Rabu, 30 November 2011

Lama Diam..

Salam..

Bila bercuti lama rasa indah mengulit mimpi tapi sayang hanya seketika dapat mengulit lalu terjaga gara-gara ingat kerja heee...



Rabu mula berkerja dan tiba saat aktif berblog semula huhu.. Rindu lama tak jeguk blog segala fikiran ada sahaja yang memikirkannya.

Ada ke orang datang ke blog kita tinggalkan komen walau tuan tanah tiada.

Rindu pada sapaan kawan-kawan baik usikan atau bertanya khabar.

Bila sudah terbiasa tak buat dalam sehari terasa janggal..

Jumaat, 25 November 2011

Kejap Ada Kejap Tiada..

Salam..

Rindu betul bila tak update blogspot heee..

Suri sering pelik bila orang cakap



"kau ini macam biskut cip more" kejap ada kejap tiada..

Hey saya manusialah bukan biskut. Sampai hati orang tu menggelarkan diri saya begitu huhu..

* suri jarang naik bas kalau naik if suami ada outstation kat KL..
* Andai orang yang berkata Suri ini biskut rasanya nak jer SUri doh org tu jadi biskut dan muat naik dia dalam peti oven! keh..keh...

Jumaat, 18 November 2011

Gunalah Sebaiknya..

Salam..
Semalam blogspot tidak dapat di log ini seperti biasa uuh..gara-gara lupa passwod ker. Rasanya kata laluan sudah betul. Malas ingin mengambil masa begitu lama Suri hanya memberika fokus pada kerja pejabat dan blog cahayacinta.com sahaja.

Hari jumaat tiba lagi..

Indah sungguh jika sahabatku membuka facebook. Bukan untuk bermain games, massage tapi sebaliknya bukalah facebook untuk memperdegarkan halwa telinga kita bacaan surah-surah suci. Suri sudah lama mendegarnya sejak bulan puasa tahun yang lepas. Suri menyedari manfaat ini setelah rakan-rakan kenalan dari facbook perkenalkan.

Tiada salah menggunakan facebook untuk bertaya khbar pada sahabat andai, bermain games yang tidak keterlaluan tapi kata orang biarlah nak buat semua tu ikut masa dan keadaan juga. Ada masa kita boleh enjoy dengan apa yang ada di sekeliling kita, namun dalam masa yang sama kita juga HARUS SERIUS dalam persiapan akhirat. Peringatan untuk diri Suri juga..

KERANA AKU BEGITU SAYANGKAN KAMU SEMUA & ISLAM..


Selasa, 15 November 2011

Tdo Di Pejabat

Malam tadi buat cokelat habiskan tempahan sedaya sampai ke pagi..

Jam 10.oo malam selesainya jam 2.00 pagi.. Tu yang mata mengantok..Pas makan, rehat dan tidur baru solat haaa..



Syukur dapat duit hasil dari buat cokelat mmg rasa berbaloi sangat...sangat..

Bila sudah terjaga dari tidur badan rasa segar sikit heee..

p/s:apa kerja part time korang??

Isnin, 14 November 2011

Masa Rehat Tiba Juga

Salam

Aku meneruskan bait-bait yang seterusnya disini..

Bersandarkan fikiran yang sering berlegar ayat, bersama lagu yang sentiasa terpasang selagi itu menulis di blog bukan ada halangan walau sehari dua heeee.. Insyallah..



Semalam sempat gak sedut entri dari blogspot ke wordpress walau makan masa sikit tapi memang leceh eii..

Dua minggu ini sampai hujung bulan aktiviti pejabat kurang di asak maka ada pelung untuk jalan-jalan sana sini heee..

Jangan lupa cuti sekolah bakal menjelma. Rasa nak sahaja suruh anak buah datang ipoh wewe...

Ahad, 13 November 2011

Letih..

Bisik kata letih tapi still hadap laptop depan mata haaaa..



Baru balik dari bersenam tadi pastu buat sarapan pagi dan masak tengahari heee. Rasa bagaikan penat hilang tapi pasni rasa nak tidur sebelum solat asar kena bangkit hee..bukan apa takut terlepas lewat solata ahai..

selamat hujung minggu semua..

Sabtu, 12 November 2011

Ayuh Panaskan Blog..

salam..

jauh perjalanan ini rasa nak berhenti tapi kaki tegar teruskan jua..hari minggu cukup lemau sebab balik dari melaka lelah tuh masih ada hee...

masa untuk memanaskan blog membelasah entri sampi lebam sambil minum air panas membalas komen laman blog..



erk.lupa hujan ni best gak tido tapi kena buat menu mee kari permintaan dari suami urm... patang nanti bolehlah rehat lama sikit hee...

selamat berhujung minggu semua

Jumaat, 11 November 2011

Diam Bukan Tandanya Hati Rajuk

Salam semua..

Rindu 6 hari diamkan diri bila lagi nak bukak topik hee walaupun dah sedia rencha nak di didihkan atas kuali alahai..

Masih menjejak rakan bloger walau tak semua blog suri terjah namum insyallah baki2 yang d tinggallkan oleh Suri moga mereka akan jejak suri kembali.



Kedaan minggu ini seakan mengasak suri..di rumah tak sempat nak berblog apatalah lagi di pejabat keadaan cpu makin tenat, terbiar di situ menunggu untuk di angkat namun tak berangkat gak ke medan bedah huuu..

Satu persatu akan suri rungkaikan semoga kalian tahu apa sebab suri diam seribu bahasa..

Jumaat, 4 November 2011

Semakin Laju Tanpa Sedar

Jumaat..

Apa nak cakap ek? Haaa ambillah azimat yang sempat suri tinggalkan dalam wordpress semasa ketiadaanku bacalah sebagai pengubat bebelanku ikikikik..



4/11/2011..
Begitu banyak masa perlu Suri ambil waktu untuk membaca satu persatu posting bloger2 yang hebat. Be ware Suri datang ni...

Selamat menyambut hari raya Aidiladha untuk semua sahabatku..Maaf kau ada siap salah bahasa huhu..

Khamis, 3 November 2011

Tertidur Akhirnya..

Salam semua..

Fikirkan semalam membawa kertas kerja di rumah tapi keadaan pula tidak mengizinkan. Selepas sampai rumah jam 7 malam seperti biasa Suri terus jeguk dapur untuk masak makan malam. Pas siapkan makan malam solat bagai rasa badan pula letih heee..



Harapkan plan nak buat keje pejabat kat rumah tapi hancus hee.. Badan perlukan rest jawabnya pas solat temankan anak baca buku dengan suri sekali tumbang sekaki tidur heee..

Hakikatnya..nak suruh anak tidur seperti biasa baru kami buat keje pejabat tapi malam tu mata memang jahat di suruh suri tidur..tidur..hiii

eik..Teringat dulu Suri suka panjang dan duduk atas pokok heeee..

Rabu, 2 November 2011

Bila Orang Membenci

Suatu ketika dulu kehadiran Suri tidak di terima..saat ini pun begitu juga. Sedihkan bila ada orang tidak dapat terima kita dengan hati yang terbuka..

Rasanya banyak ruang telah di beri namun Suri tegarkan hati berdiam diri membuat segalanya dengan sebaiknya. Hatta perbuatan kita, atau masa lalu buat orang tidak suka Suri kurang pasti..


Saat di malukan pernah juga muka ini merah padam tapi hati kecil berkata sabarkan hati.

Saat pertanyaan di hamburkan depan anak-anak kecil, saudara maranya satu persatu Suri menjawab dengan sebaiknya.. Ingin sahaja menjawab ikut kepedasan mulut bak bicara melaka layak terkenal dengan kekasarannya namun Suri sabar..

Moga-moga akan buka pintu hati terima Suri seadanya wahai insan yang bergelar manusia.

Mujur ada suami dan anak pengubat jiwa lara.

Selasa, 1 November 2011

Aku Yang Sedang Sibuk

Salam..

10 minit curik masa untuk update blog pasni nak fokus pada kerja plk. 

Aei..dah nak hampir 4 hari tak jeguk blogspot, sekali selak dah tukar interface baru cam wordpress pulak huhuhu.. wAH !! Memang terbagus..

Minggu sedikit sibuk..

  • Tak sempat nak meninggalkan komen yang banyak dalam blog2 yang selalu Suri singgah.
  • uRM. RUGI ..sebab tak dapat snpa top komentor, gara-gara kesilapan teknikal dari diri Suri sendiri. Pasti akan ada bloger rajuk di hati huhu..camner nak dapatkan balik top komen bulan oktober ek???
  • Kerja mengeposkan hadiah masih belum selesai sebab dok mencari hadiah apakah yg sesuai di beri untuk bloger. hadiah pertama memang tersedia ada tapi hadiah yang kedua ni nak bagi apa ek..gift yang istimewa sempena hari lahir Suri huhu...
  • Tak ada mood nak buat kerja pakai laptop sendiri sebab terbiasa asal pakai laptop sendiri terus ingat buat kerja main-main. Hakikatnya sampai bila saya harus bawa pergi balik benda alah ini setiap hari! Bos buat cam tak reti jer.
  • Semenjak dua tiga hari bahuku sebelah kiri sering sakit..