Rabu, 30 Oktober 2013

Perempuan Dan Kerjaya Pembantunya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Time malam pula aura makin rancak nak update blog pada hal tengah tunggu mood untuk melipat baju. Ikutkan time ini tak sesuai lipat baju sebab anak bakal mengganggu dan nak layan suami untuk makan minumnya  hee...

Sementara menunggu ini Suri ambil peluang. Percaya tak perempuan dengan pakaian tak dapat lari dari perkara ini:-
  • Membasuh baju-baju kotor, alahai mujur ada encik mesin basuh :)
  • Menggosok baju untuk diri sendiri, kalau yang sudah berkahwin pula tanggungjawab menggosok baju suami dan anak-anak.


  • Menganggat baju di ampaian.
  • Melipat pakaian baik yang bersaiz kecil, besar pendek kata tugas mereka melipat.

Perkara ini akan berlaku setiap hari atau ada membasuh basuh sehari dua kali, sehari sekali atau ada yang menggosok baju untuk stok seminggu pendek kata perempuan dan pakaian tidak dapat di pisahkan umpama aur dan tebing.

Biasanya kerja ini akan terabai sekiranya mereka kurang sihat. Tapi sebaiknya jika anda sudah berkahwin maka tolonglah bantu pasangan anda mana-mana kerja yang patut. Kasihanilah dia. Jika anda berfikir anda seorang yang berkerjaya, dia juga berkerja menguruskan rumahtangga bahkan jika dia berkerja di ejabat juga tentu dia lebih 2 kali menanggung bebanan keletihan dari anda. Jadi jagalah dan cubalah hargai pasangan anda :)

Sampai berjumpa lagi :)

Tiada ulasan: