Isnin, 9 Disember 2013

Bila blogger sunyi

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kering idea juga nak buat entri beberapa blog. Sekarang baru perasan hujung tahun banyak blogger kurang aktif update blog dan balas jejak.


 Sesekali aku bosan jugalah. Tapi apa boleh buat sudah sumber mata pencarianku salah satunya di internet. Jadi mana boleh lupakan begitu sahaja melainkan internet rumah wifi ada masalah kena sambar petri heee..

Oklah update sambil lalu sahaja ya.

Selamat bercuti

Sabtu, 7 Disember 2013

Pr dan Blog Suri

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aku akan sepi kembali setelah dua hari aku berada si maya. Segerelah keadaan ini reda aku sudah tidak larat. Tapi aku merasa puas sebab aku telah berjaya melepaskan beberapa entri di maya.



Erk.
PR di blog ini masih kekal pada tahap 1. Tapi untuk PR blog itu jatuh ke nombor 2. Sabarlah. Itu tak penting yang bagus kita teruskan minat menulis, berkongsi ilmu. Jangan ambil peduli kalau tak silap hari mood kita akan down gara-gara PR.

Yang pasti aku akan selalu rindukan blog-blog-blog gua.

Khamis, 5 Disember 2013

Doakan Saya Boleh?

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Hai..

saya tertekan ..cuma cara saya melepaskan tekanan itu dalam bentuk kerja tangan. Amin kalau buat solat sunat banyak pun tidak salahkan.

Inilah jalan yang saya pilih untu jadi seorang blogger. Satu jawatan yang sesiapa boleh sandang. Saya tidak pernah menjangkakan sejak permulaan berblog hingga sedekat ini ia begitu perit.


Namun terselit juga onar-onar bahagian semua menjadi saya kuat untuk terus berblog.

saya harap satu saat bila semua ok saya akan aktif semula.

amin

Khamis, 28 November 2013

Hatiku Tak Segebuh Yang Di Harapkan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aku rasa rindu sangat -sangat pada entri lama sekitar awal berblog dari hujung tahun 2009 sehingga pertengahan tahun 2013. Benda aku usahakan dari dulu kini masih tergantung.

Entahlah..
Pelbagai keadaan aku lalui, di marah, orang tak suka, herdik, kacau waktu orang kerja.. tutup rasa malu semata-mata nak dapatkan backup lama aku tebalkan muka. Namun segala usaha itu sia-sia belaka.

Aku..
tak mampu bergenag air mata hanya aku mampu berdoa, buat suport tiket, tewet mereka itu berkali-kali itu sahaja yang aku hanya mampu lakukan. Terkadang aku di palu rasa pilu sehingga memikirkaan bilakah rasa dan persoalan ini akan terjawab..

Kata orang..
kamu harus redha dengan apa yang berlaku dan buat blog baru sahaja sebab kamu sudah ada pengikut. Tapi adakah rasa kepuasan itu berbaloi semasa anda berblogging? bagi aku tidak. Benda yang kalian buat bertahun -tahun kemudian berharapa penjejak maya akan dapat manfaat dari tulisan kita seperti kita menipu mereka. 

Ya. cuba anda cari gambar "masalah gegata" lepas tu orang akan jumpa entri atau gambar anda bertajuk gegata lepas depa klik depa di bawa ke halaman anda dan akan diberi kata entri itu tak wujud, padahal benda tu tergantung pada hosting lama. Tak terasa benda tu menipu ke walaupun pada dasarnya kita tak berniat dan bekehendak...

Sungguh rasa tak selesa dengan kejadian penjejak yang mencari maklumt tapi tak di temui, sedihkan sebab  kita tidak dapat membantu dan menyelesaikan masalah mereka.

Bukan mudah
jadi blogger hanya ada blog lakar cerita peribadai, maklumat, gaya tersendiri mungkin kalau setakat melepaskan batuk di tangga itu mungkin satu kerja yang sia-sia jika kita berblog tapi tak ada tujuan sungguh rugikan. Jadinya dekat ini aku mengerti apa itu blog.

Saat ini..
masih mengharapkan sebuah kebaikan, penyelesaian backup akan berakhir. Umpana harta kata seorang blogger. Entri maklumat aku lebih sayangkan dari entri kraf , pengalaman lebih menusuk jiwa.

Pada sesiapa yang membaca entriku ini aku memohon kalian berdoa agar backup blogku yang lama dapatlah kiranya di selamatkan. Sesungguhnya aku tidak tahu ceruk mana lagi harus aku usahakan untuk mendapatkannya semula. Kias air mata aku tak mampu luluhkan kerana aku telah penat terlampau..

Andai ada yang sudi membantu untuk aku dapatkan kembali backup itu serius aku terharu sangat-sangat. Moga ilmu baik dalam backup itu dia akan terus mendapat pahala dariNYA.

Rabu, 27 November 2013

feel gooD

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tiada cerita cuma rasa mau lipat baju dan layan novel sementara tunggu azan asar berkumandang.



hurm..

ada sesuatu yang sedang saya tunggu oh tak sabar sungguh hee..nanti saya sharekan cini ok :)

..yang duduk atas kerusi empuk pejabat tu jangan marah hee..yang bosan tu layan fb tapi layan fb yang ada pesanan unsur cerita agama ok juga..

p/s: dalam hati berharap masa lipat baju akan ada idea mampir untuk blog tu hii..

Selasa, 26 November 2013

599 Pinjam bahu sekejap..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aish..
Mood sedia ada  atas puncahk kini down..

Saya masih gagal untuk kekalkan mood berblog walaupun entri sudah bersusun. Mungkin perlukan rehat barangkali. Sesak nafas turun naik dok memetir jaga anak tunggu dia tidur, kita solat baru aman sikit nak kemas ruang tamu..



Pinjam bahu sekejap..
Dia pula tiada bahu sapa pula yang nak pinjam. Mahu bahu a.k.a buku novel setebal 599 muka surat?

Note saya baru lepas geram buat bunga felt warna merah tapi begitu malas nak muat naik ahaks tunggulah besok ok.

Laman mana nak ikut ..antara salah satu blog itulah.

Isnin, 25 November 2013

360 Darjah Asas Teknik Menjahit Baju Kurung Sekolah Budak


Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Membasuh baju, memasak, menyiram pokok bunga, update blog, potong pola jubah kembang payung, Asas Teknik menjahit baju kurung sekolah budak semua dalam loading 320 darjah! Kau bisa?

Asas Teknik menjahit baju kurung sekolah budak pun boleh buat jugalah untuk budak sekolah nak sekolah tahun depan. Lepas itu boleh sekali harung patong kain baju kurung moden sendiri sekali jalan jer.

Asas Teknik Menjahit Baju Kurung Sekolah Budak

Katakan Alhamdulillah apabila kita mampu asas teknik menjahit baju kurung sekolah budak, lakukan tugasan lain sebab keranaNYA kita mampu lakukan kerja-kerja dengan sebaik yang boleh.

Terbitan modul baju kurung yang terbaik dan terangkat boleh dapat lebih lanjut ------------------> sini
Rezeki saya di sini

p/s: Tiada lebih bernilai dari hasil kerja sendiri itu lebih menggembirakan.

Sabtu, 23 November 2013

5 Kesalahan Program Bakar Lemak Dengan Pantas

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ada yang beranggapan apabila kita berdiet maka kita perlu ikut keupayaan tubuh badan itu sendiri. Tetapi kita lupa bahawa jika kita terlalu mengikut kemalasan kelak diet yang sedang berlansung di khuatiri  tidak menjadi dan hanya sekadar melepas batuk di tangga. Berikut senaraikan 5 kesalahan program bakar lemak dengan pantas moga target yang kita capai akan berjaya!


Mengambil ubat-ubatan
Untuk menurunkan berat badan yang ideal kita tidak di galakkan mengambil sebarang ubat-ubatan yang menjanjikan ia boleh turun dengan cepat. Ingatlah perubahan yang akan anda ambil mungkin sementara waktu sahaja malah keadaan akan lebih buruk sekiranya ia boleh mempengaruhi kesihatan dan sistem pertahanan badan. Sayangilah tubuh badan bagai vitagen!

Bersenam
Jika anda tidak melakukan gerak senaman selama tiga puluh minit setiap hari ataupun sekurang-kurangnya semiggu dua kali. Tahukah anda senaman yang tidak di lakukan secara disiplin ini akan mampu mempengaruhi pola makanan anda menjadi tidak terurus. Ya, cuba bayangkan berapa banyak makanan dan minuman yang telah anda hadami akan tetapi tiada satupun proses penyahpeluhan pembuangan lemak yang berjaya di keluarkan dari tubuh secara tidak langsung akan menambahkan berat badan dari semasa ke semasa. Jadi jangan malas woho...

Sarapan pagi
Antara salah satu menu yang wajib yang perlu anda ambil dan lakukan setiap pagi. Awas jika anda ketinggalan mengambil sarapan pagi kesalahan program bakar lemak dengan pantas tidak akan berjaya sebaliknya anda akan mudah berasa lapar berlipat kali ganda apabila anda ingin makan pada waktu tengahari.

Sedap dan warna - warni lagi

Makan diluar
Elakkan makan diluar jika anda katakan anda sedang alami diet program bakar lemak dengan pantas. Tahukah anda makan di luar lebih mendedahkan anda kepada pengambilan kalori yang banyak. Tanpa anda sedar kelazatan yang anda rasai akan buat anda rasa gembira tetapi akhirnya sedikit sebanyak diet anda semakin terjejas. Saat itu untuk anda menyesal tidak berguna lagi.

Emosi.
Elakkan makan didalam keadaan anda sedang beremosi. Tahukah anda makanan berserta emosi agak sukar berhenti ia ibarat selagi anda tidak puas menagis anda akan menagis bila keadaan merasa puas anda akan berhenti. Jadi awaslah jangan terlalu ikut perasaan dan cuba tenangkan diri dengan bersenam, berlari atau mungkin berjumpa kawan cara ini boleh mengawal perasaan anda.

5 kesalahan program bakar lemak dengan pantas perlu di laksanakan dengan semangat yang kental katakan ya dan anda mampu lakukannya. Dapatkan maklumat lanjut di -------------> sini

p/s: Nak diet bukan kata hari ini, dua bulan akan datang sahaja tapi mesti lakukan hari-hari. Hati mesti keras!

Rabu, 20 November 2013

Love Merah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Hari adalah hari paling best sebab dapat belajar sesuatu secara online. Semoga semua akan berjalan seperti biasa. Doakan agar tahun 2014 suri dan blog-blog lain akan dapat pergi jauh.



Moga urusanku di permudahkan..

Selasa, 19 November 2013

Hari Gradusi Tadika Qistina Iman 2013

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sorotan kisah hari gradusi 2013 untuk anakku yang tersayang. Semoga dia akan lebih usaha dan berjaya pada masa-masa akan datang.

Doa ibu akan sentiasa mekar untukmu sayang. Moga kamu akan jadi anak yang di senangi dunia yang penuh cabaran dna dugaan ini. Moga Tuhan akan melapangkan pintu rezekimu, sihat sejahteralah kamu untuk beramal dunia lantas bawa ke akhirat. jadilah anak yang soleh moga kamu akan membawakan kami segulung ijazah doa tanpa jemu untuk kami di sana nanti.Amin.


Di tersenyum sebab teruja nak dapat hadiah ;)




muka penuh pentas graduasi 2014

nur dan amie.

Sesi jadi model

gambar kabur huhu.nampak comel denga seluar dan baju lengan panjang.

Jumaat, 15 November 2013

I am tired

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Hari ini terlalu penat dengan konvo anak dan menghadiri kenduri berkhatan di rumah jiran terdekat. Lepas habis kedua sesi Suri dan anak terus balik rumah mandi, solat dan terus gedebomm.


Insyallah sedikit masa akan Suri kongsikan gambar di sini. Sekarang tak larat huhu..


Bakar Lemak Dengan Pantas Ada Sesuatu Eh?

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Nak cari kasut bakar lemak dengan pantas sebab boring asyik duduk hadap laptop, packing barang pelanggan pun masih duduk juga. Padahal dalam hati tidak sabar ahad ini ada "sesuatu"

Kasut untuk temuduga SPA?  tidak

Agaknya kasut yang bakal di beli warna putih? Mungkin, tapi nama kasut itu kita namakan kasut bakar lemak dengan pantas versi ada sesuatu 

Bakar Lemak Dengan Pantas Ada Sesuatu Eh?
lagak pro!


Kasut untuk menari barangkali? Mungkin ya itu kalau nak bakar lemak dengan pantas dikatakan Menari selama 20 minit dapat membakar 100 kalori badan anda. Asal keluar peluh dapat buat tiga puluh minit sehari ok jugakan.

Lebih lagi jom ke ----------> ini


p/: Bakar lemak sambil menggayakan kasut baharu tak salahkan ahaks..

Khamis, 14 November 2013

suri

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku. Merenung masa sekarang dan masa hadapan.. Jauhku renung tanpa sedar air mata ini telah luruh jatuh menghempap pipi..

Rabu, 13 November 2013

Pernahkan anda rasa apa yang saya rasa ?

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali tapi tunggu cc ok. Rindu tak berusik sungguh bila nak menggulum entri untuk pembaca setia dan blogger suwites erk..



Sahlah kemaruk dengan CC.

Pernahkan anda rasa apa yang saya rasa tanpa blog?

Selasa, 12 November 2013

Donut Gebuh Jangan Merajuk Sudahlah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Donut Gebuh Jangan Merajuk Sudahlah ..Allah anak Suri kurang sihat, kerja update blog banyak tergendala. Sabarkan hati buat kerja rumah tanpa fikir hadap blog nun sana. Pagi tadi rajinkan diri buat nasi ayam, sup ayam untuk anak. Sebab hari ini dia tidak ke taska huhu..Rasa nak pujuk hati lupakan dunia blog atau masalah lain kita boleh bikin donut gebuh

Tunggulah saat masa itu tiba saya akan aktif balik. Sekarang makan sedikit masa. Bertapa itu lebih baik huhu.. Donut Gebuh Jangan Merajuk Sudahlah mesti buat bikin mood anak tersenyum lebau dan isikan dengan saduran cokelat dia pasti suka. Beli Big Apple Donuts? Dunkin Donuts mahal whoh..

Donut Gebuh berani coba?

Donut Gebuh Jangan Merajuk Sudahlah Bukan setakat donat biasa sahaja anda boleh lakukan malah pelbagai variasi boleh di ketengahkan. Baik toping, insert dalamnya semua boleh buat. Pendek cerita you suka udang pun boleh muat dalam itu donatlah, you suka ikan bilis boleh sahaja asal jangan letak batu itu dalam donat sudahlah.

Dapatkan lanjuta donut gebuh di  ------> sini

p/s:Cuti sekolah boleh gebukan minat makan anak mencuba resepi inikan

Isnin, 11 November 2013

Katakan Tidak Pada Jolly Shandy !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Allah Maha Besar. Apa sudah terjadi makin banyak barang dari luar makin mudah di dapati di pasaraya ataupun kedai sarbaneka. Asal ada duit dan murah ia bukan penghalang untuk anak muda mencuba try and error. Jolly Shandy. Dari pagi tadi benda ini popular di medan muka buka. Ada perasan jugalah. 

Benar atau tidak Jolly Shandy kita boleh lihat apa yang tertera pada gambar di bawah.






Pendek kata jika was-was dengan Jolly Shandy  sila jauhkan jangan sentuh, jangan gatal-gatal tangan untuk membeli, jangan berani mencuba! 

p/s: untuk minum baik kalian minum air kosong tak apa manfaat pun banyak juga yang penting ia tak ada gula.

wahualam.

Ahad, 10 November 2013

insan yang tersayang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari yang malas adalah hari hujung minggu heee.. selamat berehat dan bersama dengan insan yang tersayang.

Sabtu, 9 November 2013

Tak Akan Hijau

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Berjalan makan angin juah sekali tapi sekadar melihat keindahan bandar Kuala Lumpur begitu rancak di canang rumah, bangunan sana sini. Sampaikan hati ingin melihat dedaun hijau meliuk pun agak sukar kecuali di depan halaman rumah sendiri, simpangan jalan, taman permainan kanak-kanak, tempat istirehat insyallah masih di kekalkan lagi alam kehijaun ini.
Bukan tidak suka pada kehijaun tapi bila terlalu banyak pembangunan begitu pesat boleh jadi anak mata kita akan mudah sakit apa lagi di fikir soal sesak disebabkan akal manusia yang rakus pada pembalakan kuantiti udara pun tidak sihat seperti selalunya.

Sayangilah bumi kita inilah harta yang kita ada untuk anak dan cucu-cicit kita. Siapa lagi kalau kita tidak mengambi endah akannya.

Rabu, 6 November 2013

What am I? with Hedbanz

 Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Tiada kerja kita cuci mata dekat sana boleh barangnya What am I?" with Hedbanz. Merupakan satu permainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Mudah untuk mereka meneka gambar apakah yang berada di atas kepala rakan-rakanya atau pada si pemainnya. 
Sungguh terujalah HedBanz Game mereka ini jika mereka bijak menekanya :) jika salah maka denda perlu di kuat kuasakan.Seronok bukan paling best suasana pembelajaran kanak-kanak tidak membosankan. Apa lagi untuk kanak-kanak yang berusia 3-5 tahun tahu sahajalah perangai mereka bagaimana.


Permainan ini memudahkan kanak-kanak mengenal binatang, hidupan dalam laut, benda yang berada disekelilingnya dengan lebih mudah sambil di sertakan bebola pasir masa untuk meneka kad tersebut.
Berminat HedBanz Game sini
p/s: mulalah teringat masa nak kenalkan anak kucing dia kata tikus sebab keduanya ada misai :P

Isnin, 4 November 2013

Bunyi cengkeriknya Macam Ini..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.Akhirnya Suri tertidur bersama anak......

Hari ini punya cerita biasa kepada anak dara tersayang bunyi cengkeringnya macam ini..

Ibu: Sekolah tadi belajar apa?

Anak : Alah dekat sekolah tadi kita tidur

Ibu: Woi! kau biar betul tak akan maish tidur lagi



Anak : yalah. Dia boleh sambung cerita semua kawan-kawan umairah tidur jadi umairah tidurlah.

Ibu: Eh,cakaplah betul-betul ini

Anak : Ia, betullah bu kita tidur sahaja..

Ibu: Bukan hari isnin ada baca buku anakku sayang..

Sampai sekarang tidak percaya benar atau tidak apa yang anakku katakan ini. Mungkinlah sebab makin dekat hujung tahun makin banyaklah kerja cikgu- cikgu untuk aturkan program awal tahun hadapanapa lagi untuk hari konvonya yang bakal tiba nanti itu yang mereka biarkan anak-anak murid berehat  :) Sekejap lupa nak tanya..

Ayong dekat sekolah tadi cikgu ada minta korang pasang kemah tak :P

Ahad, 3 November 2013

Kaki Gatal Gara-Gara Jobdirumah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ahad memang best. Kerana hari ini kita boleh bersenang- lenang tanpa buat Kaki Gatal Gara-Gara Jobdirumah pasal apa besok kita akan mula berkerja ak.ak.ak :P

Kenapa hari isnin Kaki Gatal Gara-Gara Jobdirumah? sebab hari sabtu atau hari ahad kita telah bercuti "sedikit panjang" Yalah sebab cuti dua hari sahaja ma. Mana nak disamakan cuti seminggu budak-budak cuti sekolah ya tak?ak,ak,ak, :P itupun kalau anda berkerja isini sampai jumaatlah :) jadi silalah jangan salah faham akan akta hukum kanun pejabat anda ha.ha.

 Yah ada duit boleh  beli macam-macam yang kita mau!

Selamat bercuti. Tapi sekiranya anda seorang yang jenis rajin mencari duit ayuh tambahkan nilai pendapatan anda dengan tidak mengeluarkan model modal seperti Jom sertai saya buat duit dengan jobdirumah inilah kaedah Kaki Gatal Gara-Gara Jobdirumah yang terbaik sambil bercuti duit masyuk.

Okleah kaki den dah geli sebab anak mula geletek ak,ak, ak. Nak daftar  ianya memang percuma kat ceruk ini

p/s: Geletek ker gelak ker janji kerja jalan duit ada kau apa tahu sekarang ini pun nilai gula dah naik berapa  tingkat walaupun berapa ringgit jer tapi harganya tetap duitkan.


Sabtu, 2 November 2013

Tips Membuat Maruku Sedap, Rangup Dan Garing Macam Kedai Kacang Putih Ipoh

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ramai yang bercuti hari ini bagus saat ini suri dapat berehat. Sekali ada bau menusuk dua lobang terowong hidungku. Apakah itu nah rupanya Tips Membuat Maruku Sedap, Rangup Dan Garing Macam Kedai Kacang Putih Ipoh sedang menebarkan bau di ruang dapur.

aISY..
Nak minta pada jiran rasa seganlah pula baik kita bikin sendiri dan ikuti  Tips Membuat Maruku Sedap, Rangup Dan Garing Macam Kedai Kacang Putih Ipoh tu puas hati lebih bagus kita nak buat penjenamaan kita packinglah cantik-cantik mana tahu kalau ada sedara, sepupu-sepapat nak kawin bolehlah kita buat door gift untuk mereka.


Oklah. jika anda berminat dengan Tips Membuat Maruku Sedap, Rangup Dan Garing Macam Kedai Kacang Putih Ipoh ayuh dapatkan resepi maruku yang terbaik itu di sini.

p/s: Asal ada kemahuan pelbagai cara kita boleh usahakan janji jangan banyak mencipta alasan.


Jumaat, 1 November 2013

Kalau Kamu Menangis Bunyinya Macam Katak Panggil Hujan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini saya menjadi seorang ibu yang garang tak tahulah di mana silapnya. Mungkin apa yang dia kehendakkan saya tidak penuhi maka dia mudah berang dan naik minyak.  Hanya kerana seluar dalam a.k.a spender tewtey sahaja dia nak pakai padahal dia sudah siap menyarungkan baju sukan dan tudung bulatnya yang comel.




Katanya nakkan sesuatu mesti dia nak juga. Ibu pula berkeras sebab tidak mahu biasakan ikut kehendak anak. Jika ikutkan nanti risau pula makin besar tabiat makin menjadi. Sabarlah juga melayan karenah dalam marah berselawat juga. 



Masa atas motor sempat juga aku mengusi usik dia haa..  kalau kamu menangis bunyinya macam katak panggil hujan :P

Hai..anak..anak..

Balik ini ajak dia makan ice ceam moga pujukan ini akan menjadi.

Panduan Lengkap Cara Membuat Putu Lagak Professional

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sekarang dunia makanan semakin mendapat tempat di Malaysia. Kini sudah tiba masanya anda fokus pada penambahan menu yang baru sekiranya ada mempunyai gerai jualan sendiri, ingin menambah pendapatan sampingan ataupun menambah koleksi resepi keluarga mengapa anda katakan tidak pada Panduan Lengkap Cara Membuat Putu Lagak Professional


Percaya atau tidak kebanyakan dari kita sudah merasa bosan dengan menu sarapan pagi bahkan petang yang sering kali putaran jualan produknya adalah sama. Pendek kata tiada perubahan langsung dalam perniagaan anda. Bagi suri rumah pula sering menggarukan kepala juadah apakah yang sesuai untuk merembat hati suami dan anak-anak. Nah, dapat di ringkaskan Panduan Lengkap Cara Membuat Putu Lagak Professional  ini mengandungi sepuluh aneka putu, lagi la gempak rahsia pembuatannya pula amat halus, lembut dan gebu! 


Untuk mendapatkan pakej Panduan Lengkap Cara Membuat Putu Lagak Professional tempahan bolehlah dilakukannya di sini.

p/s: Selalunya resepi yang jarang di buat dan mempunyai kelainan yang tersendiri  itulah yang selalu mendapat permintaan tinggi.

Khamis, 31 Oktober 2013

Bila Kejadian Bosan Tak Sudah-Sudah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Jangan katakan hari ini anda terlalu bosan

Pada hakikatnya kita sendirilah yang mengawal rasa itu sendiri.  Perjalanan masa yang lama dari pagi sehingga ke petang tidak di rasa masakan jawapan terlalu bosan menghantui anda?

 Sekarang anda bosan atau tidak silalah jawab ya atau pun tidak.

Untuk elakkan rasa bosan kita sering berkata-kata yang bukan-bukan tanpa kita sedar rasa bosan itu sendiri lahir dari bisikan syaitan yang menyuruh kita lalai dalam perkara yang sedang kita berikan tumpuan. Jadi awas kawan-kawanku janganlah dibiarkan kebosanan mendapat tempat di hati anda. Sebaiknya isikanlah dengan selawat kepada yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana Pentadbirannya.

Rahsia Chef Membuat Bun, Pau & Pizza Terbongkar

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Hujung minggu tiba lagi. Saat inilah boleh dikatakan wanita yang anggun dan tangkas kalangan dari kita sedang sibuk mengemas, memasak yang enak-enak untuk keluarga. Tapi ada satu perkara wajib yang patut  di buat waktu ini ialah mencuba rahsia membuat bun, pau & pizza terbongkar adalah edisi wajib menu minuman petang.

Kali ini minuman petang apa yang mudah, cepat di sediakan bahkan ianya boleh di makan bila-bila masa sahaja. Paling penting juadah itu save budget kita dan di sukai oleh anak-anak. 


Kalau belum kawin mesti mak ayah suka air tangan anaknya sendiri. Siapa yang tak suka kalau dipuji yer tak? Apa lagi jika anda seorang isteri pasti juadah ini buat pemikat hati suami. Tambah lagi anak-anak sudah tentulah tersenyum manja tambah lagi menu rahsia membuat bun, pau & pizza terbongkar itu kita boleh ubah suai mengikut citarasa mereka.


Rahsia membuat bun, pau & pizza terbongkar ini adalah pilihan yang terbaik bagi Suri kerana satu pakej lengkap dengan tiga modul resepi. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkannya sebelum harganya bakal di naikkan--->sini

p/s: Beli di kedai memang tak puas cuba buat rasa itu sungguh berbaloi-baloi :) 

Rabu, 30 Oktober 2013

Perempuan Dan Kerjaya Pembantunya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Time malam pula aura makin rancak nak update blog pada hal tengah tunggu mood untuk melipat baju. Ikutkan time ini tak sesuai lipat baju sebab anak bakal mengganggu dan nak layan suami untuk makan minumnya  hee...

Sementara menunggu ini Suri ambil peluang. Percaya tak perempuan dengan pakaian tak dapat lari dari perkara ini:-
  • Membasuh baju-baju kotor, alahai mujur ada encik mesin basuh :)
  • Menggosok baju untuk diri sendiri, kalau yang sudah berkahwin pula tanggungjawab menggosok baju suami dan anak-anak.


  • Menganggat baju di ampaian.
  • Melipat pakaian baik yang bersaiz kecil, besar pendek kata tugas mereka melipat.

Perkara ini akan berlaku setiap hari atau ada membasuh basuh sehari dua kali, sehari sekali atau ada yang menggosok baju untuk stok seminggu pendek kata perempuan dan pakaian tidak dapat di pisahkan umpama aur dan tebing.

Biasanya kerja ini akan terabai sekiranya mereka kurang sihat. Tapi sebaiknya jika anda sudah berkahwin maka tolonglah bantu pasangan anda mana-mana kerja yang patut. Kasihanilah dia. Jika anda berfikir anda seorang yang berkerjaya, dia juga berkerja menguruskan rumahtangga bahkan jika dia berkerja di ejabat juga tentu dia lebih 2 kali menanggung bebanan keletihan dari anda. Jadi jagalah dan cubalah hargai pasangan anda :)

Sampai berjumpa lagi :)

Selasa, 29 Oktober 2013

2 Teknik Bakar Lemak Pantas

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ada orang kata Bakar lemak Dengan Berlapar berat badan akan cepat turun? betul ke?

Salah sebenarnya kalau kita nak turunkan berat badan dengan berlapar.

Diet dengan berlapar hanya akan merendahkan metabolisma kita akan menyebabkan penguraian otot-otot badan (permulaan ke arah kegemukan jika makan secara tidak terkawal selepas itu).

Jadi bagaimanakah cara yang betul untuk kita turunkan berat badan?

Tidak lain dan tidak bukan adalah dengan cara teknik bakar lemak pantas berserta dengan kaedah yang betul. Salah satu teknik bakar lemak pantas adalah melalui:-



Senaman.

Dengan senaman, kalori boleh digunakan dan anda juga dapat mengekalkan atau menaikkan metabolisma badan, seperti senaman weight training mampu menaikkan metabolisma anda dan menyingkirkan lemak yang berlebihan.

Berdiet dengan betul.

Kawal diet Bakar lemak Dengan Berlapar anda dan lakukan senaman secara konsisten. Diet secara drastik boleh membuatkan anda tertekan, moody, tidak bermaya seterusnya bukan sahaja menjejaskan badan anda, namun keluarga, kerja dan sosial anda turut terjejas.

berminat selanjutnya bolehlah ke laman ----------> ini.

P/s: Semalam cuci mata di Aeon Section 18 Ipoh sekali tengok kedai baju Mango waduh cantik sungguh dressesnya jom beli saya nak rembat saiz M !

Ahad, 27 Oktober 2013

Jom sertai saya buat duit dengan jobdirumah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Badan rasa letih mau gak hempas diri ini terus atas katil empok seronok juga. Suasana sejuk seram badan menggigil tapi kuatkan hati buka laptop juga heee..Jom sertai saya buat duit dengan jobdirumah sambil berjalan duit masyuk.



Sekarang,

Suri ada berada di Kuala Lumpur sambil update blog sambil tengok tv dan layan kerja jobdirumah tetap berjalan lancar. Jom sertai saya buat duit dengan jobdirumah kerana setakat ini boleh katakan hasillnya Alhamdulilah begitu baik sekali. Rasanya kesyukuran yang amat sangat pada yang kuat berusaha. Inilah kata orang sambil meyelam kita minum air. Rezeki tidak henti hadir tanpa jemu dan putus asa.

Sudahkan anda mendaftarkan diri mencari kerja sambilan? Jom sertai saya buat duit dengan jobdirumah Ternyata ia cukup mudah hanya melalui depan komputer di mana sahaja anda berada.

Untuk pendaftaran ke sini

Jumaat, 25 Oktober 2013

Cara Dan Panduan Membuat Maruku Dari Rumah Dengan Tiga Versi Terbaru

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku Alhamdulillah.

Anda pernah membuat maruku dari rumah dengan tiga versi yang berlainan? tapi kebanyakan maruku yang anda beli kurang sedap. Teringin buat maruku tapi tiada panduan membuat maruku dengan teknik yang betul.

Apa kata anda mencuba panduan membuat maruku di rumah mana tahu pendapatan yang hanya bermula dari rumah akan mendatangkan hasil yang lumayan. Kata orang semuanya boleh di buat secara suka-suka atau sambilan ada permintaan nanti insyallah kita boleh kembangkan perniagaan lagi.


Didalam video panduan buat maruku ini anda akan mempelajari cara-cara membuat maruku:-

  1. Maruku Letup
  2. Maruku Green Peas
  3. Marukku Power

Ini baru tiga jenis panduan buat maruku jika anda telah pandai menguasi rahsia ketiga-tiga teknik maruku ini saya yakin anda akan lebih tahu rahsianya yang lain pula. Janganlah risau semua toturial ini akan di ajar satu persatu sehingga anda berjaya melakukannya. Moga-moga panduam buat maruku ini akan membantu anda menjana wang dari rumah.

p/s:Suka sangat maruku uncle india ini mereka kalau buat ada rasanya yang tersendiri.

Rindu Setengah Mati

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sungguh admin rindu akan blog ini. Lalu jari -jemari mengoogle perkataan "Rindu Setengah Mati"
dalam dedaun youtube sahlah lagu ini terkena bias pada diri admin sendiri.

Admin berhasrat untuk majukan blog ini kedepan? apa pendapat anda sebab blog ini merupakan salah satu kegemaran admin melepak saat salah satu blog yang lain down huk.huk.huk... 

Sambil menghembuskan bijih timah warna kuning cair yang pekat :P

 Part time job inilah kerja admin hee..

Sungguhpun blog ini  lebih padat pada entri peribadi, rojak tapi dalam birai mata admi blog ini boleh hasilkan wang saku untuk diri sendiri saat terdesak.

Pendapat anda?
klik --->sini
 

Rabu, 25 September 2013

Mampu Merancang..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Semua perkara yang di susun 60% sahaja yang menjadi. Terpaksa melupkan kerja yang di rancang dari awal sebab anak demam dan selsema. Hari ini pula hari jadiku..demam pula dan batuk semakin menghantui diri. Anak tekak sakit.. minum air banyak lagi banyak yang keluara adalah..

Tak laratlah sangat-sangat..

Isnin, 23 September 2013

Job Dari Rumah Membatu Saat Terdesak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Minyak naik, tambang bas naik, susu anak pun naik harga tunggu kurang beberapa sen sedikit barulah borong tiga ke empat pekat itu baru sorang, jika single wang tampungan untuk sendiri pun mahu juga. Teringin nak bergaya juga bukan nak harapkan duit wang saku dari keluarga ataupun wang pinjaman pelajaran. Boleh dikatakan hampir semua barang telah naik harga. Sekiranya kita golongan yang sederhana sedikit sebanyak masalah ini akan terhimpi.

Jika kita pergi ke kedai membawa wang bernilai  RM50.00 ataupun RM100.00 Suri rasa barang yang kita dapat jumlahnya terlalu sedikit. Ini disebabkan nilai harga barang makin tinggi di pasaran. Jika di bandingkan dengan dahulu note yang di bawa ke kedai terasa lumayan kini barang yang di bungkuskan untuk kelengkapan dapur bagi isteri, jajan untuk anak-anak, kelengkapan untuk menyiapkan tugasan terasa lumyan  saat sekarang ia umpama mimpi di siang hari..

Pengharapan terhadap nilai barang dapur, pakaian, penyediaan tempat tinggal, kemudahan asas kini bukan satu omongan kosong yang kita akan hidup mewah sentiasa. Perlu di ingatkan kebergantungan pada "wang" simpanan akan habis juga sekiranya kita tidak bijak menyimpan, mencari sumber yang kekal berpanjangan pasti kita akan kehabisan bekalan lama kelamaan kelak.






Detik inilah kita harus berkerja keras. Bukan bermaksud keluar mencari kerja tetapi melakukan kerja di mana-mana sahaja di mana ada capai internet sekarang juga anda boleh bermula. Job dari rumah tidak memerlukan anda untuk pergi berjumpa dengan orang awam tetapi ia memerlukan kerajinan anda untuk berkerja. Bagaimanapun ia bergantung kepada diri anda juga.

Alhamdulillah sumber kewangan yang masuk ke dalam akaun Suri semakin menggembirakan hati. Jadi inilah salah satu sumber pendapat saya secara berterusan. Untuk sedikit pencerahan tentang jobdarirumah anda boleh rujuk entri ini. Berkenaan bayaran yang sebelumnya anda bolehlah ke ini, ini, ini dan sini 


Jika anda berminat ayuh daftarkan di sini.


Jumaat, 20 September 2013

Menghantar Lahar Gunung Berapi Ke Lubang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku. 

Punyalah semangat berkobar-kobar nak buat entri sekali hamik ko "Internet Server Error". Sambil tidak puas hati mencuba buka window satu satu lagi untuk terjun ke laman ini namun semuanya gagal. Jadi Suri melepaskan gian di sana.

Jika anda peminat, penggumpul cerita-cerita islam masa inilah yang terbaik untuk Suri kongsikan dua buku hasil tulisan dari Khairy Tajudin  terbitan dari Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Apa yang menariknya setiap isi di dalam buku ini mempunyai dua buah siri tauladan yang berbeza. Yang menceritakan kisah-kisah para Nabi dahulu mempertahankan agama, berjuang maruah, wang, keluarga kerana islam semata-mata. Sebahagian kisah yang terbaik adalah Safwan Bin Umayyah R.A,  Urwah Bin Mas'ud R.A dan banyak lagi.

Dan satu lagi buku ini pula mengandungi dua puluh buah Kisah -Kisah Pelik dan ajaib serta bantuan ghaib daripada Allah SWT kepada para Sahabat Nabi SAW. Pembaca akan menemui di dalamnya seperti kisah Jenazah Yang Di Mandikan Oleh Malaikat, Periuk Yang Berzikir, Jenazah Yang Tidak Reput, Cahaya Dari Kubur, Menghantar Lahar Gunung Berapi Ke Lubang dan sebagainya.



Kisah di dalam buku ini di pelbagaikan bagi mendidik anak-anak mahupun golongan dewasa berfikir akan kehadiran Maha Esa itu wujud. Malahan ia juga mampu membenamkan dalam diri dan jiwa anak-anak kecil supaya takutkan Allah melebih dari segalanya dan sekaligus menakluk pembaca untuk mengenali dan sayang akan Nabi-Nabi kita.

Bacaan yang dapat saya simpulkan di sini sungguh santai. Bahasa yang amat mudah di fahami di sampaing harganya juga berpatutan. Penggolahan jalan cerita yang baik memudahkan ibu bapa bercerita sebelum menidurkan anak. Tahukah anda inilah buku-buku ilmiah islam yang yang sebenarnya molek di jadikan sebahagian koleksi perpustakaan mini di rumah anda. Yang terbaik adalah jika anda hadiahkan ia untuk anak-anak supaya minat mereka membaca terus subur dalam diri masing-masing.

Dapatkan dan selamat membaca :) Jika berminat sila pm saya

Selasa, 10 September 2013

Rindu dan PR1

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Rindu sekejap itun yang masuk blogspot dan rest otak kat sini. Sakit kepala menguruskan dua blog secara serenatak.

Mahu terbalik hidup di buatnya. Syukurlah Tuhan bagi kita keupayaan untuk solat lima waktu sudah pastinya sedikit ketegangan akan beransur..

Oh tak..

Masalah perpindahan entri dari blog lama http://cahayacinta ke http://www.cahayacinta.com masih belum selsesai. Iklan nuff dah di tarik menjadi non geli2.. berusaha untuk dapatkan status itu.

Mungkim sehari dua aku berehat seketika. Memandangkan anak pun sudah tiga hari tidak sihat.. Tapi.. Cukup bersyukur kerana belog ini sudah mencapai PR1 Terima kasih atas sokongan blogger semua

Rabu, 4 September 2013

Bihun Sardin Mudah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kelmarin Suri ada buat sandwich untuk anak-anak semasa kami bersiar-siar ke taman botani, Ipoh. Jadinya lebihan baki sardin yang ada itu ikutkan Suri rancang nak masak sambal sardin tapi..fikiran mula berimiginasi untuk mencipta menu baru pula.

Apakah menu sardin yang Suri berjaya buat ini. Ayuh sediakan bahan - bahan seperti di bawah:-
  1. Bihun
  2. Clili kisar
  3. Sardin 
  4. Bawang merah
  5. Bawang putih
  6. Sos cili
  7. Sos kicap
  8. Sos tiram 
  9. Kicap pekat 
  10. Sebiji telur
  11. Sayur sawi





 

 Cara-caranya:-

  • Panaskan kuali dan leburkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Selepas itu leburkan pula cili kisar, dan sardin sehigga ia garing.
  • Masukkan semua bahan yang berasaskan sos dan kicap pekat.
  • Masukkan pula sayur sawi dan sebiji telur ke dalam kuali dan akhir sekali masukkan bihun dan balikknya beberapa kali sehingga bihunnya mesra alam gitu.


Tidak semestinya memasak kita perlu terikat dengan satu-satu bahan sahaja. Ia boleh di pelbagaikan. Mengikut citarasa yang tersendiri terkadang itu lebih menjimatkan tembahan lagi waktu tersebut adalah terdesak.

Tapek Jangan Tak Tampal

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri amat menyukai bila anak mewarna. Padahal dalam hati punyalah geram sebab sekitar dinding ruang tamu, ceruk empat buah bilik kami, pintu bilik air, kepal katil, botol minuman, bantal busuk, alas meja bergambar, buku - buku, kertas kerja ayahnya, lantai mamar, beg sekolah, conteng tangan sendiri, baju sekolah berbekas warna merah dan biru, kasut sekolah, tingkap kereta telah selamat dia kerjakan.

Baiklah bagi menghargai jasa baik anak yang manja ini Suri tapekkan hasil lukisanya di peti ais. Di bawah ini adalah lukisan pertama di sekolah anak. Suri dapat sebelum hari raya kelmarin.



No. dua ini pula dia baru bagi pada Suri dalam hari isnin ini .. Mestilah Suri tampalkan juga. Tapi petang selasa dia bising dia kata dia tak dapat bagi lukisan itu pada cikgu. Jadinya dia salahlahkan pula si ibu.

Gerr...
hakikatnya Suri sudah ingatkan padanya lukisan ini perlu di bawa pada cikgu..aduh ada sahaja alasannya..



Sebelum dia masuk sekolah ada juga Suri tapekkan lukisan di peti ais tapi ia sekadar gambar warna mickey mouse sahaja hee,,,

Inilah salah satu cara untuk memuji dan memberikan semangat untuk dia belajar. Semoga dengan cara ini anak-anak akan rasa lebih di hargai dengan apa yang dia lakukan.

Selasa, 3 September 2013

Latihan Kejam Untuk Anak !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sudah lima hari pinggulku sakit entah apa silap pusingnya.? tidak pasti. Tapi kuatkan semangat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu kepada seorang anak yang comel serta kekasih gelapnya iaitu blog..Bila badan sakit waktu rehat dari ruang maya pun turut suram. Kecewa dengan ini, pi blog sana  pun rasa down padahal blog itu perlu di berikan tumpuan.

Waktu pulang ke rumah mak mertua Suri sempat mengajar anak cara-cara membuka pintu lock dari dalam kereta. Ini ekoran daripada beberapa kes yang kita sendiri tidak jangkakan di mana:-

  • Apabila anak-anak tertinggal di dalam kereta ini adalah kes ibu bapa yang cuai ataupun tidak perasan kehadiran anak di dalam kenderaan tersebut. Wahualam.
  • Biasanya anak-anak berumur 3 ke 4 tahun ke atas apabila dia mula belajar dan melihat persekitaran di sekelilingnya. Contoh situasi ini berlaku apabila ayah keluar membeli barang di kedai, si ibu segera menekan/membenam lock pintu kereta dari dalam. Ini menyebabkan anak sibuk belajar menekan lock kereta tanpa dia mengetahui tindakannya itu merbahayakan dirinya sendiri. Kejadian ini agak tegang apabila anak-anak tersebut berada dalam kenderaan secara berseorangan.
  • Apabila anak-anak terterkan lock pintu kereta dari dalam secara suka-suka.

 # LATIHAN TUBI 1

Sekiranya anak anda dalam kereta yang di dalamnya terpasang penghawa dingin ajarkan dia cara menekan hon kereta. Biasanya anak-anak berumur 2 tahun keatas amat gemar bermain stereng kereta :) . Jadi masa inilah peluang untuk anda melatih mereka.

Sesekali berikan dia latihan sehingga dia berjaya melakukan bunyi hon itu beberapa kali.

(Latihan tubi ini boleh di lakukan untuk anak-anak yang bawah umur 2 tahun ke atas)



# LATIHAN TUBI 2

Terlebih dahulu biarkan lock kunci kereta penekannya "terbenam" ke bawah.



Anak mencuba latihan "menekan ke atas" pintu lock kereta



Ya, dia berjaya melakukannya!

Ia semudah 1, 2 dan 3 :)

  • Tunjukan kepadanya ibu jari kanan anda kepada anak anda. (Sila ikut keselesaan ibu jari mana yang dia rasakan selesa dan kuat) 
  • Lakukan penolakan ibu jari kanan anda pada butang lock sedia "terbenam" itu di naikkan ke atas.
  • Ulangi langkah ini kepada dia beberapa kali dan beikan dia latihan sekerap yang boleh sehingga dia berjaya membukanya dengan sendiri. 

Berikan dia sokongan dan pujian semoga latihan ini akan memberikan manfaat, keyakinan dalam dirinya sendiri suapaya dia tidak gentar untuk menghadapi situasi yang genting.

Selamat mencuba!

Admin mempunyai pengalaman yang pahit sekitar sebulan yang lalu..insyallah akan di kongsikan pada entri yang akan datang. Jika anda mempuyai latihan tubi yang benar-benar manfaat sila share ke lama facebook dan kongsikannya di laman ini. Terima kasih.