Jumaat, 3 Mei 2013

Resepi Pajeri Terung

Salam..
pagi jumaat yang lepas Suri mencuba resepi pajeri terung. Ini gara-gara mak di Melaka ada bekalkan terung satu beg plastik. Amik ko  Sebelum ini Suri tidak pernah memasakan masakan resepi menggunakan si terung ungu ini huhu.

Mungkin sebab ia bukan makanan kegemaran Suri jadi kehendak untuk memasak menu ini di dapur ataupun teringin nak buat resepi itu tidak pernah muncul langsung alahai. Namun begitu sejak dah berpunya berkahwin dengan si dia hati Suri mulai akur untuk mempelajar sesuatu. Paling tidak pun kita dapat menambah menu pilihan yang baru jadi secara automatiknya masakan kita tidak akan membosankan hiii.



Bukankah jemu jika sepanjang minggu kita asyik membuat menu makanan yang sama tentu rasa jemu dan muakkan huhu.. Jadi apa kata sesekali kita menjadi tukang chef yang tidak bertauliah mana tahu resepi percubaan pertama kali ini benar-benar menjadi.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 3 biji terung p
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
  • minyak untuk menumis
  • 3-4 biji belimbing buluh(optional)
  • 3-4 biji lada hijau(optional)
  • 1/4 keping gula melaka
  • garam secukup rasa 

Cara-cara

  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
  3. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
  6. Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah. 

Insyallah lepas pulang dari undi nanti Suri akan muat naik gambar real menu masakan ini di blog sana ya heee..

Tiada ulasan: