Selasa, 2 April 2013

Aku PCOS

salam..
masa itu makin hampir..dah kerna 4 tahun juga aku menanti untuk menggedong anak lagi dan lagi..
biarkan nukilan itu aku bukukan di sini semoga ada yang memahami mengenal erti apa itu usaha, tawakal dan berdoa..
penghujung tahun sudah aku ada berjumpa doc perempuan swasta. Setelah berbincang aku di beri ubat clomid iaitu ubat untuk suburkan rahim. Aku tidak memilih ubat perancang kerana doc kata clomid cpt merangsang telur a.k.a ovum dan dlm masa sama doc kata ku alami PCOS ciri-ciri ada kt aku :( :(. Dan aku google ..terus akur mmg YA!
Dan bulan berikutnya aku mkn ubt clomid sampailah habis. aku lupa berapa biji huhu. tahu tak mengapa aku stop makan ubat tu lagi walaupun kitaran haid kedua dah sepatutya aku kena makan..
 
aku semakin pelik..
bila aku makan doc sepatutnya kena buat pemeriksaan utk aku sebelum ambil ubat clomid tu. ini tidak dia tak ckp apa2 pun cuma suruh aku makan je ubat tu sampai 3 kali kitaran hiad. nd jika aku tak hamil lagi  maka doc ckp aku kena makn ubat metafomin sori lupa sebutan englishnya huhu..tpi cam tu le bunyi dia. Menurtut kata doc ubat itu ada sedikit campuran dadah dia tak byk tapi tujuannyan utk maintainkan hormon kita supaya kesuburan mudah hamil.  itulah yg aku dpt aku tangkap/faham masa aku jumpa doc kelmarin.
 
sepatutnya begini... aku berani cakap sebab rata-ratanya blogger yang tulis bila seseorang ambil ubat itu doc akan pantau. baik sebelum atau selepas kita makna ubt tu. seharusnya doc akn cek kondisi tubuh kita kt bahagia dalam utk sahkan kita tak ada sakit2 lain. bila done baru doc akan bg kita ubt clomid. and bila kita makn ubat clomid antara beberapa hari hari kita haid , kita  kena pi jumpa doc le. kt situ doc akan pantu kita punya ovum besar mana, apa2 yg berkaitan dg masalah suburlah..pastu baru ada beberapa susulan ujian suntikan ker apa2 lanjutan lagi ujian...
TAPI CERITA AKU..aku tetap terus sambung makan ubat epo dan gla complex. Sebab dalamnya terkandung vitamin e,untuk masalh haid yang tak normal dan sbgya.. Hurm..aku berusaha ke arah makn suplemt sebab doc kata dia tak mendatagkan kesan pada masalah kesuburan tu.. dan untuk simpulannya aku nak jumpa doc klinik no 2 yg lain...
Apa itu PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik?
adalah satu penyakit yang telah lama diketahui oleh pakar-pakar sakitpuan. Namun, hanya dalam seabad yang lepas, penyelidikan berkaitan PCOS makin bertambah dan mula mungungkit minat pelbagai pihak.
 
European Society for Human Reproduction and Embryology (ESHRE) dan the American Society for Reproductive Medicine (ASRM) adalah antara organisasi yang telah lama cuba menyeragamkan diagnosa dan cuba mewujudkan garispanduan dalam perawatan wanita yang menghidap sindrom ini. Usaha mereka akhirnya berhasil di satu sidang kemuncak PCOS di Rotterdam pada tahun 2004.
 
Menurut 'kriteria Rotterdam' tersebut, seseorang wanita harus memiliki sekurang-kurangnya DUA dari TIGA ciri-ciri am PCOS iaitu:
1. Haid tidak teratur atau haid sering lewat (absent)
2. Hiperandrogenisma (keadaan di mana berlaku peningkatan hormon androgen, sejenis hormon kaum lelaki)
3. Ovari polisistik, iaitu, sekurang-kurangnya satu ovari mempunyai minima 12 telur (follikel) atau saiz ovari telah membesar
 
Namun, PCOS masih merupakan satu sindrom dan dengan itu, diagnosa PCOS tidak TERIKAT semata-mata kepada tiga kriteria yang disebut di atas.
 
Berikut adalah antara masalah lazim yang saya kenalpasti di kalangan wanita yang disyakki menghidap PCOS:
1. Pertambahan berat badan yang mendadak (sekurang-kurangnya 5%) .... sering berlaku walaupun wanita-wanita ini tidak mengalami pertambahan nafsu makan
2. Ahli keluarga atau diri sendiri menghidap penyakit Diabetes (kencing manis)
3. Peningkatan pertumbuhan bulu roma yang tidak menyenangkan - roma makin menebal, hitam dan menjadi kerinting. Mula tumbuh di bahagian-bahagian 'sensitif' seolah-olah ada pertumbuhan misai halus atau janggut
4. Central obesity - kaki dan tangan tampak 'slim' tetapi lemak berkumpul di kawasan dada, abdomen dan punggung maenyebabkan wanita tersebut hilang 'shape' (maaf, saya bukan menghina kaum wanita...)
5. Kurang subur. Mengandung pun, mudah gugur.

 
Rawatan PCOS biasanya merangkumi strategi-strategi seperti berikut:
1. Mengurangkan berat badan
2. Ubatan seperti metformin (yang sebenarnya adalah ubat kencing manis) dan pil perancang. Pelbagai jenis pil perancang boleh diguna. Ada diantaranya yang mengandungi ubat anti-androgen (anti hormon lelaki) iaitu 'cyperoterone acetate'. Contohnya adalah Diane 35 (dipasarkan oleh syarikat farmaseutikal Schering) dan Estelle (maaf, saya tidak tahu nama syarikat)
3. Rawatan kesuburan bagi wanita yang mengingingkannya
4. Rawatan jangka panjang, terutamanya dari segi risiko kencing manis, kolestrol tinggi, darah tinggi, penyakit jantung & barah rahim
5. Rawatan kosmetik - juga untuk golongan wanita yang menginginkannya
 
Jenis dan cara rawatan adalah bergantung kepada kehendak pesakit, indikasi perubatan dan pendapat doktor yang merawat.
 
Dari segi rawatan kesuburan, tidak semua wanita yang perlu rawatan secara ubat. Ada wanita yang bijak mengurus berat badan dan ini dengan sendirinya merangsang kesuburan. Dari segi perubatan, bantuan boleh diberi dari segi:
1. Ubat metformin
2. Pil subur (clomiphene citrate) atau Suntikan harian hormon (FSH)
3. Suntikan hCG untuk menggalakkan ovulasi
4. Kaedah laparoskopik (ovarian drilling) - untuk memperbetul ketidakseimbangan hormon di dalam ovari
 
Ada juga doktor yang menggunakan kaedah tambahan seperti pemanian beradas (IUI) atau persenyawaan tabung uji (IVF).
 
Namun, kejayaan rawatan tidak boleh diukur dari segi kadar kehamilan sahaja. Ini adalah kerana kadar KELAHIRAN adalah kurang dari kadar KEHAMILAN. Bukan semua janin dapat bertahan sehingga tempoh matang. Ada yang gugur. Ada yang lahir terlalu pramatang. Ini adalah suatu kelemahan semulajadi dalam kes-kes rawatan kesuburan, apakan lagi kes PCOS di mana telur (ovum) yang terhasil kadangkala tidak sihat dan tidak stabil.
 
Semasa menjalan rawatan kesuburan, doktor biasanya akan memanggil wanita itu untuk datang pada hari ke 9 atau ke 10 untuk 'follicle tracking'. Ini adalah satu proses pengesanan tumbesaran telur (ovum) dengan bantuan alat skan melalui faraj. Skan ini terpaksa dilakukan berulang-kali (biasanya 3 hingga 4 kali) untuk memahami kadar tumbesaran ovum. Apabila ovum telah mencapai peringkat matang, satu suntikan penggalak ovulasi (hCG) akan diberi.
 
Tidak semua wanita yang memerlukan skan sehingga 3 atau 4 kali. Ada kes di mana telur matang dengan cepat.
 
Begitu juga dengan suntikan hCG: doktor kadangkala membuat keputusan untuk tidak memberi suntikan ini, terutamanya dalam kes respons terlalu lemah ATAU respons terlalu kuat (terlalu banyak telur yang matang sekaligus)
 
Kemaskini Sept 2009: Suatu kertas kerja jawatankuasa saintifik RCOG telah menyarankan bahawa metformin BUKANlah suatu rawatan 'first-line' yang disyorkan untuk PCOS. Sila ambil perhatian dan jangan ambil ubat ini tanpa arahan doktor.

Perjalanan aku..

12/2012 jumpa doc girl klinik no 1, aku bg ubat clomind

29-03-2013 jumpa doc girl klinik ni 2, apply  AL_pergi klik yang lain, dia sarankan aku pi jumpa doc pakar sakit puan

12-04-2013jumpa doc girl klinik no 3. apply  AL_aku akn bawa surat ini ke hospital permaisuri bainun ipoh.
 
doakan aku dlm keadaan sabar dan tenang selalu ya. Aku tak kisah sangat jika lambat dpt anak yang kedua ni tapi aku akan berusaha juga. kata orang biar lambat tapi ada hasil. Serius aku tak mampu nak pergi klik berbayar huhu..
moga segla urusan ini akan d permudahkan..

korang yang ada pengalaman jom shere kt sini

8 ulasan:

Unknown berkata...

singgah sini..semuga sabar dan tabah =)

akubiomed berkata...

Ulasan sudah macam doktor. Kita mampu berusaha yang lain-lain datang daripadaNya.

mycahayacinta@gmail.com berkata...

kak nah
terima ksh sb singgah sini hee..

moga2 sy dan suami melalui jln ini akan d permudahkan.amin.

trima ksh sb sudi ke mari ;)

mycahayacinta@gmail.com berkata...

ab
sy sudah melalui byk sumber ilmu. pengalam dri maya dan bacaan majalh tu sy dpt simpulan.

yg akhir tu pula sy ambil dri google.memdudahkanutk sy bt rujukan dan sbgnya. mana tahu ada shbt lain mecri dan mengalami mslh yg sama cma sy juga.

ya bri berusaha amin.terima ksh atas kata2 semangat itu amat sy hargai

Unknown berkata...

teringin nak tau..update seterusnye...
saya pun ade masalah yg sama

cahaya berkata...

awak kene pergi klinik kerajaan saya tak dapat kongsi seterusnya sebab kerja suami saya buat saya tak dpt jalankan ujian ini ke peringat seterusnya..

Jihan berkata...

Saya pun PCOS. Masalah kegemukan di perut, jerawat, period x stabil... dah pergi klinik swasta tapi skali pergi dah abis dalam RM400... dan ada rawatan susulan. Ingat dah tak nak pergi sebab belum tentu ada hasil. Ntah la... kali ni berserah pada NYA...
Sekarang ni dalam proses menguruskan badan. :(

cahaya berkata...

hai jihan..
sabarlah dugaan tu buat awak..saya doc swasta kata begitu doc lain tak pula tapi tetap pi klinik..


saya ada buat PCOS PART II ada masa bacalah..

saya doakan awak dan kwn lain akan berjaya hamil suatu hari kelak amin.