Jumaat, 1 November 2013

Kalau Kamu Menangis Bunyinya Macam Katak Panggil Hujan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini saya menjadi seorang ibu yang garang tak tahulah di mana silapnya. Mungkin apa yang dia kehendakkan saya tidak penuhi maka dia mudah berang dan naik minyak.  Hanya kerana seluar dalam a.k.a spender tewtey sahaja dia nak pakai padahal dia sudah siap menyarungkan baju sukan dan tudung bulatnya yang comel.




Katanya nakkan sesuatu mesti dia nak juga. Ibu pula berkeras sebab tidak mahu biasakan ikut kehendak anak. Jika ikutkan nanti risau pula makin besar tabiat makin menjadi. Sabarlah juga melayan karenah dalam marah berselawat juga. 



Masa atas motor sempat juga aku mengusi usik dia haa..  kalau kamu menangis bunyinya macam katak panggil hujan :P

Hai..anak..anak..

Balik ini ajak dia makan ice ceam moga pujukan ini akan menjadi.

4 ulasan:

teh ramuan berkata...

ya. mesti ada adegan pujuk memujuk selepas aksi marah2
insyaallah, aman selamanya

cahaya berkata...

ha adatlah tu walaupun ilang sabar

Bahrain berkata...

Kalau ada sifat marah kalau boleh jangan berpanjangan..hehe
tak tahulah pula kalau menangis macam katak panggil hujan..haha

mrhanafi berkata...

setahu saya menyanyi boleh panggil hujan..ini kes menangis kira ok juga tu!

p/s :Salam berblogwalking dari kakiblog