Rabu, 4 September 2013

Tapek Jangan Tak Tampal

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri amat menyukai bila anak mewarna. Padahal dalam hati punyalah geram sebab sekitar dinding ruang tamu, ceruk empat buah bilik kami, pintu bilik air, kepal katil, botol minuman, bantal busuk, alas meja bergambar, buku - buku, kertas kerja ayahnya, lantai mamar, beg sekolah, conteng tangan sendiri, baju sekolah berbekas warna merah dan biru, kasut sekolah, tingkap kereta telah selamat dia kerjakan.

Baiklah bagi menghargai jasa baik anak yang manja ini Suri tapekkan hasil lukisanya di peti ais. Di bawah ini adalah lukisan pertama di sekolah anak. Suri dapat sebelum hari raya kelmarin.



No. dua ini pula dia baru bagi pada Suri dalam hari isnin ini .. Mestilah Suri tampalkan juga. Tapi petang selasa dia bising dia kata dia tak dapat bagi lukisan itu pada cikgu. Jadinya dia salahlahkan pula si ibu.

Gerr...
hakikatnya Suri sudah ingatkan padanya lukisan ini perlu di bawa pada cikgu..aduh ada sahaja alasannya..



Sebelum dia masuk sekolah ada juga Suri tapekkan lukisan di peti ais tapi ia sekadar gambar warna mickey mouse sahaja hee,,,

Inilah salah satu cara untuk memuji dan memberikan semangat untuk dia belajar. Semoga dengan cara ini anak-anak akan rasa lebih di hargai dengan apa yang dia lakukan.

3 ulasan:

Ema Johari berkata...

tapek atau tepek?

Azie berkata...

bila la saya nak merasa ajar anak drawing dan colouring ni suri.

saya memang minat draw n colour ni. heheheh

Norasikin berkata...

Tahun2 dulu saya selalu la bwk anak pegi colouring contest. Sekarang tak dapat dah