Rabu, 4 Mac 2015

Aku PCOS Peluang Untuk Hamil Lagi? Part II

As salam..

Syukur alhamdulillah apa hajatkan tercapai jua dengan izinnya.. Kelu lidah untuk berkata kalau ada membaca entri beberapa tahun lepas pasal aku PCOS..Polycystic ovary syndrome  INI

Rupanya satu dugaan yang berat untuk tanggung. Pelbagai cara usaha di cuba kata orang selagi nak kita usahkan sahaja asal jangan langgar syariat islam.. Mujurlah si dia seorang memahami dan sering ikut apa sahaja telatahku..

Bukan tidak bersyukur dengan zuriat pertama tapi kata orang..

"Bila kakak belajar jauh ada juga si adik peneman kami nanti"
Banyak juga onak lalui..ada kata oklah ada juga dapat satu saya ni satu anak tak ada..
Jenuh saya menunggu cuba saya hampir putus asa.. Saya juga menunggu untuk anak kedua akhir usia anak yang sulong 6 tahun barulah rezeki itu Tuhan berikan. Mahu katakan apa..

Saya geram dengan kata sindirian manusia. Kecewa putus asa begitu cepat. Mermerli saya sesuka hati.Ingat saya tiada usaha ke selama ini? 

..Bersyukur sebab kita ada pasangan mahukan anak dan berusaha juga dalam misi anda untuk ada anak sendiri itu cukup bahgian dan berterima kasihlah padaNYA. cuba bayangkan ada pasagan yang kawin hanya seornag sahaja yang cuba ikhtiar untuk ada zuriat sendiri tapi anda patut syukur akan hal itu.

Selidik diri kita apa kurang maka kita betulkan mana silapnya. Jika kita seorang yang rajin membaca tentu ada tips panduan untuk dapatkan anak. Ambil dan amalkan petua itu terkadang bila kita membaca apa mereka tulis dalam entri kita pandang entang kononya kita bagus sangat. Tapi tak sebenarnya Dia lebih tahu apa sebab kurangnya kita..

Ada sesetengah entri katakan banyak bersedekah selalu bangun malam, solat syukur, belajar tenangkan hati, berzikir dan melayan anak saudara ibu bapa, mak mertua,biras orang sekeliling dengan baik itu sebahagian dari inti selalu terapkan dalam peunulisan blogger sama kita sedar atau tak selain dari mengamalkan doa-doa tertentu. Maka buatlah dan dari situ kita akan tahu nikmatnya..

Pemakanan makanlah apa kita boleh makan asal dari rezeki dan sumber yang halal. Niat makan untuk kesihatan dapat tubuh badan yang sihat. Jauhkanlah menu makanan yang bergoreng, berlemak kalau boleh hadkan lebihkan sayuran dan vitamin untuk membantu anda dan pasangan membantu untuk dapatkan zuriat sihat dan cerdas.

Saya tidak terlepas dari itu tersasar jadi cuba untuk ambil berat apa kita makan. More khasiat segar dan jauhkan segara. Kalau boleh ada terget saya buat dalam 3 bulan sahaja siap dengan diet dan bersenam seminggu lima kali. Kalau kata BMI anda berat maka cuba kurangkan berat badan anda. Begitu juga sebaliknya..Perkara ini bukan diri sendiri sahaja yang perlu buat dan usahakan pasangan anda juga perlu.

Makanan tambahan perlu untuk tubuh seperti asid folik katanya sebelum rancang untuk hamil.Samping itu ad ajuga dari kita ambil menu gulsan, epo, susu kambing dan sebagainya. Buatlah tapi jangan separuh jalan. Saya mengikut pengalaman amalkan epo selama 3 tahun lebih..Alhamdulillah ada perubahan demi perubahan maka ada harus begitu pilihlah makanan yang sihat untuk tubuh kala ia katakan bagus cuba amalkan secara konsisten tanpa miss dan rasa putus asa.

Ada sebahagian kita dengar makanan tambahan itu ini bagus hampir semua produk ingin cuba. Tak salah kalau anda mampu. Tapi pandangan peribadi saya serta pengalaman yang ciput ini apalah sangat ya..buat dan teruskan satu produk sahaja biar ia sebati dalam tubuh kita. Katakan kita ambil satu produk tak sampai dua bulan kita tukar produk lain jadi macam mana makanan tambahan itu ingin sebati dalam tubuh badan kita kala kita asyik tukar angin sahaja. Wanita..para isteri harus kental dalam hal ini. Bagi suami pilih makanan tambahan yang ada zink, multivitamin dalam satu produk. pendek kata cukup untuk membina sperma yang bagus semasa proses persenyawaan nanti.

Kata-kata ornag peaas sentap dengar bila mahu ada anak..bila mahu menambah dan sebagainya sungguh guriskan hati setiap wanita yang berkahwinkan.

Jawapan saya mudah sahaja insyallah rezeki ada sambil usuplah perut anda dan selawat beberapa kali. Itu antara yang saya amalkan. JANGAN SESEKALI KATA "belum ada rezeki"

Insyallah jika ada masa terluang saya akan bersambung kembali..doakan saya dan kandung saya sihat selamat hendaknya ya. Kalau diam sahaja tu bermakna saya tengah rancak menjahit jubah dan baju kurung gamaknya..

Jika anda ada sebarang cadangan, buah fikiran idea pengalaman ayuh kongsikan lama ini. segala kekurangan datangnya dari saya..yang baik dariNYA. WAHUALAM..

Tiada ulasan: