Khamis, 26 Mac 2015

Sebab kita rasa malas semasa hamil?

As salam..

Sebab kita rasa malas semasa hamil?..Baru perasan atau dah lama aku perasan heee.malas nak masak terutama membuat sarapan pagi untuk keluarga suami dan anak tercinta..
 

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Pasal apa dah...dulu untuk pertama kehamilan aku rajin sangat siap buat sarapan pagi untuk suami dan makan tengahari untuk diri sendiri lagi hua..hua..kes berat sungguh ini..

Jadi semalam aku ada buat sup boleh makan bersama bihun. Kebetulan bihun aku lama rendah hari rabu asalnya anak sedara nak datang akhir tak jadi. Aku pikir nak buat bihun tpai rasa jemu pula tu buat sup semalam heee tanbah dengan kicap dan racik cili api baru sentap mak ni makan heee..

Tadi aku pi rempit pasar kejap aku rajin berfikir esok insallah buat nasi lemak..dah lama benar tak makan nasi lemak buatan tangan sendiri. Apa lagi pagi tadi keluarkna ayam aku terus je buat sambal ayam huhu...Sekali dengan petang ni menu yang aku siapkan pagi tadi bahan untuk makan mee sup. Tinggallagi nak kupas ayam sahaja nie haaa..balik ni bolehlah en suami makan malam ya tak?

Esok pagia ku cuma perlu kerjakan nasi lemak, hiris timun dan dadar telur rebus untuk anak dan goreng telung mata untuk suami jer...

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Sebab kita rasa malas semasa hamil?
  • Sebab badan kita cepat rasa mengah dan tak larat tambah pula berat bayi dan badan makin bertambah.
  • Fasa kehamilan pertama dan fasa kehamilan ketiga buat kita rasa tak ada semangat nak buat kerja rumah, mamasak melakukan aktiviti patut lakukan tapi tergendala gara-gara bawa budak katanya heee..
  • Kita tidak mendapat rehat cukup maka kita akan kata tak sempat nak lakukan tugasan memasak, membasuh kerana tidak cukup tidur, tekanan tempat kerja atau mungkin ada masalah peribadi atau mungkin risau tentang bayi ada dalam kandungan.
  • Ada pendapat katakan bila badan kita kekurangan air maka tubuh kita akan berasa letih ia salah satu punca kita rasa malas lemas dan tidak selesa untuk mengerjakan sesuatu kerja.

Ada banyak sebab menagapa seseorang wanita itu hilang minat untuk lakukan sesuatu semasa hamil. Apa ia normal tapi jangan terlalu layan sangat sehingga ke penghujung kehamilan ia amat parah hu..sesekali paksakan juga badan anda berkerja dan bergerak. Bukan rehat sahaja melanikan anda ada simptom keguguran yang berkaitan dengan janin menyebabkan doktor tidak membenarkan anda lakukan kerja sedemikian maka anda harus tangguhkanlah ya.


Sebab kita rasa malas semasa hamil?Apa pun setiap kehamilan itu indah dan berbeza sama sekali. Yang saya kongsikan ini hanyalah sedikit pengalaman dari catatan kehidupan saya sahaja.

Tiada ulasan: