Ahad, 30 Jun 2013

Kenapa Mesti Hati- Hati

Salam..
hangin dari semalam samsung Y yang di beli tak boleh di send gambar ke akaun gmail apa lagi ke laman fb..sakit hati..

ingat nak kongsikan sesuatu best kt blog cc tapi hampa....

Gambar ada atas header hp samsung yang tu sebiik cam kt bawah ini.. bila send gagal dihtr ke fb suri akan dpt simbol ni:



Khamis, 27 Jun 2013

Piza Hut Tiada

salam..

hari ahad kami keluar ke tesco untuk menjamu makanan segera. Erk.. lama tunggu barulah depa kata piza hut dah habis gerr..sakitnya hati kita awak tahu tak?. Suami pula tiada padsa masa itu sebab dia membeli barang dapur bersama anak.


Sesal Suri..
Jika tahu nak jer kami pergi makan kat aeon kt sana besar sikit gudang pizanya mesti makanan stok piza banyak disediakan. Pernahkah kalian mengalami masalah ini?

Selasa, 25 Jun 2013

Kicau burung turut tenggelam

Salam

Hari ini belog cinta tak boleh di buka. Macam biasa teratak inilah yang menjadi tempat lepas gian sedaya yang boleh. sUPOrt Tiket sePERti biasalah..

Semalam Suri buka tingkap dapur. Biasalah bila tingkap dibuka pasti udara segar akan menyusur masuk. Rasa sejuk dan dingin sahaja bila Suri mula memasak di ruang dapur. Kata hati tidak perlu pasang kipas siling or dinding bagai heeee.. jimat-jimat!!

Pagi ini..Suri tidak membuka tingkap seperti biasa. Kicau burung turut tenggelam di balik kabus-kabus jerebu..cuma Suri berani kuakkan sedikit pintu gelongsor. Itu pun tidak sampai 3 inci! oh sungguh melampau!

Malam tadi abang ajak date katanya nak berikan sesuatu. Suri malas nak fikirkan jadi Suri terus ikut. Rupanya dia nak belanja kami anak beranak makan KFC dekat Tesco jelah haa..ker trick dia Suri dapat agak. Abaikan sebab malas memikirkan.. Suri cuma fikir jerebu malam tadi semakin pekat kabusnya.

Ipoh...bila jerebu susah juga nak bergerak. Hakikatnya hampir semua tempat telah mengalami fenomena ini. Apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan jerebu:-

  • Banyakkan minum air kosong. Lagi banyak minum lagi bagus. Untuk mengelakkan tekak kita rasa kering, batuk-batuk dan badan tidak terhidarat.

  • Jangan membuka tingkap didalam rumah. Buka dalam skala yang kecil. Asap jerebu boleh merbahayakan kesihatan. 

  • Sekiranya terdapat ruang ataupun lubang yang terbuka sila lembabkan kain tersebut dan tutup ia dengan kain. 

  • Menggunakan penutup muka untuk segala peringkat kanak-kanak sehin \gga ke gologan dewasa.

  • Tidak menggalakkan bayi, kanak-kanak, penghidap asma, jantung sebagainya keluar dalam keadaan darurat. Duduk di rumah adalah lebih baik. Sekiranya anda keluar atas urusan penting sila bawa ubat-ubatan sampingan untuk mengelakkan gejalan buruk yang tidak diingini berlaku.






Jumaat, 21 Jun 2013

Batuk - Batuk itu mengundang mengada-ngada haaa..

Salam..

Setelah melalui fasa selsema..demam fasa batuk-batuk tanpa henti membuatkan keadaan suri sedikit  kurang selesa.

Aku mahu korek amik anak tekak lalu rendam sama garam ker asam jawa ker keh..keh..keh..

Padahal sudah tahu cara-cara nak hentikan batuk:-
  1. air asam jawa embunkan
  2. air panas minum bagi lega anak tekak
  3. air panas + garam=kumur2

Pi cek kat lama petua sana sudah ada cuma malas sahaja inilah penangannya..



itupun masih nak call ayah dan mak lagikan hee.. sure admin memang seorang yang manja dengan mak sama ayah..

oh tak..
dapat meneruskan aktiviti singgah di lama blogger yang lain. bagiku cukup luahkan disini sahaja. doakan saya supaya segera sihat ya..

Khamis, 20 Jun 2013

Hati Ibu Yang Celaru Bagi Ombak Laut

Allah..

dalam minggu ini Tuhan bagi aku ujian dimana kesihatan aku kurung baik hampir 90% !

kedua anak sering mengadu dia tak dapat buku? buku kedua "anakku sayang" yang ini kisah bermula..

buku ini ada banyak siri tak silap ada 10 jilid. Andai kata buku jilid 1 anak suri lepas/ lulus baca dia akan dapat buku jilid ke dua. tapi masalahnya dia tak lepas lagi buku jilid satu dia nak buku jilid dua.

"ibu Ame (kawan satu kelas dengan dia) dapat buku baru"

hati mana yang tidak sedih bercampur risau.. ya memang suri ada jumpa cikgu dia memang cikgu dia kata dia masa belajar mula-mula ok pastu main- cikgu kata dia masih dalam dunia dia lagi. Ok noted. balik itu barang mainan di simpan dalam bilik belakang.sesekli sedih pula sebab kita paksa dia belajar.



kedua cikgu kata dia susah nak ingat.mula2 dia akan ikut lepas itu kita suruh dia tunjuk dan baca balik tak sampai 5 minit dia lupa. Egrh.. memang benar apa yang di katakan oleh cikgu itu sebab suri dah beberapa kali perasan.

..Now..
suri buntu..sedih.
memang malam2 pas solat magrib suri dan dia akan study sama-sama.tapi seperti di atas itulah ulang balik dia akan lupa..

Ya Allah permudahkanlah aku untuk sabar dalam mengajar anakku ini. Terkadang Suri cakap sama suami kita ini paksa dia belajar ke/suami kata tak.sabab ada masa time kami tertidur, kami baca surat akhbar, kami borak2 dalam kereta rajin benar dia selak buku, majalah, menulis atau mewarna. bab itu dia tak perlu di suruh..

ia hampir 6 bulan..tak akan kami nak stopkan dia sekolah setengah hari? sedangkan nak belajar itu adalah permintaan dia sendiri. Yang peliknya doa mudah, zikir, selawat dia boleh baca dengan lancar serta maksudnya sekali. tapi mengapa bab2 mengenal huruf bagi diri dia amat sukar sekali?

Rabun ker anakku itu?

Rabu, 19 Jun 2013

Peluru, Pola Dan Mata Ayam

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

19/6/2013
Detik yang tidak dapat di bendung lagi. Suami membawa Suri ke klinik swasta yang berhampiran dengan rumah kami.


Dari entri ini keadaan masih boleh bergerak sakan kemas rumah, update blog, memasak bagai tapi saat berjumpa dengan doktor ambillah kau 5 jenis ubat dia berikan kepada Suri.

  • Dua ubat berbentuk peluru itu ubat antibiotik dan ubat demam (sakit)
  • Satu ubat bulat berbentuk gula-gula polo (hisap).
  • Satu ubat lagi bentuk bulat persis saiz biji mata ayam (selsema bila makan mood swing-2 gitu)
  • Last ubat batuk. (Tidur)

RM40.00 di suakan ke kaunter bayaran.

Khamis, 13 Jun 2013

Kerja Untuk My Mr white_2

Salam..
Misi untuk menjahit langsir hampir selesai. selepas ini nak jahit cekak langsir pula weng sana..weng sini kerja tak akan habis mana ke tidaknya sekejap jeguk blog..selepas itu time bosan hadap le si mesin jahit a.k.a Mr white II. Rasa tension sangat saya suka main kejar-mengejar bersama anak di balik sofa..atau di belakang kain langsir. Syok main sorok-sorok ini. pernah mencuba?

Lepas ini mahu bikin bantal felt pula heee.. sekejap sahaja bila di tekan dengan mesin lepas itu sudah boleh masukkan fiber di dalamnya lalala.. dah lama nak buat bantal felt ini cukuplah untuk hiasan hari raya nanti hee..

Percubaan bantal felt bentuk love yang comel with abjad  I & U

Oh lupa bawah tu adalah bantal untuk di letakkan dalam kereta. Mesti ada hee.. Kelmarin suami nak beli bantal dekat Aeon section 18 Ipoh tapi Suri tolak bagai nasi mentah hee sebab dah plan nak guna kain bercorak "couple bear" ini untuk dijadikan bantal hias dalam kereta kami. Now tak perlulah risau asal kita pandai menjahit semuanya boleh berjalan dengan seiring verommmm!!! ketepi-ketepi aku nak pecut moto laju-laju ini. Ha... beginilah semangat nak jana minat dan buat baju kurung sekali :P


Next perancangan bikin baju kurung anak. Kami dah sempat menjamu mata, anak pula sudah memilih kain yang hendak dibuat baju kurungnya muahi...tahun lepas Suri sempat buatkan untuknya sepasang sahaja itu pun last minute harap tahun ini dapat buat lebih..link pola potong baju anak di sana baju raya tahun lepas sini

Perjalanan yang seterusnya butik di sini akan terus menerima tempahan tudung labuh. Syukur sebab permintaan itu ada. Sudah penat memborong kain ini heee..



Tidak sabar ingin pulang ke kampung halaman..sebab nak terima jahitan dari saudara terdekat. Cukuplah dapat dua ke tiga pasang dari dia oklah. Jika sehelai letakklah harga rm30.00 kalau lima pasang berapa meh?


Cepatlah congakkan hii..sah-sah boleh buat duit sebelum raya inikan..




Isnin, 10 Jun 2013

Hanya 9 Hari Sahaja !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku. 

Alhamdulillah..
Ini adalah bayaran komisen yang kedua dari  Kerja Sambilan Di Rumah. Bayaran yang pertama boleh lihat di sini dan al-kisahnya selanjutnya di sana. Sungguh tidak di jangkakan hanya 9 hari  jarak perbezaannya.

Di bawah ini adalah bukti bayaran dari jobdirumah.com Suri pada 09/6/2013 jam 09:03:29 PM sebanyak RM25.00


Tidak sesukar mana pun sekiranya kita rajin berusaha lebih insyallah akan ada hasilnya betul tak. Bila lagi kita nak mulakan mestilah sekarang jika tidak sampai bila pun akaun kita akan kosong. Hai, janganlah menggaru kepala sahaja En abang, gadis comel, Suri rumah yang setia jika saya boleh anda pasti juga boleh melakukan perkara yang sama seperti saya atau mendapatkannya lebih dari itu.

Ia, benar-benar menjadi! untuk lebih lanjut daftar jobdirumah.com

Rabu, 5 Jun 2013

Cara Ubati Rindu

Bila rinduku sebut namamu antaran barisan ayat yang indah pernah kita dengar. Rindu pada pencipta sudahlah tentu apa lagi rindu pada orang yang jauh, rindu antara suami dan isteri, rindu pada keluarga, rindu berblogging erk.. hihii..bergurau sahajalah.

Bagaimanakah cara anda ubati rindu:-

  • Jika seseorang itu telah meninggal dunia kita doakan sepotong bacaan ayat suci untuk mereka. Moga-moga ia tenang di sana.

  • Masa zaman Suri belajar seronok juga membuat bintang-bintang kecil. Kemudian di isi dalam balang kaca. Ada kata banyak mana bintang kertas itu di hasillkan banyak itulah rindu kita pada seseorang. Wahualam.

  • Berjumpalah dengan orang yang di rindui itu miga-moga rindu akan terubat. Jika anda belum berkahwin adalah di sarankan membawa ibu bapa. Bukan berjumpa berdua huhuhu..

  • Masa menunggu jodoh di seru best juga membilang kuntuman bunga rindu kat dia, tak rindu kat dia lastnya dapat jawapan "rindu dekat dia" apa lagi aku terus sambar hp terus buat miss call pada dia sahaja hii...

  • Selawat dan berzikirlah selalu semoga di kuatkan hati kita sentiasa beriman dan bertaqwa padaNYA selalu.

Selasa, 4 Jun 2013

Aku berharap ia akan berakhir..

Salam..

fikiranku kusut untuk setelkan masalah blog + hosting. Bila sudah selesai membuat bayaran datanglah pula masalah dari pihak hosting yang sana harap=harap mereka tidak lewat membalas support tiket dariku..TOLONGLAH..

Serabut menjadi makin sakit hati bila buka blog cinta tadi dapat "Error establishing a database connection"


Serius tidak boleh fokus blog dan top komen sungguhpun hati tengah nak dan gian nak buat benda tu seperti hari-hari biasa. Kalau buka dan tengok blog dia jer tangan ini akan meraup ke wajah terus dengan perasaan seribu kesedihan..

Komisen Jobdirumah.com

Salam...

Memandangkan blog cahayacinta.com masih tidak boleh muat naik sebarang gambar maka di bawah ini adalah bukti bayaran dari jobdirumah.com pada 2/6/2013 jam 06:05:07 PM sebanyak RM25.00


Jadi betindaklah sekarang untuk lebih lanjut daftar jobdirumah.com


Peluang menjana wang dari rumah sedia menanti anda disana.

Isnin, 3 Jun 2013

sardin masak lemak cili api

sardin masak lemak cili api

salam ini resepi di ambil dari blog ini di rumah tiada ikan yang gebu2 untuk masa cuma ada dua aekor rasanya tidak cukup untuk kami dua beranak.Mujur ada jap sardin kaki ayam & satan mmg terbaik.

 
resepi olahan: sha ahmad
 
bahan-bahan:
1 tin ikan sardin- sos sardin pakai sedikit
1 kotak santan
2 cawan air(jika kurang leh lebihkan)
1 helai daun kunyit(optional)
3 biji ubi kentang-potong 4
1 batang serai-diketuk
garam secukup rasa
 
bahan tumbuk:
20 biji cili api
2 cm kunyit(sha guna kunyit serbuk je)
3 biji bawang merah
 
cara-cara:
1)masukkan semua bahan kecuali ikan sardin dan santan pekat kedalam periuk
2)masak sehingga mendidih dan ubi empuk..
3)apabila mendidih dan ubi empuk masaukkan ikan sardin dan santan pekat
4)masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak.
5)kacau perlahan perasakan dengan garam..
6)siap tutup api..makan dengan nasi panas..