Sabtu, 23 November 2013

5 Kesalahan Program Bakar Lemak Dengan Pantas

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ada yang beranggapan apabila kita berdiet maka kita perlu ikut keupayaan tubuh badan itu sendiri. Tetapi kita lupa bahawa jika kita terlalu mengikut kemalasan kelak diet yang sedang berlansung di khuatiri  tidak menjadi dan hanya sekadar melepas batuk di tangga. Berikut senaraikan 5 kesalahan program bakar lemak dengan pantas moga target yang kita capai akan berjaya!


Mengambil ubat-ubatan
Untuk menurunkan berat badan yang ideal kita tidak di galakkan mengambil sebarang ubat-ubatan yang menjanjikan ia boleh turun dengan cepat. Ingatlah perubahan yang akan anda ambil mungkin sementara waktu sahaja malah keadaan akan lebih buruk sekiranya ia boleh mempengaruhi kesihatan dan sistem pertahanan badan. Sayangilah tubuh badan bagai vitagen!

Bersenam
Jika anda tidak melakukan gerak senaman selama tiga puluh minit setiap hari ataupun sekurang-kurangnya semiggu dua kali. Tahukah anda senaman yang tidak di lakukan secara disiplin ini akan mampu mempengaruhi pola makanan anda menjadi tidak terurus. Ya, cuba bayangkan berapa banyak makanan dan minuman yang telah anda hadami akan tetapi tiada satupun proses penyahpeluhan pembuangan lemak yang berjaya di keluarkan dari tubuh secara tidak langsung akan menambahkan berat badan dari semasa ke semasa. Jadi jangan malas woho...

Sarapan pagi
Antara salah satu menu yang wajib yang perlu anda ambil dan lakukan setiap pagi. Awas jika anda ketinggalan mengambil sarapan pagi kesalahan program bakar lemak dengan pantas tidak akan berjaya sebaliknya anda akan mudah berasa lapar berlipat kali ganda apabila anda ingin makan pada waktu tengahari.

Sedap dan warna - warni lagi

Makan diluar
Elakkan makan diluar jika anda katakan anda sedang alami diet program bakar lemak dengan pantas. Tahukah anda makan di luar lebih mendedahkan anda kepada pengambilan kalori yang banyak. Tanpa anda sedar kelazatan yang anda rasai akan buat anda rasa gembira tetapi akhirnya sedikit sebanyak diet anda semakin terjejas. Saat itu untuk anda menyesal tidak berguna lagi.

Emosi.
Elakkan makan didalam keadaan anda sedang beremosi. Tahukah anda makanan berserta emosi agak sukar berhenti ia ibarat selagi anda tidak puas menagis anda akan menagis bila keadaan merasa puas anda akan berhenti. Jadi awaslah jangan terlalu ikut perasaan dan cuba tenangkan diri dengan bersenam, berlari atau mungkin berjumpa kawan cara ini boleh mengawal perasaan anda.

5 kesalahan program bakar lemak dengan pantas perlu di laksanakan dengan semangat yang kental katakan ya dan anda mampu lakukannya. Dapatkan maklumat lanjut di -------------> sini

p/s: Nak diet bukan kata hari ini, dua bulan akan datang sahaja tapi mesti lakukan hari-hari. Hati mesti keras!

2 ulasan:

tehr berkata...

yups, nak berjaya mesti ada usaha keras
kalau lembek je
tak kan ke mana

cahaya berkata...

tak akan kemana habis hanya ia sia-sia sahaja