Selasa, 25 Jun 2013

Kicau burung turut tenggelam

Salam

Hari ini belog cinta tak boleh di buka. Macam biasa teratak inilah yang menjadi tempat lepas gian sedaya yang boleh. sUPOrt Tiket sePERti biasalah..

Semalam Suri buka tingkap dapur. Biasalah bila tingkap dibuka pasti udara segar akan menyusur masuk. Rasa sejuk dan dingin sahaja bila Suri mula memasak di ruang dapur. Kata hati tidak perlu pasang kipas siling or dinding bagai heeee.. jimat-jimat!!

Pagi ini..Suri tidak membuka tingkap seperti biasa. Kicau burung turut tenggelam di balik kabus-kabus jerebu..cuma Suri berani kuakkan sedikit pintu gelongsor. Itu pun tidak sampai 3 inci! oh sungguh melampau!

Malam tadi abang ajak date katanya nak berikan sesuatu. Suri malas nak fikirkan jadi Suri terus ikut. Rupanya dia nak belanja kami anak beranak makan KFC dekat Tesco jelah haa..ker trick dia Suri dapat agak. Abaikan sebab malas memikirkan.. Suri cuma fikir jerebu malam tadi semakin pekat kabusnya.

Ipoh...bila jerebu susah juga nak bergerak. Hakikatnya hampir semua tempat telah mengalami fenomena ini. Apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan jerebu:-

  • Banyakkan minum air kosong. Lagi banyak minum lagi bagus. Untuk mengelakkan tekak kita rasa kering, batuk-batuk dan badan tidak terhidarat.

  • Jangan membuka tingkap didalam rumah. Buka dalam skala yang kecil. Asap jerebu boleh merbahayakan kesihatan. 

  • Sekiranya terdapat ruang ataupun lubang yang terbuka sila lembabkan kain tersebut dan tutup ia dengan kain. 

  • Menggunakan penutup muka untuk segala peringkat kanak-kanak sehin \gga ke gologan dewasa.

  • Tidak menggalakkan bayi, kanak-kanak, penghidap asma, jantung sebagainya keluar dalam keadaan darurat. Duduk di rumah adalah lebih baik. Sekiranya anda keluar atas urusan penting sila bawa ubat-ubatan sampingan untuk mengelakkan gejalan buruk yang tidak diingini berlaku.






2 ulasan:

akubiomed berkata...

Apa yang dibimbangkan adalah kesan jangka panjang apabila terdedah dengan jerubu ini.

cahaya berkata...

itu bahayakan bro,ank bro ada skit ni jaga tolonglah jaga dan pantu dia baik2 ya :)