Sabtu, 14 Mac 2015

Ragam Semasa Hamil..

As salam..

Ragam Semasa Hamil..Sabtu.Seronoknya hari ini plan nak bawa anak pi makan kedai roti canai dan nasi lemak daun pisang akhirnya tak jadi sebab kemalasan hadap blog kerja rumah heee.. Dengan alasan nak pergi makan rumah orang kawin sahaja anak tekak ni. Tak kisah apa menu hidangkan asal tuan rumah memag ada menjemput dan dapat makan nasi minyak orang kawin jadilah heee..
Alhamdulillah..
Ragam Semasa Hamil..
Suami izinkan walaupun agak keberatan sebab risau aku jalan jauh dan tak ada jiran kawan sebagai peneman di sana. Itu dia risaukan. Mujur ada motosikal aku rempit je..tak jauh rasanya kalau berjalan jenuh gak bawa perut tambah lagi cuaca agak panas. Adoi..majlis mula jam 12 tengahari ke 4 petang akau ambil masa untuks siap jam 1.20 tengahari.. Tapi tak nampak pula jiran tertanggan taman perumahanku ini..



Lepas selesai makan aku senyum sahaja tanda rezeki kami tiga beranak. Terus meleju ke pasar beli barang sikit teringin nak makan mee rebus pula heee.. Pertama kali buat syukur menjadi alhamdulillah. Nak makan kedia jauh rasa buat menjadi rasa nikmat pula. Insyallah boleh hidangkan untuk suami yang cintai..

Masak..
Sejak rezeki Tuhan berikan dalam ini semkin malas nak memasak. Tapi harni kuatkan hati. Kalau dulu petang sahaja ada menu aku bikin tak kira cucur udaang, cucur milo heeee, apam, mee goreng, kueh tiew, mee hailam semua aku buat sekarang rasa makin pemalas. Jadi masa inilah ambil waktu untuk biasakan balik agaknyalah heee..
Apa lagi ya..
Ragam Semasa Hamil..Aku sudah semakin sukar untuk tidurnya waktu petang. Kalau dulu pagi dapat lelap 20 minit atau lepas masak tengahari atau lepas makan tengahari sementara tunggu azan zohor sekarang tak lagi.. Aku tak pasti kenapa.. Malam sujar katakan tidur lelap sekejap dapat. Bila bagun tidur susahnya nak jaga..terus jaga..Kecuali semalam aku menjahit quilt baby mudah pula tidur..Hari pula amat sukar..Tak mengapalah mungkin pembawa budak agaknya ;) syukur..

Tiada ulasan: