar bersaiz kecil di dalamnya.





- Boleh di jadikan gift untuk sahabat tersayang. Rasa terpisah dari jauh misalannya bolehlah jadikan sebagai ingatan dengan tatapan gambar di felt love nanti. Kata orang jika jauh tak mengapa asal gambar ada terasa dekat di hati. Tak gitu ;)

- Semmpena hari lahir kekasih, sahabat andai, ibu atau bapa misalnnya. Letakkanlah gambar anda bersama yang tersayang pastikan ia adalah memori yang manis ketika itu.

- Sebagai hiasa kunci motosikal, handbag, kunci kereta, beg dan sebagainya.

- Buat pasangan bercinta atau bertunang elok oder sepasang pasti cantikkan.
 amacam cun tak ?

heee serius dab berminat nak oder bagi tahu pada link itu ya.

Jumaat, 8 Mac 2013

Patung Hidup !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Kiriman dari dua insan Kacak dan Anggun membuatkan Suri ingin kongsikan "hadiah ilmu" yang serba ringkas ini untuk peringatan diri sendiri dan sahabat andai sekalian.
Rapatkan saf masing-masing. Anda semua duduklah dalam keadaan tenang dan jangan senyum terlebih dan jangan pula terdetik untuk ketawa. Maka ini adalah benar-benar belaka. Perdegarkanlah apa yang ingin di lukiskan di bawah entri:-
Abdullah Bin Umar melaporkan, Rasulullah s.a.w. pernah berkata-kata, "Percayalah, orang yang membuat gambar-gambar ini akan diseksa pada Hari Kiamat nanti. Dikatakan kepada mereka, "Hidupkan apa yang kamu buat itu!" -Rekodkan oleh Bukhari dan Muslim-
ros jepun
ros jepun
Ada satu kisah ketika itu Rasulullah s.a.w. pulang dari satu perjalanan yang sangat jauh. Ketika itu Aisyah menutup segera ruang anjung dihadapan rumahnya dengan sehelai tirai  nipis bagi menutup gambar patung kerana dikhuatiri Baginda akan terlihat gambar berkenaan.
Setibanya Baginda sampai di rumah keadaan riak muka Baginda ketika itu berubah warna sama sekali. Sehinggakan baginda Rasulullah s.a.w mengeluarkan butir kata "Wahai Aisyah, orang yang mendapat seksaan paling berat daripada Allah pada Hari Kiamat adalah orang yang membuat sesuatu menyerupai makhluk ciptaan Allah."
Lalu Aisyah pun segera memotong tirai bergambar tersebut lalu menjadikannya satu ataupun dua bantal. -Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-
Wahualam..

Sabtu, 2 Mac 2013

Hand bouquet fabric

Salam..
hari sabtu mata mengantuk sangat malam tadi tidur lewat sekitar 4 pagi muhii.. ni antara kerja2 yang Suri buat. Masih buat jadi dengan tidak tak tahulah tapi sekadar mencuba. Bosan juga buat satu tema tapi nak buat campur2 nanti bila banyak bolehlah di bahagiakan sama rata  dari segi warna dan terus di balutkan untuk di buat pemegang sekali.

oPss! sebelum terbabas lebih jauh Suri ikut toturial ni dari Puan Intan harap maklum ya hee... lain-lain jika kalian semua ingin membuat lain dari lain amatlah di galakkan ;)

Jika malas macam owner ini jadi ikutlah satu persatu langkah. Bak kata sifu kalau tak jadi maknanya adalah mana-mana bahagian yang tertinggal. Bawah ini adalah sebahagian dari hasil kerja tangan Suri.




amacam cun tak ?

heee rasa-rasa berminat nak oder bagi tahu pada link itu ya.




Jumaat, 1 Mac 2013

Pengalaman Bersama Mr White

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kejadian ini berlaku kira-kira tiga minggu yang lalu. Ini adalah hari yang tidak enak dirasai. Sungguhpun begitu mencari rezeki haruslah digagahkan juga demi membantu suami dan membesarkan anaknda yang tersayang.
Suri pun menunggang motosikal automatik membelah jalan raya dengan rasa mencuba untuk menenangkan diri tanpa memikirkan hal-hal yang lain. Sampai dirumah pengasuh Suri meletakkan motosikal di luar perkarangan rumahnya. Sebab ingin meningglkan botol susu anak dan beg pakaiannya di sana. Selesai memindahkan barang anak Suri pun berjalan ke arah motosikal semula.

Secara tiba-tiba pengasuh itu meminta Suri memboncengnya. Sebelum ini Suri pernah juga membonceng pengasuh ini tapi dia punya permintaan itu membuatkan Suri menolak dengan memberikan alasan saya sendiri bawa motosikal ini dalam keadaan kurang baik. Waktu itu kepala Suri terlalu berat sangat ikutkan dua ke tiga hari jugalah rasa ngilu ini dapat dirasai. Paling ketara hari kejadian ini rasa denyut amat sangat.

Pengasuh itu memaksa Suri memboncengnya juga. Jadi Suri akur. Suri ingin membelok untuk membuat pusingan secara tiba-tiba motosikal Suri naik itu jatuh terhempas ke lantai! Dengan bunyi enjin serta desiran seretan yang begitu kuat membuatkan keadaan benar-benar terkejut. Kepala yang sekiannya sakit makin kuat berdenyut-denyut. Ya Allah! beberapa kali kata hikmah itu terlontar di lekuk bibi Suri yang lemah dan tidak bermaya..

Air muka Suri mulai berubah dan tanpa dipinta Suri memohon maaf pada En. Jamil serta isterinya. Berkali-kali Suri mohon maaf. Habislah pagar rumah itu Suri kerjakan adalah juga sedikit kemek dan terkena pula belakang body kereta wajanya.

Motosikal sah-sah Suri anggap mesti akan calar-balar, site cermin depan mesti pecah blah..blah..  ha..sesak sugguh keadaan bila memikirkan situasi itu sendiri. Dan paling malu bila jiran-jiran terdekat rumah pengasuh melihat keadaan tersebut Oh Tuhan...Suri bagaimana? Nasib menyebelahi Suri. Syukur semua selamat sebab Suri tidak mengalami sebarang kecelakaan sebab press kuat plus nak membrek lagu tu dia terjadi.

Selepas kejadian itu pengasuh membonceng Suri. Dia pun agak cuak membawa motosikal Suri atas apa yang berlaku sebentar tadi. Suri ada mengatakan kepada suami dan isterinya yang Suri akan membaiki segala kerosakan calar di belakang keretanya kelak. Mujurlah suami pengasuh itu jenis cool orangnya dia kata biasalah orang baru bawa motor mana boleh disamakan dengan orang lama membawa motor. Perkara yang tidak dijangka siapa boleh fikir sejauh itukan..Suri angguk sahaja..

Petang itu...
Usai pengasuh mengambil Suri dari bus stop dengan menaiki motosikal Suri hati segera mohon maaf pada dia entah keberapa kali Suri tidak pasti..dan rasa sebal itu tetap bermukim dalam sanubari. Sampai dirumah pengasuh mereka mengajukan resit  pada Suri dan Suri membayar tunai pada hari itu juga. Dan memohon maaf pada mereka sekali lagi. Mereka dapat terima dengan hati senyum dan ketawa. Suri yang melihat tingkah mereka mula merasa pelik.

Balik itu Suri ligat membawa motosikal lagi dan lagi seperti tidak seriki  langsung dengan apa yang telah berlaku. Suri masih tidak pulang ke rumah sebaliknya membawa motosikal berjalan melalui selok dalam kawasan perumahan yang lain mengikut ceruk mana jalan yang Suri suka. Apabila sampai ke perkarangan gate Suri parking motosikal sambil berkata apalah nasib kau Mr Putih hari ini dapat tuan yang cuai lagi gila-gila bawa motor huhu..

Agak lama Suri termenung melihat Mr White yang satu itu sambil mengimbas apa yang telah terjadi. Ia membuatkan Suri ketawa dan sesal kembali. Tanpa membuang masa Suri pun membalek keliling motosikal jika ada apa-apa kesan calar, pecah di bahagian motor..

Apakah yang terjadi pada Mr Putih hasil dari penilikan Suri selama dua pulu minit?