Isnin, 8 November 2010

Petua Rambut Cantik (Kelumumur) Part II

Salam pagi Isnin buat semua. Tanggal 8/11/2010..

Harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Wah..harini Suri lambat masuk ke pajabat sebab bawa anak jumpa doktor. Panas badannya mencecah 38 darjah calsius huhu.. Sebenarnya dah 3 hari panas. Suri bagi  juga ubat demam tapi nampak gayanya tidak beransur baik juga. Makanya sebab itulah Suri segera membawa anak ke klinik pagi tadi...

Baiklah Suri tak mahu membuang masa hanya nak kongsikan satu petua dengan kawan-kawna di luar sana. Pada yang terlupa minggu lepas Suri ada sentuh petua untuk pelbagai jenis masalah rambut. Namun masih ada satu yang Suri lupa bentangan pada kawan-kawan tentang masalah rambut kelumumur pula huhu..

Maaf sebab Suri terlupa ingatkan posting Petua Rambut Cantik dah lengkap modul pembelajarannya. Rupa-rupanyan masih ada anak tajuk kecil yang tertinggal lagi heeee..



Apa itu kelemumur?
  • Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
  • Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
  • Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
  • Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur



Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:-

  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah


Apakah tanda-tanda kelemumur?

  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian


Bagaimana untuk merawat kelemumur?
  • Gunakan syampu anti kelemumur atau petua yang sesuai bagi mengatasi masalah rambut anda.


Antara contoh -contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya utamanya ialah:-
  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat


Cara bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?
•Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
•Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut:


Petua Untuk Rambut Sembunyi-sembunyi Kelumumur.
  • Sediakan santan kelapa yang telah ditapis
  • Kemudian di lumurkan diatas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia keseluruh bahagian kepala.
  • Setelah itu balut rambut anda dengan tuala yang besih
  • Diperap sealaman. Bilas rambut seperti biasa


Info:
Amalkan petua ini seminggu sekali. Petua ini juga sesuai digunakan untuk rambut gugur dan untuk melebatkan rambut.



Cara kedua dengan menggunakan limau purut. Limau di potong 4 bahagian.
  • Air limau tersebut di pupuk atas kepala sehinggan rata.
  • Kemudian di lumurkan diatas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia keseluruh bahagian kepala.
  • Setelah itu balut rambut anda dengan tuala yang besih
  • Diperap selama satu jam. Bilas rambut seperti bias.



Nota kaki:
Ada sesetengah orang mencampurka kedua-dua bahan tersebut kedalam ramuan kelumumur mereka. Namun ia terpulaglah pada kesesuaian sahabat sendiri. 

Pstt!! Rambut adalah mahkota bagi setiap insan hee.. Rasa macam nak bukak kedai salon perawatan rambutlah pulak heee..  
Akhir posting baru teringat rambut berkutu? Apa itu masalah rambut  juga ker? heee.. Tapi bagi yang sokong Suri akan buat posting tu pada masa-masa akan datang pula. Sekiranya permintaan tentang itu kurang memberangsangkan Suri tetap akan posting juga hee..
tqJumpa di lain petua lagi.

8 ulasan:

coodeang berkata...

Kelemumur kat kepala dah cuba mcm-2 pun tak hilang juga. Skrg tgh try syempu jackie chan

gadisBunga berkata...

nice tips!
suri, bila pindah rumah ni?
;)

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

dulu rambut me banyak kelimomorr. skng dah xda =)

tehr berkata...

untung orang yang tiada rambut

tengkorakemas berkata...

hm..lepas ni beli syampu kena belek2 pastikan bahan2 yg disebut tu ada ke tak hehe

Zikri Husaini berkata...

hurm rambut... jarang syampu nih..huhu..

Mohd Azrin berkata...

Dah puas ikhtiar rambut tetap ada dandruff<--tak nak mengaku. Sekarang setiap petang pastikan kepala ber shampoo dengan anti dandruff kalau tak kulit kepala terasa gatal

Syafrizal berkata...

boleh amalkan softgel Minyak Kelapa Dara atau VCO
boleh juga dilumur dengan Minyak Kelapa Dara