Isnin, 25 Februari 2013

2 Minggu Terasa Aman

Salam..

Dua minggu yang lepas terasa aman sebab bos tidak masuk ke pejabat haa. jahatnya Suri ini. Mugkin sebab dia suka mencari kesalahan pada setiap pekerja-pekerjanya menjadikan suasana kerja itu sedikit tegang.

jujurnya memang tak seronok berkerja tapi fikirkan semula sebab nak mencari rezeki maka kerja haruslah di jalani dengan sebaik yang boleh. Anggap dia tiada sudahlah. Alahai rindu pula pad bos jim tu hyuaaa...baik punya bos, sekarang sudah jadi kawan pula.

Jika anda jadi bos apa anda akan lakukan:-
  • Wujudkan suasana harmoni dan buangkan jarak antara bos pekerja. Paling tidak pun pekerja akan merasa bos itu umpama kawan bukan lawan.


  • Sesekali bertanyakan kepada pekerja adakah keluarga mereka sihat. Seperti semalam terdapats alah seorang pekerja anda mengambil cuti kecemasan  maka sebagai bos ada ringankanlah mulut bertanya "anak kamu yang sulung itu sudah sembuh ker? bertanyalah insyallah hati pekerja akan berasa senang dan akan kata bertuah dapat bos begini sebab mengambil berat akan hal pekerja-pekerjanya.

  • Lebih banyak memberi dari menerima. Sebagai bos bila sudah mempunyai bawahan pekerja-pekerja yang ramai dan mereka telah berhempas-pulas untuk memajukan syarikat apa kata sebagai bos buatlah jamuan makan petang, dinner ataupun makan atau minuman tin yang simple di belanjakan pada mereka. Dengan cara ini pekerja dan majikan akan merasai detik-detik komunikasi dua hala yang baik. 

Banyak point yang boleh diketengahkan tapi tidak semua majikan mampu untuk bersikap sedemikian. Ada pun segelintir sahaja yang hanya mementingkan kuasa, kedudukan dan kemajuan syarikat. Ingatlah tanpa pekerja bos juga akan lemah enjinnya untuk menggemudi syarikat. Majikan dan bos kedua-dua perlu bersatu agar semua berasa bahagian dalam menjalankan tugas masing-masing barulah hati akan senang pergi dan balik kerja. Rezeki yang perolehi juga akan bertambah berkat.

Tiada ulasan: