Rabu, 4 September 2013

Bihun Sardin Mudah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kelmarin Suri ada buat sandwich untuk anak-anak semasa kami bersiar-siar ke taman botani, Ipoh. Jadinya lebihan baki sardin yang ada itu ikutkan Suri rancang nak masak sambal sardin tapi..fikiran mula berimiginasi untuk mencipta menu baru pula.

Apakah menu sardin yang Suri berjaya buat ini. Ayuh sediakan bahan - bahan seperti di bawah:-
  1. Bihun
  2. Clili kisar
  3. Sardin 
  4. Bawang merah
  5. Bawang putih
  6. Sos cili
  7. Sos kicap
  8. Sos tiram 
  9. Kicap pekat 
  10. Sebiji telur
  11. Sayur sawi





 

 Cara-caranya:-

  • Panaskan kuali dan leburkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Selepas itu leburkan pula cili kisar, dan sardin sehigga ia garing.
  • Masukkan semua bahan yang berasaskan sos dan kicap pekat.
  • Masukkan pula sayur sawi dan sebiji telur ke dalam kuali dan akhir sekali masukkan bihun dan balikknya beberapa kali sehingga bihunnya mesra alam gitu.


Tidak semestinya memasak kita perlu terikat dengan satu-satu bahan sahaja. Ia boleh di pelbagaikan. Mengikut citarasa yang tersendiri terkadang itu lebih menjimatkan tembahan lagi waktu tersebut adalah terdesak.

12 ulasan:

Hafizul berkata...

Tak pernah makan lagi bihun goreng sardin ni..boleh dicuba ni..haha

cahaya berkata...

hafizul
ada sahaja eh heeee

Ema Johari berkata...

bihun sardin tak pernah buat..tp nasi goreng sardin pernah..

Azie berkata...

Nanti boleh try bihun ni suri. Tak pernah lagi buat. Take Note Resepi ni heheh.

Joe berkata...

Blog cahaya cinta dah x aktif ke?

Sukma Haron berkata...

pernah jugak buat...sesekali tukar taste...sedap..

cindyrina berkata...

new resepi...elok untuk single cam saya...thank you

Mus berkata...

Nampak simple tapi sedap!

sensasi2020 berkata...

Belum pernah membuat mahupun mencuba...nampaknya sedap je...

teh ramuan berkata...

aku suka bihun
ada lagi ke, suri
mintak sikit!

[dengan muka tak malunya...]

Norasikin berkata...

hehehe Sala paling suka buat menu kitar semula. jimat banyak!

Raudzah Z berkata...

Macam best aje suri..nway kita suka makan beehun singapore...color putih bukan brown..guna chili hidup and banyak telur..best