Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
16 Ramadhan kami berbuka di luar. Terima kasih awak sebab memahami keadaan kesihatan saya yang serba tidak menentu ini. Mungkin atas dasar kasihkan saya dan meminta saya untuk berekat lebih dia mengajak saya dan anak apabila selesai menjamu makana berbuka nanti pergi membeli-belah di Aeon Super, Kinta Ipoh.
Semalam 25/7/2013 Suri ada mendapat asms dari Aeon Super, Kinta Ipoh katanya ada Disc Up To 70% !. Hari ini pula 26/7/2013 Suri mendapat sms dari Aeon Section 18, Ipoh katanya ada Disc Up To 70% ! lagi !
Di lampirna gambar ini adalah keadaan di dalam bangunan Aeon Super, Kinta Ipoh.Uh..betapa ramainya umat manusia yang berkunjung ke sini. Tidak mengira pelbagai kaum semuanya ada. Itu belum kira yang mak bapa bawa anak dalam kereta sorong, gelagat menggumbah baju dengan potongan harga 70%. Gelagat menunggu orang keluar dari bilik persalinan, dengan anak-anak menagis.. Semuanya tampak memeriahkan suasana. Di tambah lagi pihak Aeon mamasang lagu raya makin rancaklah pembeli yang berkunjung di sana.
Hello jangan lupa di Tesco, Giant dan The store pun sedang rancak mengadakan potongan harga pakaian dan kelengkapan hari raya. Selalunya pada hari-hari raya yang sebelum ini kami leboh selesa ke Aeon Section 18,Ipoh terkadang bila pakaian tidak berapa memenuhi cita rasa last choice kami akan pergi The Store selalunya pakaian anak- anak di sana agak murah.
Kami akan bandingkan harga Aeon dan The Store rasanay mana yang berbaloi kami rembatlah awal sikit hee.. Apa lagi ayuh berbelanja dengan bijak dan berhemah.
Sudahkah anda membeli kelengkapan persiapan hari raya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan