Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Deman
yang Suri alami ini masih pada tahap mengada-ngada lagi. Bila bangun
pagi tadi terasa badan sejuk seram. Tapi selepas Suri minum ubat batuk
cap ibu dan anak demam yang terasa panas dalam badan ini mula menyusut
pula. Eek.. agak kepelikan sedikit berlaku di situ. Tapi tidak
mengapalah asalkan jimat ia sudah memadai dari duit poket kita di
salurkan pada klinik swasta apa lagi di klinik kerajaan walaupun ringgit
malaysia satu ringgit jer.
Sepertinya
kita membeli empat meter kain, dengan semeter kain berharga belasan
ringgit kemudian kita menghantar kain tersebut kepada tukang jahit
mengikut tempahan baju kurung yang kita inginkan. Adakah anda rasa cukup berbaloi dengan tindakan anda itu?
Bagi
Suri ia amat rugi sungguh-sungguh. Mengapa ya? Kenalah pula kainnya
semeter berbelas ringgit apalagi dapat di katakan jika hati mula
berkenan akan pesak baju kurung tradisional, baju kurung pahang ataupun baju kurung riau..haaa..
itu belum masuk lagi tempahan baju raya yang kedua jenis pelum itu
lagilah mahal sekiranya tukang jahit mengambil upahnya selanjutnya
berapa RM agaknya ya?
Cuba
fikirkan sendiri sekiranya kita mempunyai asas jahitan sudahlah kita
tidak perlu risau lagi memikirkan tentang pembazirkan wang upah untuk
tukang jahit malahan kita juga sebenarnya boleh membuat duit sampingan untuk tujuan itu. Sebab yang kukuh kerana anda telahpun mempunyai teknik yang betul untuk membuat pakaian idaman hati kelak.
Ya, masa inilah kita perlu berjimat apalagi ekonomi sekarang semuanya barang akan naik baik dari segi makanan, pakaian, minyak semuanya sedang menunggu masa sahaja lagi. Sekirnaya anda berminat untuk menjana wang seperti Suri anda juga boleh daftarkan diri di sini.
Ha..di atas itu adalah hasil baju kurung dari tangan berseni Cik Suri. Jika ada perasan Suri ada ceritakan kisah baju kurung anak pada entri si gebu, ayujelita dan si cantik. Dia suka pakai baju kurung. Semestinya pilihan ibu yang bijak adalah kain baju kurungnya dari jenis kain kapas kerana ia mudah di serap oleh peluh. Biasalah kanak-kanak begini memang aktifkan.
Apa tunggu lagi ayuh dapatknnya di sini ataupun di bahagian iklan si debar
2 ulasan:
Gambarnya tidak ada.
aduh.thnks sy cek semula. :)
Catat Ulasan