Selasa, 31 Mac 2015

Obimin!! Najis Hitam Semasa Hamil

As salam...

Obimin!! Najis Hitam Semasa Hamil..Kenapa semasa hamil najis kita hitam uh..sungguh tak lawa sudahlah namanya seru najis haaa...Ia salah satu sebab apabila kita berjumpa dengan doktor atau pemeriksaan berkala kehamilan kita bekalkan dengan sejeinis ubat beri nama "Obimin"

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut


Apa ada pada obimin?
Dalamnya terkandung  besi (ferum, iron, fe) untuk tambah hemoglobin dalam sel darah merah.


Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


 Obimin!! Najis Hitam Semasa Hamil..



Bagaimana obimin bertukar menjadi hitam?
Ia berlaku apabila ibu mengambil obimin lebihan serapan tidak serap dalam tubuh ini akan mengeluarkan sisa najis bertukar warna hitam. Memberikan makna bahawa tubuh anda bertindak dengan berkesan dengan ubat obimin.


Adakah najis hitam semasa hamil membahayakan kesihatan ibu mengandung?
Tidak ia adalah normal. Jika pengambilan anda seperti sarankan doktor makan sehari sebiji maka najis anda akan tetap berwarna hitam. Sekiranya anda kurang mengambilnya maka najis anda akan beransur-anur kurang hitam tetapi akan bertukar warna cokelat semula.
Apa yang di berikan oleh doktor anda mahupun jururawat klinik kesihatan anda maka makanlah janganlah cuba abaikan ia untuk kebaikan janin, fetus..bayi dalam kandungan anda juga. Bersyukurlah sekiranya anda antara insan yang terpilih untuk hamil jagalah ia sebaiknya seperti anda sayangkan nyawa anda sendiri kerana dia berhak mendapat apa yang anda dapat sama seperti semasa ibu anda mengandung dan melahirkan anda.

Khamis, 26 Mac 2015

Sebab kita rasa malas semasa hamil?

As salam..

Sebab kita rasa malas semasa hamil?..Baru perasan atau dah lama aku perasan heee.malas nak masak terutama membuat sarapan pagi untuk keluarga suami dan anak tercinta..
 

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Pasal apa dah...dulu untuk pertama kehamilan aku rajin sangat siap buat sarapan pagi untuk suami dan makan tengahari untuk diri sendiri lagi hua..hua..kes berat sungguh ini..

Jadi semalam aku ada buat sup boleh makan bersama bihun. Kebetulan bihun aku lama rendah hari rabu asalnya anak sedara nak datang akhir tak jadi. Aku pikir nak buat bihun tpai rasa jemu pula tu buat sup semalam heee tanbah dengan kicap dan racik cili api baru sentap mak ni makan heee..

Tadi aku pi rempit pasar kejap aku rajin berfikir esok insallah buat nasi lemak..dah lama benar tak makan nasi lemak buatan tangan sendiri. Apa lagi pagi tadi keluarkna ayam aku terus je buat sambal ayam huhu...Sekali dengan petang ni menu yang aku siapkan pagi tadi bahan untuk makan mee sup. Tinggallagi nak kupas ayam sahaja nie haaa..balik ni bolehlah en suami makan malam ya tak?

Esok pagia ku cuma perlu kerjakan nasi lemak, hiris timun dan dadar telur rebus untuk anak dan goreng telung mata untuk suami jer...

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Sebab kita rasa malas semasa hamil?
  • Sebab badan kita cepat rasa mengah dan tak larat tambah pula berat bayi dan badan makin bertambah.
  • Fasa kehamilan pertama dan fasa kehamilan ketiga buat kita rasa tak ada semangat nak buat kerja rumah, mamasak melakukan aktiviti patut lakukan tapi tergendala gara-gara bawa budak katanya heee..
  • Kita tidak mendapat rehat cukup maka kita akan kata tak sempat nak lakukan tugasan memasak, membasuh kerana tidak cukup tidur, tekanan tempat kerja atau mungkin ada masalah peribadi atau mungkin risau tentang bayi ada dalam kandungan.
  • Ada pendapat katakan bila badan kita kekurangan air maka tubuh kita akan berasa letih ia salah satu punca kita rasa malas lemas dan tidak selesa untuk mengerjakan sesuatu kerja.

Ada banyak sebab menagapa seseorang wanita itu hilang minat untuk lakukan sesuatu semasa hamil. Apa ia normal tapi jangan terlalu layan sangat sehingga ke penghujung kehamilan ia amat parah hu..sesekali paksakan juga badan anda berkerja dan bergerak. Bukan rehat sahaja melanikan anda ada simptom keguguran yang berkaitan dengan janin menyebabkan doktor tidak membenarkan anda lakukan kerja sedemikian maka anda harus tangguhkanlah ya.


Sebab kita rasa malas semasa hamil?Apa pun setiap kehamilan itu indah dan berbeza sama sekali. Yang saya kongsikan ini hanyalah sedikit pengalaman dari catatan kehidupan saya sahaja.

Rabu, 25 Mac 2015

emergency couple tak tinggal solat punya..

As salam.

emergency couple drama korea yang ada dekat tv9. Masa ingat cerita kore her legend tu adoi aku dapat tengok jugalah dekat tv2 kalau tak silap. Alih..alih tak dapat date tetap kejap hari khamis pastu tunda..tunda lama..sangat aku tunggu agaknya ceritnya itu dah tamat kot..Seingat aku cerita best tayangkan pada pertengahan tahun lepas 2014 huhu..Lepas itukan baru aku tengok eh cerita tu tayang balik. Aku tak pasti itu episod sambungan ke atau dia ulang tayang balik..
 

sekarnag tengah gila pula tengok cerita emergency couple kebetulan masa cerita ini tengah run tv3 ada dram best. Yang tak syoknya bab azan aku akan mula leka dengan tv3. jika aku tengok certa korea tv9 ni mula awal sikit.selalunya pas habis cerita korea ni azan magrib akan masuk jadi aku tak miss tengok cerita ni dan waktu xolat akau jamin cepat tanpa berlengah-lengah maka atas sebab itu aku pilih tv9.



Jangan tanya pelakon itu lawa tidak aku kenal tidak haaa..aku tak minta gila sampai kemaruk degar lagu korea cukup layan cerita sementara tunggu azan ke tunggu suami balik dari rumah bolehlah layan.


tak suka tv3 sangat sebab utama banyak iklan heee...

Selalunya sebelum cerita emergency couple layan ada cerita endon...kebetulan cerita endon best gak dak le gadis pakai seksi macma cerita tahun lepas cerita cinta 7 susun tu aduh pening aku buka tv...tapi tak layan sangat cerita huru hara gitu heee..

sapa ada tengok cerita emergency couple sila angkat tangan!

Selasa, 17 Mac 2015

Kebas Dan Cara Atasinya Ketika Mengandung

As salam..

Kebas dan cara atasinya ketika mengandung. Dua ke tiga hari ini tangan asyik mudah sangat rasa kebas..Padahal bukanlah tangan tak bergerak selama 20 minit huhu...bahagian kaki terasa juga kalau kata duduk lama tapi sekejap sahaja. Part tangan kebas aduh..


Apa nak buat kalau tangan kebas?
Katakan kita perlu menggerakkan anggota itu lebih kerap. Misalnya tangan kanan kita kebas maka gerak -gerakkan tangan kita ke kiri ke kanan dengan cara membengkokkanya ke, melentikkan jemari dan sebagainya.

 

Kebas dan cara atasinya ketika mengandung..Kalau bahagian kaki kebas bagi ibu yang sedang hamil ini harus luruskan kakinya bila berbaring dan letakkan kakinya lebih tinggi dari paras badan. Kalau mak aku akan kata sapu minyak pada pada kaki sahaja heeee..

Kebas dan cara atasinya ketika mengandung..terkadang bila kita banyak berdiri darah tak banyak berjalan ia bergerak pada suatu tempat maka itu terjadinya kebas anggota badan pada bahagian tertentu.



Oklah..kaki dah rasa nak kebas heee..lain catatan kita bertemu lagi ya..

Sabtu, 14 Mac 2015

Ragam Semasa Hamil..

As salam..

Ragam Semasa Hamil..Sabtu.Seronoknya hari ini plan nak bawa anak pi makan kedai roti canai dan nasi lemak daun pisang akhirnya tak jadi sebab kemalasan hadap blog kerja rumah heee.. Dengan alasan nak pergi makan rumah orang kawin sahaja anak tekak ni. Tak kisah apa menu hidangkan asal tuan rumah memag ada menjemput dan dapat makan nasi minyak orang kawin jadilah heee..
Alhamdulillah..
Ragam Semasa Hamil..
Suami izinkan walaupun agak keberatan sebab risau aku jalan jauh dan tak ada jiran kawan sebagai peneman di sana. Itu dia risaukan. Mujur ada motosikal aku rempit je..tak jauh rasanya kalau berjalan jenuh gak bawa perut tambah lagi cuaca agak panas. Adoi..majlis mula jam 12 tengahari ke 4 petang akau ambil masa untuks siap jam 1.20 tengahari.. Tapi tak nampak pula jiran tertanggan taman perumahanku ini..



Lepas selesai makan aku senyum sahaja tanda rezeki kami tiga beranak. Terus meleju ke pasar beli barang sikit teringin nak makan mee rebus pula heee.. Pertama kali buat syukur menjadi alhamdulillah. Nak makan kedia jauh rasa buat menjadi rasa nikmat pula. Insyallah boleh hidangkan untuk suami yang cintai..

Masak..
Sejak rezeki Tuhan berikan dalam ini semkin malas nak memasak. Tapi harni kuatkan hati. Kalau dulu petang sahaja ada menu aku bikin tak kira cucur udaang, cucur milo heeee, apam, mee goreng, kueh tiew, mee hailam semua aku buat sekarang rasa makin pemalas. Jadi masa inilah ambil waktu untuk biasakan balik agaknyalah heee..
Apa lagi ya..
Ragam Semasa Hamil..Aku sudah semakin sukar untuk tidurnya waktu petang. Kalau dulu pagi dapat lelap 20 minit atau lepas masak tengahari atau lepas makan tengahari sementara tunggu azan zohor sekarang tak lagi.. Aku tak pasti kenapa.. Malam sujar katakan tidur lelap sekejap dapat. Bila bagun tidur susahnya nak jaga..terus jaga..Kecuali semalam aku menjahit quilt baby mudah pula tidur..Hari pula amat sukar..Tak mengapalah mungkin pembawa budak agaknya ;) syukur..

Pengalaman Suntikan Anti Tetanus Atau Kancing Gigi

As salam..
Suntikan Anti Tetanus Atau Kancing Gigi ini adalah bahagian yang seterusnya ingin ceritakan pada entri yangdi janjikan beberapa hari yang lepas..



Aku beri vaksin anti-tetanus. Kenapa ya perkara ini perlu ia bagi mengelakkan para ibu dan janin dalamnya terkena penyakit tetanus

Al-kisahnya suatu masa dahulu penyakit ini cukup popular dan mudah terkena pada wanita yang hamil. Penyakit amat bahaya ini boleh menyebabkan kematian pada ibu atau bayi lahir mati atau bayi lahir pra matang.


Bukan itu sahaja khuatiri juga jika si ibu tidak mengambil suntikan pelindung anti tetatanus/ suntikan ini mengikut apa sarankan oleh klinik desa atau para doktor kemungkinan akan ada bakteri panggil kuman akan masuk dalam badan ibu hamil. Bahkan bakteri jahat "kuman" ini walaupun terkadang ia telah nyah basmi kuman di klinik, hospital sekalipun ia tetap ada tapi langkah suntikan ini perlu ambil bagi mengelakkan sebarang kemungkinan sekiranya ada hamil di dalam tempat awam, lif, dalam kereta dan sebagainya tanpa duga. 

Sekiranya suntikan kancing gigi/ suntikan anti tetanus tidak ambil kemungkinan besar anda bayi dalam bahaya sebab tiada perlindungan khas untuk anda dan bayi.
         Tetanus disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani


Aku dah kena Suntikan Anti Tetanus Atau Kancing Gigi mahu jugalah sakit dua ke tiga hari aduh..lenguh sangat..padahal bukan bisa cuma masih terasa sakit sahaja bahagian yang di suntik. Tapi kata orang demi kebaikan diri dan kandungan itu sememangnya perlu dan wajibkan ;)

Ada pengalaman suntik kancing gigi? kongsikan


Rabu, 11 Mac 2015

fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal

As salam..

alhamdulillah. Mula dengan tajuk fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal. semalam pada 10.3.2014 genaplah fetusku berusia 22 minggu. Sungguh rasakan perkataan minggu itu cukuo jauh lagi perjalanan yang harus aku dan fetus ini berjalan. Jika ikutkan 22 minggu kehamilan ini aku telah mencapai usia kandungan 5 bulan! Syukur.


Semalam jugalah aku dapat bacaan gula dalam darah itu syukurlah bacaanku normal. Aku harap ini adalah yang pertama kali sahaja aku minum. Macam kehamilan anak pertama aku kena minum air gula dalam mug besar gila. Syukur keputusan ok celar ;). Mana tidaknya mak dan ayah aku ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Jadi risiko untuk aku dan bakal bayi untuk mendapatkan penyakit itu adalah tinggi. Memang tak boleh elaklah katakan kalau kata "keturunan" kenalah alert dengan apa kita makan.

 
Fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal..

"Selalunya aku kalau rasa banyak makan manis minum manis aku bilas dengan air suam balik cukup-cukup. Paksa jugalah tapi walaupun malas kena juga ambil menu pahit ke atau banyakkan lakukan aktiviti untuk keluarkan sedikit peluh hu..."

http://www.babycenter.com.my/a1044279/perkembangan-fetus---hamil-22-minggu

"Satu lagi kalau tahu besok nak puasa ke kena minum air gula itu sehari sebelum itu cuba kawal pemakanan korang eh.. Tahanlah sikit dari ambil yang manis yang terlebih masin ker heee..banyak minum air suam dan makanan berkhasiat ok. "

Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum

Apa lagi nak cerita tentang fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal harapkan semua akan berjalan dengan baik amin...doakan aku dan kehamilan ini berlansung dengan selamat ya.Insyallah esok kalau ada masa aku akan sambung pasal aku kena suntik..enjit kancing gigi ibu hamil pulak hooo...aduh..duh..duh.duh...

Khamis, 5 Mac 2015

Demam Berulang Semasa Usia Anak Sulong Enam Tahun..

As salam..

Selamat pagi..Malam tadi tak lena tidur buatnya kernana anak demam. Mana tidaknya dari malam ahad itu badan sudah lesu katanya. Sampai rumah kami bagilah apa ubat demam yang ada tapi masih kurang memuskan..

Hari isnin juga pergi klinik uh..sekali dengan beli vitamin c dan multivitami semua rm70.00 termasuk ubat dalam bentuk cecair iaitu demam warna merah jambu dan ubat antibiotik warna kuning. 

Hari selasa tengah malam badan masih tidka kebah. Apa lagi gunakan petua air asam jawa untuk  jaram atas kepala, belakang tengkuk, belakang telinga uh..Jam 12.00 masih berfikir panas naik jika berlarutan sehingga jam 1 pagi maka terpaksalah bagi si anak ubat masuk dalam punggung. Mujur ada spare dekat rumah beberapa biji katakan umpama "peluru"

Alhamdulillah hari rabu dia ok sedikit. Terus hilang panasnya. Gaya tidur berdengkur. Aku nak kejutkan dia juga ke sekolah tapi kata suami biarlah dia berehat.. Mungkin juga sebab aku takut benar demamnya berbalik kembali.


Oh..ubat semakin menyusut..ubat antibiotik pula itu. Nampak gaya tiada yang kurang demam buat juga air susu panas keluar sikit peluhnya. Suami pula ada kerja luar huu..Jadi sentap juga ubat penadol yang beli dekat seven eleven tu..cepat sikit reda panasnya berkurangan..

Pagi rabu sudah tidak senang duduk. Menghadap blog sekejap sahaja kemudian memantau dia. Tidur ku tidak berapa lena..Tapi kuatkan hati untuk baring sekejap..Kesian baby dalam perot ni rasa tertekan dengan situasi yang aku alami. Banyak kerja aku tertangguh tapi redhakan sahaja..


Petang panas naik kembali. Buat air dan makan sedikit mujur dia ada selera makan Kemudian bagi ubat penadol demam lagi dalam bentukcecair tu ada reda tapi tak lamalah ia bertahan padahal 4 jam sekali dah berikan ubat..

Malam suami pula tak dapat pulang..Sedih sambil mengusup perut makin membesar..kuatkan hati cuba gembirakan hati anak.. Keadaan anak makin manja kala dia demam..terkadang marah juga time susah nak bagi makan ubat uh...hilang sabar kita buatnya...

Azan magrib berkumandang aku segera what up suami minta bantu anak sedara dia belikan ubat..takut ubat untuk malama ada tapi pagi esok habis..Syukur mereka ke klinik pengkalan dapatkan ubat demam ccair perasa oren..

syukur jam 9 malam aku berikan keadaan ada perubahan. peluh memercik atas dahi anak.terharu sedih bercampur baur bila ubat kali ini menampakkan hasil. Tapi malam aku tetap berjaga juga takut demam tiba-tiba naik kembali. Ya la kalau kena sawan macam mana tak ke haru..Aku alert benda itu semua.



Wah si ibu tidak tidur lagi...
Aku baring ke kiri terasa nadi bayi berdenyut dan dia berpusing dalam rahimku.. Agaknya dia menemankanku malam tadi... Sekejap ke tandas sekejap mengusup rerambut anak..memeluk dan menciumnya..Aku doa agar dia sembuh segera dan ke sekolah pada esoknya...

Khamis alhamduliilah keadaadia pulih sedia kala. Kali ketiga bagi dia makan ubat..itu sebelum gerak nak hantar dia ke sekolah naik motosikal ;) Sukanya dia. Aku juga berikan kata semanagat untuk dia belajar dan fokus dalam kelas.. 

Terima kasih Tuhan segala berikan kami terima dna redha..

Rabu, 4 Mac 2015

Aku PCOS Peluang Untuk Hamil Lagi? Part II

As salam..

Syukur alhamdulillah apa hajatkan tercapai jua dengan izinnya.. Kelu lidah untuk berkata kalau ada membaca entri beberapa tahun lepas pasal aku PCOS..Polycystic ovary syndrome  INI

Rupanya satu dugaan yang berat untuk tanggung. Pelbagai cara usaha di cuba kata orang selagi nak kita usahkan sahaja asal jangan langgar syariat islam.. Mujurlah si dia seorang memahami dan sering ikut apa sahaja telatahku..

Bukan tidak bersyukur dengan zuriat pertama tapi kata orang..

"Bila kakak belajar jauh ada juga si adik peneman kami nanti"
Banyak juga onak lalui..ada kata oklah ada juga dapat satu saya ni satu anak tak ada..
Jenuh saya menunggu cuba saya hampir putus asa.. Saya juga menunggu untuk anak kedua akhir usia anak yang sulong 6 tahun barulah rezeki itu Tuhan berikan. Mahu katakan apa..

Saya geram dengan kata sindirian manusia. Kecewa putus asa begitu cepat. Mermerli saya sesuka hati.Ingat saya tiada usaha ke selama ini? 

..Bersyukur sebab kita ada pasangan mahukan anak dan berusaha juga dalam misi anda untuk ada anak sendiri itu cukup bahgian dan berterima kasihlah padaNYA. cuba bayangkan ada pasagan yang kawin hanya seornag sahaja yang cuba ikhtiar untuk ada zuriat sendiri tapi anda patut syukur akan hal itu.

Selidik diri kita apa kurang maka kita betulkan mana silapnya. Jika kita seorang yang rajin membaca tentu ada tips panduan untuk dapatkan anak. Ambil dan amalkan petua itu terkadang bila kita membaca apa mereka tulis dalam entri kita pandang entang kononya kita bagus sangat. Tapi tak sebenarnya Dia lebih tahu apa sebab kurangnya kita..

Ada sesetengah entri katakan banyak bersedekah selalu bangun malam, solat syukur, belajar tenangkan hati, berzikir dan melayan anak saudara ibu bapa, mak mertua,biras orang sekeliling dengan baik itu sebahagian dari inti selalu terapkan dalam peunulisan blogger sama kita sedar atau tak selain dari mengamalkan doa-doa tertentu. Maka buatlah dan dari situ kita akan tahu nikmatnya..

Pemakanan makanlah apa kita boleh makan asal dari rezeki dan sumber yang halal. Niat makan untuk kesihatan dapat tubuh badan yang sihat. Jauhkanlah menu makanan yang bergoreng, berlemak kalau boleh hadkan lebihkan sayuran dan vitamin untuk membantu anda dan pasangan membantu untuk dapatkan zuriat sihat dan cerdas.

Saya tidak terlepas dari itu tersasar jadi cuba untuk ambil berat apa kita makan. More khasiat segar dan jauhkan segara. Kalau boleh ada terget saya buat dalam 3 bulan sahaja siap dengan diet dan bersenam seminggu lima kali. Kalau kata BMI anda berat maka cuba kurangkan berat badan anda. Begitu juga sebaliknya..Perkara ini bukan diri sendiri sahaja yang perlu buat dan usahakan pasangan anda juga perlu.

Makanan tambahan perlu untuk tubuh seperti asid folik katanya sebelum rancang untuk hamil.Samping itu ad ajuga dari kita ambil menu gulsan, epo, susu kambing dan sebagainya. Buatlah tapi jangan separuh jalan. Saya mengikut pengalaman amalkan epo selama 3 tahun lebih..Alhamdulillah ada perubahan demi perubahan maka ada harus begitu pilihlah makanan yang sihat untuk tubuh kala ia katakan bagus cuba amalkan secara konsisten tanpa miss dan rasa putus asa.

Ada sebahagian kita dengar makanan tambahan itu ini bagus hampir semua produk ingin cuba. Tak salah kalau anda mampu. Tapi pandangan peribadi saya serta pengalaman yang ciput ini apalah sangat ya..buat dan teruskan satu produk sahaja biar ia sebati dalam tubuh kita. Katakan kita ambil satu produk tak sampai dua bulan kita tukar produk lain jadi macam mana makanan tambahan itu ingin sebati dalam tubuh badan kita kala kita asyik tukar angin sahaja. Wanita..para isteri harus kental dalam hal ini. Bagi suami pilih makanan tambahan yang ada zink, multivitamin dalam satu produk. pendek kata cukup untuk membina sperma yang bagus semasa proses persenyawaan nanti.

Kata-kata ornag peaas sentap dengar bila mahu ada anak..bila mahu menambah dan sebagainya sungguh guriskan hati setiap wanita yang berkahwinkan.

Jawapan saya mudah sahaja insyallah rezeki ada sambil usuplah perut anda dan selawat beberapa kali. Itu antara yang saya amalkan. JANGAN SESEKALI KATA "belum ada rezeki"

Insyallah jika ada masa terluang saya akan bersambung kembali..doakan saya dan kandung saya sihat selamat hendaknya ya. Kalau diam sahaja tu bermakna saya tengah rancak menjahit jubah dan baju kurung gamaknya..

Jika anda ada sebarang cadangan, buah fikiran idea pengalaman ayuh kongsikan lama ini. segala kekurangan datangnya dari saya..yang baik dariNYA. WAHUALAM..

Isnin, 2 Mac 2015

Buat Duit Jahit Jubah Muslimah Part Time

As salam..

Buat Duit Jahit Jubah Muslimah Part Time.Anakku demam kembali..Ia membuatkan diri ini rasa susah hati..sekejap hadap belong tinggalkan kemudian basuh baju masak untuk seketika...Sambil duduk tepi anak melihat keadaan dia terbaring tidak bermaya...

Rindu pula nak dengar kelatah dia berkata-kata...Hari ini dia tak pi sekolah hu...rasa rugi tapi tak apalah biarlah dia berehat sepenuhnya. Harap ibu dia akan segera sembuh.Amin.

gambar google...kalau kita pandai lebih dari ini kita boleh buat cantikkan.cuma kalau kita malas kita asyik membeli sahajalah

Jubah yang saya buat sendiri ada ker?

Ada boleh tengok entri saya yang lepas..lepas heee.. ;)


Tapi bersyukur..rezeki dalam berniaga barang muslimah makin mendapat tempat hati pelanggan tetap. Eh baju jubah ker heee..syukurlah...Buat Duit Jahit Jubah Muslimah Part Time


Nak lelap mata sekejap sebab terlalu mengantuk hua...

Ahad, 1 Mac 2015

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut

As salam..

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut..Petang yang sungguh mendamaikan saat orang lain nenyak di lamun tidur yang lena pada hujung minggu yang masih berbasi ini saya masih lagi membalek kain yang baharu beli malam tadi.. 

Cara Jahit Kun Baju Kurung Mudah Serta Paiping


Salah satu jubah hitam saya gemar pakai...kembang dan beralun bila melangkah..
"Nak bikin pola jubah kembang payung ke tak juga sebab saya sudah tahu cara jahit jubah.. apa lagi cara memotong abaya katanya cara-cara buat jubah mudah sahaja jadi tak menjadi hallah untuk saya more design terbaru masih terlekat dalam minda.."
Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut tak sukar pada sangkaan yang saya jangkakan ia amat sukar.. bertukar menjadi MUDAH dan PANTA. Bila sudah siap ia menjadi sesuatu yang MWNGGUJAKAN..semacam tidak percaya pun ada juga. Bagaimana nak buat jubah yang kita pakai itu menjadi bermakna dengan penuh pesonanya..

  • Buatlah berdasarkan minat insyallah semua kita anggap sukar akan menjadi lebih mudah. 

pola menjahit jubah empire cut dress / moden

  • Permulaan kita buat dengan warna kain yang kita suka, design yang kita angankan. Ya ..la nak beli dekat muka buku mahal sangat jadi kita buat rekaan sediri harap ia akan jadi sumber inspirasi kita pertama kali belajar asas menjahit jubah bahkan tahu cara mengambil ukuran jubah.  Insyallah perincian yang akan kita buat nanti akan lebih teliti bila jubah kedua yang bakal kita buat nanti.

Buat pola baju kurung moden dan jubah muslimah gaza

ini gambar hujung pergelangan tangan jubah kegemaran saya!

 

cara buat baju jubah satin princess cut a.k.a sendiri kanak-kanak

  • Jadikan seni jahitan itu bukan sesuatu yang membebankan tapi amat menyeronokkan. Percayalah setiap apa yang kita curahkan sepenuh hati akan lahir kepuasan bila kita berjaya buat dan sarungnya ke atas tubuh. Tak perlu tunggu orang luar memuji cukup sahaja adik-beradik menegur lagak cantik jubah princess cut anda itu cukup bermakna berbaloi buat hati kita berbunga mendegarnya.
Teknik membuat jubah menyusu/moden >>>>>>> SINI
Modul Lengkap pakaian wanita, lelaki dan bayi >>>>>>>INI

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut jika saya berjaya buat mengapa anda tidak luar sana. Jika saya sanggup labur wang untuk beli kain semurah..serendah semeter RM9.00 atau paling bagus kualitinya RM12.90 katanya kain kapas polka dot..itu tolak pula dengan potongan harga 10% masakan anda tidak berani berbuat demikian. Tambah pula dengan adanya kemahiran asas membuat pelbagai jenis jubah adakah anda rasakan itu satu pelaburana yang rugi..