salam ..
Jumaat yang suram seakan mengerti isi hatiku heee. Kali ini tiada perkara lain yang ingin dikatakan hanya menyedari bahawa kawan satu bangunan tempat Suri berkerja akan mencari kerja di tempat baru.
Seorang nama azua pangkat adik. Hurm dah diberhentikan kerja pada 29/4/2011. Dia dihalau oleh majikannya...beri notis terlalu cepat kasihan dia. Selalu waktu rehat dia sering makan dipejabat Suri. Kini tidak lagi sebab dengar kata dia akan mencari kerja di KL pula. Hurm sah-sah ipoh memang susah nak dapat job. Paling kopak pun syarikat cina nak bangsa mereka sendiri dan boleh bertutur dalam bahasa cina.
Dan seorag lagi ainon. Pejabatnya dekat jer dengan Suri. Sekangkamg kera jer hee... dia keje bahagain pereka pelan rumah. Hari ni dia last berkerja. Sebab bos tempat dia berkerja lama dulu panggil dia bekerja di sana semula. Katanya gaji di sana lebih tinggi jika di bandingkan tempat sekarang yang dia berkerja.
Itulah kerja, kalau ada pendapata yang lebih tinggi why not kita kesana yer tak hee..skrg ni semua perkara perlukan duit. Kalau tak ada duit susah juga nak teruskan kehidupan. Walaubagaimanapun duit juga bukan boleh di beli dengan kasih sayang..
Dan yang pasti aku akan merindui kalian berdua :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan