Khamis, 11 November 2010

Benar Bagai Dikata..Menguruskan Blog Bukan Satu Kerja Yang Mudah

Salam semua...

Syukur Alhamdulillah blog cahayacinta.com telah boleh di buka seperti biasa. Buat kali kedua blog ini berehat sekali lagi pada hari khamis tanggal 4/11/2010 dan kemudian tergendala semula sehingga berlanjutan pada hari selasa 9/11/2010. Subahanallah ia benar-benar menguji kesabarnku..

Nampaknya last entri yang Suri sempat post pada hari khamis yang lalu telah hilang begitu sahaja. Maka sebagai ganti entri ini dijadikan sebagai pengganti. Untuk pengetahuan semua blog ini tidak boleh di buka disebabkan masalah hosting provider. Atas sebab itu ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk pulih kembali seperti biasa.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih banyak-banyak pada semua sahabat yang sudi bertanyakan khabar blog Suri sama ada di facebook, sms, telefon dan juga ym ternyata sokongan anda semua membuatkan Suri benar-benar terharu. Dan tidak lupa juga buat insan yang belakang tabir dalam dalam mencuba membaik pulih kedua-dua blog Suri iaitu sahabat etomyam dan GH Syukri yang sudi membantu Suri semasa kedua-dua blog ini menghadapi masalah tanpa merasa jemu.

Apalah yang dapat Suri lakukan selain mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat kerana tanpa sahabat siapalah Suri untuk mendirikan sebuah blog cahaya cinta seperti ini. Sememangnya kalian semua memang sempoi!


Memandangkan semuanya sudah kembali seperti biasa maka Suri pun perlulah memberikan fokus pada Cik Cinta dahulu. Membalas komen yang masih tersisa, mengupdate blog seperti hari-hari biasa selagi termampu.

Manakala blogspot juga begitu perlu di jenguk. Komen juga masih tidak sempat di balas huaa..banyak kerja lagi nih.. Semalam dan hari ni segala entri telah Suri bawa lari masuk ke dalam perut wordpress. Semoga pembaca setia tidak miss akan hasil tulisan Suri yang tidak seberapa ni huhu..

Blog kawan satu hal nak uruskan lagi.. Tu lagi la banyak kerja. Mahu fokus 3 jam pun belum tentu semua komen akan dapat di tebas dengan sekelip mata!



Pstt!! Sesi jalan-jalan ke blog sahabat bloger akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Harap semua sahabat memahami segala gedung isi hatiku ini.

Rabu, 10 November 2010

Damai Sebuah Hati..

Salam pagi untuk semua..

"Menatap wajahmu kali terakhir terasa hatiku bersulam rindu

Mengapa kau pergi tak berpaling

Dan lantas buatku terkaku.."



Sesekali melayan perasaan berbaur jiwang pasti syiok juga heee.. Apa yang nak Suri kabarkan pada semua sahabat blog cahayacinta.com telah kembali pulih seperti sedia kala. Syukur Alhamdulillah rasa tenang di hati kini mula mengukir ceria kembali.

Walaubagaimanapun Suri akan selalu datang ke blogspot ini seperti hari-hari biasa. Pada sahabat yang nak jengah ke blog Suri bolehlah ke laman ini http://cahayacinta.com/ jumpa di sana ya.



Terima kasih kepada teman blogspot yang sudi masuk ke kamar blogspot Suri yang tidak seberapa ini. Suri mengharapkan agar kalian tidak keberatan untuk ke blog Suri pula. Semoga ikatan yang terjalin akan terus subur.


terima kasih sekali lagi..

Selasa, 9 November 2010

Tanpa T?

Salam ceria semua..

Tanggal 9/11/2010 entri diblogspot terhasil lagi..Syukur Alhamdulillah semuanya dapat Suri lalui seperti hari-hari biasa ;) .


Malam tadi makan ikan siakap pedas, kailan ikan masin, nasi kosong, air tembikai, telur 2 bijik, sup ekor hurm yammie. Rasanya memglah enak sekali. Pagi tadi sarapan kueh tiew kari wallah memanglah sedap tidak terkata takala air milo panas mula terasa di anak tekak bagai  lahar seakan mencengkam tubuh heee..

Er.. ahk..uh..errrr..
adei..oh.. no...
i SAY nO bODAY.
Si T dah rosak mau bikin apa nih..
Buang air besarnya tidak boleh air kecil-kecilan sahaja bisa boleh buang disana kok..??

Hooo..
Akibat terlalu makan banyak perutku mula memulas-mulas..
Bagaikan mesin pengisar cili merah...

Oh tidak...
Ku tunduk..berdiri seperti tabit hormat pada bendera..
Ku cangkung tidak sekali-kali..

Erk..
Haaa... Tak tahan dah nih..
Huak..
Nampaknya langkah drastik bagi membenteras pendatang tanpa izin iaitu Pak Itam masalah ketidakselesaan perut haruslah diambil dengan segera!!
Huhuhu..
Badanku mula berpeluh..sejuk serem semacam..
wAhaa.ha... time tu sempatku imbas makanan yang ku melantak semalam dan pagi tadi neghee...

Erk..sakit datang lagi seakan menumbuk-numbuk isi perutku tanpa dia mengetahui bahawa aku ni adalah manusia yang baik hati heee..

Lari...
Sekuat kakiku berlari malahkan ahli mareton mengambil bahagian dalam olahraga. ceh!!
kata mak "kau tu kalao lari macam tak pijak bumi" hihihi..

Punat lifku tekan ke G!
"Salam, Cik Pengawal kat sini ada tandas?" ada. Lalu dia menghulurkan kunci padaku..


Haa..try bukak yang ini sebab ada tanda gambar pompuan. Hurm pelik tak boleh dibuka.. Mentry pula membuka kunci di pintu yang sebelah gambar lelaki. kerek...

Ho00..
Glup!! aku terkesima..rupanya ada oranglah heeeee..
Kurus betul Pak Cik Selamat tuh.. Aku tidak nampak orang tuh..

Dalam hati dah tak tertahan..bagai mahu meriah buluh ini di lontor jauh tanpa henti... heee..
Took..took.. tangan yang gatal mengetuk pintu tandas tu lagi.. dah tak tahan paham-paham jelah...

Yah..
Keluarlah seorang india tua dengan bertongkat hooo..
Terus melulu minta maaf melihat keadaan dia sebegitu..Tercengang seketika..



"Maaf saya tidak sengaja, Uncle mahu pakai baju boleh sahaja masuk ke dalam tandas itu kembali "
Uncle tu tersenyum.. hooo tak apa saya baik sahaja disini..saya lelaki pakai baju kat luar orang nak pandang pun tak kisah.. Terima kasih Uncle saya masuk dulu..


Wahooo..
Haa..nikmatnya ada si T.. gumbira tak terkata.. :)

Apa akan jadi sekiranya kat dunia ini tak ada Si ct T? tandas?
-orang dulu-dulu buang air besar kat semak. Paling tidak pun kat laut hee..Kalau jalan-jalan terpijak sesuatu yang menusuk kalbu mintak maaflah memaglah kompom takan ada orang yang akan mengaku yang tu dia punya angkara hee..

Pendapat korang pula bagaimana?

Isnin, 8 November 2010

Petua Rambut Cantik (Kelumumur) Part II

Salam pagi Isnin buat semua. Tanggal 8/11/2010..

Harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Wah..harini Suri lambat masuk ke pajabat sebab bawa anak jumpa doktor. Panas badannya mencecah 38 darjah calsius huhu.. Sebenarnya dah 3 hari panas. Suri bagi  juga ubat demam tapi nampak gayanya tidak beransur baik juga. Makanya sebab itulah Suri segera membawa anak ke klinik pagi tadi...

Baiklah Suri tak mahu membuang masa hanya nak kongsikan satu petua dengan kawan-kawna di luar sana. Pada yang terlupa minggu lepas Suri ada sentuh petua untuk pelbagai jenis masalah rambut. Namun masih ada satu yang Suri lupa bentangan pada kawan-kawan tentang masalah rambut kelumumur pula huhu..

Maaf sebab Suri terlupa ingatkan posting Petua Rambut Cantik dah lengkap modul pembelajarannya. Rupa-rupanyan masih ada anak tajuk kecil yang tertinggal lagi heeee..



Apa itu kelemumur?
  • Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
  • Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
  • Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
  • Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur



Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:-

  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah


Apakah tanda-tanda kelemumur?

  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian


Bagaimana untuk merawat kelemumur?
  • Gunakan syampu anti kelemumur atau petua yang sesuai bagi mengatasi masalah rambut anda.


Antara contoh -contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya utamanya ialah:-
  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat


Cara bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?
•Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
•Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut:


Petua Untuk Rambut Sembunyi-sembunyi Kelumumur.
  • Sediakan santan kelapa yang telah ditapis
  • Kemudian di lumurkan diatas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia keseluruh bahagian kepala.
  • Setelah itu balut rambut anda dengan tuala yang besih
  • Diperap sealaman. Bilas rambut seperti biasa


Info:
Amalkan petua ini seminggu sekali. Petua ini juga sesuai digunakan untuk rambut gugur dan untuk melebatkan rambut.



Cara kedua dengan menggunakan limau purut. Limau di potong 4 bahagian.
  • Air limau tersebut di pupuk atas kepala sehinggan rata.
  • Kemudian di lumurkan diatas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia keseluruh bahagian kepala.
  • Setelah itu balut rambut anda dengan tuala yang besih
  • Diperap selama satu jam. Bilas rambut seperti bias.



Nota kaki:
Ada sesetengah orang mencampurka kedua-dua bahan tersebut kedalam ramuan kelumumur mereka. Namun ia terpulaglah pada kesesuaian sahabat sendiri. 

Pstt!! Rambut adalah mahkota bagi setiap insan hee.. Rasa macam nak bukak kedai salon perawatan rambutlah pulak heee..  
Akhir posting baru teringat rambut berkutu? Apa itu masalah rambut  juga ker? heee.. Tapi bagi yang sokong Suri akan buat posting tu pada masa-masa akan datang pula. Sekiranya permintaan tentang itu kurang memberangsangkan Suri tetap akan posting juga hee..
tqJumpa di lain petua lagi.

Jumaat, 5 November 2010

Testing Posting: 7/11/2010 1.38 am. MAAF SEMUA buat masa ini Suri tidak dapat berbloging sebab kedua-dua blog Suri menghadapi masalah. Blog cahaya cinta akaun masih tergendala buat kali ke dua. Manakala blogspot ini pula menghadapi masalah dimana suri tdk boleh update entri dirumah, tapi di pejabat bolehlah pula suri update seperti biasa langsung tiada errow huhu..pelik?? diblogspot ini juga suri hanya blh menaip dibahagian "tajuk ini" sahaja. Jika orang lain tolong postingkan apa2 artikel di blogspot Suri memanglah tiada masalah. (utk pengetahuan semua entri di bawah ini adalah posting dari sahabat etomyam) Entahlah Suri pun tak tahu apa sebenarnya masalah yang berlaku terhadap blogspot suri ini. Apapun kita jumpalah di maya pada hari Isnin nanti. Terima kasih pada yang sudi datang kemari. Insyallah Suri akan ke blog kawan2. mohon maaf atas apa yang berlaku. harap kalian semua tidak berkecil hati.wassalam.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nullam a orci nibh, eu ornare nunc. Vivamus placerat, tortor a sollicitudin ultrices, velit dui mollis risus, ut congue nisi magna ut massa. Sed in risus nec mi molestie suscipit ut ut purus. Curabitur tellus justo, eleifend sit amet ullamcorper non, elementum ac diam. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas. Curabitur eros metus, faucibus eu malesuada volutpat, vestibulum a nunc. Pellentesque at quam non mauris pulvinar pellentesque. Morbi laoreet massa neque. Morbi sit amet cursus ante. Maecenas pellentesque ullamcorper nisl, ac egestas lacus ullamcorper eget. Donec malesuada ornare nulla, sed congue neque consectetur eget. Aliquam erat volutpat. Proin turpis nisl, sodales id tristique et, cursus eget nunc. Nam aliquam bibendum purus eget ornare. Duis leo nulla, sodales ac mollis vel, imperdiet in nisi. Integer quam ante, laoreet sed laoreet ut, sagittis nec nunc. Mauris at ipsum non enim mollis feugiat. Nunc felis lectus, ornare at molestie eleifend, malesuada ac nisl. Proin et nisl lorem. Nulla ante lacus, ornare sit amet tempor eu, molestie et sapien.

Curabitur lorem magna, laoreet ac semper sed, ornare eget eros. Curabitur pretium felis blandit massa convallis volutpat. Nulla iaculis convallis tortor ac feugiat. Quisque bibendum augue laoreet tellus pellentesque sed condimentum mauris scelerisque. In egestas justo ut orci ornare elementum. Aenean venenatis dignissim blandit. Pellentesque et nisi id turpis ullamcorper commodo vel id velit. Vivamus dictum, eros et placerat sollicitudin, lorem nulla volutpat nisi, eu vehicula magna felis ac libero. Etiam ante lectus, ultrices at ornare non, viverra eu dui. Pellentesque accumsan libero id leo pulvinar accumsan. Pellentesque et fringilla ante. Curabitur interdum ultricies mauris id volutpat. Nulla id sem a quam commodo rutrum. Sed mattis bibendum sem et luctus. Ut ac nisi nibh. Donec in nulla augue, ut tincidunt dolor. Praesent cursus augue ut tortor porta in sodales sem pretium. In eget nulla tellus. Nulla porttitor varius metus, sed hendrerit lacus cursus vitae.

Khamis, 4 November 2010

Sebagai Memujuk Hatiku

Salam petang..

Bagi memujuk hati...

Suri layarkan pos ini pada semua..

Hope kalian enjoy..

Blog cahaya cinta tadi boleh bukak, pastu dalam jam 2 petang tak boleh bukak pula. ..


Aduh memanglah tension bebenor..

Suri sempat posting satu artikel sahaja. Baru nak bermanja Cik Cinta dah pergi..

Sahabat peminat makan kiub ais heee.. Ini adalah bentuk acauan yang terbaru dengan menggunakan silikon yang berkualiti tinggi bagi membentuk saiz ikan yang digemari. Gunakan takala anda menyambut tetamu, sebarang parti hari jadi, BBQ dan sabagainya.



Apakah gambar diatas?
Ia hasil dari sarung tangan getah. Percaya atau tidak mereka telah berjaya mereka menggunakan sarung getah tersebut sebanyak 3,000 sehingga membentuk gaun peganting yang labuh.. cantik.




150 jigsaw puzzle yang tumpukan di atas satu sama lain dan akhirnya membina sebuah patung Homer Simpson. Setelah patung selesai anda boleh melukis dengan cat Simpson termasuk ciri-ciri kuning. Bahkan ada bantuan yang diberikan oleh nombor-nombor di balik dari potongan-potongan jika anda adalah orang sabar. £ 24,99 untuk teka-teki, tetapi anda mendapat 150 kali menyenangkan ... Ini hebat!



Ini kamera Nikon DSL ke? hee..Nak makan pula takut heeee..




Sepatu Gun Naib Miami
Kasut unik oleh Chanel Cruise terinspirasi oleh gambar pistol.





Tuala perjalanan mini
Multi-purpose tuala perjalanan ini tampak kemas seperti bentuk pil. Hanya rendamkan tuala tersebut dengan sedikit air dan ia akan menjadi tuala muka semula. Terus boleh dipupuk kemuka begitu sahaja.





Rumah bentuk bulatan. Kawasan hutan hujan pantai barat Pulau Vancouver di Kanada.



Ha.. ada berani ke orang nak mencuri sandwich Suri hee.. Beg plastik yang berpaking ini menarik sebab di sudut kiri dan kanan ia terlakar titisan tompok kulat warna hijau. Manarik bukan.  Orang nak makan pun takut apatah lagi nak mencuri bekalan kita hee..



Suri suka minum air kepala tapi hanya yang original coconut sahaja. Gambar diatas adalah bungkusan Brilliant hanya untuk pengisian penyimpanan air kelapa sahaja. Berasal dari Republik Dominican.





Kedua-Duanya Pemberian Dari Sahabat..

Salam

Seawal 8.00 pagi Suri mula menghirup lembaran blog adakah kerana masih menunggu Cik CINTA muncul. Sudah penat ku berdiri menanti akan kehadiranmu. Namun kau masih tidak kunjung tiba..


Biarkanlah..
Nanti tika rajuk sudah bersisa pasti ia akan pulih kembali. Lalu akan datang kepadaku kelak. Sambil memujuk hatiku berserah kepadaNYA selalu..


"kawan suri dah call hosting provider dia kata masih tengah berusaha untuk settle kan masalah tu"


Harap-harap semuanya akan dapat di selesaikan dengan secepat yang mungkin. Amin.


. . . . .


Baru-baru ini Suri ada dapat hadiah dari seseorang teman maya. Rasanya tidak sampai setahun Suri mengenali hati budinya. Tapi pautan kasih yang terjalin ibarat kami seperti adik dan kakak.


Jeng..jengg..siapakah gerangannya itu? Hadiah apakah yang di beri?
Lihat lirik mataku menguntum sebuah senyum kepadanya. Lalu bertebaran di ruang udara.


Hadiah dia lebih kurang kat atas tu. Cuma dia berbentuk keretapi, roda boleh bergerak2


Ya sudah pastinya dia dari sahabat maya Suri. Di mana lagi sih dari Cik Puteri sebab sudi bagi hadiah bingkai gambar kat Suri. Ternyata bingkainya amat menarik sekali mbah. Rasanya kalu si kecik dapat kebas dari tangan Suri makanya dia akan buat mainan barangkali tolak tambah bahagi heee.. Terus kalau dapat sama dengannya bisa hancur kok.


Terima kasih sekali lagi Cik Puteri atas hadiah yang di beri. Semoga rezeki Cik Puteri akan lebih murah dan melimpah lagi..

Memang Suri tidak menjangkakan akan ada orang sudi menghadiah Suri  barang. Percuma lagi tu. ahak..

Mbah Suri kok kamu bisa ngomong bahasa seberang sih?..Dush..erkk.. Ia Suri telah tercelup.. cepatan sedarkan Suri kembali 1 Malaysia tetap di hati.. :)

Rabu, 3 November 2010

Mengapa Sukar Melafazkan Maaf??

Salam petang semua..

Entri kedua menyusul kembali..

Saat perut kekenyangan pasti hati berlagu girang

Tika hidangan yang di santap memuaskan amat menyelerekan mata, pasti hati kita akan datang kembali..Apatah lagi jika susunan kata yang baik pasti orang akan senang untuk datang kembali tika  melihat perkhidmatan kita amat memuaskan hati..



Tapi bagaimana pula sekiranya layanan yang dihamburkan kurang bagus wajarkah kita diamkan diri begitu sahaja..atau bentak mereka atas alasan perkhidmatan yang diberikan kurang baik?


..tik..tok..tik..ketik..kitot.... bateri jamku sudah low nampaknya kena tukar bateri baru huhu..masa terus berlalu. Seawal jam 5.40 petang semalam kami sampai dimeja makan piza hut sehingga ke jam 6.45 petang piza kami tidak sampi jua. Apa yang ada cuma dua cawan sup, 10 minit belalu roti panjang berserakan bijan bersadur planta pula tiba..selang 10 minit air coke bersiap sedia untuk di minum..


Masa yang lama kami tunggu anak dari diam terus memberontak akibat terlalu lama berada di situ. Sudah puas kami bergilir-gilir bawa dia berjalan keluar sekejap namun kami tetap sabar melayan karenah si anak..

Waktu jam 6.30 en jejaka dah bagi tahu terus balik rumah bayar apa yang telah di makan namun Suri pujak dia kita tunggulah sampai jam 6.45 petang ya.

Tapi sayangnya..
Keadaan masih tetap sama. Ikutkan masa kami datang tadi semua orang tengah makan. Kami sahaja yang baru masuk. Kami duduk di kerusi pertama takan mereka tidak perasan?? Pekerja depan ada empat orang. takan tak cukup kakitangan kot?? Lalu en jejaka dah naik marah. Kami dah bersiap2 nak keluar dari kedai piza en jejaka cakap semua makanan yang kita pesan tu kasi cancelkan sahaja!!

Suri terdiam..
Pergi ke kaunter bayar seperti apa yang di pinta. Namun cik piza chess telah diberi oleh seorang pekerja. Dalam hati nak ambil ke tidak bila dia dapat tahu kami mahu cancelkan. Bila di fikirkan Suri tak mahu ambil. Tapi kenangkan anak yang belum makan Suri pun ambil sahaja bungkusna piza tersebut.


Pendekkan cerita Suri bayar..
Tapi mereka langsung tak cakap minta maaf atas kelewatan perkhidmatan mereka kepada kami. Oh..begangnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Suri dan en jejaka amat kecewa dengan layanan yang diberikan kepada kami.

Kami faham mungkin ada pekerja baru disitu (sorang pakai baju warna merun, sorag pakai baju kemeja warna biru..itukah manager dia?) yang sedang mengajar staff di bahagian casher tapi tu cuma dua orang. Yang dua orang mungkin sibuk melayan tetamu yang lain.

Tapi wajarkah mereka bersikap sedemikian terhadap kami??

Muka senyum pun tidak apatah kata maaf langsung tidak terpancul pada dua lekuk bibir mereka berdua!!


"Masa mereka ambil oder mereka cakap cik tunggu dalam masa 17 minit"

Jika sahabat di pihak Suri apakah yang sahabat buat??

Psst!!
Kalau ikutkan hati Suri akan marah mereka sebab lambat. Kalu mereka cakap sori ok lagi..

Kawan Suri dia punya kes lagi best bayar apa yang dah dimakan. Pizza hut memang kompem dia tak akan ambil punya.

Lagi parah kalau langsung tak bayar terus nghee...buku 544 masuk dalam akaun piza.


Catatan 2/11/2010 Piza Hut Pekan Ipoh

Tangisan Hati Ku Bawa Pergi..

Salam pagi semua..

Tanpa jemu Suri menanam memakai jam di tangan kanan.

Tengok tarikh harini 3/11/2010 bersaam hari rabu Blog Cahaya Cinta masih begitu juga. Sudah 100 5 hari dia tergantung begitu sahaja tanpa sedikit belas kasihan pun. Begitulah jugalah masa sedetik ia berlalu meninggalkan hari-hari semalam. .



..Dan tanpa sedar harini kita telah melalui sebahagian dari bulan-bulan yang lepas. Rasanya tidak lama lagi kita akan menggapai ke penghujung tahun..


Bagitu juga dengan hatiku yang sering di ketuk keresahan. Masih menunggu gaji mengharapkan agar cik cahaya cinta akan mula bernafas kembali..Sayunya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tika berada dalam relung wordpress rakan-rakan terasa sungguh kekerdilan diri.


Alahai gahaji cepatlah kau tunjukkan diri.

Menampakkan bayangan di ruang maya..

Kerana daku dah tak tertahan lagi menahan gelora yang melanda dalam diri.

Bukanku kemaruk kerana si wordoress tapi amukan hati untuk bermain dan bermesra sekitar isi perut didalamnya..

Selasa, 2 November 2010

Sapuan Ubat Cap Harimau Belang Khas Untuk Ibuku

Salam pagi untuk semua sahabat-sahabatku..
Terima kasih atas kesudian semua sahabat yang sudi menjegah diri di blogspot Suri. Rasa terharu mula bertandang dalam diri. Oh.. hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya Suri pada Cik Cahaya Cinta tu huhu.

Baiklah buat sementara ini kita lupakan al-kisah untuk si unta suka landing kat padang pasir. Harini Suri kembali menyorotkan kembali kisah tentang si anak pula. Apa kisahnya jom kita baca kat tengah halaman ni.

Malam Ahad tu Suri tidak dapat melelapkan anak mata seperti hari-hari biasa. Mungkin ini dugaan hujung minggu. Rasa sakit kepala membuatkan Suri tidur awal setelah makan ubat penahan sakit...

Sambil mengoleskan ubat balm cap harimau belang yang berwarna putih bak salju antartika tu Suri pun sapulah ia kat bahagian kiri kanan kepala. Lepas dah pupuk-pupuk manja kat bahagian yang terasa denyut-denyut cinta maka Suri pun simpankan ubat sapu tu kat bawah bantal.


Menginjak Subuh Suri bangun seperti biasa. Solat, buat sarapan, bancuh susu anak dan tukarkan pempes dia. Kemudian kepala Suri terasa sakit kembali. Suri pun terlena seketika sebelah anak. Tup..tup..persis bunyi piring penutup balm cap harimau tuh.

Suri diamkan sahaja. Sebab dalam hati dok pikir ni mungkin kerja En. Jejaka sebab dia pun sakit juga. Sakit bahu sebab bawa kereta dari kl ke Ipoh dalam 3 minggu berturut-turut atas urusan kerja. Hurm biarkan sahajalah..

Di pendekkan kisah.
Suri terasa sejuklah yang teramat sangat dibahagian lengan Suri ini. Begitu juga dengan dahi sudut hujung kepala kiri dan kanan tetiba terasa sejuk naper nih?? Dalam hati Suri cakap ini mungkin kerja En. Jejaka sebab dia tahu Suri pening tu yang dia dok tolong bubuh minyak balm ni kat kepala Suri kot..(kalau suami yang mengurut kepala, taruk ubat kata orang tandanya sayang!) kui..kui..kui..



Hua.. Waaaa..Wa...waaaa.....
Suaranya mula memecah kesunyian di sekitar alam buana ruang tamu.

Erkk..nape nih?
Nah dia ge main ubat sapu balm cap harimau dekat awak!!


Kasihan dia ubat tu boleh membuatkan dia menangis..meleleh air mata. Mata dia tak boleh bukak. Wah ia membuatkan Suri terdiam seketika. Dia merajuk bagai nak rak. Tak mahu orang simbahkan air di muka dia. Raungan dia mau telokop dek umah ni.

Aduh..duh..apa nak buat sudah terkena diri dia sendiri makan tuanlah jawabnya..huhu...


Suri fikirkan En. Jejaka yang tepekkan ubat kat kepala Suri. Rupa-rupanya si kecik yang punyer kerja...

Moral of cerita..Lepas ini Suri kena berhati-hati dalam menyimpan ubat sapu dan yang seangkatan jawatan dengannya agar kejadian yang tidak diingini tidak akan berulang kembali huhu..


Alahai AnakKU.. kans dah pesan tangan tu jangan terlallu gatal

Isnin, 1 November 2010

Jika Ketiadaan Bos ..

Salam petang untuk semua...

Entri petang mula menjegahkan diri..
Apa lagi yang boleh dikatakan andai bos masih tak muncul-muncul lagi maka Suri pun meringankan tangan untuk melakukan senaman jari -jemari untuk update blog sekali lagi..



Apa yang sahabat selalu buat tika bos tidak masuk ke pejabat seperti hari-hari biasa?


Bakal dilakukan kelak.
  • Jika Suri andai tiada kerja Suri akan update blog. Lepas tu Suri akan pergi dari satu blog ke blog yang lain.
  • Perkara yang kedua Suri akan main game.. Apalgi google jer pasti berlambak games yang akan dijumpai.
  • Tak pun Suri akan baca novel heee..
  • Tdo haa..salah satu perkara yang mungkin akan Suri lakukan di pejabat.. ngheee...



 
Tidak akan dilakukan.
  • Facebook tidak boleh sebab ada masalah selalu heng.
  • Minum air panas nanti karang dia akan cakap minumlah lagi saya tengok "pek milo" tu isi dia macam tak bergerak jer. katanyer "U tak suka minum milo ek?"

Jangan dilakukan.
  • Menjerit seperti orang histiria.
  • Menyanyi kuat-kuat bakal mengganggu persekitaran office bersebelahan pejabat anda pula.
  • berborak vs mengumpat perihal bos tak naikkan gaji kita hehee..
  • Duduk dikerusi empuk bos..
  • Panggil kawan-kawan buat jamuan makan

Haa,
Kawan-kawan punya plan apa pulak??

Hey!! Suri Disinilah..

Salam teman..

Maaf sebab sepikan diri sejak hari sabtu haritu huhu..Sungguh tak disangka cempedak bila bertemu si pisang semuanya berubah seperti yang tidak di jangka..

Blog cahayacinta.com tidak boleh di akses seperti biasa. Insyallah dalam masa yang terdekat nanti tika blog tersebut kembali mendapat nyawa baru Suri akan maklumkan pada rakan-rakan kelak.



Seperti selalunya. .
Akibat dari kemaruk untuk berblog semakin memuncak! Makanya Suri pun menggunakan platfotm blogspot ini untuk melepasakan rindu giat hee..

Andainya sahabat merasakan entriku ini kali ini agak keterlaluan kasi tahu Suri di kotak hadiah magica okey.

Cau Cin Cau! Suri suka air cincau


Psst!! Blogspot ni sebenarnya khas untuk edisi merapu sikit. Manakala blog wordpress pula khusus untuk maklumat sahaja. Harap maklum.