Pagi ini tak sangka Suri akan menaiki basikal lagi cuma yang membezakannya bukan ke sekolah tapi menghantar anak ke rumah pengasuh. Di kira agak jauh juga perjalanan tu. banyak juga taman perumahan di lalui dari satu taman perumahan ke taman perumahan yang lain..
Kerana tidak mahu menyusahkan orang maka Suri terpaksa buat begini. Bila sering tumpang orang lama-lama orang pun tak suka dengan kita walaupun kita ada bagi duit minyak pada mereka..
Suri tahu, bila kita menyapa orang (jiran) depan rumah mereka buat dek sahaja dengan sapaan Suri. Oh malunya bila kita menegur dia orang tu buat bodoh jer. Terasa sungguh..bukan sekali dua tapi dah berkali-kali..
Bagi suri biarlah penat mengayuh basikal asal hati kita puas dan tak harapkan balasan orang tu sudah buat suri senyum sendiri.
Biarkan sahaja perkara tu berlalu suri akan tetap senyum dengan jiran yang pernah suri tumpang dulu. Kata mak biar orang buat kita begini tapi kita jangan buat orang begitu..
2 ulasan:
terpaksa la buat sendiri semua hal2 tu. buat sakit hati mengharap pada yg tak sudi
mymekar.com
kak mekar
mmg sakit hati tapi kami buat biasa2 jer...
bila tahu suri naik basikal dia saje buat2 tanyer..suami diam jer..
Catat Ulasan