Jumaat, 20 Mei 2011

Mak Menjalani Pembedahan Mata

19/5/2011 pagi

Berzikir atasnya berselawat moga-moga mak akan berada dalam kedaan baik hendaknya. Jika darah tinggi dan kencing manis mak berada pada paras normal maka pembedahan akan berjalan dengan lancar.

Masa yang dijangkakan untuk melakukan pembedahan mata adalah pada waktu pagi. Walaubagaimana ia terpaksa dibataklan pada belah petang pula.

Sampai rumah badan sudah letih naik bas bersilih ganti.. Terus telefon ayah bertanya akan khabar mak. Syukur Alhamdulillah ayah kata semuanya berjalan dengan lancar.

Rasa lega dihati. Inilah berkat doa dari anak-anak, doa dari rakan facebook semua.

Semoga mak akan cepat terbiasa dengan mata itu. :)

Khamis, 12 Mei 2011

Penggorbanan Seorang Ibu

Pagi ini tak sangka Suri akan menaiki basikal lagi cuma yang membezakannya bukan ke sekolah tapi menghantar anak ke rumah pengasuh. Di kira agak jauh juga perjalanan tu. banyak juga taman perumahan di lalui dari satu taman perumahan ke taman perumahan yang lain..

Kerana tidak mahu menyusahkan orang maka Suri terpaksa buat begini. Bila sering tumpang orang lama-lama orang pun tak suka dengan kita walaupun kita ada bagi duit minyak pada mereka..

Suri tahu, bila kita menyapa orang (jiran) depan rumah mereka buat dek sahaja dengan sapaan Suri. Oh malunya bila kita menegur dia orang tu buat bodoh jer. Terasa sungguh..bukan sekali dua tapi dah berkali-kali..

Bagi suri biarlah penat mengayuh basikal asal hati kita puas dan tak harapkan balasan orang tu sudah buat suri senyum sendiri.

Biarkan sahaja perkara tu berlalu suri akan tetap senyum dengan jiran yang pernah suri tumpang dulu. Kata mak biar orang buat kita begini tapi kita jangan buat orang begitu..

Selasa, 10 Mei 2011

3 Hari Bercuti Sambut Hari Ibu

Salam..

Dari hari sabtu dan ahad Suri di Melaka kepala ini asyik kepeningan sahaja. Semalam bawa kereta sakit kepala huu..bawa kereta pun tak lama. Oleh kerana dipaksa terpaksalah bawa juga. Hakikatnya tak berani beb lebuh raya kereta banyak hooo..

Adakah kerana suhu bumi makin panas buat badanku terasa letih dan sakit kepala sahaja. Harini keadaan okey sikit cuma kene rest banyak-banyak agaknya. Mana tidaknya seminggu dua ni asyik ke sana-kemari sahaja huu..dok pulak hujung minggu terlekat dirumah ada sahaja rancangan bulan mei ni yang kadangkala luar jangkaan plan suri heee..

Apapun hati puas balik kampung sebab suri bercuti selama 3 hari. Jenuh makan masakan air tangan mak masak lemak pokat ikan parang memang menjadii kegilaan makanan kegemaranku he...

Hari ibu diucap pada mak, rasa tersentuh riak diwajahnya. Terima kasih mak kerana sudi memanjai diriku kala sakit, jatuh, demam dikaulah ratu hatiku.. Kasihmu tetap menawan hatiku.. Moga-moga satu hari nanti anakmu ini akan mengikuti jejak langkahmu pula. Amin.

Jumaat, 6 Mei 2011

Terpisah Satu Demi Satu

salam ..

Jumaat yang suram seakan mengerti isi hatiku heee. Kali ini tiada perkara lain yang ingin dikatakan hanya menyedari bahawa kawan satu bangunan tempat Suri berkerja akan mencari kerja di tempat baru.

Seorang nama azua pangkat adik. Hurm dah diberhentikan kerja pada 29/4/2011. Dia dihalau oleh majikannya...beri notis terlalu cepat kasihan dia. Selalu waktu rehat dia sering makan dipejabat Suri. Kini tidak lagi sebab dengar kata dia akan mencari kerja di KL pula. Hurm sah-sah ipoh memang susah nak dapat job. Paling kopak pun syarikat cina nak bangsa mereka sendiri dan boleh bertutur dalam bahasa cina.

Dan seorag lagi ainon. Pejabatnya dekat jer dengan Suri. Sekangkamg kera jer hee... dia keje bahagain pereka pelan rumah. Hari ni dia last berkerja. Sebab bos tempat dia berkerja lama dulu panggil dia bekerja di sana semula. Katanya gaji di sana lebih tinggi jika di bandingkan tempat sekarang yang dia berkerja.

Itulah kerja, kalau ada pendapata yang lebih tinggi why not kita kesana yer tak hee..skrg ni semua perkara perlukan duit. Kalau tak ada duit susah juga nak teruskan kehidupan. Walaubagaimanapun duit juga bukan boleh di beli dengan kasih sayang..

Dan yang pasti aku akan merindui kalian berdua :)

Rabu, 4 Mei 2011

10.29 Pagi

Salam..
Tiada apa yang ingin dikatakan hanya kesabaran dapat memanjat tangkai diri.

Entah berapa kali jadi begini buat mood mati dengan sendiri..

Sedang asyik membalas komen langkahku terhenti pada teraan bacaan "Account Has Been Suspended"