Isnin, 25 Februari 2013

2 Minggu Terasa Aman

Salam..

Dua minggu yang lepas terasa aman sebab bos tidak masuk ke pejabat haa. jahatnya Suri ini. Mugkin sebab dia suka mencari kesalahan pada setiap pekerja-pekerjanya menjadikan suasana kerja itu sedikit tegang.

jujurnya memang tak seronok berkerja tapi fikirkan semula sebab nak mencari rezeki maka kerja haruslah di jalani dengan sebaik yang boleh. Anggap dia tiada sudahlah. Alahai rindu pula pad bos jim tu hyuaaa...baik punya bos, sekarang sudah jadi kawan pula.

Jika anda jadi bos apa anda akan lakukan:-
  • Wujudkan suasana harmoni dan buangkan jarak antara bos pekerja. Paling tidak pun pekerja akan merasa bos itu umpama kawan bukan lawan.


  • Sesekali bertanyakan kepada pekerja adakah keluarga mereka sihat. Seperti semalam terdapats alah seorang pekerja anda mengambil cuti kecemasan  maka sebagai bos ada ringankanlah mulut bertanya "anak kamu yang sulung itu sudah sembuh ker? bertanyalah insyallah hati pekerja akan berasa senang dan akan kata bertuah dapat bos begini sebab mengambil berat akan hal pekerja-pekerjanya.

  • Lebih banyak memberi dari menerima. Sebagai bos bila sudah mempunyai bawahan pekerja-pekerja yang ramai dan mereka telah berhempas-pulas untuk memajukan syarikat apa kata sebagai bos buatlah jamuan makan petang, dinner ataupun makan atau minuman tin yang simple di belanjakan pada mereka. Dengan cara ini pekerja dan majikan akan merasai detik-detik komunikasi dua hala yang baik. 

Banyak point yang boleh diketengahkan tapi tidak semua majikan mampu untuk bersikap sedemikian. Ada pun segelintir sahaja yang hanya mementingkan kuasa, kedudukan dan kemajuan syarikat. Ingatlah tanpa pekerja bos juga akan lemah enjinnya untuk menggemudi syarikat. Majikan dan bos kedua-dua perlu bersatu agar semua berasa bahagian dalam menjalankan tugas masing-masing barulah hati akan senang pergi dan balik kerja. Rezeki yang perolehi juga akan bertambah berkat.

Sabtu, 23 Februari 2013

Backlink

Salam..
Malam barulah free mengadap blog itu sempat bertanyakan sorang dua rakan blogger. Sudah lama nak belajar buat backlink tapi tak buat-buat orang lain sudah lama naik kapal Suri masih terkedek-kedek dalam perjalanan nak naik kapal..

Baru-baru dikejutkan dengan  Kerja Sambilan Di Rumah. Wah pernah dapat side income dari program jobdirumah  ini tapi itu cerita pertengahan tahun lepaslah sebelum rasa kalau tak silap. Bila bukak blog kawan-kawan makin rancak pula mereka menjaja  kisah ini dengan lebih jitu lagi.




Benarlah kata orang tidak mustahil kita pelajari dan buat mesti jadi punya. Kali ini Suri mencuba lagi mana tahu ada tersangkut hii..

Bagi yang berminat bolehlah  mendaftar dan menjana wang lebih di http://partner.jobdirumah.com/members/index.php

Selamat Maju Jaya ;)

Jumaat, 22 Februari 2013

Haram Dan Terdesak !

Salam..
Ia masih menjadi isu dan banyak juga sumber rujukan yang saya membaca jika bersalam dengan orang bukan islam itu haram bagi lelaki ataupun pangkat majikan sekalipun. Tapi kes yang saya lalui bukan saya yang hurlukan salam itu tapi mereka yang hulurkan. waktu itu saya sedang menjamu makanan mereka datang saya agak terserentak dan kebetulan keadaan menyelamatkan saya mujur saya memakai sarung tangan pada waktu itu. Dan memang saya gunakan untuk waktu kecemasan.

Dan kes baru bulan lepas juga ada jamuan meraikan perkahwinan anak majikan bos tempat suami berkerja saya waktu sedang leka bersantap  juga bersama yang lain tiba-tiba sahaja giliran saya yang pertama maka saya  hanya sempat melapikkan tangan dengan menggunakan tudung labuh.


Ia memberikan tamparan hebat buat diri saya untuk melalui saat-saat genting dan terdesak seperti ini. Kali ini saya mesti berhati-hati. Dan ini adalah beberapa petikan dapat saya cari berbunyi:-

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)


Bawah ada maklumat yang sempat saya google & kredit pada http://pendidikanislamsmks.blogspot.com/2010/07/hukum-bersalam-dengan-perempuan-bukan.html:-

Dan salah satunya didalam entri tersebut penulis ada katakan ayat seperti ini:-

5. Kalau tidak , terdesak sangat, panjangkan lengan baju sampai menutupi tangan, dan bersalamlah.
Insyallah saya akan baiki diri ini lagi dan bukan untuk mempersalahkan diri sendiri :). Terima kasih untuk sahabt blogger yang komen di sana saya rasa entri itu mendapat perhatian sangat2 dan ia menandakan blogger seorang peka dan saling beringat antara satu sama lain.

Terim kasih untuk komen-komen bernas itu. Benar-benar hargai.


Rabu, 20 Februari 2013

Walau Badai Datang Melanda

Salam..
Perkara yang amat disesalkan bila setiap kali update blog untuk simpanan entri waktu-waktu terdesak tiap kali itulah blog cahayacinta.com akan hadir dengan pelbagai masalah demi masalah.

Malam tadi sekitar jam 10.30 malam entri kedua cuba di wujudkan namun ia gagal disavekan sebab masalah hosting. Sedang elok save dan masukkan gambar kali kedua terus apa yang di taip ghaib aiii!

Dan pagi ini sekitar jam 9.30 apabila Suri mrmbuka blog sekali lagi Suri mendapatkan note seperti ini" error establishing database connection" dan bermulalah suport tiket wayang  dengan favio team.



Dugaan sugguh. Jadinya menjadi perkara biasa blogspot inilah yang pasti diterjah kembali heee. Korang rasa boleh tak cik tapek ikan nuff kat sini muhaa mana tahu akan dapat kempen nuffnang cpuv muncul kat sini muheeeii..

Sampai berjumpa lagi daa..

Selasa, 12 Februari 2013

Oder Dari Negeri Sembilan & Sabah

Salam semua..

Rahmat kasih sayang darinya tidak pernah pudar pada yang benar-benar percaya rezeki itu ada bila mana kita berusaha dan bersabar selalu.

Kali ini Suri kongsikan pula tempahan dari pelajar Negeri Sembilan hurm..sekolah teknik dan satu lagi dari Sabah.


Alhamdulillah lapan tempahan dapat disiapkan hee..syukur Tuhan bagi rezeki dan kekuatan untuk hari ini. Terima kasih untuk kedua-dua mereka harap mereka suka dengan tudung yang di jahit tangan tu ;)