Salam..
Dari hari sabtu dan ahad Suri di Melaka kepala ini asyik kepeningan sahaja. Semalam bawa kereta sakit kepala huu..bawa kereta pun tak lama. Oleh kerana dipaksa terpaksalah bawa juga. Hakikatnya tak berani beb lebuh raya kereta banyak hooo..
Adakah kerana suhu bumi makin panas buat badanku terasa letih dan sakit kepala sahaja. Harini keadaan okey sikit cuma kene rest banyak-banyak agaknya. Mana tidaknya seminggu dua ni asyik ke sana-kemari sahaja huu..dok pulak hujung minggu terlekat dirumah ada sahaja rancangan bulan mei ni yang kadangkala luar jangkaan plan suri heee..
Apapun hati puas balik kampung sebab suri bercuti selama 3 hari. Jenuh makan masakan air tangan mak masak lemak pokat ikan parang memang menjadii kegilaan makanan kegemaranku he...
Hari ibu diucap pada mak, rasa tersentuh riak diwajahnya. Terima kasih mak kerana sudi memanjai diriku kala sakit, jatuh, demam dikaulah ratu hatiku.. Kasihmu tetap menawan hatiku.. Moga-moga satu hari nanti anakmu ini akan mengikuti jejak langkahmu pula. Amin.
2 ulasan:
amin
doa ibu membawa ke syurga
tehr
amin harap ibu dan mak mertua tehr siht jua
Catat Ulasan